Ada kalangan mereka yang menanam pokok durian 'untuk suka-suka' bertanya kenapa pokok durian yang di tanam ada perangai ikut suka berbuah tetapi banyak kali ia tidak berbuah. Memang ada banyak jawapan, sebab dan punca apabila pokok durian yang sepatutnya berbuah akan tetapi ia tidak berbuah. Bagi mereka ini akan merasa kecewa atau sedih apabila melihat kebun durian dikebun orang lain atau di keliling rumah jirannya ada berbuah lebat sedangkan pokok durian miliknya tidak berhasil. Ada juga kalangan pemilik pokok durian membelanjakan ribuan ringgit untuk menjadikan pokok duriannya subur dengan harapan berbuah dengan banyak dan berkualiti. Akan tetapi mengapa tidak juga pokok duriannya masih tidak berbuah?. Kalau setiap kali masuk musim buah durian tiba orang lalin yang lalu lalang memungut hasil sampai membuat pondok menjaga buah durian gugur sebelum menjualnya akan tetapi ada pemilik pokok duriannya yang 'sepi'. Beberapa maklumat mengenai isu ini boleh di baca didalam blog, facebook, wasap group, youtube, instragram dan banyak sumber lain kenapa susah sangat hendak pastikan pokok durian matang berbuah saban tahun. Pada penulis blog memang banyak sebab untuk ianya menjelaskannya akan tetapi dibincangkan secara teknikal dan logik akal sahaja kerana untuk kepastian kena buat analisa secara saintifik mengikut data yang di kutip. Apa yang penting di lakukan penjagaan sebaik mungkin agar pokok duriannya berbuah setiap musim dengan banyak. Pertama mungkin BERPUNCA DARIPADA ANAKBENIH pokok durian yang di tanam. Kalangan petani mungkin suka makan durian yang di jumpainya atai dibeli dan kemudian mengambil bijinya dan disemai sehingga menjadi anakbenih dan ia kemudian di tanam. Setelah pokok itu membesar didapati buahnya (jika ada) tidak sama dengan buah yang dimakan bijinya dahulu. Ini kerana buah durian terbentuk hasil daripada apa yang dikatakan sebagai proses pendebungaan silang (cross pollination) yang makan kesannya menyebabkan bijinya tidak akan sama dengan ciri pokok induknya. Ini merupakan diantara kesilapan asas yang paling ramai orang buat iaitu cara pemilihan anakbenih pokok durian yang salah sebelum menanam. Paling malang jika ada yang menanam pokok durian dan tidak berbuah kerana ia bercirikan seakan 'pokok durian jantan' sahaja. Sebaiknya sebelum menanam durian jika hendak membeli anakbenih pastikan daripada pembekal atau sesiapa juga yang menjual benih dengan ada Sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) dikelolakan oleh Jabatan Pertanian. Benih yang ada sijil SPBT ini di sahkan ketulinan varietinya setelah dilakukan prosedur pemeriksaan oleh pakar di jabatan tersebut. Ciri anak benih tersebut jika di beli di nuseri sebaiknya sudah berusia lebih enam bulan, batang utamanya tegak, lurus dan mempunyai dahan yang banyak, tumbuh secara melintang atau sekurang-kurangnya lebih 45 darjah dari batang utama. Elakkan guna benih durian yang di buat sendiri dari biji buah durian yang di beli atau yang dijual di premis.
Pokok durian merupakan pokok saka yang perlu dijaga baik pertumbuhannya termasuk aktiviti CANTASAN (pruning). Dari peringkat awal penanaman durian sebaiknya di lakukan beberapa peringkat amalan cantasan daripada cantasan pembentukkan, cantasan pengurusan dan cantasan dewasa. Sila baca tulisan saya dalam blog ini (Sila Klik DIsini). Penting dilakukan seperti pemangkasan penjagaan iaitu dengan membuang tunas-tunas air yang tidak produktif, mati dan berpenyakit serta mampu untuk mengurangkan penggunaan racun kimia. Ini kerana diantara tujuan pemangkasan ini ialah bagi membentuk dan mengawal pembentukan pokok, membuang tunas air yang tidak produktif, reput, berpenyakit dan mati, memberikan ruang pengudaraan yang baik pada pokok serta mengalakkan pengeluaran buah yang banyak, berkualiti dan baik. Ini kerana hanya pokok durian yang mampu hasilkan durian berkualiti termasuklah adalah dengan mempunyai satu batang utama (batang utama tidak bersifat co-dominant) iaitu mempunyai dua batang utama atau lebih yang saling bersaing untuk mendapatkan makanan dan tidak mempunyai batang utama, berbilang atau banyak batang, yang dikenali sebagai multiple leaders. Kesannya pokok mudah tumbang apabila ditiup angin yang kencang. Sebaiknya juga dahan-dahan utamanya tidak bersentuhan atau bergesel dengan batang utama pada pokok durian. Jika diperiksa bukan dahan yang berada dibahagian bawah sahaja tetapi dahan dibahagian tengah pokok tau atas perlu dibuang jika menghalang sinaran cahaya matahari. Pokok duirn yang mempunyai dahan-dahan yang bersaiz dua pertiga lebih kecil berbanding saiz diameter batang utama pada pokok durian perlu dilatih corak untuk pembentukkannya. Dahan-dahan tersusun kemas dan tidak terlalu rapat antara satu sama lain. Sebaiknya bagi jenis dahan mendatar dan kemas dan ia tidak bersentuhan serta mendapat cahaya matahari yang cukup untuk mengelak kulat bersarang pada pokok. Jika kurang pengudaraan dan lembab maka klat boleh datang dan menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanker batang dan sebagainya. Kedapatan pokokk 'duit-duit' pada batang pokok dan dahan mesti dibuang selalu sebab tumbuhan tersebut adalah sejenis 'parasit' yang ambil nutrien daripada pokok durian.
