KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, August 6, 2010

LASTIK

LASTIK adalah satu nama yang sangat sinonim dengan zaman kanak-kanak dulu. Lastik merupaka sejenis alatan yang digunakan untuk melontarkan batu dengan pemegang dan getah kepada sasaran yang hendak ditujukan. Lastik sering digunakan untuk tujuan menghalau musuh tanaman dalam sektor pertanian dan merupakan satu alat digunakan untuk menghalau burung, tupai, monyet dan lain-lain perosak tanaman dan kini sebagai satu jenis sukan tradisional. Saya menulis artikel ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian saintifik. Ramai anak-anak muda sekarang tidak pernah menmegang atau menggunakan Lastik terutama mereka yang tinggal dikawasan bandar.

Komponen Lastik terdiri daripada Pemegang , Getah Elastik, Pemegang Peluru dan Peluru. Pemegang Lastik adalah Kayu atau Plastik berbentuk "Y" yang dicari daripada kawasan semak keliling kampong. Ukur lilit yang sesuai lingkungan 1.5 - 2 cm dan sebaiknya lebih besar dibahagian pemegang. Biasanya kulit kayu akan dikikis untu menjadikan pemegang kayu jadi halus dan cantik serta tidak licin. Kayu jenis pokok kayu leban dikenalpasti yang paling sesuai untuk dibuat pemegang lastik. Pemegang Lastik juga boleh dibuat dari kayu besar yang diukir menjadi bentuk "Y" dengan pelbagai rekabentuk mengikut kreativiti pemilik lastik yang kadang-kadang diukir sehingga sangat menarik.

Pemegang lastik akan diikat dibahagian atas "Y" kiri dan kanan dengan Getah elastik berukuran 1 cm lebar dan 40 -50 cm panjang (Bergantung kepada kesesuaian pengguna). Getah ini diambil daripada tiub basikal yang tidak digunakan dan digunting dengan teliti. Ikat menggunakan getah karet atau tali getah dari alur susu getah yang telah kering (Paling Kuat). Bahagian Pemegang Peluru diperbuat daripada Kulit Haiwan dari kasut terpakai atau kadang-kadang gunakan tayar basikal lama atau lain-lain bahan yang dipotong berbentuk bulat bujur 4 cm x 5-7 cm . Buatkan lubang sepanjang 1.2 cm dikiri kanan Pemegang Peluru dan masukkan Getah Elastik serta ikat dengan kuat menggunakan tali getah kering tadi.

Peluru Lastik biasanya menggunakan batu kerikil yang dikutip ditepi-tepi jalan (Dulu jalan kampung menggunakann batu kerikil tanah merah). Pilih batu kerikil berukuran 2-3 cm diameter dan sebaiknya berbentuk bulat. Masukkan batu-batu kerikil tadi kedalam bekas khas untuk digunakan sebagai "Karung peluru". Bagi rakan-rakan yang ada duit, mereka beli guli (Guli Putih atau Guli berbunga jernih) untuk digunakan sebagai peluru dan merupakan peluru terbaik...tapi sekali lastik akan hilang. Peluru yang tidak dipakai boleh digunakan untuk pemburuan akan datang. Pastikan stok peluru mencukupi kerana bila kehabisan peluru...kita kecewa ababila sasaran masih mencabar pelastik!

Setelah kelengkapan semua lastik lengkap, jalan kekawasan sasaran seperti kebun buah-buahan atau kawasan keliling kampung. Setelah menjumpai sasaran seperti burung atau tupai atau biawak maka persiapan melastik akan bermula. Pastikan kita 'senyap' agar sasaran tidak terbang jauh. Ambil peluru dan masukkan dalam bekas peluru. Halakan pemegang lastik kepasa sasaran dan tarik kebelakang getaah elastik tadi. Pejamkan sebelah mata untuk mempastikan peluru akan mengenai tepat sasaran dan lepaskan peluru. Peluru akan terbang menuju sasaran dan jika 'Tepat' mengenai burung makan burung tersebut akan jatuh atau terbang-jatuh. Jika tidak kena dengan segera isikan semula peluru dan teruskan pemburuan.

Beberapa petua melastik dalam aktiviti melastik perlu dipatuhi. Pertama pastikan tiada manusia dikawasan sasaran terutama jika melastik dikawasan rendah di kebun atau semak. Jika peluru mengenai manusia maka...nahaslah kita. Kedua jika melastik berhampiran rumah pastikan tidak kena tingkap sermin atau atap zink rumah tersebut...Kes naya kalau cermin pecah kena peluru plastik. Ketig ketika menbidik getah elastik jaga-jaga jika getah tersebut putus...alamak akibatnya bengkaklah mata dan muka kena libasan getah.

Lastik merupakan alat berkesan untuk kawalan secara IPM (Intergrated Pest Management) bagi membunuh, menyakitkan atau menghalau musuh tanaman di kebun dan sawah padi. Kepakaran melastik boleh didapati dengan membuat banyak latihan amali. Saya pernah ada kawan yng tahap ketepatan melastiknya sangat tinggi mencapai lebih 85% ketepatan.

Kini penggunaan Lastik kurang diamalkan...yang ada cuma acara dalam Hari Sukaneka atau Sambutan hari Keluarga, itu pun menggunakan lastik plastik dibeli dari kedai yang dibuat secara komersial (mungkin buatan dari negara China). Kepakaran generasi sekarang untuk membuat lastik sendiri sudah kurang. Gambar sebelah menunjukkan kanak-kanak pegang lastik pun terbalik da...Satu program pendedahan mungkin perlu diadakan bagi memperkenalkan semula lastik kepada generasi baru. Wallahualam...



ANAK KREATIF...BUAT LASTIK...
LASTIK TRADISIONAL....SANGAT MISTIK...
KAYU DIUKIR....DIPEGANG SECARA STATIK...
PELURU DIHALAKAN...SASARAN DI BIDIK...


By:
M Anem
Pelastik Handalan
Johor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...