Support My Blog

Tuesday, July 9, 2024

PERTANIAN DAN SEJARAH MELAYU

ORANG MELAYU MALAYSIA
adalah satu kaum Melayu yang tinggal di negara Malaysia selain daripada kaum orang Melayu lain yang berada di beberapa negara lain seperti di Selatan Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Kemboja dan sebagainya. Orang Melayu Malaysia dibanci sebanyak ada seramai 17.6 juta atau 57.9% berbanding sekitar 22.6% kaum Cina dan 12.2% kaum bumiputra lain serta 5.5% kaum Indoa (Sumber: Laporan Penduduk Malayaisa Terkini, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2024). Jumpah penduduk Malaysia pada tahun 2024 di laporkan seramai 34 juta dimana 17.8 juta adalah lelaki dan 16.1 juta adalah perempuan dengan seramai 30.6 juta dan 3.4 adalah warfa ading. Penulis merujuk laporan tersebut dimana strata umur penduduk Malaysia pada tahun 2024 iaitu mereka yang berumur 60 tahun keatas (warga emas termauk penulis blog) adalah 
71%, umur antara 41-59 tahun seramai 19.8%, umur antara 15-40 tahun seramai 7% dan akhirnnya umur 0 - 14 tahun hanya seramai 2.2%. Orang  Melayu merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia. Kini orang Melayu tinggal di kawasan desa dan pinggir bandar serta bandar besar dengan pelbagai pekerjaan. Apa pun secara teorinya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar terlibat dengan sektor pertanian dan ada yang terlibat dengan sektor perkhidmatan dan industri pembuatan. Pertanian dan penternakan sebenarnya dilihat bukanlah satu industri untuk negara miskin akan tetapi kepentingannya dalam ekonomi dan keterjaminan makanan semakin ketara zaman ini. Fenomena kekurangan makanan dan pertambahan penduduk dunia sehingga mencecah 8.120 billion. Menurut laporan Bank Dunia terkini menyatakan dimana maklumat industri pertanian, penternakan dan perikanan global bernilai RM12 trilion dengan kebanyakannya disumbangkan oleh negara-negara maju antaranya termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Jerman dan China dimana semua negara-negara ini memiliki daya tahan dan kemandirian terhadap keselamatan makanan mereka jauh lebih tinggi daripada banyak negara lain didunia. Pada penulis blog memang sangat munasabah dan bijaksana untuk kerajaan Malaysia kembali menekankan pentingnya sektor pertanian ini di majukan. Kini Malaysia bukan sahaja mampu untuk mempelbagaikan pengeluaran bahan makanan negara akan tetapi mengurangkan jumlah bahan makanan yang diimport saban tahun. Projek pertanian komersial yang melibatkan semua kaum terutama kaum Melayu dengan cara melaksanakan beberapa pusat-pusat pertumbuhan ekonomi baharu ini sangat mustahak bagi menyediakan banyak lagi peluang pekerjaan kepada ramai rakyat Malaysia. Isu dimana berlaku situasi ramai graduan yang kini dilihat sudah agak serius berdepan dengan 'underemployment' akibat persaingan yang sengit dalam industri pekerjaan sedia ada membolehkan sekrot pertanian di kembangkan dengan lebih berkesan. Apa pun artikel pada subuuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai info berkaitan orang Melayu dan pertanian di Malaysia untuk dijadikan bahan bacaan semua.


