KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, August 22, 2010

KACANG BUNCIS - TEKNOLOGI MENANAM

KACANG BUNCIS (Phaseolus vulgaris) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Fabaceae (dulu ia adalah famili Leguminoceae) iaitu jenus tumbulan menjalar dan ditanam diseluroh dunia. Nama panggilan lain kacang buncis ialah French Bean (English), Pinto Bean, Kidney Bean dan sebagainya. Negera China merupakan pengeluar utama Kacang Buncis hijau didunia dengan dengan pengeluaran sebanyak purata 2.47 juta metrik tan setahun di ikuti dengan Indonesia (0.87 juta mt) dan Turki (0.53 juta metrik tan setahun). Kebanyakkan penanaman di negara mereka adalah untuk penghasilan Biji Kacang Buncis untuk tujuan kegunaan komersial. Penulis ingin berkongsi maklumat mengenai tanaman Kacang Buncis berdasarkan pengalaman selama 34 tahun dalam bidang pengembangan pertanian di Malaysia. Di Malaysia kacang buncis ditanam sebagai jenis sayuran buah untuk tujuan domestik dan ekspot. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 1,506 hektar tanaman kacang buncis pada tahun 2014 dengan penghasilan sebanyak 12,430 metrik tan. Kawasan utama tanaman kacang buncis di Malaysia adalah di Daerah Bachok, Kelantan (310 ha) diikuti Daerah Cameroon Highland, Pahang (255 ha) dan Daerah Besut ,Terengganu (193 ha). Jenis Kacang Buncis yang ditanam adalah dari jenis tempatan yang bersaiz kecil (10 - 15 cm) panjang berwarna hijau. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai teknologi penanaman kacang buncis untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Tanaman Kacang Buncis adalah dari jenis menjalar dengan batang berwarna hijau dan bersifat melilit pada kayu sokongan dengan panjang batangnya mencapai 2 - 3 meter panjang. Daunnya berbentuk 'alternate' yang berstruktur lembut berwarna hijau muda atau hijau tua dan mempunyai bunga berwarna putih (Ada yang berwarna pink atau ungu) yang berbentuk macam tigasegi bersaiz 1 cm. Bijinya akan berwarna hijau atau hitam atau ungu atau kekuningan yang bilangan bijinya 4 - 6 butir bersaiz 1 -1.5 cm berbentuk buah Pinggang (Kidneys). Kelebihan tanaman kacang buncis ini ialah keupayaannya mengurai Nitrogen (nitrogen fixation) dalam tanah apabila berlaku simbiosis dengan Bakteria Rhizobium dalam tanah.  Penanaman menggunakan biji benih sebanyak 10 kg sehektar yang biasanya dibeli dengan harga RM 30.00 sekilogram di Tangkak, Muar, Johor. Jarak tanaman yang diamalkan di Muar ialah 0.5 m x 0.6 m memberikan sebanyak lingkungan 25,000 pokok sehektar. Tanaman dibuat diatas batas yang dinaikkan setinggi 20 -30 cm dan dibubuh baja organik Tahi Ayam sebanyak 5.0 mt/ha dan baja kapor GML sebanyak 2.5 mt/ha. Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 pada peringkat awal dan baja NPK 12:1:17:2 sebanyak 700 kg/ha diberi berperingkat2. Kawalan rumpai dengan manual atau kimia. Adalah disyorkan menggunakan plastik penutup batas plastik jenis silvershine sebanyak 20 gulong sehektar untuk kawal rumpai dan kecekapan pembajaan.

Antara perosak tanaman kacang buncis di Malaysia adalah seperti Kutu Daun (Aphis craccivora) yang akan menghisap cairan daun dimana ini akan mengakibatkan daun menjadi kerinting dan boleh dikawal dengan racun kimia profenos, diaznon atau malathion. Perosak seterusnya adalah serangga Kumbang Kekacang (Melannogromyza phaseoli) menyerang peringkat anak benih yang boleh menyebabkan kematian benih dikawal dengan racun deltamethrin, diaznon, dimethoate atau trochlorfon. Serangga Ulat Pengorek Buah/Lengai (Marucca festulis) merupakan ulat yang menyerang daun dan buah buncis akibatkan terbantut dan rosak dikawal dengan racun jenis yang sistemik seperti racun indoxacarb, alphacypermethrin, lufenuron, deltamethrin atau racun jenis acetamidprid. Ulat Pengorek Buah Kekacang (Euchrysops cnejus) memakan buah kacang buncis yang akibatkan berlubang2 pada buah dikawal dengan racun cypermathrin. Pastikan penggunaan racun yang betul seperti pada label.

