Sebenarnya di Malaysia ada banyak jenis terungyang di tanam dan dimakan daripada untuk dijadikan sayuran atau ulam-ulaman. Pada penulis blog paling suka makan terung panjang unggu yang di goreng dan dibuat sambal dimakan dengan nasi putih panas (Sila lihat foto disebelah). Kuliner ini mudah disediakan dan ada dijual di kebanyakan restoren makanan tradisional lokal terutama untuk jamuan makan tengahari. Dalam pad itu dilaporkan diamana tanaman terung ia boleh ditanam iaitu diberbagai jenis tanah asalkan ia subur, gembur, mempunyai saliran yang baik dan kaya dengan bahan organik. Jenis tanah yang paling sesuai ialah bertekstur lom yang baik dalam membekalkan nutrien, air dan udara kepada akar tanaman, pH yang sesuai antara pH5.0 dan pH6.5. Ia juga boleh ditanam di tanah gambut, tanah BRIS dan tanah bekas lombong akan tetapi terkini kaedah penanaman terung secara fertigasi semakin menjadi kesukaan petani. Ini kerana jika penanaman terung secara fertigasi dilakukan ia akan dapat mengelakkan dari serangan beberapa penyalit seperti layu bakteria, penyakit dari 'soil borne' serta mudah menjaganya. Cara penanaman cara biasa dimana tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 - 30cm untuk memudahkan pada proses pertumbuhan akar. Bagaimana pun di syorkan agar dibuat batas tanaman dengan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan dimana penulis blog lihat ia biasanya lebar batas antara 0.6m dan satu meter dengan tahap tinggi batas 23 cm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Sebaiknya baris tanaman dijarakkan antara batas ialah 0.6 meter agar memudahkan kerja amalan agronomi dijalankan. Sebaiknya juga batas di bubuh dengan bahan organik seperti baja tahi ayam atau baja kompos antara 1-3 kg/meter persegi dimana kepentingan bahan organik ini perlu ia digaulkan kedalam tanah satu minggu sebelum kerja menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok atau antara 3 - 6 mt/hektar bagi tanah mineral. Penyediaan anakbenih tanaman terung disediakan dalam tapak semaian dimana benih terung perlu disemai dahulu sebelum dipindah ke ladang. Semai biji benih dalam dulang penyemaian dimana dengan menggunakan peat grow sebagai media disyorkan bagi mendapatkan proses percambahan yang baik. Boleh juga menggunakan bahan campuran kompos dan bahan berkenaan dan letak biji benih setiap kotak dan diletak di rumah semaian yang mempunyai sekurangnya 50% lindungan selama diantara 4 - 5 minggu dan pastikan ia disiram setiap hari. Kemudian anak semaian boleh disembur dengan baja foliar setiap minggu bagi menambah kesuburan. Pembesaran pokok semaian juga boleh dibuat di polibeg hitam kecil atau kotak semaian iaitu dengan menggunakan campuran media percambahan 2:1:1 (tanah atas:bahan organik:pasir). Isikan media campuran tanah dan letak satu atau dua biji benih. Apa pun kemudian anak benih dijarangkan atau dipindah kedalam polibeg lain bila telah ada dua helai daun.
Aktiviti menanam terung dilakukan dengan mengambil anak benih untuk ia diubah ke ladang bila berumur 4 minggua atau sudah ada 4 - 5 helai daun sebenar dan kadar ketinggian di antara 10 -15 cm. Aktiviti mengubah lebih sesuai dibuat sebelah petang kerana cuaca yang redup yang panjang berbanding jika cara mengubah disebelah pagi. Jarak tanaman yang sesuai ialah 60 - 90cm antara barisan dan 60 cm antara pokok. Apa pun sebaiknya penanaman dalam satu barisan lebih sesuai kerana memudahkan pengurusan tanaman. Jika terdapat anak benih yang mati atau kurang sihat ia perlu diganti semula atau disulam segera dengan yang anakbenih terung yang baru. Selepas 3 - 4 minggu mengubah sebaiknya pokok terung ini perlu diberi kayu sokongan bagi mengelakkan ia daripada isu pokok menjadi rebah dan buah terung akan terkena tanah. Dalam pada itu dilakukan kerja-kerja cantasan yang mana ia perlu dibuat ke atas tanaman terung bagi membuang dahan dahan kecil yang berlebihan terutama di bahagian bawah pokok. Disyorkan agar aktiviti cantasan ini dilakukan ketika pokok masih muda iaitu dengan cara tinggalkan hanya 3 - 4 sahaja. Sebaiknya menggunakan gunting pemangkas (scateurs) atau pisau yang tajam sebagai alat cantasan. Tanaman terung memerlukan air yang di berikan denga cara pengairan kerana terung memerlukan air yang banyak untuk kelembapan yang cukup bagi pertumbuhan yang lebih subur. Cara penyiraman dibuat dua kali sehari di peringkat awal penanaman dan dikurangkan sekali sehari bila pokok besar dan sehingga memungut hasil. Bagaimana pun bagi penanaman degan cara fertigasi ia boleh menggunakan aplikasi komputer yang mana penyiraman dilakukan secara otomatik. Apa pun pengairan dibuat secara manual atau menggunakan sistem pengairan moden menggunakan cara moden. Pengairan yang berkesan memerlukan maklumat tentang tanah, pertumbuhan akar, jenis tanaman dan juga info mengenai kandungan air dalam tanah. Kerja pengawalan rumpai di ladang biasa adalah penting untuk menjamin hasil yang tinggi kerana sebaiknya kawasan tanaman terung perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan persaigan dalam usaha pokok mendapatkan zat makanan, air, cahaya dan ruang. Rumpai juga selalunya akan menjadi perumah bagi perosak dan penyakit tanaman tertentu yang akan mengganggi kualiti dan kuantiti hasil kelak. Kerja merumpai perlu dilakukan setiap minggu.
