Support My Blog

Tuesday, July 23, 2024

SORGUM - KAJIAN TANAM DI TANAH MINERAL (PT 1)

TANAMAN SORGUM
 (Sorghum bicolor) merupakan tanaman yang berasal dari Afrika dan tergolong daripada keluarga kumpulan rumput daun tirus dari keluarga Gramineae. Pada penulis blog mendapati dimana tanamanmemang tidak popular di Malaysia sama ada untuk makanan atau pun untuk foraj (sektor ternakan). Pokok Sorghum dapat dibahagikan kepada beberapa jenis dimana ia bergantung kepada produk yang dihasilkan seperti produk Sorghum Bijirin (grain), Sorghum Biomas (biomass), Sorghum Manis (sweet) dan juga produk Sorghum Foraj (forage). Tanaman sorghum yang dulu ianya disenaraikan sebagai tanaman bijian yang kelima paling banyak ditanam di dunia dimana penulis blog dapati ia selalu popular digunakan secara meluas dalam penghasilan bijirin, etanol dan foraj. Berbanding dengan sorghum biomas dan sorghum manis dimana selalunya jenis sorghum foraj mempunyai kualiti yang sesuai sebagai makanan ternakan seperti kandungan berat kering yang tinggi, protein yang tinggi, lignin yang rendah dan keterhadaman bahan organik yang tinggi. Sorghum foraj sesuai untuk ia dituai sebelum tanaman ini berbunga iaitu 45 - 50 hari selepas tanam. Tanaman ini juga mempunyai keupayaan untuk ianya tumbuh semula selepas dipotong pada pangkalnya (ratoon) dan boleh dipotong 2 - 3 kali dimana ia bergantung kepada hibrid yang digunakan. Memandangkan tanaman sorghum foraj ini adalah masih baharu di Malaysia beberapa penyelidikan awalan yang dijalankan oleh MARDI pada tahun 2020 telah merekodkan data-data awal untuk kaedah penyediaan kawasan tanaman, penanaman, penyelenggaraan tanaman, penuaian dan juga penilaian kualiti sorghum foraj yang ditanam di tanah mineral. Dengan kaedah yang digunakan ini, hasil tanaman yang direkodkan ialah 70 t/ha (berat basah) untuk dua kali tuaian. Laporan kajian MARDI yang di ketuai oleh Najib Osman dan rakan-rakannya dijadikan rujukan didalam penulisn kali ini. Ini kerana tanaman sorgum sesuai di majukan di Malaysia walau pun sehingga kini belum ada pihak yang menanam dan berminat terhadap tanaman ini. Kini apabila kos bahan inout dan makanan dunia meningkat dimana tanaman ini dihatrap akan mengukuhkan isu jaminan makanan negara dengan mengurangkan kebergantungan kepada sumber import. Salah satu daripada usaha kerajaan adalah dengan meningkatkan pengeluaran ruminan dan ternakan poultry (ayam). Kini penulis blog dalam banyak artikel membincangkan bagaimana kos makanan ternakan merupakan penyumbang utama (60-70%) bagi kos pengeluaran haiwan ternakan yang mania kos ini sudah mempengaruhi harga ayam dan ruminan. Makanan ternakan perlu dipelbagaikan untuk memperkayakan sumber nutrisi. Jagung bijian, sorghum dan soya adalah antara sumber utama makanan ternakan poltri dan ruminan. Jagung bijian sebagai sumber tenaga utama (40-60%) dan soya sebagai penyumbang penting kepada keperluan sumber protein (25-30%) merupakan bahan utama dalam kandungan formulasi makanan ternakan di Malaysia. Sorghum merupakan tanaman baharu berpotensi untuk menambah variasi tanaman makanan ternakan di Malaysia. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis semula kajian oleh MARDI untuk di kongsikan maklumatnya sebagai bahan rujukkan dan bacaan semua. Artikel ini di tulis selepas tinjauan teknologi tanamn sorgum di Indonesia di lakukan bersama pasukan pakar dari JBiotec.


