Paling menarik fakta di beberapa media sinarharian.com yang bertajuk 'Bekas pensyarah jana pendapatan ribuan ringgit tanam pokok kristal' di Daerah Kodiang, Kedah untuk dikongsikan kali ini. Di laporkan bermula dari sekadar hobi dimana seorang bekas pensyarah di Kampung Kubang Menerong tidak menyangka akan dapat menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan hasil tanaman pokok kristal yang diusahakannya. Apa pun bagi Aziz Romli (66 tahun) dimana dia mula berjinak-jinak dengan tanaman pokok kristal yang juga dikenali sebagai matoa itu kira-kira 10 tahun lalu selepas ia diperkenalkan sahabatnya. Dakwanya ketika itu kawannya dari Perak dapat benih dari Klang yang dibawa masuk dari Indonesia. Dia pun membeli lapan anak pokok dengan harga RM10 sepokok akan tetapi yang hidup membesar sehingga sekarang hanya 6 pokok sahaja. Selepas tiga tahun enam pokok terbabit sudah berbuah dengan mengeluarkan hasil anggaran 100 kilogram sepokok. Dakwanya dimana buah kristal atau buah matoa mempunyai tiga rasa iaitu rambutan, durian dan laici akan tetapi baru-baru ini cuaca kemarau hasil menurun sedikit dimana sepokok dapat sekitar 50-60 kilogram sahaja. Aziz adalah bekas pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, penjagaan pokok terbabit mudah selain tahan lasak. Didakwa dimana cuaca yang panas pun pokok ini tahan jika hendak dibandingkan dengan pokok lain. Pada masa awal dulu dimana pokok ini berbuah setahun sekali akan tetapi sekarang tidak menentu ada setahun dua kali berbuah dan ada juga pokoknya berbuah setahun tiga kali. Kini jumlah permintaan terhadap buah matoa sangat tinggi kebelakangan ini setelah ramai mula menyukai rasanya yang unik. Apa pun dilaporkan dimana didalam sebiji buah kristal ini kita dapat rasa tiga jenis buah iaitu rambutan, durian dan laici, buah ini unik berbanding buah mata kucing. Dia ada menjual anak pokok matoa pada harga RM25 hingga RM30. Dalam pada itu dia menjual buah ini pada harga RM30 sekilogram dan turut memasarkannya secara dalam talian.
Portal lain mstar.com pula melaporkan dimana 'Tanaman Matoa Membuahkan Hasil Lumayan Setanding Harga Durian!' merujuk kepada pengusaha buah kristal di Jitra, Kedah. The Star melaporkan dimana tanaman buah matoa menghasilkan pulangan yang lumayan, kata seorang pekebun kecil dari Kedah. DIlaporkan seorang pesara profesor Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Prof Aziz Romli sudah memulakan penanaman matoa secara kecil-kecilan. Dia yang mulakan dengan enam pokok matoa sejak 10 tahun lalu dan semuanya sudah berbuah. Pada mulanya saya tidak tahu keunikan pokok ini dan hanya menanamnya untuk hobi. Apa pon dakwanya pokok-pokok itu mula berbunga sejak berusia tiga tahun dan jika saya tahu ia akan menjadi pukulan sebegitu, saya akan menanam ratusan lagi atas tanahnya iaitu dikebunnya di Kampung Kubang Menerong, Padang Sera, Jitra, Kedah. Pokok matoa miliknya atau secara saintifiknya dikenali sebagai Pometia pinnata kini sudah berbunga dua kali pada tahun ini, pertama pada Februari dengan penuaian pada April, dan kali kedua pada Mei yang dirancang untuk dituai pada Julaisaban tahun. Kini jumlah permintaan untuk buah itu sangat tinggi dan begitu juga harganya, sekitar RM30 hingga RM38 sekilogram. Harganya sama dengan durian dan saya mendapat untung setiap kali tiba musim matoa. Selalu juga dia binggung kerana buah-buahan pokok matoa telah pun ditempah walaupun belum masak. Buah yang turut digelar “buah kristal” itu mempunyai rasa unik yang menggabungkan laici, rambutan dan durian. Dia menggesa penduduk kampung agar mula menanam matoa kerana pokok itu akan berbuah selepas tiga tahun. Biasanya apabila pokok kristal ini berumur sekitar 7 (tujuh) tahun dimana selalunya pokok-pokok ini akan mengeluarkan lebih banyak buah. Tanaman pokok buah kristal ini sebenarnya jenis pokok mudah dijaga dan tahan terhadap penyakit. Adalah disyorkan agar orang ramai menanamnya sendiri atau secara komersial bagi memanfaatkan permintaan yang tinggi. Didepan rumah kediaman penulis blog di Melaka ada dua pokok buah kristal yang berbuah sepanjang tahun milik jiran atau tetangga.
Dalam portal hmetro.com pula dilaporkan dimana apakah dia 'Keistimewaan buah tiga rasa' atau dupanggil sebagai buah matoa atau buah kristal. Fakta ini di laporkan dari Serdang, Selangor dimana apa yng unik dakwa mereka adalah sejenis buah apabila dimakan mempunyai dilaporkan ia mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu Laici, Durian dan juga Rambutan. Dilaporkan aspek keunikan buah matoa yang terdapat di Laman Tiba Dua, MAHA atau di dusun Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS) menjadi tumpuan ramai. Dilaporkan dimana buah kristal yang berasal dari Papua New Guinea itu berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada kulitnya manakala isinya berwarna kuning cair apabila masak (Sila lihat foto disebeah). Buah itu juga asing di negara ini dan ramai tidak mengetahui keenakan rasanya yang lemak manis serta kandungan 11 khasiat yang baik untuk kesihatan. Dilaporkan dimana kelebihan itu telah mendorong petani oaotu Sarip Walat (50 tahun) yang sudah mengusahakan tanaman 30 pokok berkenaan di ladangnya di Taman Melawati, Ulu Klang dalam usaha mengkomersialkan di negara ini. Padanya disebabkan rupa bentuk pokok itu seperti pokok longan dan sudah boleh mengeluarkan hasil selepas tiga tahun ditanam. Buah kristal yang ditanamnya memang ia lebat pada tangkai juga seperti mata kucing dan harganya tinggi iaitu mencecah RM60 sekilogram. Apa pun dilaporkan apabila cara penjagaan pokok ini mudah dan ketinggiannya sehingga 18 meter. Kini anak pokok matoa yang berusia dua bulan dijual pada harga RM30. Dia dakwa iaitu penanaman pokok Matoa sudah lama popular di Indonesia sejak 20 tahun lalu kerana kayu tumbuhan itu digunakan dalam pembuatan jam tangan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembac ablog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MUDAH DI TANAM..SENANG DIJAGA...
PESARA KAYA... TIDAK MENJANGKA...
SUDAH MINAT...BOLEH BELI BENIHNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 5014, Savanna Hill Resort,
Lot 1516, Jalan Nasiman, Bt 18,
Sungai Tiram, Ulu Tiram,
Johor,
Malaysia.
(10 Muharam 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.