Apa pun pada penulis blog dimana isu kerosakan buah nanas perlu sentiasa di tangani untuk mengekalkan kualiti buah. Tanaman nanas itu secara umumnya akan dikatakan 'sakit' apabila ada perubahan seluruh atau sebahagian organ-organ
tanaman yang menyebabkan terganggunya kegiatan fisiologis sehari-hari. Secara
singkat penyakit tanaman nanas ini adalah berkait penyimpangan proses pertumbuhan iaitu dari keadaan pertumbuhan normal. Apa pun lazimnya suatu jenis tanaman dapat dikatakan sihat atau normal jika tanaman tersebut dapat
menjalankan fungsi-fungsi fisiologinya dengan baik iaiti seperti proses pembelahan dan
perkembangan sel, penyerapan air dan nutrien makanan, proses fotosintesis dan lain-lain proses pertumbuhan tanaman. Apa pun jika berlaku keadaan dimana ujud gangguan pada proses fisiologinya atau fungsi-fungsi tanaman yang lain ia akan dapat menimbulkan
penyakit. Penyakit tanaman adalah sesuatu yang menyimpang dari keadaan
normal dimana simptomnya dapat dilihat jelas menimbulkan gejala yang dapat dikenali seperti didalam ianya akan menurunkan kualiti atau nilai ekonomi hasil tanaman. Apa pun kadar serangan ini akan lebih teruk jika tidak dikawal atau ia berlaku tanpa disedari dalam masa agak lama. DIlihat dimana tanaman
sakit adalah salah satu dalam proses hidup tanaman yang menyimpang dari keadaan
normal dan akibatnya akan menyebabkan kerosakkan tanaman dan hasilnya. Kerosakan tanaman adalah keadaan dimana pada setiap perubahan
pada pertu,nuhan tanaman terganggu akan menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti hasil tenaman tersebut. Bagi kes buah nanas dimana ia mengkin adalah disebabkan oleh faktor biotik dan abiotik. Faktor
biotik berupa serangan oleh patogen mikrob dan serangga sedangkan jika ada faktor abiotik ianya disebabkan oleh pengaruh internal dan pengaruh eksternal. Pengaruh internal (internal factor) adalah ia berupa proses
metabolisme seperti aktiviti enzim dan cara respirasi akan tetapi faktor eksternal (external factor) mencakupi aspek suhu, mekanikal, cahaya, kelembapan dan kerosakan mekanikal. Bagi kes buah nanas dimana isu kerosakan nanas akan terjadi semasa sebelum kerja menuai buah, semasa menuai dan semasa pasca tuai (post harvest). Kerosakan buah nanas juga boleh berlaku semasa aktiviti pemprosesan dan juga semasa simpanan. Apa pun selalunya kerosakan sebelum penuaian berlaku di kebun dimana berlaku serangan serangga perosak atau penyakit termasuk serangan oleh Kutu Putih (Mealybug) yang merupakan jenis perosak yang utama menyerang buah nanas.
Kerosakan buah nanas dilihat dengan terjadinya perubahan warna kulit buah nanas, berkurangnya
aroma, munculnya bau, perubahan warna yang menandakan buah sudah kehilangan vitamin C, buah menjadi lembut dan perubahan tekstur pada buah. Kerosakan buah nanas di antaranya
adalah berlaku apa yang dikatakan sebagai proses 'pencoklatan' dimana ia disebabkan oleh tindakbalas diantara enzim dengan tindakbalas atau reaksi enzimatic dan
non-enzimatic. Proses pencoklatan 'internal' akan berlaku atau muncul selama penyimpanan terutama jika
disimpan pada suhu rendah dalam jangka waktu yang lama. Dilaporkan diantara faktor biotik penyebab
berlaku kerosakan selepas tuai (pascatuai) bagi buah nanas meliputi serangan mikrob yang baik seperti cendawan,
bakteria dan patogen lain. Cendawan jenis Thielaviopsis didapati akan menyerang buah nanas masih utuh semasa di kebun dan kekal berada selama proses penyimpanan dan kemudian ia akan menyebabkan masaalah busuk hitam atau 'black rot'. Serangan ini dilaporkan ia akan terjadi pada bahagian hujung tangkai buah nanas dan jika ianya dibiarkan maka kemudian akan menyebar pula ke bahagian dalam buah. Isi dalam buah nanas diserang akan menjadi lembut, berwarnakehitaman, berair dan mengeluarkan bau tidak enak. Ini akan menyebabkan berlaku kerosakan ciri fisiologi buah nanas yang terdiri dari titik yang berwarna hitam seakan arang pada
kulit buah (seakan ia terkena isu sunburn). Apa pun lazimnya kejadiana boleh berlaku pada buah nanas yang mempunyai ukuran saiz iaitu di bawah standard atau piawaian dengan
berat kurang dari 0.5 kg sebiji dengan saiz 20 - 30 (under size) dimana isi daging buah berwarna jernih (translucent) dan buah nanas terlalu matang (over ripe).
