Support My Blog

Saturday, November 14, 2009

FERTIGASI KELILING RUMAH


Tanaman cili secara fertigasi dengan Cili MC 10 
di kawasan pejabat Pertanian Muar.



Apakah dia Penanaman Sayuran secara SistemFertigasi (Fertigation system) ?

Sistem Fertigasi ialah menanam sayuran dengan pemberian baja tanpa melalui sistem pengairan, Kelebihan menggunakan sistem ini ialah:-

a. Nutrien lengkap dapat diberikan kepada sayuran
b, Dijamin bersih dan tidak kotor
c, Mengurangkan penggunaan racun dan kimia
d. Mudah di uruskan dan moden
e. Hasil yang selamat dan boleh di jadualkan
f. Hasil yang selamat dan bepotensi tinggi
g. Mengatasi masaalah kekurangan tanag/tanah bermasaalah
h. Teknologi sedia ada yang mudah



Bagaimana pun terdapat beberapa kelemahan sistem ini :-

a. Kos awal agak tinggi untuk belu peralatan
b. Perlukan ilmu pengetaguan yang lengkap
c. Perlu diuruskan secara berterusan
d, Jika sistem rosak akan merugikan pengusha


Jenis sayuran disyorkan adalah seperti Tomato, Timun, Capsicum, Timun Jepun dan Terung. Tanaman lain ialah Melon, Strawberry, Bunga Landskap dan sebagainya.



Tomato cherry yang di tanam di Rumah AO Muar telah berhasil.

Satu pokok memberikan sebanyaj 3.5 kg tomato cherry semusim.


Kajian daripada Penulis mendapati hasil sayuran secara fertigasi agak baik dengan syarat pengurusan di buat dengan baik. Berikut adalah rekod daripada pengalaman penulis :

a. Tomato selama 5-6 bulan (2-4 kg/pk)
b. Terung peparu 5-6 bulan (6-9 kg/pk)

c. Cili Merah MC10 selama 5-6 bulan (4-6 kg/pk)
d. Timun Jepun selama 70-90 hari (10-15 kg/pk)
e. Melon selama 55-60 hari (3-5 kg/pk)



Bagi mereka yang berminat dengan tanaman secara sistem fertigasi boleh mencuba secara kecil-kecilan di keliling rumah. Pertanyaan boleh dibuat kepada Pegawai2 Jabatan Pertanian atau dengan membaca buku atau layari internet. Untuk kita menjalankan projek secara luas beberapa TKPM Fertigasi ada disediakan seperti TKPM Besut Terengganu, TKPM IPAH Air Hitam, TKPM Pagoh Muar dan Stesyen Pertanian Serdang. Saya ada menulis artikel mengenai sistem tanaman fertigasi dalam blog ini dimana anda boleh link sahaja. Anda boleh membaca Cili Kulai Fertigasi (Sila Klik Disini), Fertigasi Gantung (Sila  klik disini), Sistem Fertigasi Autopot (Sila klik disini) dan Projek Mini Fertigasi Besut (Sila klik disini). Penanaman sayuran secara fertigasi kini semakin popular terutama dikawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan juga di kawasan tanah rendah. Kawasan tanah tinggi mereka menggunakan pelbagai sistem fertigasi daripada jenis NTF, Hidroponik dan sistem konvensional biasa. Pengeluaran sayuran dapat dioptimakan dengan sistem ini untuk menjadikan ia satu usaha yang menguntungkan petani. Wasallam!.


SISTEM FERTIGASI... APA DIA...
TIADA TANAH... GUNA AIR SAJA...
MUDAH DIKAWAL... MODAL ADA...
HASIL LUMAYAN... PERLU DIJAGA... 


By
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(Kemaskini pada 10 Febuari 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...