Support My Blog

Tuesday, July 2, 2024

DAGING KATAK - FAKTA DI MEDIA

KATAK (Frogs)
merupakan sejenis haiwan amfibia yang mudah kita jumpai dikawasan lembab di dalam hutan, belukar, keliling rumah dan tepi parit. Katak merupakan haiwan unik kerana ia mempunyai pergerakan 'Melompat' yang dahulunya digelar Salientia. Katak dewasa apa yang saya lihat mempunyai kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata terjojol keluar dan tidak berekor. Kebanyakan katak mempunyai kitaran hidup berperingkat daripada peringkat telur, berudu, anak katak sehingga peringkat dewasa dalam masa tertentu bergantung kepada spesis katak. Katak juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat atau pandai berenang didalam air. Katak dewasa juga merupakan haiwan pemangsa maging yang gemar memakan haiwan artropod iaitu terutamanya serangga, annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam terutamanya ketika musim mengawan. Katak boleh didapati dari kawasan tropika hingga ke kawasan sejuk subartik walau pun kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian melibatkan lebih 5,000 spesis yang dikenali. Walau pun mendengar namanya ramai akan rasa 'Geli Geleman', kini terdapat beberapa spesis katak yang diternak dan dimakan oleh sesetengah manusia sebagai makanan eksotik. Penulis blog ada beberapa kali semasa bertugas dahulu membuat tinjauan teknologi iaitu ia berkaitan industri ternakan katak di Johor, Perak dan di Melaka. Apa pun artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" iaitu beberapa fakta dan laporan di media mengenai isu daging katak yang sesuai dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.


Menarik laporan dalam sinarharian.com yang bertajuk 'Daging katak perlu diasing daripada makanan halal oleh Ustad Mohd Izhar' untuk di kongsikan. Apa pun sebenarnya tindakan pihak peniaga yang mencampurkan daging katak dengan makanan halal di pasar disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati prinsip makanan halal umat Islam di Malaysia. Merujuk kepada kenyataan Timbalan Dekan Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pengajian Islam,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, sebagaimana daging babi, makanan tidak halal lain seperti katak dan lain-lain wajib dipisahkan dengan makanan halal. Dakwanya daging katak haram dimakan berdasarkan hadis riwayat Abu Daud bahawa nabi melarang membunuh katak. Dalam Mazhab Shafie sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Kitab Majmuk bahawa orang Islam tidak boleh makan katak. Oleh kerana Malaysia berpegang dengan Mazhab Shafie, maka umat Islam di Malaysia berpegang bahawa daging katak adalah haram dimakan memberitahu kepada Sinar Harian. Dilaorkan sebelumya portal Sinar Harian melaporkan gambar tular memaparkan isi daging yang bentuknya seperti katak dikesan dijual di sebuah pasar raya di Selayang. Kejadian ini didakwa berlaku pada pagi Selasa apabila salah seorang pelanggan pasar raya berkenaan mengesan terdapat isi daging katak diletakkan dalam pinggan bercampur dengan bahagian ikan. Apa pun situasi tersebut menimbulkan rasa kurang senang pengguna terutama dalam kalangan pelanggan muslim yang turut membeli keperluan asas di pasar raya berkenaan. Pinggan yang digunakan bagi mengisi katak itu perlu dibasuh bersih sebelum digunakan untuk makanan halal lain. Dia juga menasihatlan kalangan para pengusaha dan peniaga untuk peka aspek pengasingan makanan halal dan haram bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan pengguna. Memberitahu wartawan dimana dia juga memberitahu peniaga agar menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia supaya tidak menimbulkan perbalahan dan khilafan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Media sama laporkan kemudian dimana 'Isu 
Daging katak: NSK mohon maaf secara terbuka' berkait dengan lapornan sebelumnya. Kisah di petik dari Kuala Lumpur dimana Syarikat NSK Trade City Sdn Bhd (NSK) membuat permohonan maaf secara terbuka selepas salah satu pasar raya mereka didapati menjual daging didakwa daging katak. Pihak NSK dalam satu kenyataan memaklumkan syarikat berkenaan sedar isu tersebut adalah sangat serius dan tindakan sudah diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang. Syarikat ini memohon maaf atas insiden yang berlaku pada 24 Oktober 2023. Syarikat sudah memahami akan tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah diambil serta-merta dimana sudah diberikan amaran keras juga telah diberikan kepada pekerja yang terlibat. Apa pun isu ini jugs adalah mula tular di media sosial mengenai daging dipercayai adalah daging katak yang dijual bersama barang lain di pasar raya NSK di Selayang. Difahamkan dilakukan siasatan lanjut dibuat NSK mendapati pengedar menghantar barangan terbabit bersama tempahan lain dan diletak di bahagian jualan barang basah. Pekerja yang menguruskan bahagian tersebut membuka dan mempamerkan daging berkenaan tanpa mengetahui ia adalah daging katak. Selepas ia dimaklumkan kepada pekerja pasar raya berkenaan, daging itu dimana ia kemudiannya dialihkan dari meja jualan. Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya akan memastikan tidak ada lagi kejadian seumpama itu berulang. Syarikat sudah memohon maaf akan memastikan sebaik-baiknya tidak berlaku lagi kesilapan tersebut.


Dalam portal hmetro.com di laporkan dimana isu '
Jual hidangan Daging Katak Demam, restoran diserbu Perhilitan' sesuai d kongsikan. Kisah dari Kuala Lumpur menyatakan dimana selera pelik terhadap sajian katak goreng antara punca spesies katak demam yang juga hidupan liar dilindungi menjadi buruan dan mendapat permintaan tinggi restoran di Malaysia masa ini. Apa pun spesies katak gergasi yang boleh mencapai berat satu kilogram itu dikesan dijual mencecah ratusan ringgit di restoran yang menyajikan hidangan eksotik. Merujuk kepada kenyataan dari Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, walaupun menyedari aktiviti memburu dan menjualnya dilarang namun haiwan amfibia itu masih dipasarkan secara haram. Dilaporkan dimana ada isu apabila pihak Perhilitan bertindak melakukan operasi dan rampasan melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 6/2023 Zon Tengah di Bentong, Pahang baru-baru ini. Sebelumbya ia libatkan 9 orang pegawai Perhilitan bertindak melakukan pemeriksaan di sebuah restoran di Bentong, Pahang setelah aktiviti risikan dan susulan risikan dilakukan. Dilporkan ada seorang lelaki tempatan yang juga pemilik premis berusia 40-an disoal siasat sebelum pegawai Perhilitan menemui 16 ekor spesies katak demam disimpan di dalam bakul plastik. Aktiviti pemeriksaan lanjut di dapur premis menemui 16 ekor lagi katak demam serta seekor labi-labi diletakkan di dalam baldi plastik. Dilaporkan bagi Abdul Kadir percaya, katak demam dan labi-labi itu dijual sebagai salah satu hidangan eksotik di restoran makanan laut berkenaan. Aktiviti pemeriksaan juga mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen sah untuk menyimpan kesemua hidupan liar itu. Di nyatakan dimana semua haiwan liar dilindungi itu dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dimana kesalahan akan didenda mahkamah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KATAK... DUA ALAM DIA...
ADA DI TERNAK... DALAM MALAYSIA...
DAGINGNYA ENAK... SIAPA YANG SUKA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TAHU FAKTA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Pytrajaya,
Malaysia.
(16 Dzulhijjah 1445H).
Posted from
Apartment 12A-12B,
3rd Floor, D' wharf Hotel & Service,
Port Dickson, NS.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...