Teknologi dengan cara iaitu menggunakan kamera termal (thermal camera) berfungsi dimana dengan menggunakan sensor gelombang inframerah (infrared) yang
tidak terlihat oleh mata kasar dan kemudian dipancarkan melalui buah nanas dan seterusnya diproses menjadi gambar termal sehingga kelihatan jelas secara visual akan kejadian translucent (Sila lihat foto disebelah). Buah nanaa yang normal akan di lihat berlainan dimana akan jelas di tunjukkan yang mana buah nanas yang kadar translucent sangat seriun (gambar bertanda 5). Akan kelihat bagaimana akan sebaran dan saiz besa atau kecil kejadian translucent pada buah tersebut. Secara teorinya dimana pada setiap benda dengan suhu di atas 0 Celcius akan memancarkan
energi panas dalam bentuk infrared dimana sehingga setiap objek dapat di kenali dengan menggunakan thermal camera dimana beberapa kajian makmal mendapati kaedah thermal image sesuai digunakan untuk mengesan suhu buah nanas yang terkena
translucent atau pun mengetahui bagaimana foto buah nanas sihat secara tidak merosakkan buah nanas tersebut. Teknologi 'thermal image' merupakan salah satu kaedah pilihan alternatif atau kaedah terbaru yang boleh dijadikan kaedah mudah untuk mengesan buah nanas yang translucent secara efektif, cepat dan tidak merosakkan buah tersebut. Sebagai salah satu tanda aras atau indikator standard menentukan mutu buah penting diketauiakan apsek perbezaan parameter fizikal buah nanas termasuk ciri berat buah, ciri warna kulitm ciri suhu dalam buah dan sebagainya didalam menentukan kualiti buah nanas. Penulis blog yang telah melawat beberapa ladang nesar yang menanam nanas MD2 mendapati kini amalan atau teknologi paling lazim di amalkan adalah dengan memasukkan buah nanas yang baru di petik kedalam kolam besar. Air kolam ini di bubuh bahan untuk merawat buah dan buah nanas MD2 yang tenggelam akan di assingkan dengan buah nanas yang terapong. Ini kerana buah nanas yang tenggelam lazimnya adalah buan translucent kerana ia adalah berat (banyak kandungan air). Sementara buah nanas yang bagus akan timbul kerana ada banyak ruangan udara didalam buah tersebut. BUah yang tarnslucent ini akan di bawa kebahagian 'buah reject' sama ada ia sesuai untuk di proses menjadi produk lain seperti jus dan sebagainya.
Varieti nanas MD2
merupakan nanas hibrid yang digunakan untuk ditanam dan menjadi pilihan pengguna diselruruh dunia dan ia adalah jenis nanas diambil sebaiknya sebagai Nanas Segar untuk nikmat sebenar. Nanas MD2
mempunyai rasa yang dominan manis dengan sedikit rasa masam dan yang paling penting ia tidak lidas. Warna kulitnya
yang lebih cerah dibandingkan nanas lain yang menjadikan nanas MD2 lebih
diminati untuk dijadikan nanas segar. Kulit buah yang lebih tebal menjadikan
MD2 dapat dieksport jauh keluar negara melalui berbagai cara sama ada kapal laut atau kapalterbang dengan sebab hanya sedikit potensi buah yang akan rosak. Secara umumnya kebanyakan buah nanas adalah termasuk buah yang mudah rosak, mudah susut nilai beratnya dan cepat busuk kerana aspek kandungan kadar airnya yang relatif tinggi dan tekstur buah yang lembut. Sejak dulu di Malaysia dimana buah nanas (Varieti Morris, N36, Gandul) dan sebagainya akan di proses menjadi nanas keleng atau menjadi puri atau jus agar ia boleh di pasarkan dalam masa lebih lama ke seluruh dunia. Bagaimana pun kini industri nanas dsudah berubah dimana lebih banyak permintaan buah nanas segar dipasaran domestik dan globak kerana khasiat dan keenakannya terutama untk nanas premium seperti nanas MD2. Bagaimana pun hanya buah berkualiti sesuai dijual kerana selelunya buah nanas tidak masuk dalam gred mutu terbaik disebabkan buah telah mengalami kerosakan fisiologi, mekanikal atau pun masaalah biologi sejak di tuai dari kebun. Kerosakan fisiologi ini adalah berupa bintik atau noda yang berwarna
kecoklatan pada kulit buah atau sering disebut dengan 'sunburn', kejadian buah nanas yang
memiliki ukuran di bawah standard iaitu memiliki berat kurang dari 0.5 kg/biji, isu isi daging buah
berwarna jernih (translucent) dan buah nanas MD2 yang terlalu masak (overripe).