Penulis blog merujuk laporan bulletin MARDI bil 29/2021 (101-113) dimana aktiviti dan proses dalam pemilihan hibrid dan kualiti biji benih pemilihan hibrid yang ada di pasaran. Dinyatakan dimana ada terdapat beberapa hibrid yang keluarkan oleh syarikat biji benih dan digunakan untuk pengeluaran foraj. Antara hibrid yang telah dinilai prestasinya ialah hibrid Mega Sweet (MS), Brown Midrib (BMR) dan Sugar Graze (SG) (Sila lihat foto paling bawah). Pada penulis blog merujuk dimana kesemua hibrid-hibrid ini dilaporkan ia diimport dari Syarikat Advanta Seeds, India. Penggunaan hibrid adalah lebih disyorkan memandangkan kesemua  jenis hibrid sorgum ini dipercayai menjamin hasil yang lebih tinggi berbanding dengan sorgum inbred. Selain itu dilaporkan dimana hibrid yang dihasilkan juga mempunyai ketahanan penyakit dan perosak yang lebih tinggi dan mempunyai tahap kualiti foraj (kandungan berat kering, protein, serat dan lignin) yang lebih baik. Kualiti biji benih ditentukan dengan cara memastikan biji benih yang akan ditanam bercambah dengan baik di ladang, penilaian kualiti biji benih perlu dilakukan di makmal terlebih dahulu. Ujian percambahan biji benih dapat menentukan kebernasan (% percambahan) dan juga tahap kecergasan (kepantasan biji benih bercambah) sesuatu kelompok biji benih yang diperoleh. Ujian percambahan boleh dilakukan dengan menggunakan pasir sungai sebagai medium yang digaul sebati bersama air dengan nisbah iaitu 5 : 1 (pasir:air). Percambahan benih pada setiap hari untuk empat replikasi iaitu 50 benih setiap replikasi direkod dari hari pertama sehingga hari ke lapan. Kelompok biji benih yang bagus mempunyai peratus percambahan melebihi 90% pada hari kelapan (Sila lihat foto disebelah). Penanaman dimulakan dengan proses penyediaan kawasan untuk tanaman sorghum dimana ia dilaporkan perlukan tempoh masa lebih kurang 15 hari, bergantung kepada ketersediaan jentera yang diperlukan dan juga cuaca. Sorghum foraj memerlukan lebih kurang 50 Hari Selepas Tanam (HST) untuk matang dan sesuai dituai. Sebaiknya 50 hari selepas penuaian pertama, tunas yang keluar daripada potongan yang dilakukan semasa penuaian pertama boleh dituai sebagai tuaian kedua. Secara amnya, gerak kerja aktiviti penanaman sorghum daripada penyediaan kawasan sehingga penuaian kedua. Gerakkerja tanaman sorgum ini adalah dimana 
-15 HST program penentuan pH tanah, -10 HST proses penentuan keluasan tanaman, -9 HST kerj apembajakan sepak, -8 HST kerja pembajakan piring, -7 HST kerja pembajakan pusing, pembajaan organik (2 t/ha) dan pengapuran (jika perlu). Pada 0 HST adalah kerja menanam dan meracun pracambah, pada 14HSt kerja pembajaan pertama iaitu dengan NPK hijau (50 kg/ha) dan urea (50 kg/ha). Kemudian pada 50 HST aktiviti penuaian pertama, 51HST aktiviti pembajaan kedua iaitu dengan menggunakan baja NPK hijau (75 kg/ha) dan urea (75 kg/ha) dan akhir sekali pada 100HST adapah aktiviti penuaian kedua.


