Support My Blog

Friday, July 5, 2024

TANAMAN INDIGOFERA - APA DIA?

TANAMAN INDIGOFERA
merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam daripada keluarga Fabaceae atau pun dalam kategori Legume atau kekacang yang mudah di tanam. Apa pun spesis Indigofera zollingeriana adalah spesis tanaman ini yang banyak di tanam di Malaysia dan beberapa negara ASEAN yang lain untuk di jadikan makanan ternakan terutama ternakan pelbagai jenis. Dilaporkan dimana tumbuhan jenis 
Indigofera mempunyai sekitar 700 spesies lebih dimana ada beberapa spesis di kawasan Asia Tenggara yang sudah pun  di komersialkan. Tanaman ini berasal dari tropika seperti di kawasan Afrika, Asia, Australia, Amerika Utara dan Selatan dimana ia kemudian menyebar keseluruh zon kawasan kering seperti di Afrika, Asia dan masuk ke Asia Tenggara termasuk di Malaysia dan Indonesia sekitar tahun 1900-an oleh penjajah kolonial. Secara agronomi apa yang penulis blog tahu dimana tumbuhan Indigofera sp. merupakan tumbuhan dari keluarga leguminosa yang toleran terhadap keadaan yang kekeringan dimana ia juga adalah tanaman tahunan yang mampu berhasil selama 25 tahun. Tanaman ini sangat mudah dibiakkan dan di usahakan sebab mampu menghasilkan potensi hasil yang tinggi untuk menghasilkan buah lengai atau polong dan biji benih yang sangat bernas. Di kalangan penternak mereka tahu dimana tanaman Indigofera sp. adalah merupakan jenis tanaman ini berpotensi tinggi sebagai sumber makanan ternakan berkualiti sebab dilaporkan ia mempunyai protein dan tenaga yang tinggi untuk membantu bagi meningkatkan produktiviti ternakan haiwnan ruminan yang di pelihara. Apa pun dilaporkan dimana disamping dijadikan sebagai sumber makanan ternakan dimana tumbuhan Indigofera sp. adalah tanaman yang ada banyak kegunaan atau fungsi antaranya termasuk sebagai bahan pentinf atau sumber pewarna biru untuk kain (warna nila) serta boleh di proses menjadi sejenia ubatan tradisional, bahan anti-mikrobe, menjadi baja organik hijau dalam sistem pertanian yang ditanam berasaskan padi. Ia juga ditanam untuk dijadikan sebagai tanaman penutup bumi (covercrop) serta ia mempunyai ciri tumbuhan herba antaranya spesis Indigofera spicata dan spesis Indigofera astragalina. Dalam pada itu ada jenis tumbuhan ii yang mempuntau jenis perdu atau batang yang sesuai untuk landskap seperti spesis Indigofera tinctoria, Indigofera natalensis dan juga Indigofera australis. Tumbuhan ini dapat dibiakkan melalui bahan biji benih atau pun keratan batang dimana ianya adalah bergantung dari spesies. Penulis blog dpatu kaedah pembiakan atau penanaman dengan kaedah menggunakan bahan biji benih adalah ia relatif mudah dan cepat. Dalam pada itu spesies yang dapat ditanam dengan biji maupun keratan batang adalah dari spesis Indigofera picata dan juga spesis Indigofera arrecta. Sedangkan spesis yang sesuai dibiakkan dengan keratan batang adalah Indigofera suffructicosa dan Indigofera hirsuta. Di Malaysia suah ada beberapa kajian dilakukan terhadap tanaman ini akan tetapi masih belum banyak ianya di perluaskan penanamannya tidak seperti di negara jiran Indonesia. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai info agronomi tanaman Indigofera untuk dijadikan bahan rujukkan para pembaca semua. Artikel ini di tulis seepas membuat tinjauan teknologi tanaman indigifera di Jonggol, Bogor Indonesia bersama pihak IPB, BRIN dan juga sebuah syarikat swasta anjuran JBiotec.