Pokok durian mungkin tidak berbuah di sebabkan oleh faktur termasuk KURANG KEPERLUAN ASAS dikawasan kebun penanaman pokok durian tersebut. Antara amalan agronomi penanaman durian adalah mempastikan pokok durian apabila dewasa akan mendapat Cahaya Matahari, Pengudaraan dan Ruang yang cukup untuk proses tumbesaran, pembungaan dan penghasilan buah. Bagi petani dan peminat menanam pokok durian walau pun menanam pokok durian di hadapan rumah sekalipun sebaiknya jangan lupa pokok durian perlukan ketiga-tiga elemen ini untuk pokok durian membesar. Jangan tanam pokok durian rapat-rapat dengan pokok buah lain kerana ia boleh membantutkan proses tumbesaran pokok. Ini kerana jika pokok durian ini baru di tanam dan terlindung dari cahaya matahari daripada pokok-pokok besar di sekelilingnya maka ia akan lambat tumbuh dan tidak sempurna tumbesarannya. Apa pun kemudian jika pokok tersebut membesar juga dan ia matang maka kemungkinan besar untuk pokok durian tersebut mampu berbunga dan berbuah amat tipis sekali kerana lazimnya ia akan terus berpotensi menjadi 'pokok durian vegetatif'. Penulis blog banyak kali melihat bagaimana pokok durian yang sudah lebih 5 tahun tetapi masih belum ada tanda ia berbuah kerana ia terlindung dari sinaran matahari yang mencukupi untuk mampu berbunga dan berbuah. Asasnya dimana jarak yang paling sesuai di antara pokok durian adalah 10m x 10m atau lebih jaug secara monokrop (kecuali boleh di tanaman tanaman kontan semasa pokok muda). Pastikan selepas menanam anakpokok ini disiram secukupnya dan seterusnya dipasang sistem pengairan (sistem pengaran titis) adalah pilihan terbaik estet atau kebun durian komersial di Malaysia.
Sejak kebelakangan ini banyak diperkatakan dimana faktor iklim menyebabkan pokok durian tidaj berbuah atau pun berbuah sedikit sahaja. Di Malaysia apa yang penulis blog tahu dimana iklim tropika yang panas dan lembab bersuhu 27-37 darjah celsius dan kadar purata hujan 1400-1800mm didakwa ia menjadi antara faktor utama durian boleh berbuah. Pada peringkat matang azimnya pokok durian perlukan kelembapan tanah yang rendah dan satu jangka masa musim panas sekitar 1-3 bulan untuk ianya mengeluarkan bunga dan buah. Pengudaraan yang baik juga amat penting untuk pendebungaan agar pokok boleh berbuah. Pendedahan cahaya matahari yang penuh diperlukan pokok durian sepanjang tahun. Selalunya bagi dapat menghasilkan buah durian dimana isu faktor iklim amat memainkan peranan yang penting setiap tahun. Paling senang menjawab isu ini adalah dengan berikan kemungkinan iaitu 'Pokok Durian tersebut Belum Tiba Masanya Berbuah'. Berdasarkan beberapa penelitian dimana selalunya pokok durian yang ditanam dari biji hanya mula berbuah pada usia 8 -10 tahun, manakala pokok durian yang ditanam secara tampang atau benih cantum boleh berbuah seawal usia 5-6 tahun. Musim buah di sekitar utara Semenanjung Malaysia adalah sekitar Jun hingga Ogos manakala selalu juga berlaku situasi iaitu pokok durian ini akan mempunyai dua musim iaitu Jun-Ogos (musim utama) dan November-Disember (luar musim) pada setiap tahun. Apa yang penulis blog pernah terlibat dalam menyediakan kalendar buah-buahan dulu sei Bahagian Hortikutur Jabatan Pertanian Putrajaya dimana bunga dan buah durian di Semenanjung Malaysia dimana ia akan bermula dari Daerah Pontian di Johor dan naik ke Melaka, Pahang dimana selalunya akan berakhir di Kelantan. Perlis dan Kedah. Lazimnya dimana setiap negeri ada musim buah durian yang tersendiri (micro climate cause) dimana sering berlaku keadaan ada negeri yang duriannya berbuah dua kali setahun dan ada juga kawasan atau negeri yang hanya sekali setahun. Jadi kita tidak boleh pukul sama rata. Sekiranya musim durian telah tiba, kita tidak perlu terlalu cemburu sekiranya pokok masih tidak berbuah lagi. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen yang sesuai di baca semuanya. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.