Kentang adalah salah satu sumber bahan karbohidrat yang cukup digemari ramai penduduk dunia sebagai pengganti nasi bagi rakyat beberapa negara. Jenis umbi-umbian ini mudah diolah sehingga ia akan menjadi menu pembuka di meja makan (apetizer) dan juga dijadikan sebagai makanan penutup yang tentu saja enak dihidangkan dalam pelbagai cara. Makanan berasaskan kentang dilihat oleh penulis blog buan sahaja ia lazat akan tetapi lazimnya ia memberikan pelbagai manfaat yang baik untuk kesihatan. Apa lagi kalau kentang yang diambil terus dari ladang dan masih segar. Bekalan kentang di Malaysia memang kebanyakannya diimort dimana tahap kesegarannya sudah kurang berbanding dengan kentang yang baru dituai d beberapa negara yang menanam dengan meluas. Selalunya dengang teknologi lepas-tuai yang baik membolehkan kentang mamu bertahan lama di pasaran sehingga ia merupakas sejenis komoditi penting di seluruh dunia. Beberapa negara menjadikan eksport kentang sebagai salah satu komoditi yang di perdagangkan dengan nilai yang amat tinggi. Mengetahui akan apakah kandungan nutrisi dalam kentang juga penting kerana kentang adalah diantara komoditi yang popular di makan manusia. Ia adalah sejenis tanaman umbi-umbian atau jenis umbisi yang awalnya berasal dari kawasan Amerika Selatan dimana ia kini menyebar hampir ke seluruh dunia. Seperti dijelaskan dimana di Indonesia dilaorkan tanaman kentang umumnya tumbuh subur terutama di kawasan dataran tanah tinggi dengan iklim yang sejuk. Kini kentang menjadi salah satu sumber karbohidrat yang umumnya dijadikan pengganti makanan ruji utama seperti nasi selain daripada hasil tuaian seperti Gandum, Ubi Kayu, Ubi Keledek, Jagung dan beberapa lagi. Kajian saintis menyatan dimana selain dari kandungan karbohidrat tentunya tinggi dilaporkan dimana ubi kentang juga kaya akan berbagai vitamin dan mineral penting bagi kesihatan tubuh. Bagi setiap 100 gram kentang dianalisa dimana ia selalunya mengandungi bahan Air (83.4 gram), Tenaga (62 kcal), Protein (2.1 g), Lemak (0.2 g), Karbohidrat (13.5 g), Serat (0.5 g), Kalsium (63mg), Fosforus (58 mg), Zat besi atau Ferum (0.7 mg), Natrium (7.0 mg), Kalium (396 mg), Tembaga (0.4 microgram), Zink (0.3 microgram), Thiamin (Vit. B1 iaitu 0.09 mg), Riboflavin (Vit. B2 sebanyak 0.10 mg), Niacin (Vit. B3 iaitu 1.0 mg) dan juga Vitamin C (21 mg).
Banyak rujukan paparkan mengenai akan manfaat kentang dalam pelbagai bahasa, kajian dan penulisan. Ini kerana boleh dikatakan makanan berasaskan kentang amat meluas yang ada dimana sahaja sehinggakan ia antara jenis bahan makanan yang paling meluas diambil dan di komersialkan. Penulis blog lebih tertarik membincangkan diama dari berbagai kandungan zat yang di punyai kentang memang ada banyak kebaiknyannya untuk kesihatan (Jika dimakan mengikut kadar di syorkan dan tidak berlebihan). Kehebatan yang pertama adalah kentang mampu menurunkan risiko penyakit kronik. Ini kerana dilaporkan dimana kentang sangat kaya akan zat flavonoid, karotenoid, dan asid fenolik. Unsur-unsur ini berperanan sebagai bahan antioksidan di dalam tubuh yang akan mencegah radikal bebas yang muncul dan kesannya ia boleh merosakkan sel tubuhbadan. DInyatakan pakar dimana radikal bebas adalah satu faktor pemicu kepada berbagai jenis penyakit kronik diantaranya seperti penyakit jantung, diabetes sehingga kepada penyakit kanser. Kasil penyelidikan yang dijalankan dan ditulis dalam journal Nutrition and Cancer pada tahun 2011 dilaporkan bahwa antioksidan dalam kentang dapat menekan pertumbuhan kanser hati dan kanser usus besar. Kehebatan kedua adalah dimana kentang membantu mengendalikan kadar gula dalam darah. Kehebatan ini apa pun berkait dengan kehadiran gula (karbohidrat) didakwa ia adalah selamat bagi pesakit diabetes. DIlaporkan dimana makanan dari kentang yang banyak mengandung pati resisten yang tidak boleh diserap sepenuhnya oleh tubuhbadan. HAsil kajian mendapati bahawa pati resisten dapat mengoptimakan kerja bahan insulin iaitu hormon pengawl kandungan gula dalam darah. Merujuk jurnal dari Medicine pada tahun 2015 yang melaporkan dimana individu yang telah mengambil makanan dengan pati resisten diilihat kandungan gula dalam darahnya menjadi lebih stabil pada penderita diabetes jenis 2. Kehebatan yang ke 3 mengenai kentang dilaporkan ia akan dapat menjaga kesihatan sistem pencernaan. Kandungan pati resisten dalam kentang ternyata juga boleh ia membantu memperbaiki sistem pencernaan. Kentang yang di makan akan masuk bahagian usus dimana pati resisten ini akan dimakan oleh bakteria baik yang kemudian akan menukar pati menjadi asid lemak rantai pendek dimana bentuk rantaian ini dilaporkan dalam ia mengurangkan risiko peradangan teruttama pada bahgian usus besar seterusnya ia akan juga memperkuatkan akan sistem pertahanan usus besar. Ada laporan dimana dengan memakan kentang makan akhirnya ia akan membantu memulihkan pesakit yang terkena infeksi usus (penyakit Crohn atau divertikulitis). Cara terbaik memakan kentang adalah mengambil Kentang Rebus atau Kentang Kukus di sejukkan dahulu sebelum dimakan pada esok harinya.