Mengenali tumbuhan Indigofera ini perlu tahu akan beberapa ciri asas dimana selalunya tumbuhan ini akan mempunyai jenis daun yang susunan d
aunnya berseling atau dilihat seakan ia bersirip ganjil (Sila lihat foto disebelah). Daun ini berwarna hijau seragam dengan pada pucuknya agak hijau terang sedikit. Apa pun pokok ini bercabang banyak dengan batang yang mampu membesar menjadi sebatag pokok yang besar dan tinggi. Mengenai akan ciri bunganya selalu dilihat ia akan tersusun dalam suatu tandan dimana ciri pada bentuk  kelopaknya berbentuk genta bergigi lima dangan pada daun mahkotanya dilihat seakan berbentuk kupu-kupu. Paling unik dimana sama dengan beberapa jenis pokok kekecang lain dimana ia akan menghasilkan buah dalam bentuk Buah Lengai (pod) atau polong apabila pokok sudah matang. Diliht secara terperinci dimana pod ini mempunyai bentuk pita sama ada ia berbentuk lurus atau bengkok dengan selalu berisi diantara sebanyak 1 - 20 biji yang berbentuk bulat sehingga berbentuk agak lonjong. Daripada bahagian biji ini boleh di proses menjadi makanan manusia dan pelbagai produk lain. Pod yang sudah matang ini boleh di tuai dan di keluarkan isi bjijnya untuk di kumpulkan sebagai hasil. Biji Indigofera dilaporkan ia mudah di semai dan cepat tumbuh dimana selalu dilihat cara pertumbuhannya adapab 'epigeal' dimana dilihat ada kepingan bijinya tebal dan cepat gugur keatas tanah apabila matang dan tumbuh semula. Semua spesis tumbuhan indigifera ini mempunyai jenis Akar Tunjang yang kuat dimana ia selalu tahan daripada kejadian tumbang dari di tiup angin kencang. Berbatang tegap yang tumbuh menegak dan banyak cabang sebaiknya ia selalu di cantas untuk mendapatkan cabang dan daunnya bagi tujuan dijadikan makanan ternakan melalui beberapa proses tertentu. Makanan hasilan silaj dari tumbuhan ini dilaporkan amat di sukai oleh haiwan ternakan terutama lembu, kambing dan sebagainya.


Kajian menunjukkan dimana produk silaj dari tumbuhan ini yang merupakan sumber makanan ternakan berkualiti tinggi yang memiliki kandungan nutrisi terdiri daripada Protein kasar (28-32%), Serat kasar (13-14%), Vitamin A (5,054.5 IU/100mg), Vitamin D (34.17 bagi setiap mg/100g), Vitamin E (13.2 bagi setiap mg/100g) dan bahan TDN (sebanyak 75%-78%). Kehebatan tumbuhan ini juga dilaporkan ia mempunyai tahap kecernaan bahan kering sekitar 78-80%, tahap kecernaan bahan organik (77%) dan juga tahap kecernaan protein kasar (86,32%). Dalam pada itu merujuk kepada beberapa hasil kajian dimana tumbuhan ini juga mengandungi bahan mineral iaitu Kalsium (Ca) sekitar 1.78% dan juga Posforan (P) sekitar 0.34% dimana lazimnya tumbuhan ii dijadikan makanan kepada pelbagai jenis ayam, 
itik, lembu, kambing, rusa, arnab sa,a ada dalam bentuk segar atau di proses menjadi bokashi, silaj atau pun pellet. Apa pun ada banyak laporan kajian menyatakan dimana makanan ternaiak dari tumbuhan indigifera ini jika di berikan kepada lembu tenusu ia mampu memnghasilkan susu banyak dan juga anak lembu akan cepat membesar. Dalam aspek lain di laporkan bagi jenis lembu daging ia adalah bahan makanan pengemuk ternakan yang signifikan. Kajian saintis mendapati dimana bahan atau kandungan bahan mebahaya yang terkandung dalam tumbuhan indigofera ini untuk makanan ternakan seperti bahan Tanin dan Saponin dalam jumlah relatif rendah dimana bahan Tanin cuma 0.08% dan bahan Saponin cuman 0.41% sahaja dan selalunya ia tidak dapat di kenan jika ianya ada mengandungi bahan bahaya seperti tri-nitro propionat.