Penanaman sorgum memerlukan kerja penyediaan kawasan penanaman dan juga aspek penentuan pH tanah dengan betul sebelum menanam. Tanaman sorgum sama dengan tanaman jagung manis apa yang penulis blog tahu ianya memang amat sensitif dengan pH tanah dan juga tahap keperluan air. Sebelum penyediaan kawasan dilakukan sebaiknya nilai pH tanah untuk kawasan penanaman perlu ditentukan. Nilai pH tanah ditentukan dengan mengambil beberapa sampel tanah secara rawak pada kawasan penanaman. Sampel-sampel ini kemudian dihantar ke makmal untuk dianalisis menggunakan alat sukat pH (pH meter). Nilai pH tanah yang sesuai untuk pengambilan nutrien tanaman sorghum ialah 5.5 dan 6.5. Jika nilai pH tanah kurang daripada 5.5 sebaiknya aktiviti iaitu pengapuran menggunakan ground magnesium limestone (GML) perlu dilakukan dengan kadar 2-3 t/ha untuk menaikkan 1 nilai pH. Memandangkan kadar input pengeluaran seperti benih, baja dan racun ditentukan berdasarkan jumlah  asas iaitu keluasan tanaman dimana lazimnya cara menentukan keluasan kawasan tanaman adalah sangat penting bagi memastikan penggunaan input pengeluaran adalah optimum. Kawasan yang ingin ditanam ditanda menggunakan kayu pada setiap penjuru. Keluasan kawasan tanaman yang telah ditanda boleh ditentukan secara manual menggunakan pita pengukur ataupun secara mekanisasi menggunakan dron. Ladang hendaklah berada di kawasan yang terbuka dan tidak terlindung daripada bangunan mahupun pokok-pokok besar supaya mendapat pencahayaan matahari yang baik. Plot penanaman perlu berdekatan dengan sumber bekalan air seperti sungai, parit besar, perigi atau mempunyai bekalan air paip serta sistem pengairan (sprinkler). Apa pun tujuan utama penyediaan tanah adalah untuk memperbaiki struktur tanah, pengudaraan dan saliran di samping memudahkan operasi penanaman, penyelenggaraan dan penuaian tanaman menggunakan mesin. Sekiranya ladang dipenuhi dengan pelbagai jenis rumpai ia perlu dipotong terlebih dahulu. Kemudian disembur dengan racun sistemik bagi mematikan semua jenis rumpai. Pembajakan pertama hendaklah dilakukan 2-3 minggu sebelum penanaman pada musim kering dengan cara iaitu menggunakan bajak piring (disc plough) dengan kedalaman 30 cm. Pembajakan pertama ini bertujuan untuk tujuan bagi menterbalikkan struktur tanah supaya mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan mematikan rumput rumpai serta sisa tanaman terdahulu. Selepas pembajakan juga tanah perlu disembur dengan racun pracambah. Ini bagi memastikan tiada masalah dengan rumpai semasa penanaman dilakukan. Pembajakan kedua pula dilakukan menggunakan bajak putar (rotovator) untuk memecahkan ketulan tanah yang besar kepada yang lebih kecil serta menggemburkan tanah dimana ini menjadikannya sesuai dan subur untuk tanaman. Sekiranya kawasan tanaman mempunyai nilai pH yang rendah, kaedah pengapuran GML menggunakan alat penabur jenis emparan atau alatan lain yang sesuai.


Keperluan air tanaman sorghum adalah sangat penting dimana ia bergantung kepada peringkat tumbesaran dan cuaca persekitaran. Secara keseluruhannya hasil kajian MARDI menyatakan dimana tahap keperluan air sepanjang penanaman sehingga tuaian pertama adalah sekitar 320 mm. Pada peringkat awal penanaman iaitu sehingga pengeluaran daun ketujuh pada pokok sorgum diperlukan air dalam lingkungan 0 - 25 hari HSt dimana jumlah pengairan sekitar kadar iaitu 1- 2.5 mm/hari iaitu kadar yang mencukupi untuk mengelakkan kekurangan air. Keperluan air kemudian meningkat kepada sebanyak iaitu kadar 7-10 mm/hari sehingga hari penuaian (50 hari HST). Pengairan secara renjis (Sila lihat foto disebelah) dimana ia boleh digunakan terutama di kawasan tanah yang berpasir dan jenis tanah yang sangat poros seperti di tanah bris. Sistem Pengairan Renjis (Sprinkler Syatem) ini hendaklah dilakukan pada setiap hari waktu pagi dan petang kecuali jika berlaku hujan mencukupi membasahi tanah. Sekiranya cuaca terlalu panas adalah disyorkan agar cara pengairan hendaklah lebih kerap dan masa yang lebih lama perlu dilakukan bagi mempastikan kecukupan air. Tanaman sorgum mempunyai jenis akar serabut yang sedikit dan keperluan air adalah sangat kritikal. Jika berlaku isu kekurangan air pada peringkat awal pertumbuhan dimana kesannya ia boleh menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut dan seterusnya melambatkan proses pertumbuhan atau boleh mati jika tidak diberikan air langsung. Apa pun sebaiknya di pastikan iaitu radius atau pun lingkungan pengairan renjis perlu diketahui awal lagi bertujuan iaitu bagi menentukan jarak bagi setiap saluran paip ke atas (riser up). Pengairan renjis ini memerlukan pertindihan air renjisan sekurang-kurangnya 15% bagi memastikan semua kawasan tanaman mendapat air yang secukupnya. Pastikan air yang digunakan juga air bersih, tidak tercemar serta jumlah yang mencukuoi terutama semasa musim kemarau. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN SORGUM... KURANG DI MALAYSIA...
KAJIAN OLEH MARDI... LAPORAN SUDAH ADA...
TULIS SEMULA... MENJADI RUJUKAN SEMUA...
SEMUA BERMANAFAAT.... TERIMAKASIH BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(15 Jun 2024)
Bersamaan 18 Zulhijjah 1445H.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...