KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, December 29, 2009

JAMBU BATU Batu (Guava)


JAMBU BATU (Psidium guava) merupakan sejenis buah daripada keluarga Myrtaceae yang popular di Malaysia terutama di sekitar tahun 80'an di Perak sebagai satu komoditi utama. Pada masa itu jambu batu ditanam diatas tanah mineral atau tanah pasir bekas lombong di sekitar Bidor Daerah Batang Padang, Perak. Kini tanaman Jambu batu ditanam diseluruh negara dengan beberapa negeri utama seperti Johor, Selangor dan Pahang. Di Negeri Johor seluas 409 hektar jambu batu ditanam tahun 2012 dengan Daerah Muar direkod menanam 241 hektar (60% dari keluasan Johor) dengan anggaran pengeluaran sebanyak 8,000 mt/tahun. Jenis yang popular ditanam di Muar ialah GU 8 atau dipanggil Kampuchea oleh petani tempatan. Terdapat 2 bentuk buah iaitu Oval dan bulat. Jabatan Pertanian telah mendaftar sebanyak 15 jenis Klon Jambu Batu pada tahun 2005 iaitu dari Klon GU 1 sehingga Klon GU 15 dimana Klon GU 1-GU 11 adalah klon jambu batu berbiji dan Klon GU 12- GU 15 jambu tanpa biji. Jabatan Pertanian mengesyorkan cuma Klon GU 8 ,Klon GU 9 dan GU 10 (Berbiji) dan tidak mengesyorkan semua jenis jambu tanpa biji atas kestabilan pokok tersebut dan pakej teknologi yang tak lengkap. (Foto jambu tanpa biji di bawah). Artikel kali ini saya menulis pengalaman saya dalam "Anim Agro technology" mengenai beberapa teknologi berkaitan dengan penanaman jambu batu secara komersil berdasarkan pengalaman, penelitian dan penglibatan pada projek TKPM tanaman jambu batu.

Varieti GU 8 (Kampuchea) paling popular ditanam kerana ia mampu berhasil 6-8 bulan selepas ditanam dengan potensi hasil antara 40-50 mt sehektar selepas 4-5 tahun ditanam diladang. Buah Jambu batu di jual dalam bentuk segar , boleh diproses dan dijadikan makanan snack (Teknologi Vacuum Fry) atau pengeringan menggunakan oven dalam keadaan hampagas. Ada satu syarikat C&C Mushroom yang mempunyai kilang memproses jambu batu vacuum fry menggunakan alatan bernilai RM 1.2 juta di Gerisek, Muar oleh Encik Chew. Harga pasaran buah jambu batu stabil pada hari2 persekolahan dan menjadi rendah pada musim cuti sekolah, musim buah-buah (Durian/Rambutan dsb) serta musim perayaan. Pengeluaran buah boleh diprogramkan dengan kehendak pasaran dengan membuat program membuat cantasan buah. Daripada pengalaman penulis, buah boleh dipetik untuk dijual dengan membuat cantasan 6 bulan awal dengan sempurna dan diprogramkan mengikut sistem penandaan.


Penanaman jambu batu memerlukan kawasan terbuka terhadap cahaya metahari dimana kerja-kerja penyediaan kawasan tanaman dibuat 1 minggu sebelum menanam dengan memebersih, membakar, membajak. Seterusnya kerja-kerja menyediakan kemudahan jalanladang, sistem pengairan, parit ladang, setor dan lain2 infra. Penanaman dibuat dengan menggunakan benih berkualiti yang bebas dari penyakit terutamanya bebas nematod dengan kadar sebanyak 625 pokok sehektar. Jarak penanaman disyorkan ialah 4 m x 4 m segi empat sama dan pastikan setiap pokok mendapat sumber bekalan air. Lubang penanaman 30cmx30cmx30cm dibuat dan dibubuh baja asas Organan (5kg/lubang), Kapor (150 gm/lubang) dan Baja Fosfat (250 gm/lubang). Sungkupan rumput kering atau guni atau plastik hitam disyorkan pada pangkal pokok. Kayu pancang diletak dekat pokok untuk pastikan barisan yang tepat dan memudahkan kerja-kerja pemantauan. (Foto di bawah -Jambu Klon Kampuchea (GU 8) yang di tanam di Kawasan Sengkang, Muar, Johor).