Penyakit yang sering menyerang Kacang Buncis pula adalah seperti Penyakit Bintik Daun (Cercospora canescens) iaitu tanda2 bintik kecil perang pada daun dikawal dengan racun kulat seperti mancozeb, maneb atau carbendazim. Penyakit Karat (Uromyces appendices) menyebabkan bintik2 bulat berlarat pada daun yang boleh menyebabkan dun jadi kuning dan kering dikawal dengan racun maancozeb, copper hydroxide, propineb, maneb, mepronil atau terbaik gunakan varieti yang tahan karat. Penyakit Lecuh anak benih (Phytium spp) dikawal dengan racun kulat Capstan atau Hexaconazole. Penykit Antraknos (Collectotricum lindenmunthianum) menyerang buah dan daun dikawal dengan racun kulat yang sesuai. Kawalan perosak dan penyakit tanaman kacang buncis perlu dilakukan dengan berhati-hati dan berjadual. Elakkan dari menyembur racun ketika memetik hasil kerana ia boleh menjejaskan kualiti hasil buncis yang dipetik. Terdapat beberapa kes kandungan MRL (Minimum residual level) dikesan pada kacang buncis yang dihantar ke negera jiran dan ia memerlukan kesedaran diperingkat pengeluar. Tanaman kacang buncia yang sihak memerlukan baha tambahan organik dan baja foliar diperingkat reproduktif.

Pokok kacang buncis berhasil 4-5 minggu lepas ditanam dan kerja menuai hasil dengan memetik menggunakan tangan setiap hari selepas masa PHI tamat. Buah yang matang berwarna hijau dan elakkan memetik lewat kerana buncis akan keras. Gredkan KACANG BUNCIS mengikut saiz dan kadar keseragaman. Anggaran hasil buncis di Tangkak Muar sebanyak 12-15 metrik tan sehektar dan memerlukan tenaga kerja sebanyak 120 mandays untuk memetik hasil. Harga jualan diladang antara RM 2.50 - RM 3,50 sekilogram dan kadang-kadang lebih tinggi lagi. Kajian penulis untuk kebun Kacang Buncis di Kg Solok dan Kg Melayu Sagil Muar baru-baru ini mendapati purata hasil diantara 12 -15 mt sehektar. Pendapatan kasar sebanyak RM 42,000.00 sehektar dengan kos pengeluaran sebanyak RM 22,390 sehektar memberikan pendapatan bersih sebanyak RM 19,209 sehektar iaitu agak lumayan berbanding dengan sayuran lain. Kerja menuai atau memetik hasil amat memenatkan dan menjemukan!. Kiraan penulis mendapati kos untuk sekilogram buncis di tangkak sebanyk RM 1.87 sekilogram dimana setiap satu ringgit dilaburkan memebrikan pulangan balik sebanyak RM 1.88. 

Kacang Buncis sesuai dimasak sayuran tumis dengan bawang dan cili serta sedikit garam dan serbuk perasa. Ianya memberikan khasiat yang sangat baik kepada tubuh manusia kerana mengandungi 31 kcal kalori, Karbohiderat (7 g), Protin (1.8 g), Vitamin A (35 microgram - 4%) dan Vitamin C (16 mg - 27%) serta Kalsium (37 mg - 27%). Dinegara pengekspot kacang buncis atau Kidney Beans merupakan sumber utama untuk protin dan di komersialkan sebagai sumber knji, protin dan Serat (fiber) yang kaya dengan besi, solenium, molibedenum, pottassium, thiamine, asid folic dan Vitmin B6. tanaman kacang buncis di sekeliling rumah dalam program Bumi Hiju untuk menjamin kesegaran, kebersihan dan pasti ianya selamat!. Wasallam!...


KACANG BUNCIS ...HIJAU WARNA....
MUDAH IDTANAM...DIMANA-MANA...
HASIL LUMAYAN...TANAM SEGERA....
PENAT MEMETIK...TINGGI HARGA...

By.
M Anem
Senior Agronomist,
Room 108, Hotel Laverage,
Bandar Bagu Mergong,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
12 Ramadan 1434
(Kemaskini pada 19 Febuari 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...