Support My Blog

Monday, December 14, 2009

Terung


Terung (Solanum melongena) merupakan satu jenis sayuran jenis buah dari Keluarga Solanaceae yang dikenali sebagai Terung Panjang /Peparu (Brinjal) atau Terung Bulat (Eggplant). Kaedah penanaman terung ini adalah sama iaitu perlukan batas tanaman dan dipercayai terung berasal dari India. Terung sesuai ditanam pada iklim tropika seperti Malaysia dan dianggarkan seluas 1,450 hektar ditanam setiap tahun di Daerah Muar sahaja. Terung kaya dengan Vitamin C (18.4 mg), Karotena Beta (90 microgram), Kalsium (15 mg), protein (1.7 mg), Kabohiderat (5.6 mg) dan posforus (20 mg). Artikel ini penulis berkongsi maklumat mengenai teknologi tanaman terung berdasarkan pengalaman sebagai petugas dalam bidang pertanian.


Penanaman terung sesuai dikawasan tanah subur dan menerima cahaya matahari yang banyak. Kawasan kebun perlu mempunyai saliran yang baik dan tidak mudah banjir. Tanah perlu dibajak dan sebaiknya dan dibuat batas bagi tanah rendah dan sediakan sistem pengairan sesuai (Pengairan titis atau Pengairan Renjis). Baja Asas menggunakan baja organik di bubuh dengan kadar 3-4 metri/tan sehektar. Kapor GML sebanyak 2-3 mt/ha diberikan untuk pemperbaiki pH tanah. Gunakan sungkupan seperti plastik silvershine untuk kawalan rumpai dan kecekapan agronomi tanaman. Tanaman terung di Tangkak, Muar Johor menghasilkan buah berkualiti untuk pasaran domestik dan ekspot.


Terung merupakan tanaman singkat masa dimana ia berhasil seawal 65-70 hari lepas tanam sehingga berusia 6 bulan jika tidak diserang penyakit. Pokok terung mampu hidup setinggi 0.5 - 1.2 meter dan buah yang keluar biasanya berwarna ungu (Ada yang berwarna hijau, putih dsb). Benih terung di semai dalam kotak semaian 7,500 pokok sehektar (keperluan benih 150 gm). Benih berumur 35-40 hari dengan 4-5 helai daun sesuai ditanam diatas batas dengan jarak 0.9m x 1.5 m dan mulakan dengan baja NPK 15:15:15 sebanyak 150 kg/ha apabila pokok berumur 14 hari dan diulangi pada umur 30 hari. YB ADUN Bukit Serampang menuai terung dalam projek Bumi Hijau di Gerisek. Kerja-kerja membuat cantasan dan buat sokongan dijalankan setiap peringkat dan anggaran hasil potensi sebanyak 20-30 mt/ha dengan kekerapan memetik hasil setiap 4 hari. Kawalan rumpai perlu dijalankan dengan racun rumpai (Glufosinate ammonium) dan cara menajak/ merumput.


Antara perosak yang menyerang tanaman terung ialah Kumbang Daun (Epilacna indica), Kutu Daun (Aphis sp), Ulat Pengorek Buah (Leucinoides orbonalis), Ulat Lipat Daun dan Hamana Merah. Kawalan dijalankan dengan racun kimia dan amalan IPM. Penyakit tanaman terung ialah seperti Layu Bakteria (Ralstonia solanacerum) dan Layu Fusaruim (Fusarium sp) yang sangat merbahaya jika tidak dikawal dan tanaman mampu rosak sepenuhnya dari pada semua peringkat. Penyakit lain ialah Antraknos buah, Reput buah dan Hawar pada daun. Antara perosak lain yang menrosak tanaman terung adalah seperti Siput Panjang Kecil (Lamellelasis gracilis), Siput Panjang Besar (Subulina octana), Siput Karang (Succiinea taylon) dan Siput Leper Kecil (Pseudoplacta bijuga) yang memakan daun pokok. Kawalan gunakan ametaldehyde dan cara IPM.


Kajian ekonomi menunjukkan Kos Pengeluaran sehektar tanaman terung sebanyak RM 9,601 dengan pendapatan kasar sebanyak RM 12,750 dan Pendapatan Bersih RM 3,148.00 dimana kos pengeluaran setiap kilogram ialah RM 0.45 sen dan pulangan setiap ringgit pelaburan RM 1.33. Ini berdasarkan kepada pengeluaran hasil 21.5 metrik tan setiap hektar yang lazim di laporkan oleh petani penanam terung. Terung sesuai untuk digoreng, dicelur atau paling popular dimasukkan dalam masakkan kari, gulai lemak atau dalca (Lihat foto). Ia jua sesuai dimakan sebagai ulam atau dimakan mentah.


TANAM TERUN...DIATAS BATASNYA...
TERUNG PEPARU...PANJANG SAIZNYA...
TERUNG BULAT...BUAT KARI SEDAPNYA...
BOLEH DI TANAM...KELILING RUMAHNYA...


Artikel berkaitan:
1. Terung Pipit (Klik disini)
2. Terung Dayak (Klik disini)
3. Terung Meranti (Klik disini)
4. Cashflow Terung (Klik disini)
5. Sayuran popular di Malaysia (Klik disini)
6. Benih sayuran (Klik disini)
7. Harga Benih Sayuran (Klik disini)
8. Known You Seed (Klik disini)


Oleh:
M Anem
DOA Muar,
Johor
MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...