Thursday, November 12, 2009

Lembu Bali di Muar


Lembu Bali merupakan sejenis Lembu yang berasal daripada Indonesia yang mempunyai kualiti daging yang amat baik. Lembu ini diimpot dari Indonesia melalui JPV ini kebanyakkan untuk dijadikan baka. Baru-baru ini penulis dapat melawat Projek Ternakan Lembu Bali oleh Syarikat Sayful Farm di TKPM Lubuk Bakul, Muar Johor bersama Pegawai Daerah dan ketua-ketua Jabatan terlibat.

Terdapat lebih 120 ekor stock lembu bali di ladang tersebut yang berperingkat-peringkat umur dari yang baru lahir, dewasa, induk dan sedia untuk dijual baka. Pengurus syarikat menerangkan harga seekor adalah antara RM 2,500 hingg RM 4,500 bergantung kepada saiz dan kegunaan. Lembu-lembu ini diberikan makanan rumput Napier segar dan makanan tambahan seperti Oil Palm Kernel pallets dan ' soya bean waste'. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Daerah Muar atau datang sendiri ke TKPM Lubuk Bakul.

Terdapat juga bangunan burung walit di kawasan tersebut yang dipunyai oleh Persatuan Penternak2 Daerah Muar yang dimulakan sejak 2007. Kawasan ini sesuai untuk menternak burung walit kerana potensi besar dalam industri ternakan tersebut. Difahamkan pada masa ini terdapat lebih daripada 50,000 bangunan burung walit di Malaysia berbanding dengan cuma 450 pada tahun 2000. Kos pembangunan asas ternakan burung paling simple dalam RM200,000 merangkumi bangunan, peralatan, susunatur dalaman, humidifier, kased/CD dan sebagainya.


Dikawasan TKPM Lubuk Bakul juga sedang dibina 6 unit Kandang Fidlot yang boleh dimasukkan sebanyak 300 ekor lembu pedaging (termasuk Lembu Bali) dan anggaran kos pembinaan infrastruktur setiap kandang sebanyak RM 800,000 (tidak masuk ternakan lembu). Projek di bawah Nationl Feedlot Center (HIP) Kementerian Pertanian ini di lancarkan pada tahun 2008 untuk menampung kepergantungan impot daging dari 18% pada masa ini kepada 40% dalam tahun 2015. Pada tahun 2012 dijangka sebanyak 2,000 ekor lembu akan diternak di TKPM Lubuk Bakul, Muar dengan nilai pasaran berjumlah RM 6 juta setahun. Terdapat penternak lain yang mengushakan ternakan Kambing Boer dan Kambing Japnapari. Di TKPM ini juga ada 2 bual kilang memproses makanan ternakan berasaskan "Oil Palm Kernel' dan Silage Daun kelapa Sawit. Kilang Alumni UTM memproses pelet makanan haiwan berasaskan Dau Silaj Kelapa sawit dengan kandungan12% protein dan kapasiiti pengeluaran sebanyak 4-8 mt sehari.



Kawasan TKPM Lubuk bakul juga sesuai dibangunkan untuk Projek Agro-Tourism dengan keluasan 1,041 ekar bagi daerah Muar pada masa akan datang.



TERNAK LEMBU...LEMBU BALI...
BAKA BERASAL...PULAU BALI...
DAH TENGOK....RASA NAK BELI...
TIDAK ADA MODAL...FIKIR2 TAK JADI...


Oleh,
M Anem
Muar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...