Sejarah Malaysia yang pernah di jajah oleh beberapa penjajah kolonial daripada Portugis, Belanda, British, Jepun dan kemudian merdeka pada tahun 1957 banyak menyebabkan sejarah negara termasuk sektor pertanian berubah. Apa pun yang pasti dimana kedatangan British ke Tanah Melayu (1874-1948) telah membahagi dua landskap pertanian dimana salah satu ialah landskap pertanian kecil petani bagi kaum peribumi yang dilakukan untuk menjadi sumber dan bekalan makanan ruji (beras, sayur dan buah-buahan) bagi penduduk Malaya yang semakin ramai. British juga melaksanakan perladangan (estet) yang luas termasuk penanaman dalamm perladangan kopi, gula, lada hitam, koko, tembakau dan kemudian dengan getah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun setelah merdeka dilihat perladangan kelapa sawit dilihat menjadi sektor pertanian yng dominan di Malaysia. Dasar pembangunan ekonomi penjajah British amnya dan dasar mereka mengenai pertanian di Tanah Melayu khususnya telah menggugat habis sistem kehidupan dan pola arus hidup asal petani kecil orang Melayu dan penduduk peribumi. Sebagai gantinya penjajah terus lakukan konsep 'pecah dan perintah' dimana orang Melayu dan bumiputra lain tinggal di kawasan desa untuk bekerja dalam sektor tanaman, kaum Cina tinggail di kawasan bandar untuk berniaga dan kaum India masa itu tinggal di kawasan perladangan. Sebenarnya pertanian ini mempunyai beberpa jenis yang dilakukan iaitu Sistem Pertanian Pindah, Sistem Pertanian Sara Diri dan Sistem Pertanian Perladangan (Estet). Sistem 
Pertanian Pindah selalunya diusahakan oleh orang asli dan pribumi di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Selalunya jenis tanaman yang diusahakan adalah tanaman makanan mudah seperti padi huma, keledek, keladi, jagung, sayur-sayuran dan buah-buahan. Aktiviti dilakukan dengan menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu dimana semua hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri. Berkenun cara ini akan diusahakan oleh ahli keluarga sendiri dan selalunya mereka ini akan berpindah ke kawasan baru apabila tahap kesuburan tanah yang digunaini tidak produktih dan akan ianya ditinggalkan agar ditumbuhi menjadi hutan belukar (hutan sekunder). Konsepnya dimana hanya kawasan kecil dibangunkan dan cara kerja dalam pertanian pindah adalah hutan dibersihkan dan dibakar dan abunya dijadikan baja tanah dimana tiada baja kimia aatau racun kimia di gunakan. Pertanian saradiri dimana petani mengusahakan kawasan kecil seluas kurag 1 hektar di tanah miliknya atau tanah lain dengan menanam tanaman makanan seperti padi, ubi kayu, keledek dan sebagainya untuk dimakan sendiri cumanya mereka tidak berpindah. Pertanian perladangan dimana tanah lebih daripada 40 hektar (100 ekar) keatas di buka dan di tanam dengan tanaman secara luas oleh syarikat mampu yang bersaiz komersial dan. Mereka kan menanam tanaman induatri seperti getah, kelapa sawit, koko dan teh. Ladang ini akan menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja kimia dan benih tanaman yang bermutu tinggi. Penghasian berskala besar kerana selain kegunaan domestik estat ini mengeluarkan hasil yang tinggi untuk diekspot.


Kepentingan sektor pertanian dilaporkan ia memberikan p
eluang pekerjaan kepada sekitar 35% penduduk Malaysia (iaitu melebihi 2 juta orang penduduk Malaysia terlibat dalam pertanian). Hasil kajian dimana penulis blog dapati hampir 70% kawasan pertanian di Malaysia yang di bangunkan memang sudah di tanam dengan dengan berbagai jenis tanaman sehingga mampu untuk ia menyumbang kira-kira 45% dari pada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Sektor pertanian juga menyebabkan Malaysia menjadi pengekspot utama bagi getah dan minyak kelapa sawit dunia sejak sekian lama di mana sebahagian besar adalah daripada pekebun kecil getah dan kelapa sawit dimana direkodkan mereka adalah ramai orang Melayu. Kaum Melay yang menanam padi di kawasan jelapang padi di Kedah, Kelantan dan Selangor serta kawasan di bawah IADA mampu untuk mereka membekalkan bahan makanan seperti beras. Sementara itu hasil sayur-sayuran, buah-buahan, kopi dan sebagainya termasuk ada yang di usahakan oleh orang Melayu. Dilaporkan juga hampir 1/4 daripada pertukaran wang asing negara sebenarnya ia datang daripada hasil pertanian (hasil ekspot kelapa sawit, getah, lada hitam, nanas, kelapa kering) selama beratus tahun. Bagaimana pun selain daripada menghasilkan pproduk pertanian segar dilihat aktiviti sektor industri pemprosesan hasil pertanian terus berkembang baik termasuk penghasilan makanan dibawah program Industri Asas Tani. Pengusaha pemprosesan makanan ada banyak jenis daripada membuat kerepek, makanan ringan, produk sejuk beku, produk pes dan banyak lagi di hasilkan dengan jaminan kualiti dan jaminan halal.. Apabila dilakukan iaitu fasa pembukaan kawasan-kawasan baru di luar-luar bandar seperti rancangan FELDA, FELCRA dan projek pembangunan tanah yang lai dimana kaum Melayu dilihat dominan semenja dulu. Mereka bekerja di kawasan ladang getah dan sawit di FELDA dan ada penempatan khas disediakan, Pendekatan ini dilihat mengurangkan masaalah kemiskinan terutama kalangan orang luarbandar masa dulu dari kaum Melayu dengan memasukki skim penempatan FELDA. Bagaimana pun kini kalangan generasi kedua FELDA masih di berikan bantuan seperti program rumah kedua dan program ekonomi bagi mempastikan kesinambungan aktiviti berterusan. 