Pembajaan untuk tanaman terung adalah satu perkara penting. Baja biasa yang mana ia disyorkan ialah 70 kg N:140 kg P2O5:200 kg K2O setiap hektar akan tetapi ia bergantung pada jenis tanah disesuatu kawasan, keperluan nutrien tanaman, masa dan cara pembajaan. Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 untuk pembajaan pertama pada peringkat vegetatif boleh di gunakan dengan kadar 30gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak antara 15 dan 20 cm dari rumpun pokok serta dikambus semula. Kerja pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK Biru 12:12:17:2 TE dengan kadar 40 - 50 gm/pokok dimana pembajaan ini perlu ia diselangkan setiap dua minggu dan sebelum tanaman berbunga. Apa pun kini dengan adanya baja foliar maka sistem pembajaan tanaman terung disesuaikan mengikut keperluan tanaman. Bagi sistem fertigasi perlu mengikuti carta pemberian baja melalui sistem piping sedia ada. Bagi kerja kawalan perosak dan penyakit dimana tanaman terung perlu di ketahui dari peringkat awal penanaman. Jika berlaku serangan Kumbang kutu (Epilachna indica) anak atau dewasa menyebabkan bahagian lapisan atas daun dan meninggalkan lapisan lutsinar. Peroskan lain seperti Ulat Pengorek Pucuk dan buah (Leucinodes orbonalis) akan mengorek ke dalam pucuk dan buah dan mengakibatkan pucuk layu dan buah berlubang halus dan dipenuhi sisa najis. Perosak seperti Kutu Daun (Aphis sp) menyerang semua peringkat (daun, bunga, buah muda) dimana kutu ini akan menghisap cecair dari bahagian yang diserang dan menyebabkan buah berparut dan pokok terbantut, daun yang diserang akan berkerekot. Jika serangan melebihi 10% maka dibuat semburan racun perlu dengan cara menggunakan racun yang sesuai. Amalan lain dimana daun dan buah terung yang diserang perlu dikutip dan dimusnahkan dan kawasan tanaman perlu dibersihkan dari rumpai yang menjadi perumah bagi perosak . Penyakit Layu Bakteria (Pseudomonas solanacearum) biasanya menyerang pangkal dan akar tanaman dimana dilihat akhirnya pokok terung akan menjadi layu dan bermula dari daun muda dan mengakibatkan batang dan ranting kecut dan kering. Kawalan dibuat dengan menggilirkan tanaman, gunakan jenis tahan penyakit dan boleh cabut dan bakar pokok yang terkena jangkitan. Penting tahu bagaiman kerja penuaian terung dijalankan. Selalunya pokok terung akan mula mengeluarkan hasil selepas 9 - 10 minggu selepas mengubah ke ladang. Hasil terung sebaiknya ia dituai dua kali seminggu dan berterusan hingga 2 - 3bulan dan anggaran hasil 20 - 30 metrik tan sehektar. Kerja-kerja penuaian dibuat waktu pagi atau petang dimana tangkai buah dipotong dengan gunting dan pastikan tidak terpisah dari buah sekurangnya 2 - 3 cm dari tampuk buah. Terung segar ini selalunya akan dapat bertahan 4 - 5 hari pada suhu bilik akan tetapi dengan disimpan dalam penyejukan selalunya hasil terung ini boleh disimpan sehingga 2 minggu.
Seperti dinyatakan diatas dimana penulis blog suka makan resepi Terung Goreng Berlada dimana masa penyediaannya cuma mengambil masa 10 minit sahaja. Pada penulis blog resepi Terung Goreng Berlada yang paling mudah dan sangat sedap dimana kepada para penggemar terung akan mendapati yang hidangan seperti ini pasti membuka selera makan sehingga mengenyangkan. Bagi tujuan ini sebaiknya menggunakan cili merah dan juga cili padi yang segar kerana warna sambal akan jadi cantik dan rasanya sangat sedap dengan terung (Sila lihat foto disebelah). Tapi jika tiada cili padi merah, cili padi yang hijau pun boleh juga cuma akhirnya hasil pada warnanya akan jadi kurang menarik. Sebagai ganti kepada ikan bilis pembaca blog ini boleh gunakan udang kering atau belacan. Bahan-bahan perlu ada adalah 2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana), 2 mangkuk minyak masak, Bahan-bahan kisar kasar:8-10 biji cili merah segar, 7-8 biji cili melaka iaitu yang berwarna merah kalau tidak ada boleh juga dicampur hijau, 1/2 mangkuk kecil ikan bilis, 2 biji bawang besar dan juga 4 ulas bawang putih. bagi mengetahui cara membuatnya dimulakan dengan membelah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut dan kemudian diangkat terung dan ketepikan. Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Pada penulis blog adalah lebig enak jika dilebihkan gula dalam sambal ini. Apabila matang makan dituangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi dan sudah sedia untuk dihidang dan dimakan dengan nasi putih panas. Sebagai tips dimana semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya. Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TERUNG UNGGU.. YANG HIJAU PUN ADA...
DI BUAT SAMBAL.. ADUH ENAKNYA DIA..
MEMBACA ARTIKEL... INGIN MENCUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Dzulhijjah 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.