Kentang adalah bahan makanan yang bebas kandungan gluten (gluten free). Dilaporkan dimana bagi orang yang mengalami masalah dalam mengambil jenis makanan yang mengandung gluten seperti pesakit celiac adalah disyorkan agarr dia menjadikan kentang sebagai makanan alternatif yang tepat. Walau pun dilaporkan yang kentang sendiri bebas gluten akan tetapi ada beberapa jenis hidangan dari olahan kentang boleh ia mengandungi bahan gluten seperti bahan makanan didalam sos atau roti kentang. Pesakit Celiac atau keaddan yang sensitif dengan bahan gluten perlulah dipastikan membaca apakah yang terkandung didalam jenis makanan yang diambil terlebih dahulu. Perlu mpesakit ini juga awas dengan beberapa produk sudah mempunyai label gluten free yang perlu di pastikan kebenarannya. Kentang jug adilaporkan mampu untuk menurunkan tekanan darah. Kajian mendapati dimana banyak sumber kalium yang mana kajian mendpati kalium akan bekerja dengan merangsang pembuluh darah untuk melebarkan ukuran pembuluhnya. Kentang juga bahan yang mengandungi tinggi kalsium dan magnesium yang berperanan penting dalam mengawal tekanan darah agar ia menjadi lebih normal. Laporan kajian oleh Institute for Food Research juga mendapati dimana kentang mengandungi bahan dikelali sebagai 'kukoamines' yang berikan kesan terhadap penurunan tekanan darah. Kentang dilaporkan dapat meningkatkan fungsi saraf dan otak dengan adanya bahan Vitamin B6 dalam kentang yang sangat penting untuk menjaga kesihatan neuron atau sel-sel pembawa singnal dari dan ke dalam otak. Vitamin B6 berperanan dalam pembentukan bahan kimia otak iaitu serotonin, dopamin dan noreprinefrin. Memang kentang adalah baik untuk kesihatan saraf dan otak. Keadaan otak yang sihat selalunya akan dapat membantu mengurangi stress, tekanan (depression) sehingga kurangkan lagi kes-kes gangguan kecemasan. Bahan Kalium dalam kentang yang akan mendorong melebarkan pembuluh darah yang mana inidapat membantu memastikan otak akan cukup dalam mendapatkan darah. Siapa sangka kalau memakan kentang akan dapat menjaga kesihatan jantung kerana adanya bahan karotenoid dalam kentang yang dapat membantu menjaga fungsi jantung dengan baik. Zat ini didakwa mempunyai fungsi sebagai agen antiradang untuk mencegah aterosklerosis atau kes-kes penyumbatan dinding dalam arteri jantung (penyebab serangan jantung mengejut). Apa pun kandungan vitamin C dan vitamin B6 juga membantu mengurangkan kes radikal bebas pada sel jantung dan sel-sel tubuh yang lainnya. Vitamin B6 juga memiliki peranan penting dalam proses perubahan homosistein menjadi metionin atau ia adalah juga sejenis protein. Kadar homosistein yang tinggi dapat merosakkan dinding pembuluh darah. Bagaimana oun bagi penulis blog perlu tahu akan beberapa petua baik semasa makan kentang. Kentang boleh menjadi bahaya dimakan jika cara menyimpannya tidak betul. Ini kerana hasil kajian mendpati dimana biji kentang yang terkena terus kepada sinaran matahari boleh menghasilkan zat Solanine. Solanine menimbulkan rasa pahit dan beracun apabila ia diambil untuk dimakan terutama dengan jumlah banyak. Sebaiknya teknik terbaik semasa menyiman kentang adalah diletakkan di tempat yang sejuk, kering dan ada siste pengudaraan baik. Jika kentang sudah dikupas maka ia sebaiknya di rendam dalam mangkuk berisi air bersih untuk mencegah timbulnya perubahan warna. Langkah penyediaan makanan dari kentang juga harus diperhatikan. Ini kerana jika seseorang iru terlalu banyak makan kentang goreng maka kesannya ia akan meningkatkan risiko penyakit seperti kes-kes serangan jantung, diabetes atau gangguan ginjal. Ini keran dalam kentang goreng dilaporkan ia mengandungi lebih banyak lemak trans dan lemak teou serta kalori tinggi iaitu ia sama seperti nasi. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini . Wasallam!!!...
IA ADA DI MAKAN...DISELURUH DUNIA...
BANYAK MANAFAAT... HEBAT FAKTANYA...
MAKAN IKUT ATURAN... SIHAT JADINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pintu 5 (departure Hall), Airport Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(9 Ramadan 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.