Penyiraman dibuat 1 kali sehari kecuali hujan dan kerja menyulam pokok2 yang mati dibuat setiap masa. Kawal rumpai dikeliling pokok dan antara barisan dengan racun kimia (Glufosinate ammonium) atau cara manual. Program pembajaan dibuat mengikut pakej teknologi iaitu baja pertumbuhan NPK 15:15:15 sebanyak 85 gm/pk meningkat sehingga 166 gm/pk dan baja organan serta kapor. Pembajaan peringkat buah dilaksanakan 26 minggu lepas tanam dengan baja NPK 12:12:17:2 TE sebanyak 250 gm/pokok dan disesuaikan dengan umur pokok. Buat cantasan pembentukkan supaya tunas dan dahan sentiasa dikawal ketinggiannya dengan membuang tunas2 air menegak dan sesuai untuk di buat pengutipan hasil (Tidak lebih 6 kaki tinggi). Ada petani yang mengikat pucuk dengan batu/tanah untuk diturunkan ketinggian pokok supaya dahan mendatar dan mudah kerja cantasan, membalut buah dan menuai. Jambu Batu mula berbunga 13 minggu lepas ditanam dan berbunga sepanjang tahun dimana waktu puncak ialah pada bulan Julai-Ogos dan Disember-Januari. Pilih putik buah yang sihat sebesar bola pingpong ( 3 cm ukurlilit) untuk dibuat pembungkusan. Sembur dengan racun kimia sesuai dengan campuran minyak putih diatas putik sebelum membungkus menggunakan kertas suratkhabar yang dilapiskan plastik diluar berukuran 20cmx30cm. Lakukan penjarangan buah dan tinggalkan 1-2 biji putik dibungkus setiap dahan bergantung kepada umur dan saiz dahan. Staplekan plastik pembalut dan warnakan mengikut tarikh jangkaan dituai. Buah akan matang dan sesuai untuk dituai 3 bulan kemudian.


Buah matang yang ditanda warna akan dituai dengan menggunakan gunting atau scateurs dengan tangkai dibiarkan 10 mm panjang dan diasingkan untuk dibuat grading. Grade A (400 gm/biji), Gred B (350-399 gm/biji) dan Gred C (300-349 gm/biji) dan bakinya lain2 gred diasingkan mengikut bakul. Asingkan gred yang rosak dan 'reject' untuk digunakan dalam produk proses. Buah-buah hendaklah dihantar ke pemborong atau pembeli dengan segara untuk mengekalkan kesegarannya dan boleh disimpan dalam bilik sejuk. Perosak tanaman jambu batu yang kritikal ialah serangan NEMATOD (Meloidogyne incognita) yang mampu untuk memusnahkan keseluruhan tanaman jambu batu jika tidak dikawal. Nematod menyebabkan akar menjadi bengkak dan pecah-pecah yang mengakibatkan pokok tidak segar dan terbantut, buah menjadi kecil dan kulit batang mengelupas dan akhirnya 'hidup segan mati mau..'. Kawalan dengan menggunakan bahan tanaman yang bebas nematod (elakkan anakbenih yang ada tanah dari kawasan yang pernah diserang nematod) dan kawalan kimia dengan carbofuran atau fenamiphos (Racun Nemacur).

Lalat buat (Bactocera dorsalis) merupakan serangga yang bertelur (Betina) pada buah yang tidak dibalut yang akan menetas menjadi larva yang merosakan buah dan jadi busuk. Kawalan dengan menbuat sanitasi kebun, kutip buah yang rosak dan tanam 5 cm dalam tanah/bakar, balut buah muda dan kawalan kimia dengan umpan protein yang dicampor malathion atau 40 ml promar setiap pokok dan ulangi 5 hari sekali. Pemikat methyl eugenol memerangkap lalat jantan dapat menurangkan populasi lalat bauh. Serangga lain ialah Kutu thrips (Selenothrips rubocintus) yang menyerang putik, bunga dan buah dilapisan permukaan buah akibatkan kerosakan calar/kilat dan berlaku selalunya pada musim panas atau kemarau. Kawalan dibuat dengan semburan racun bendiocarp / biomopropylate secara terkawal. Perosak Kepiding Nyamuk (Helopeltis theobromae) seperti nyamuk menghisap daun, pucuk muda, putik dn buah akibatkan luka dan kesannya bahagian diserang akan cedera dan berwarna hitam dan akhirnya rosak. Koya-koya (Ferisiana virgata, Pseudomonas citriculus , Planacoccus pacifilus) menyerang pada peringkat dewasa dan peringkat nimfa menyebabkan pertumbuhan kulapuk yang mengurangkan mutu buah dikawan dengan semburan minyak putih dan racun serangga sistematik acepthate atau carbaryl serta mengawal semut yang makan manisan dengan semburan cypermethrin.


