Support My Blog

Tuesday, November 17, 2009

Teknologi EM di Johor

Botol mengandungi EM dari Saraburu, Thailand oleh EMRO.

Teknologi EM (Effective Micro-organism) diasaskan oleh Prof. Teruo Higa dari Okinawa Jepun yang dilahirkan pada 1941 dan mengajar di Kolej Pertanian Ryukyus. Asas teknologi EM beliau ujudnya mikrob baik dan merbahaya yang perlu diimbangkan dan menyatakan bilangan mikrob dalam 1 kg tanah sama dengan penduduk dunia (6.56 billion masakini). Konsep EM ialah penggabungan 3 jenis mikrob berfaedah iaitu Bakteria fototropik, Yis dan Bakteria Asid laktik. Johor merupakan Negeri di Malaysia yang aktif menjalankan pembangunan dan aktiviti EM. Sebuah syarikat J-Bioteks telah di tubuhkan untuk mempastikan teknologi ini berkembang. Kesan dan fungsi EM adalah untuk meneutralkan antara mikrob merbahaya dengan mikrob berfaedah secara perseimbangan.


Pembangunan EM didunia di majukan oleh EMRO Okinawa, Japan bagi rantau ini di Thailand dikenali EMRO Thailand dan untuk Malaysia di bawa masuk oleh JAMOF sdn Bhd. Beberapa produk EM di pasaran di Johor seperti EM, EM-Power, IMO dan BMO.


Penulis ketika berkursus Teknologi EM di Kyusei, saraburi, Thailand selama 10 hari.

Penggunaan EM amatlah mudah dalam sektor Tanaman, Ternakan, Ternakair, Rawatan Air dan Kegunaan Domestik dalam Rumah. Bagi sektor tanaman EM boleh diguna dalam tanaman cendawan, kawalan penyakit Pisang, Penyakit Betik dan pelbagai tanaman sayuran dan makanan. EM boleh di aplikasi dalam 3 bentuk iaitu larutan Aktif (EMAS), EM Bokashi dan EM FPE (Fermented Plant Extract). EMAS diguna dengan menyiram kepada tanaman 1x/minggu dengan kadar kecairan 1:5,000 (anak pokok) dan 1:500 (pokok dewasa). EM Bokasi (Kompos) diletak 2-3 minggu sebelum pokok ditanam dan EM FPE di sembur pada tanaman selepas hujan lebat.


Latihan amali memletah EM Bokashi oleh peserta kursus teknologi EM di Kyusei, Saraburi ,Thailand dari seluroh dunia.

Penggunaan EM pada ternakan sangat digalakkan kerana di dapati dapat mengurangkan bau busuk sisa ternakan. EM dapat mengurangkan populasi Lalat dan memberikan udara lebih sihat di kandang ternakan. terdapat 5 cara aplikasi penggunaan EM di sektor ternakan iaitu di Makanan, Minuman, Kandang, Ternakan itu sendiri dan Rawatan najis. Bagi makanan haiwan EMAS dicampur pada makanan haiwan 1:50 setiap hari dan semburan kekandang 1-2-liter EMAS setiap hari dengan kadar cairan 1:100. Untuk minuman EMAS dicampur dengan 1:1,000 setiap hari dan bagi rawatan kumbahan najis guna mud ball ( 1biji/1mpersegi) kekerapan 3 bulan/1 kali sertasemburan EMAS 1:500 setiap bulan. Semburan EMAS terus kepada ternakan (ayam/ lembu/ kambing dsb) pada kadar 1:500 setiap hari.


Bagi Ternakair EM boleh digunakan dalam makanan ikan/udang, Kawalan kualiti air di pintu air masuk dan penyediaan anak ikan.
Kolam tanah yang baru dikeringkan boleh di tabur EM Bokasi pada kadar 1,000 kg/ha atau sembur larutan EMAS pada kadar 70 liter/ 1,000 m persegi. Air baru masuk 3 kaki kedalam sembur EMAS sebanyak 100 liter/ha dan masukkan EM Mud ball 1-2 minggu sebelum benih ikan dimasukkan. Penggunaan EM diteruskan setiap 20 hari (EMAS) dan 4-6 bulan untuk mud ball. bagi makanan ikan masukkan 3% EM setiap berat makanan ikan.
Bagi mengawal sungai yang tercemar, penggunaan mud ball (Bebola EM) sangat disyorkan terutama di saliran tercemar di kawasan bandaraya atau kawasan perindustrian. Mud ball di campakkan di ulu sungai yang mengalir dengan kadar 1,000 kg setiap hektar. Kesan jangka panjang akan berlaku jika perkara ini di fahami dan dilaksanakan oleh penduduk tempatan. Beberapa negara maju seperti Jepun, kanada, korea, Taiwan dan New Zealand telah jauh maju dalam bidang ini.
' Pertanian maju, Rakyat sihat'
Keterangan lanjut mengenai EM sila hubungi Jabatan Pertanian Johor atau J-Biotec.
Oleh:
M Anem
DOA Muar
Effective Micro-organism (EM)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...