Apa pun lazimnya dimana tumbuhan jenis Indigofera ini memang ia unggul di tanam kerana cirinya seperti amat 
mudah jika ia ditanam dan di jaga dengan baik. Ciri khas seperti tumbuhan ini yang tahan hidup dikawasan tanah agak ekstrim dan ia mampu untuk bertolerasi terhadap keadaan yang agak kering terutama di musim kemarau amat berguna. Apa pun dilaporkan juga dimana tumbuhan ini juga tahan dalam keadaan tergenang air di musim hujan serta sesuai juga jika di tanam di kawasan agak masin atau kadar saliniti di kawasan pantai membolehkan tumbuhan ini sesuai dijadikan bahan makanan ternakan sepanjang tahun. Kalangan penternak tradisional dilaporan tumbuhan ini di tanam denga tidak pun mereka menggunakan bahan kimia dalam aktiviti penjagaan tanaman sebaliknya tumbuhan ini dilaporkan ia mampu untuk memperbaiki unsur nutrien dalam tanah dan mampu menahan masaalah hakisan tanah. Ramai penternak telah mengetahui dimana tanaman indigofera ini sebenarinya mampu memenuhi kriteria bahan makanan ternakan yang baik, praktikan serta agak murah. Kajian saintis endapati dimana jika ia digunakan untuk ternakan mampu untuk meningkatkan tahap pencernaan yang tinggi (sehingga 77%), menjadikan kawasan kandang ternakan relatif tidak berbau dengan kotoran najis yang lebih kering dan juga mengurangkan pengeluaran (emmision) gas methan. Didakwa juga ia akan menghasilkan produk susu dan daging lebih sihat dan berkualiti berbanding beberapa bahan makanan ternakan lain. Ada juga laporan kajian menyatakan makanan ini akan dapat meningkatkan kesuburan ternakan termasuk kemampuan pembiakbakaan, kualiti sperma dan kualiti susu yang baik. Produk ternakan juga berkolesterol rendah dengan kandungan conjugajed Linoleic Acid yang tinggi serta marbling skor lebih tinggi dan lembak berbahaya juga rendah. Kajian terhadap ternakan arnab yang diberikan makanan dari Indigofera ini berjaya dalam menyebabkan ia mampu menunrunkan insiden arnab yang mati semasa di ternak. Sementara itu dilaporkan jik adiberikan kepada ternakan unggas seperti ayam dan itek dilaporkan dimana ia mampu hasilkan telur dengan saiz 'yolk egg color' skor terbaik, bahan antioksk dan bahan albumin lebih tebal dalam telur. Disamping itu didalam kandang ternakan akan mampu ia menghasilkan baja organik (najis ternakan) yang berkualiti dan baik untuk tanaman.


Penanamanan dan amalan agronomi tanaman indigifera adalah mudah untuk ia di jalankan. Penyediaan bahan tanaman boleh menggunakan biji benih atau keratan batang. Biji benih indigofera ia boleh di sediakan dari mengambi pod yang telah matang dimana umurnya 
sudah tua berumur sekitar 12 bulan. Biji benih juga boleh di beli dari penjual benih atau secara on-line sahaja. Ketika disemai sebaiknya biji benih ini diletakkan pada nurseri yang teduh sehingga benihnya sudah mencapai tinggi lebih 30 cm. Jika petani memilih untuk gunakan benih dari keratan batang sebaiknya induk diambil daripada pokok matang dari cabang-cabang yang paling baik pertumbuhannya terutama pada pokok induk yang sudah berhasil dan matang. Semasa memotong dahan bagi tujuan dijadikan keratan anakbenih sebaiknya sepanjang 30 cm. Apa pun keratan tersebut sebaiknya ia tidak segera ditanam tetapi diikat dibiarkan selama 1 - 3 hari ditempat yang teduh dengan dihujung keratan ini diletakkan menghala keatas. Kemudian setelah permukaan potongan kering barulah keratan indigofera bersedia untuk ditanam. Kawasan tanah perlu dibajak atau di gemburkan dahulu sebelum menanam. Adalah lebih baik di bubuh baja organik dengan kadar 10 mt/ha dan juga rawatan tanah 25 kg/ha serta baja lain seperti baja ZA, TSP, KCI dan dolomite (kadar disyorkan 3:4:1:3:3) dengan kadsr 25 kg/ha. Jarak tanaman indigofera di syorkan adalah pada jarak antar barisan 75 cm dan 50 cm dalam barisan. Tanam bahan tanaman berasal dari kertan batang setelah ia berdaun dan berakardan kalau guna biji benih boleh disemai dulu dimana setelah berumur 4-6 minggu maka ia sesuai untuk ditanam dalam lubang penanaman. Amalan agronomi seterusnya adalah mengawal rumpai dan membaja. Cara pembajaan susulan dengan apabila tanaman berumur 3 bulan maka diberikan baja berikut iaitu dengan kadar 100 Kg/Ha, kemudian pembajaan ke 2 sebanyak 80 kg/ha pada umru 8 bulan dan pembajaan ke 3 pada umur 12 bulan sebanyak 80 kg/ha juga. Baja digunakan adalah jenis campurnan Urea, ZA,TSP, KCL dengan kadar 3 : 4 : 1 : 3 dan juga baja organik sebanyak 20 kg/Ha untuk 5 kali pemberian. Jika pokok ini tidak dibaja maka penghasilan akan kurang kerana pokok tidak subur.


