Support My Blog

Friday, November 13, 2009

Intergrasi Pisang Tanduk dan Serai


Pisang (Musa paradisiaca L.) adalah sejenis tanaman buah-buahan dari keluarga Musaceae  yang sesuai ditanam di kawasan tropika dan sub-tropika untuk dimakan segar atau boleh diproses untuk pelbagai produk seperti pes, kerepek, minuman dan sebagainya. Terdapat berbagai jenis pisang di tanam di seluroh dunia tetapi beberapa spesis yang popular di Malaysia ialah Pisang Nipah, Pisang Mas ,Pisang Rastali, Pisang Embun, Pisang Tanduk, Pisang Hijau, Pisang Masak 40 hari, Pisang Monyet dan sebagainya. Artikel kali ini saya menulis kombinasi penanaman pisang dengan serai yang dijalankan di Projek Kelompok Sungai Burung, Pontian , Johor untuk maklumat dan bacaan umum sempena lawatan penulis bersama beberapa rakan kelokasi tersebut. 


Serai (Cymbopogon spp ) atau Lemon Grass pula adalah dari keluarga Graminae yang ditanam untuk kegunaan masakan dan boleh diproses sebagai serbuk, di buat pes dan sebagainya. Serai ditanam secara kecil-kecilan di keliling rumah atau boleh ditanam secara komersil di ladang. Tanaman serai lazimnya menggunakan benih tanaman serai yang ditanam dengan jarak 1 kaki x 1.5 kaki dan boleh dituai lepas 6 bulan. Buat masa ini penanaman serai di kampong ini agak berjaya dimana antara serai yang ditanam adalah seperti Serai Wangi, Serai Masak, Serai Peha Ayam, Serai Peha Gajah dan sebagainya. Spesis serai bergantung kepada saiz, kegunaan, ketahanan, lokasi ianya ditanam dan lain-lain faktor. Benih serai diperolehi dari pelbagai sumber sekitar Daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Penulis telah melawat dan menjalankan aktiviti Lawatan Teknikal ke Daerah Pontian baru-baru ini melihat projek Intergrasi Tanaman Pisang Tanduk dengan Serai. Serai telah pun ditanam secara komersial yang di usahakan di beberapa lokasi oleh peserta Kelompok bimbingan Jabatan Pertanian. Pemerhatian saya mendapati pokok serai yang di tanam dibawah pokok pisang tanduk dapat memberikan hasil pendapatan berganda kepada petani. Semakan dari buku rekod Pengurusan Ladang didapati petani mampu menjana RM 1,600 pendapatan bersih sebulan dari 0.4 hektar tanaman ini. Projek Sungai Burung, Pontian, Johor. Projek ini merupakan satu projek yang sangat berdaya maju diatas komitment semua peserta projek dan kaedah pemasaran yang sesuai. Cara pemasaran pula adalah pembekalan domestik di Johor Bahru serta Pontian dan pasaran segar atau di ekspot ke Singapura. Mereka menghantar setiap 2-3 hari sekali ke Singapura dan mendapat bayaran yang agak lumayan.




Intergrasi Tanaman Pisang Tanduk dan Serai memerlukan kawasan yang cukup sinaran cahaya matahari, tanah yang mempunyai saliran yang baik serta pengurusan tanaman yang baik. Pisang Tanduk di tanam pada jarak 4 meter x 3 meter dan pokok serai dtanam dalam 2 barisan diantara barisan pisang dengan jarak 50 cm x 60 cm. Mereka mengelar serai mereka dengan panggilan "Serai Peha Gajah" kerana saiz serai yang agak besar dan lebih berbau harum daripada serai tempatan biasa. Pokok Pisang Tanduk dibiarkan 2 pokok satu perdu dimana 1 pokok dewasa dan satu lagi pokok pisang sulur (Purata ketinggian pokok sulur 3 kaki). Daun Pisang Tanduk adalah kecil dan agak kurang dan kanopinya dimana ianya mencukupi untuk serai mendapat cahaya matahari. Amalan intergrasi pisang tanduk dengan serai seuai dijalankan dikawasan lain.

Penanaman secara intergrasi antara pokok pisang tanduk dan serai yang dijalankan di sini boleh dijadikan satu model atau bentuk intergrasi penanaman yang sesuai. Selain daripada mendapat hasil bergganda, penggunaan input baja dijimatkan, kurang risiko akibat penurunan harga didapati kaedah penanaman ini mengoptimakan penggunaan tanah. 



MENANAM SERAI...DI BAWAH PISANG TANDUK...
SERAI DITUAI...DIIKAT DIBAWAH PONDOK...
PROJEK BERJAYA...PETANI SERONOK..
MENJADI MODEL....UNTUK DITENGOK...


Related articles:
1. Serai (Klik disini)
2. Banana (Click here)
3. Pisang Tanduk (Klik disini)
4. Klon Buah Popular di Malaysia (Klik disini)
5. Kultivar Pisang di Malaysia (Klik disini)
6. Daun Pisang (Klik disini) 

By
M Anem
DOA Muar, Johor,

Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...