Adalah penting untuk mengenali dan memahami haiwan Musang yang ada di negara kita sebagai bahan rujukkan. Musang dilaporkan memang sejenis haiwan aktif malam (nokturnal) dimana ia berasal daripada keluarga Viverridae. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil sebagai ‘Civet’ dan ia merupakan sejenis binatang yang mempunyai badan dan ekor panjang, berkaki pendek dan mempunyai bulu bewarna coklat, kelabu atau hitam dengan pelbagai corak berbeza mengikut spesies. Dilaporkan ada 8 jenis musang yang mudah dijumpai dimana antaranya adalah 'Musang Pandan' yang merupakan jenis musang yang paling mahal dan popular. Dilaporkan uniknya musang ini banyak dipelihara di Indonesia dan ia dijadikan sebagai musang untuk hasilkan Kopi Luwak atau 'Kopi Tahi Musang'. Spesis ini popular sehingga ia digelar 'musang luwak'. Musang ini dinamakan "pandan" kerana ia selalunya mengeluarkan aroma daun pandan yang bau tersebut berasal dari kelenjar di bagian bawah ekor musang jantan. Musang pandan memiliki warna abu-abu kecokelatan pada bahagian punggungnya namun ada juga variasi lainnya seperti coklat merah, kehijauan dan lain-lain (Sila lihat foto disebelah). Adapun di bagian wajah, kaki dan ekor memiliki warna yang gelap. Musang pandan memakan buah-buahan seperti pepaya, jambu, biji kopi dan lain sebagainya. Namun dia juga haiwan ini yang boleh memakan serangga-serangga kecil seperti jangkrik dan kawan-kawannya. Secara umum dimana dengan kebanyakan masa hidup musang bersendirian dimana spesies musang mempunyai sifat kelakuan kewilayahan dan ia berlegaran di atas tanah. Bagaimana pun musang lazimnya akan berada di atas pokok serta hanya mencari pasangan pada musim mengawan sahaja. Kesemua spesies musang adalah nokturnal iaitu jenis haiwan yang aktif di waktu malam, merayau dalam kawasannya untuk mencari pelbagai jenis makanan. Kebanyakan Musang memakan buah-buahan iaitu daripada pokok berbuah dan berbunga yang terdapat di hutan. Kaedah inii sebenarnya pada penulis blog ia mampu membantu penyebaran biji pokok dalam penjanaan semula pokok atau pembiakan pokok. Ini kerana disebabkan najis musang yang mengandungi benih pokok tidak hadam dn apabila di berakan merata kemudian ia akan tumbuh di lokasi lain. Pada masa sama apa yang penulis blog tahu dimana haiwan musang juga memburu haiwan mamalia, burung kecil, dan juga pelbagai jenis artropoda sebagai makanannya. Dilihat dimana proses rantaian makanan musang membantu dalam keseimbangan ekologi dan kepelbagaian dan populasi sesuatu spesies yang terdapat pada sesebuah kawasan itu. Selain itu dilihat dimana kebanyakan spesies musang akan membiak sepanjang tahun dengan menghasilkan dua hingga lima ekor anak bagi setiap kelahiran. Anak musang dijaga oleh induk sehingga setahun sebelum dibiarkan berdikari sendiri.
Dilaporkan dimana daripada 12 spesies musang yang telah direkodkan di Malaysia dimana merujuk kepada Senarai Merah Spesies Terancam (IUCN) menunjukkan status Diplogale hosei dan Arctictis binturong adalah terdedah kepada ancaman dan kepupusan. Dalam pada itu dilaporkan spesis Hemigalus derbyanus juga jenis yang hampir pupus dan terancam juga termasuk jenis Cynogale bennettii dan Viverra megaspila. Merujuk senarai tersebut dimana jenis lain yang dikategorikan sebagai Spesis Musang Kurang Terancam ada disenaraikan. Spesies musang yang terdapat di Malaysia dilaporkan ia bukan jenis yang jenis ganas dan selalu ia tidak menyerang manusia. Apa yang penulis blog faham dimana ia hanya akan bertindak agresif seperti mengeluarkan bunyi seperti meludah ataupun menggigit jika ia dikasari dan rasa terancam. Namun begitu bagi kebanyakan masa haiwan musang hanya akan bertindak bersembunyi atau akan melarikan diri atau memanjat pokok untuk mengelakkan diri daripada diganggu atau didekati oleh manusia atau haiwan pemangsa lain. Adakalanya pula dilihat terdapat segelintir petani dan penghobi yang gemar memelihara musang ini sebagai haiwan peliharaan. Perkara ini dilihat ia mungkin kerana terdapat spesies musang yang mampu beradaptasi dan hidup di atas pokok, atap bangunan dalam kawasan bandar dan separa bandar. Kalangan penduduk kampopng yang berjaya menangkap dan menjinakkan musang ini boleh menjadikan ia haiwan tarikan jiran. Apa pun perlu diingat yang haiwan liar seperti musang berkemungkinan ia membawa pelbagai jenis virus yang mampu menjangkiti manusia seperti virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang boleh mengancam kesihatan manusia. Terdapat 11 jenis mudang yang ada di Malaysia iaitu Musang Lamri (Paguma larvata), Musang Pulut (Paradoxurus hermaphrodites), Musang Akar (Arclogalidia trivigata) seperti foto disebelah. Jenis musang lain adalah Musang Bulan (Viveriicula indica), Musang Tenggalung (Viverra tanggalunga), Musang Titik Besar (Viverra megaspila), Musang Jebat (Viverra zibetha), Musang Belang (Hemigakus derbyanus), Musang Host Civets (Diplogale hosei), Musang Memerang (Cynogale bennetii) dan juga Binturong atau Bear Cat (Arctictis binturong). Bukan mudah hendak kenal dan jumpa kesemua jenis musang ini.