Penuaian indigofera boleh dilakukan setelah pokok berumur 240 hari (8 bulan) selepas ditanam untuk tuaian kali pertama. Kemudian s
elanjutnya dapat di tuai dalam jangkamasa 60 - 90 hari iaitu selepas penuaian pertama. Tuaian dilakukan dengan cara memotong dahan tanaman dari batang sampai daun dan disisakan batang bawah untuk pertumbuhan tunas baru yang berikutnya. Kjian mendapati dimana jangkamasa umur bagi tanaman indigofera dapat mencapai 3 tahun. Umumnya sebagai panduan memetik hasil tanaman Indigofera sp dibuat apabila pokok berumur 8 bulan untuk potong pertama, dalam masa 60 - 90 hari untuk pemotongan berikutnya. Sebaiknya kerja pemotongan ini dilakukan seteah pokok setinggi 1-1.5  meter dari permukaan tanah dimana jumlah hasil dituai adalah pada kapasiti 1.0 - 2.0 kg sehari seekar. Kajian mendapati dimana penghasilan dari tanaman Indigofera yang utama adalah untuk dijadikan makanan ternakan. Bahan kehijauan Indigofera sp dapat digunakan sebagai bahan asas untuk juga dijadikan produk organik dimana ia adalah sebagai sumber utama protein sebagai makanan ternakan. Proses untuk menyedianan hijauan indigofera selepas dituai sesuai untuk ianya dilakukan alat mesin pengeringan atau pengeringan secara manual atau manual iaitu dengan dijemur. Pproses lanjutnya adalah memootong dahan dan ranting indigofera menggunakan nmesih peracik (chopper). Kemudian kesenua bahagian ini boleh juga di kisar sehingga boleh menjadi bentuk serbuk (powder) indigofera. Selalunya proses ini dapat dilakukan dengan menggunakan mesin seperti jenis 'Dismilasatau' atau pun menggunakan mensin 'Hammer mils'. Setelah menjadi serbuk maka produk ini boleh di proses lagi sehingga menjadi makanan mudah di gunakan iaitu dengan menggunakan mesin 'wafer processor' atau boleh juga gunakan bahan concentrate tepung indigofera ini sehingga boleh menjadi produk 'Green concentrate' dan 'Green wafer' yang mudah di simpan dan digunakan  saban waktu sebagai bahan makanan haiwan. Semua tulisan ini memberi info berguna kepada semya para pembaca bog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAMAN INDIGOFERA... APA DIA....
MUDAH DI TANAM...SERTA DI JAGA...
MAKANAN TERNAKAN...SESUAI IA...
BACA ARTIKEL... AMAT BERGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 710, Hotel Ciputra Cibubur,
Cibubur, Jakarta,
Indonesia.
(22 Dzulhijjah 1445H).
Bersamaan 27 Jun 2024).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...