Serangga lain ialah Bena Putih (Aleurotuberculatus cacagae) yang bertelur dipermukaan daun yang mana nimfa akan menghisap cairan pokok dibahagian bawah daun yang akibatkan kulapuk hitam dan dikawal dengan semburan racun deltamethrin. Serangga lain ialah Ulat Pemakan Daun (Attacus atlas) yang makan daun pucuk muda dan dikawal dengan semburan cypermethrin (Serangan selalu tidak serioun sangat). Dua jenis penyakit jambu batu yang ada ialah Penyakit Keruping Buah-Scab (Pestalotiopsis psdii) yang bermula sebagai bintik warna hitam pada buah dan akan membesar jadi tompok sebesar 1-3mm, bulat dan warna perang kehitaman dan kualiti buah rosak. Kawalan dengan kawalan serangga pembawa dan semburan zink / kuprum membantu musnahkan kulat. Satu lagi penyakit jambu batu ialah Penyakit Stylar -End Ring Rot (Phomosis psdii) yang merosakan buah dan kawalan dibuat dengan semburan racun benmyl, carbendazim dan mancozeb.


Kajian penulis untuk analisa ekonomi tanaman jambu mendapati dengan purata anggaran hasil sebanyak 50 mt/ha mampu memberikan pendapatan kasar RM 30,000/ha/tahun padan tahun ke 3-5 keatas pada purata harga ladang RM 0.60/kg (Biasanya harga sekitar keparas RM 0.80/kg) di Daerah Muar bagi gred B dan A. Kos Pengeluaran jambu batu dicatitkan sebanyak RM 16,700/ha/tahun dan ini menjadikan keuntongan bersih RM 13,300/ha/tahun atau kira-kira RM 1,108 sebulan/ha. Anggaran harga pengeluaran setiap kilogram buah sebanyak RM 0.33 dan pulangan setiap ringgit dilaburkan bernilai RM 1.79. Penanaman jambu batu memang menguntungkan jika kebun tidak diserang perosak terutamanya nematod yang merupakan faktor utama kegagalan tanaman jambu batu.



JAMBU BATU...HIJAU WARNANYA...
MACAM KERAS...BAIK KHASIATNYA ...
PERLU TANAM.. BENIH ADA DIMANA...
VARIETI ... RUJUK DENGAN SIAPA...
ADA NEMTOD ...ROSAK AKIBATNYA...

Oleh:
M Anem
Senior Agronomist,
TKPM Sekijang, Segamat,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini pada 21 Januari 2014)

7 comments:

  1. Kami berminat untuk menghasilkan berbagai jenis jualan berasaskan jambu batu seperti jus, manisan basah dan kering dan berbagai lagi produk. Jika kami berhasrat untuk membeli jambu batu untuk permulaan didalam sekitar 300 kilogram setiap hari (setiap biji sebesar anggaran 700 gram), berapakah harga pengambilan di ladang. Dan jika kami tidak mengambil di ladang, tetapi Syarikat Ladang Pertubuhan Peladang Kawasan Muar Tengah sendiri yang menyediakan pengangkutan ke syarikat kami yang terletak di Kuala Lumpur, berapakah harga jualan (termasuk pengangkutan). Diharap pihak Tuan dapat memberi info harga kepada kami melalui email di a3gb@streamyx.com atau telefon kami di 03-42802012 / 016-2123612 / 016-2043624 Sekian Terima Kasih Puan Ani / En Abd Jalil Respon pihak Tuan amat kami hargai

    ReplyDelete
  2. bagaimana nak dapatkan bekalan jambu nie yer
    sila email kepada sy

    gudiqcrew@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Bagaiman nak dapatkan bekalan buah jambu nie, sila e mail ernitanius@yahoo.com /sms 017 3836468, t/kasih

    ReplyDelete
  4. Jambu PPK Muar Dalam boleh dibeli dari alalat : Pengurus PPK Muar Dalam,Bukit Gambir, Ledang, Johor atau Telefon En Rahmat 0193105995

    ReplyDelete
  5. SAYA DARI SYARIKAT PENGELUAR KOSMETIK INGIN MENDAPATKAN DAUN2 JAMBU BATU UNTUK KOSMETIK SAYA.BOLEHKAH SAYA MENDAPATKANNYA ATAU MEMBELINYA TERUS DARI LADANG?

    ReplyDelete
  6. SILA HUBUNGI 0172089770 ATAU EMEL ayahdabonda7@yahoo.com [ingin membeli daun2 jambu batu terus dari ladang.bolehkah saya dapatkannya?

    ReplyDelete
  7. Bagaimana untuk saya dapatkan bekalan jambu batu.. email detail sizuka192@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...