KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, November 14, 2009

PENYAKIT CENDAWAN - KAJIAN KES DI MUAR


Projek cendawan Tiram Kelabu di Kg Sg Terap, Muar setelah 
6 tahun beroperasi di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Muar.


Cendawan TIRAM KELABU (Pleurotus sajor-caju) dan kini dikenali dengan nama saintifik Pleurotus pulminorius adalah satu daripada 13 jenis cendawan di Malaysia yang boleh diusahakan secara komersial. Cendawan ini ditanam menggunakan teknologi moden didalam rumah cendawan dengan menggunakan bungkah yang diidi dengan media cendawan terdiri daripada habuk kayu, dedak, kapor dan bahan lain. Bungkah cendawan ini kemudian dikukus selama beberapa jam untuk mensterilkan sebelum dimaskkan benih cendawan. Pada masa ini terdapat lebih daripada 730 orang pengusaha cendawan yang aktif dan kurang aktif di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran 30,000 mt sebulan (Sumber: Laporan Direktori Pengusaha Cendawan Jabatan Pertanian Malaysia 2014). Dibawah Projek Khas Pertanian Pagoh, jabatan Pertanian (DOA) telah memajukan sebanyak 17 projek cendawan secara komersial melibatkan seramai 54 pengusaha sejak tahun 2004. Pada masa kajian kes ini dijalankan, dianggarkan pengeluaran bulanan adalah sebanyak 125 - 220 mt sebulan cendawan segar atau basah. Harga pasaran cendawan segar secara kontrak farming dengan syarikat CnC Mushroom Cultivation Sdn Bhd adalah ditentukan RM 4.50 sekilogram sementara harga di pasar basah secara runcit antara RM 6.00 - RM 8.00 sekilogram. Terdapat beberapa kes penyakit dan perosak yang perlu di awasi dalam tanaman cendawan tiram kelabu di Daerah Muar danLedang dalam kajian kes ini untuk dijadikan info bagi makluman pembaca. Blog "Anim Agro Technology" ini mempaparkan penemuan penulis sendiri yang membuat pemantauan terus dalam kajian kes ini mengenai beberapa penyakit cendaeam didaerah ini untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Antara masaalah serangan penyakit yang dijumpai di beberapa projek kelompok dan swasta di Muar, Johor dari pemerhatian adalah sepertii berikut:

Kulat Hijau (Trichoderma spp)

1. Kulat Hijau
Kulat hijau disebabkan oleh Trichoderma spp yang akan mengeluarkan spora berwarna hijau dibahagian atas bungkan pada media. Serangan ini lazimnya akan berlaku sekitar 10-15 hari selepas disuntik benih. Spora yang berwarna hijau keluar dengan kejadian lebih jelas pada 2-3 kali lepas memetik hasil dan terus rosak. Penyakit ini memang perlu di kawal peringkat awal. Cara mengawal dengan mengambil bungkah yang didapati ada serangan dan dikeluarkan dan dimusnahkan dengan membakar dilokasi yang jauh daripada rumah cendawan. Kes ini dijumpai di Kg Baru Lenga, Kg Paya Jaras dan di Kg Tiong Baru terutama masa musim panas.



Serangan Kulat Jingga (Neuspora spp)
2. Kulat Jingga
Kulat jingga disebabkan oleh kulat yang dikenali sebagai Neuspora spp (Fire Mould) yang dapat dikenali dengan warna jingga dipangkal penutup bungkah cendawan. Lazimnya serangan ini akan berlaku paling awal iaitu 3-4 hari selepas disuntik (Sila lihat foto diatas). Tanda serangan adalah dimana pada akhirnya spora berwarna jingga akan keluar dan berbau tengik atau busuk. Kawalan dilakukan dengan mengeluarkan bungkah yang diserang dan perlu dimusnahkan segera. Kegagalan petani membuat kawalan boleh merugikan. Kes ini dijumpai di Kg Muda Jaya, Kg Paya Redan, Kg Jeram walau pun masa berlakunya serangan ini berlainan waktu.


Kulat Coprinus spp.
3. Kulat dakwat hitam
Serangan masaalah ini disebabkan oleh sejenis kulat lain dikenali dengan nama Coprinus spp. Serangan kulat ini akan menyebabkan bungkah cendawan akan mengeluarkan jana buah terdahulu sebelum cendawan. Ia dikenali dengan kelihatan tangkai jana panjang seperti payung berwarna kelabu kehitaman dan akhirnya ia akan mengeluarkan cecair seperti dakwat. Walau pun serangan kulat ini tidak berapa jejaskan hasil cendawan, tetapi ia akan menyebabkan kontimasi dan kualiti cendawan dihasilkan boleh berkurangan. Kawalan juga dilakukan dengan membuang bungkah yang terkena serangan dan gunakan EM dan sanitasi rumah cendawan.


4. Kulat Kuning KehijauanKulat jenis Aspergillus spp atau Penicillium spp merupakan penyebab penyakit ini yang mengeluarkan spora berwarna kekuningan. Serangan kulat ini adalah berpunca daripada sebab bahan media  dalam bungkah tidak cukup masak. Kulat ini tidak musah semasa mengukus media dimana kulat ini akan makan isi substrat menyebabkan benih cendawan yang disuntik tidak dapat memberikan hasil. Perlu sentiasa pastikan untuk mengukus media cendawan dengan betul. 


Serangan Kulat Hitam (Rhizopus spp)
5. Kulat Hitam
Serangan oleh Kulat hitam disebabkan oleh sejenis kulat yang dikenali dengan nama Rhizopus spp.  Kulat ini yang akan menyerang dengan ia mengeluarkan spora berwarna hitam pada media cendawan. Lazimnya ia disebabkan oleh kerana berlaku keadaan pencemaran media tanaman atau pencemaran pada benih cendawan. Kesan daripada serangan ini adalah menyebabkan hasil berkurangan atau dalam beberapa kes di Muar didapati tiada langsung hasil cendawan jika tidak di kawal peringkat awal. Pastikan sentiasa menjalankan sanitasi atau pembersihan dalam rumah cendawan dan menggunakan benih yang tidak tercemar. Kes ini berlaku dibeberapa lokasi seperti di Gersik, Kg Sawah Ring, Kg Jeram dan beberapa lokasi lagi.

Artikel ini ditulis berdasarkan kepada program pemantauan dengan pegawai teknikal dan peserta penanam cendawan telah diberikan kursus pengurusan tanaman cendawan. Kursus pengurusan tanaman cendawan yang dijalankan ini didapati membantu mengurangkan berlakunya serangan dan kerugian penanam endawan di Muar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!. 

Cendawan yang sihat.

PENYAKIT CENDAWAN... ADA SAJA...
PERLU DIKENAL... SEMUA PESERTA...
KALAU SERANG... KAWAL SEGARA...
ITU CABARAN... MEMANG DIJANGKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pejabat Pertanian Daerah,
Jalan Kamariah, Muar,
Johor, Malaysia.
(kemaskini pada 12 Mei 2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...