KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, August 28, 2010

RACUN NEMATOD

Nematod (Meloidogyne spp.) merupakan sejenis perosak yang berada didalam akar tumbuhan yang mengganggu pertumbuhan tanaman. Ia adalah sejenis cacing yang berada dalam tanah dan akan masuk dalam akar tumbuhan lalu merosakkan akar tumbuhan sehingga boleh menyebabkan kematian pokok. Antara tanaman yang pernah penulis baut penelitian adalah pokok Jambu Batu (Guava) di beberapa projek TKPM dan Ladang kelompok Komersil di Johor. Pokok jambu yang ditanam boleh diserang oleh nematod yang dibawa daripada bahan tanaman, lori pengengkutan, tahi ayam dan kebun jiran disebelah yang telah ada serangan nematod. Memang agak sukar untuk kenal serangan nematod jika tidak tahu cara diagnois yang betul. Ramai petani tidak mengetahui tanda-tanda serangan nematod pada peringkat awal terutama jika tidak pernah membuat latih amal. Serangan nematod boleh di kurangkan risiko dengan pemilihan bahan tanaman yang sesuai, mengelakan mengambil tanah atau benih dari kawasan yang telah diserang dan juga melaksanakan kawalan secara bersepadu. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology"  berkongsi maklumat mengenai beberapa jenis racun nematod yang ada di Malaysia berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis.











Di Malaysia terdapat 4 jenis racun nematod yang di luluskan oleh LPRMP iaitu:
a. Dazomet
b. Fenamiphos
c. Carbofuran
d. Cadusafos


a) Dazomet
Racun nematod yang mempunyai bahan aktif dazomet bertindak dengan penguraian kepada methyl isotiosanat dengan cara tindakaan yang tidak diketahui. Racun ini berkesan digunakan untuk mengawal nematod. Dipasaran racun jenis ini dijual dengan nama dagangan BASAMID GRANULAR.


b) Fenamiphos
Racun yang mengandungi bahan aktif fenamiphos ini adalah dari kumpulan organophosphate yang bertindak dengan cara sistemik dan juga sentuhan. Cara tindakannya melalui penghalang 'cholintrase' yang bertindakbalas. Racun ini digunakan untuk kawal nematod dipelbagai peringkt. Antara nama dagangan racun ini dipasaran seperti LANCER 10G, NEMACIDE 10G dan NEMACUR 10% GR. Jenis racun ini popular digunakan petani seperti penanam jambu batu di sekitar Muar Johor.

c. Carbofuran
Jenis racun nematod ini mengandungi bahan aktif carbofuran yang bertindak dengan penghalang 'cholinesterase' pada cacing nematod. Racun ini adalah jenis sistemik dan berbentuk butiran atau lain-lain bentuk . Antara nama-nama dagangan racun jenis ini adalah seperti CARFURAN 3G, CHA FURAN, FURADAN 3G, POFER 3G, SERBACO G33, SYSTEMIS 3G.

d. Cadusafos
Jenis racun ini mengandungi bahan aktif kumpulan organophosphate yan juga bertindak sebagai penghalang 'cholinetrase' pada mangsa.Bentuk dipasaran adalah dalam bentuk butiran (granule). Racun ini jenis memusnahkan secara sistemik dan nama dagangan adalah APACHE 10G.


Cara mengguna racun nematod perlu mengikuti kaedah yang betul. Baca label pada kotak racun nematod yang dibeli dan patuhi arahan iaitu penggunaan mengikut kadar dan masa yang tepat. Patuhi arahan Post Harvest Interval (PHI) dengan betul kerana kesan sisa baki racun sistemik adalah agak lambat. Gambar bawah menunjukkan tanaman Jambu Batu Giant (Psidium guava) yang ditanam di Tg Minyak Melaka yang saya baru lawati. Mereka menggunakan racun nematod untuk pastikan tiada serangan. Wasallam!

Ladang Jambu Batuu yang belum diserang nematod.

By
M Anem
Senior Agronomist,
Room 518, Hotel Katerina,
Jalan Zabedah, Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini pada 30 Januari 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...