Saturday, December 12, 2009

Kawalan Perosak Bersepadu (IPM)

Reactions: 
Pegawai Pertanian memeriksa TKPM untuk Kawalan Perosak Bersepadu yang dijalankan oleh peserta TKPM di Sekijang, Segamat.

Kawalan Perosak Tanaman Bersepadu atau Intergrated Pest Management (IPM) adalah satu kaedah Kawalan Makhluk Perosak dengan menggabungkan (intergrated approach) Kaedah Kawalan seacara Kimia dan Kaedah Kawalan secara Biologi. Kaedah kawalan kimia digunakan secara berhemah dan kaedah secara biologi mementingkan agen biotic secara semulajadi untuk mengurangkan populasi perosak.
Konsep IPM adalah untuk memahahi dan mengurus EKOSISTEM dan matlamat kawalan bukan untuk memusnahkan perosak sahaja. Aspek IPM adalah dengan mengenalpasti perosak dan musuh semulaji sedia ada, pemantauan, kaedah membuat keputusan, cara-cara kawalan dan kemahiran khusus petani.













Kumbang Lady Bird (Pest Predator)


Terdapat 6 Cara Kawalan secara IPM iaitu:-

1. Cara Kultural
2. Cara Biologikal
3. Cara Kimia
4. Cara Mekanikal
5. Cara Fizikal
6. Cara Perundangan




1. CARA KULTURAL
Cara kultural adalah dengan menjalankan amalan Pertanian Baik dan mengubahsuai cara2 pengamalan teknologi supaya tanaman subur, sihat dan musuh sukar menyerang tanaman. Antara caranya ialah dengan penyediakan kawasan kebun yang sesuai, pemilihan benih baik dan bebas penyakit, sanitasi, pembajakan, penyiraman, pembajaan dan juga penggiliran tanaman.

2. CARA BIOLOGIKAL
Cara biologikal adalah dengan menggunakan Musuh Semula Jadi (MSJ) perosak seperti Pemangsa (PREDATOR), PARASIT DAN PATHOGEN. Musuh2 semulajadi ini adalah mustahak dalam mengurangkan populasi perosak tanaman dalam kebun. Antara yang diketahui dalam konsep IPM ialah seperti Predator Ladybird, Burung Pungguk Jelapang (BJP-makan tikus sawah), Kerengga, Ular Tedung (Makan tikus dalam Ladang Kelapa sawit) dan sebagainya.

3. CARA KIMIA
KAwalan kimia adalah penggunaan sebatian2 kimia untuk membunuh, mengurang, menghalang dan menjauhi perosak tanaman. Bakan kimia di gunakan dalam pelbagai bentuk, kaedah, kekerapan, kepekatan, kegunaan, jenis racun dan target yang berbeza-beza. Penggunaan racun kimia mestilah tepat dan mengikuti syor-syor pada lebel untuk penggunaan yang paling optima. Elakkan racun kimia yang 'broad spectrum' kerana ianya akan memusnahkan predator perosak.

4. CARA MEKANIKAL
Kaedah ini adalah mengawal perosak dengan menggunakan alatan untuk menghalang, membunuh dan menjauhkannya. Antara kaedah mekanikal adalah seperti memasang padar keliling kebun (Babi/Binatang), Parit Ladang, Plastik Hitam, Plastik Silvershine, Membungkus dengan kertas dan sebagainya. Kaedah ini adalah cara yang murah dan praktikal.

5. CARA FIZIKAL
Cara Fizikal adalah kawalan menggunakan haba, suhu, cuaca, air, api, tenaga dan bunyi yang mampu menghalang, embunuh atau menyahkan perosak. Antara contoh ialah seperti UV Light Trap, Sport High Sport Light, Heat Treatment Machine dan sebagainya. Walau pun ada alatan yang berharga mahal (HTMM) tetapi ianya perlu untuk ekspot (papaya).

6. CARA PERUNDAANGAN/REGULATORI
Cara perundangan ialah dengan menghalang kemasukkan perosak kedalam negara ini melalui akta Kuarantin dan Regulatori. Antara perundangan berkaitan ialah perundangan berkaitan Perosak dan Perundangan Akta Makanan.




BURUNG PUNGGUK BJP

Burung pungguk BJP merupakan sejenis burung yang memakan tikus dikawasan sawah padi dan ladang kelapa sawit. Burung BJP keluat pada malam hari dan memakan antara 3-5 ekor tikus sehari. Dikawasan sawah disediakan Rumah BJP untuk memudahkan burung tinggal dan kayu "T" bagi kegunaan BJP.






Sarang burung pungguk merupakan struktur yang dibina setinggi 16 kaki dari tiang GI dan Kotan Kayu berukuran 2kaki x 1 kaki dengan mempunyai pintu dan bilik. Sarang BJP diletakkan di tengah-tengah sawah atau di puncak bukit kawasan ladang sawit.
Satu sarang BJP dihuni oleh induk dan anak2 mampu mengawal seluas 20 hektar sawah atau 5 hektar ladang sawit. Kos pembinaan sarang ini oleh Jabatan Pertanian sebanyak RM 600.00 sebuah.




" AMALKAN TEKNOLOGI KAWALAN PEROSAK BERSEPADU...
HASIL LEBIH SELAMAT DAN BERKUALITI"

Oleh:
M Anem
DOA Muar


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KLIK SAYA