Bernama laporkan dimana 'Hasil durian berkurangan disebabkan cuaca panas' menarik di kongsikan. Kisah dari Jitra, Kedah dimana cuaca panas berlarutan sejak awal tahun menyebabkan isu pengeluaran buah durian musim ini menurun atau 'kurang menjadi' di Kedah. Mengikut pengurus dusun durian dikebun Changlun dikenali Ahmad Luqman Hakim mendakwa iaitu pengeluaran buah durian di tujuh kebunnya menurun sehingga lebih 40% pada musim ini berbanding tahun lepas. Tempoh musim durian kali ini juga agak pendek iaitu hanya kira-kira sebulan bermula pokok durian berbunga sehingga berbuah disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu. Musim kemarau atau cuaca panas pada tahun ini agak panjang berbanding tahun lepas, walaupun pokok durian sudah disiram dengan banyak air tapi pokok masih terjejas dengan cuaca panas. Selalunya apabila terdedah dengan cuaca panas terlalu lama, bunga pokok durian tidak menjadi dan kalau bunga itu dapat bertahan sekalipun buah yang terhasil juga tidak besar bentuknya. Sebelum ini ada tujuh kebun duriannya di sekitar Changlun itu menghasilkan kira-kira 1,000 biji durian sehari, namun pada tahun ini hanya sekitar 600 biji sahaja dapat dijual setiap hari. Dusun yang diusahakan bersama bapanya itu keseluruhan berkeluasan kira-kira 23 hektar dan mempunyai kira-kira 5,000 pokok pelbagai varieti durian termasuk Udang Merah, Musang King, D28 dan D101. Pada musim durian tahun-tahun lepas dia menyediakan peluang kepada orang ramai untuk menikmati durian sambil menikmati suasana menarik di kebun tetapi kini disebabkan hasil durian menurun pada musim kali ini dia hanya menjual buah itu kepada pelanggan tetapnya sahaja.
Portal astroawani.com laporkan dimana kesan 'El Nino: Pengeluaran durian 2024 berkurangan, pekebun jangka harga naik' dan sesuai di rujuk. Apa pun dilaporkan pengeluaran buah durian amat tidak memberangsangkan tahun ini di mana pokok-pokok yang biasanya selalu berbuah 300 - 400 biji satu musim hampir tidak mengeluarkan buah langsung kali ini. Fenomena El Nino yang berterusan memberi kesan terhadap pengeluaran buah durian tempatan malah pekebun menjangkakan berlaku peningkatan harga ekoran kekurangan buah pada musim ini. Keadaan cuaca panas serta taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian menjadi kering malah buahnya cepat gugur sebelum mencapai usia yang matang. Apa pun bagi seorang pengusaha kebun durian Tina Chong (45) mendakwa untuk musim 2024 ini pengeluaran buah bagi 1,000 pokok duriannya mengalami kemerosotan sebanyak 70 peratus dari tahun lepas. Pengeluaran buah durian pada kali ini memang amat tidak memberangsangkan apabila pokok-pokok yang biasanya berbuah daripada 300 sehingga 400 biji untuk satu musim juga dilihat hampir tidak dapat mengeluarkan buah langsung. Didakwa ramai pekebun terkesan dengan cuaca panas tahun ini, jadi saya rasa harga durian akan meningkat ekoran pengeluaran buah yang kurang. Dia juga yang mengusahakan pelbagai jenis durian seperti varieti Musang King dan durian kampung di kebun seluas lebih sembilan hektar berkata harga bagi durian Musang King yang dapat dijual pada tahun lepas adalah antara RM35 sehingga RM80 sekilogram mengikut gred. Keuntungan yang diperoleh tahun lepas sebanyak RM200,000 dengan kos penyelenggaraan RM400,000 setahun.
Berlainan kisahnya dalam mstar.com apabila dilaporkan dimana 'Penangan baja DIY petani Thailand, durian berbuah lebat penuh dahan dan boleh diguna untuk pokok lain pun boleh' boleh dijadikan ia bahan rujukkan. Media ini laporkan ada petua kalangan para petani Thailand kini ia dikatakan boleh membantu pokok durian berbuah lebih lebat. Apa pun buah durian dilihat ia memang mempunyai ramai penggemar di Thailand dan di Malaysia maka tidak hairanlah jika ia diberi gelaran sebagai 'raja buah'. Dilaporkan yang ada ramai orang dalam kalangan rakyat Malaysia turut mengusahakan tanaman durian sama ada secara kecil-kecilan mahupun untuk tujuan komersial. Bagi sesiapa yang mahu berjinak-jinak untuk menanam durian boleh belajar bagaimana ada beberapa petua berguna ini yang sesuai untuk diguna. Antara petua daripada petani dari Thailand yang dikatakan boleh membantu untuk dapat ia melebatkan buah durian sehingga ia berbuah banyak di sepanjang dahan boleh dilakukan. Kaedah ini bukan sahaja sesuai dipakai kepada pokok durian sahaja, malahan dilaporkan ia juga boleh digunakan untuk melebatkan buah jenis lain juga. Apa pun dilaporkan bahan-bahan yang perlu disediakan bagi tujuan ini adalah 2kg telur ayam, 2kg gula perang, 1 biji ragi tapai, 1 botol minuman Yakult, 2 kotak susu segar dan 2 biji air kelapa muda (Sila lihat foto disebelah). Bahan ini agak sama dengan teknologi membuat 'Plant Booster' dalam tulisan saya sebelum ini. Cara penyediaannya dengan pertama sekali perlu di kisar kulit telur sekali dengan isinya sampai halus dengan mengunakan pengisar kering. Kemudian ia perlu diadun semua bahan ini sehingga sebati di dalam sebuah besen. Selepas itu adunan ini diperam selama 15 hari dan ia juga perlu digaul sekurang-kurangnya dua hari sekali. Kemudian selepas 15 hari atau 2 minggu maka perlu disaringkan kisaran tadi untuk mengambil pati air perapannya. Pastikan untuk mengasingkan daun-daun yang terlalu tua pada pokok yang akan disembur. Cara aplikasi adalah dengan menggunakan sukatan 10ml pati tadi dicampur dengan sebanyak 20 liter air bersih dan kacau sehingga sebati, Apa pun kemudian larutan ini disembur pada permukaan daun pokok durian atau daun tanaman pokok buah lain iaitu dengan kekerapan sekali dalam seminggu. Sebaiknya bagi tujuan mendapatkan kesan yang optima atau kesan lebih efektif maka maka distorkan agar larutan ini boleh disembur dua kali dalam seminggu. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen yang sesuai di baca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
Posted from>
Room 623A, Amerald Hotel,
Desaru, Johor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.