Dalam kehidupan harian dilaporkan dimana musang juga mengamalkan 'penandaan bau' dengan cara ianya mengheretkan kelenjar bau di bawah ekornya pada tempat yang ia ingin tanda sebagai kawasannya. Tingkah laku ini iaitu dengan memberi bauan yang kurang menyenangkan kepada spesies haiwan lain dimana pada masa yang sama haiwan ini akan mampu memberi indikasi atau tanda dan isyarat kepada keberadaan spesies musang itu. Terdapat beberapa spesies musang seperti Musang Jebat dan Musang Bulan yang mana ia akan menghasilkan sekitar 4-kilogram minyak musang berbentuk cecair bewarna kuning dan berbau kuat. Selalunya cairan ini akan berbau manis dan didakwa akan lebih menarik apabila dicampurkan dengan bahan lain untuk penghasilan minyak wangi. Selain itu ada beberapa laporan menyatakan terdapat spesies musang seperti Musang Pulut yang telah terkenal dengan penyediaan Kopi Luwak atau ‘Civet Coffee’. Musang Pulut yang gemar ceri kopi akan memakannya dimana bahan enzim dan pencernaan yang tidak sempurna memberi kesan pada bau dan rasa biji kopi apabila ianya dikeluarkan melalui najis musang tersebut. Namun begitu apa yang penulis blog pernah tulis dalam blog ini dimana dilihat selalunya penghasilan biji kopi akan jadi bergred rendah jika dipelihara di dalam sangkar berbanding dengan biji kopi yang terhasil secara semula jadi oleh Musang Pulut liar. Perkara ini kerana Musang Pulut liar boleh mendapat makanan yang seimbang apabila berada di dalam habitat semula jadi. Walau bagaimanapun aktiviti pemantauan rapi perlu dilakukan oleh pihak berkuasa kerana adakalanya pemeliharaan dan aktiviti penjagaan musang di dalam sangkar yang tidak mengikut spesifikasi yang sesuai dan kadang-kala berlaku penderaan secara mental terhadap musang. Perkara mengurung musang dalam sangkar banyak dilakukan di Indonesia dimana isu ini telah menjadikan kopi luwak yang dahulu sangat popular pernah di kecam oleh pencinta haiwan dari seluruh dunia. Apa pun sebenarnya haiwan seperti musang “civet” sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan masyarakat di Asia Tenggara sejak zaman dahulu. Sebagai contoh ada kisah dari orang-orang dahulu Bagobo di Filipina yang mana mereka mempercayai bahawa suatu makhluk yang bernama Lakivot ialah seekor musang “civet” yang besar dan berkuasa serta mampu berbicara. Perkataan musang juga wujud dalam peribahasa Melayu seperti ‘musang berbulu ayam’. Musang dikaitkan dengan perbuatan mencuri kerana sifatnya yang mampu menyelinap dengan senyap selain mencuri ternakan seperti ayam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BANYAK SPESIS... BAU PANDAN KUATNYA...
DALAM HABITAN ASLI... AMAT BERGUNA...
MEMBACA ARTIKEL... TAHU BAGAIMANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 122, Favehotel,
Kota Prabumulih, Sumatra Selatan,
Indonesia.
(14 Safar 1445H).
Posted from:
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka (2 Muharram 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.