Kerosakan mekanikal pula dimana berlaku kerosakan buah nanas yang disebabkan oleh 'bruises' atau cedera akibat tekanan semasa pengangkutan atau bergesar semasa proses menuai di ladang sehingga cedera. Dalam pada itu berlaku juga jenis kerosakan biologis yang diakibatkan oleh respirasi.
Respirasi adalah suatu proses berlaku dimana ada aktiviti gas keluar masuk pada buah nanas yang mengakibatkan proses
metabolisme perukaran makromolekul menjadi karbon dioksida, air
dan energi pada buah yang telah di tuai.
Pada penulis blog buah nanas termasuk buah yang mudah rosak, susut beratnya dan cepat busuk sebab ia ada kandungan airnya yang relatif tinggi. Translucent merupakan kerosakan fisiologi dengan isi daging buah nanas berwarna jernih (bening), memiliki kadar kadar air tinggi dan berat jenis buah yang cenderung lebih tinggi dari buah nanas yang normal. Sejauh ini agak sukar untuk petani biasa mampu untuk membuktikan buah nanas terkena masaalah translucent ini di lapangan atau tidak dilakukan dengan cara membelah buah nanas. Bagaimana pun kajian menggunakan ‘thermal image’ dilakukankan untuk mengesan atau mengesan buah nanas yang terkena isu translucent atau pun buah nanas sihat secara tidak merosakkan dari suhu buah yang diradiasikan dari permukaan buah. Dengan kata lain teknik thermal image ditawarkan sebagai satu kaedah alternatif atau cara baru yang dicadangkan untuk mengesan isu translucent buah nanas secara tidak merosakkan buah nanas. Translucent juga dilaporkan ia akan mengakibatkan perbezaan warna isi daging buah nanas. Daging buah normal memiliki warna kuning pucat hingga kuning keemasan sesuai dengan jenis dan tingkat kematangan dari buah nanas, akan tetapi daging buah nanas yang terkena translucent akan berwarna kuning bening. Selain perubahan kualiti daging buah, buah nanas yang terkena translucent biasanya mengalami perubahan parameter fizikal seperti misalnya berat jenis buah. Penulis blog ulangi dimana masaalah translucent terjadi kerana pecahnya pembuluh pada buah nanas yang berakibat dari kadar air pada isi daging buah nanas meningkat dan kemudian ia menyebar ke seluruh bahagian isi daging buah nanas. Translucent pada nanas muncul pada 2 - 4 minggu sebelum proses penuaian berlangsung dimana kesan kerosakan buah yang mengalami translucent ditandai dengan keluarnya sari buah di daerah yang rosak (berair). Buah ini akan menjadi tersebar kerosakannya semasa menuai, pengangkutan, berlaku tekanan pada buah ini dan juga semasa pemprosesan. Lazimny buah nanas translucent yang memiliki warna daging buah berwarna jernih ini disebabkan oleh kerusakan fisiologi. Buah nanas translucency disebabkan oleh beberapa faktor iaitu curah hujan yang tinggi, kelebihan unsur Fe (zat besi), buah besar, suhu buah dan brix yang tinggi iaitu >15% (Shalihah, 2020). Translucent pada nanas biasanya berhubungan erat dengan kekurangan kalsium, suhu buah dan ukuran mahkota. Indeks tembus pandang buah menurun karena jumlah kalsium yang diterapkan meningkat. Akan lebih parah ketika suhu maksimum dan minimum 3 bulan sebelum panen masing-masing lebih rendah dari 23 °C dan 15 °C. Nanas ditutupi dengan plastik bening selama 3 minggu dapat menambah tingkat translucent. Buah nanas dengan jambul (mahkota) yang lebih besar mempunyai potensi kejadian insiden translucent yang lebih rendah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.