KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, December 22, 2009

Amalan Pertanian Baik


Amalan Pertanian Baik (APB) atau Good Agriculture Practices (GAP) merupakan satu pendekatan dalam Sistem Pengembangan Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia untuk mempastikan pengeluaran hasil pertanian BERKUALITI dan SELAMAT dimakan. APB mengambilkira pengurusan ladang yang mesra alam sekitar. APB adalah amalan-amalan yang dilaksanakan semasa proses pengeluaran dan pengendalian hasil bagi mempastikan hasil ladang adalah berkualiti, selamat dimakan dan tidak menimbulkan risiko kepada alam sekitar dan pekerja ladang. Dasar Agro Makanan Negara memberikan penekanan terhadap sektor agro-makanan yang mahukan perlaksanaan APB oleh semua pengusaha ladang pertanian makanan.

APB dijadikan nadi utama dan penting dalam perlaksanaan Program Pengembangan Jabatan Pertanian dan perlu di programkan dalam sistem penyampaian pengembangan kepada semua petani melalui Latihan dan Lawatan. Pegawai Pengembangan akan memberikan penerangan dan bimbingan sehingga petani faham bagaimana untuk melaksanakan APB dari pemilihan lokasi kebun, pemilihan bahan tanaman, amalan penanaman, amalan pembajaan, kawalan musuh dan penyakit, penuaian hasil, pengendalian hasil, pengurusan buruh dan pekerja asing serta beberapa aktiviti lain. Mereka akan di berikan akreditasi Persijilan seperti persijilan SALM (Skim Amalan Ladang Balik Malaysia) atau SOM (Sijil Organik Malaysia).


Perlaksanaan APB oleh semua petani di laksanakan secara berperingkat-peringkat dan di daftarkan. Kajian oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) mendapati banyak faedah yang akan diperolehi oleh petani yang telah dianugerahkan SALM atau SOM seperti dapat memenuhi piawaian keselamatan makanan dan kualiti produk serta mampu membuka ruang pasaran hasil pertanian mereka kepada pasaran ekspot.


Sehingga kini seramai 247 petani dan ladang telah pun dianugerahkan sijil SALM semenjak tahun 2002 dimana banyak permohonan persijilan dalam pproses pemeriksaan ladang. Proses permohonan persijilan boleh dijalankan dengan pemohon boleh berhubung dengan Pejabat Pertanian terdekat atau berhubung dengan Pembantu Pertanian Kawasan disetiap mukim. Cara paling mudah adalah dengan membuat permohonan on-line melalui internet pada alamat http://www.doa.gov.my/ yang dibuka 24 jam.


Keterangan lanjut sila berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah.

APB -----> Apa Perlu Bertunggu...

Pohonlah sekarang!



Oleh:
M Anem
DOA Muar


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...