Pada penuis blog memahami jika sektor p
ertanian kekal ia terus menyumbang kepada bekalan bahan mentah untuk rakyat Malaysia. Kawasan perkebunan sebaiknya mengamalkan amalan pertanian baik (ABP) dimana kaedah yang mesra alam serta kawalan kualiti menjamin produk pertanian segar dan selamat di makan. Sektor pertanian di Malaysia masih mempunyai potensi besar untuk dimajukan dimana apabila ia diintegrasikan dengan sektor lain seperti sektor Ternakan, Akuakultur, IAT, Pelancongan dan juga sektor Peruncitan akan lebih menguntungkan. Beberapa usahawan Melayu telah berjaya membangunkan konsep pertanian intergrasi seperti Program Agrotourism, Program Industri Asas Tani, Penanaman Sayuran Komersial, Penternak Udang, Ternakan Kambing dan sebagainya dalam sektor pertanian di Malaysia. Sebagai contogh dimana sektor pelancongan dilihat sebagai sektor ekonomi kreatif yang gabungkan semua jenis aktiviti pertanian dan eco-pelancongan dalam satu pakej. Apa pun sektor pertanian merupakan satu kegiatan ekonomi yang telah memberikan sumbangan kepada pembangunan negara termasuk orang Melayu. Bidang pertanian sangat penting kerana peranannya dalam menyediakan makanan untuk penduduk dimana bagi mencapai taraf negara maju apa yang ingin di nyatakan iaitu negara Malaysia memang tidak boleh menyisihkan sektor pertanian. Kemajuan dalam perindustrian semata-mata tidak akan menjamin kelangsungan sebuah negara maju sebegini dan negara menjadi tidak stabil jika ada krisis kekurangan bekalan makanan atau krisis aksesibiliti kedapatan makanan apa lagi jika harga asas makanan terlalu tinggi. Antara cabaran dan isu pertanian di Malaysia dimana kini Malaysia mencatatkan defisit perdagangan makanan sebanyak RM7.4 billion dimana angka ini terus meningkat jika tiada langkah diambil untuk membendung dalam kemasukan lambakan import. Ini kerana kebergantungan kepada negara luar untuk membekalkan makanan bukanlah satu sifat yang baik dimana isu ini perlu diatasi. Bayangkan jika negara luar itu tidak mampu lagi membekalkan makanan kepada kita atas sebab-sebab peperangan mahupun bencana alam, apakah yang akan jadi kepada negara ijaminan makanan negara. Sebagai orang Melayu dan Islam maka sektor pertanian ini bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Islam. Malah amalan ini amat dituntut dalam agama kerana tanpa pertanian maka tiadalah makanan dan ini akan menjejaskan semua umat. Tujuan hidup manusia bukan sahaja untuk memelihara alam ini tetapi juga untuk memakmurkannya. Tanah serta sumber-sumber alam yang lain (air, cahaya, udara, haiwan) perlu dimanfaatkan dengan bijak untuk kesejahteraan manusia. Sektor pertanian mampu menyediakan makanan bagi keluarga dan orang lain adalah satu tugas yang mulia. Malahan orang Melayu sendiri percaya bahawa 'berbudi pada tanah tidak akan membawa rugi' asalkan di lakukan dengan cara betul, komersial dan bersungguh-sungguh. Produk Halal adalah penting bagi masyarakat Islam yang memerlukan barangan halal dimana kini ada seramai 1.3 billion orang Islam di seluruh dunia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERTANIAN MAJU... MAKANAN ADA...
ORANG MELAYU... MAJUKAN PULA....
PERLU KOMERSIAL...BESAR SKALA ...
PRODUK HALAL... RAMAI YANG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Muharram 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...