Penulis blog pernah mendengar adanya haiwan Kongkang semasa bertugas di Mersing iaitu Hutan Simpan Endau di Kg Orang Asli. Kongkang ini adalah haiwan yang tergolong dalam genus Nycticebus yang terdiri daripada lapan (8) spesies iaitu (Nycticebus coucang, Nycticebus bengalensis, N. pygmaeus, N. javanicus, N. menagensis, N. bancanus, N. borneanus dan N. kayan). Kongkang yang terdapat di Malaysia adalah jenis N. coucang yang mempunyai taburan meluas di Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Apa pun haiwan primat Kongkang merupakan spesies primat yang aktif pada waktu malam dan bergerak perlahan dari satu pokok ke pokok yang lain dengan cara memanjat. Sering dilihat juga dimana Kongkang terpaksa berjalan pada tanah untuk bergerak di antara pokok yang tidak rapat antara satu sama lain. Walaupun ia turut hidup secara berkumpulan tetapi lazimnya kongkang ini akan menghabiskan tempoh hidupnya dipecahnkan mengikut peratus iaitu hidup secara bersendirian (85-95%), aktiviti memakan (16-32%), aktiviti berehat (3-6%) dan menghasilkan bunyian (0-8%). Kongkang merupakan haiwan omnivor yang dilaporkan akan memakan sap, nektar, daun dan arthropods. Dilaporkan dimana setiap ekor dalam kumpulan yang sama akan berkongsi pokok mengenai makanannya akan tetapi tidak akan berkongsi pokok makanannya dengan kongkang daripada kumpulan lain. Setiap satu kumpulan mempunyai seekor jantan, seekor betina dan beberapa ekor anak sebagai satu keluarga. Jika berlaku pertindihan kawasan dalam kalangan mereka mka lazimnya kongkang jantan mempunyai kawasan yang lebih luas daripada kawasan betina. Kawasan Kongkang betina sering bertindih dengan kawasan kongkang jantan akan tetapi pertindihan ini tidak berlaku antara jenis Kongkang jantan. Dilaporkan dimana kongkang jarang memasuki kawasan individu kongkang lain mahupun ianya membenarkan kongkang lain memasukinya kawasannya. Selalunya kongkang mengamalkan hidup secara konspesies dengan kumpulan lain bagi membantu dalam melindungi kawasan, mengawal makanan yang terhad dan melindungi anak kecil daripada kumpulan lain yang ingin menceroboh. Dengan itu, Kongkang sering dijumpai dalam keadaan cedera pada bahagian muka dan tangan kerana pergaduhan sesama sendiri. Kumpulan kongkang mengamalkan cara hidup bersosial dan saling membersihkan diri. Kajian tempatan mendapati dimana primat kongkang bersendirian yang mungkin telah disisihkan dari kumpulanya akan mempunyai ektoparasit yang banyak seperti tungau (Metastigmata), kutu (Mallophaga) dan hama (Mesotigmata) pada bulu badan dan dalam telinganya.
Memang tidak banyak kajian dilakukan terhadap kongkang kerana haiwan primat ini sukar didapatkan. Aktiviti kongkang pada waktu pagi selalunya ia akan tidur pada dahan pokok pada ketinggian antara 1 - 35 meter. Ia biasanya tidur pada dahan, pelepah sawit, celah dahan dan pokok renek. Kaian mendapati dimana dianggarkan terdapat lebih daripada tujuh tempat tidur bagi primat kongkang dalam kawasannya. Kongkang akan bertukar tempat tidur setiap hari bagi tujuan mengelirukan pemangsanya. Ia akan tidur secara bersendirian, berpasangan dan juga bertiga pada satu-satu masa. Selalunya anak kongkang yang berusia antara 16 - 27 bulan akan berpindah dari tempat kelahirannya dengan anggaran jarak tempat baru sekitar 500-3,000 meter dari induknya. Disebabkan oleh kerana kongkang mempunyai pergerakan yang sangat lambat selalunya terdapat beberapa cara untuk memastikan keselamatannya. Kongkang selalu mempunyai bulu yang seakan sama dengan warna dahan pokok untuk memudahkan penyamaran (Sila lihat foto disebelah). Jika ada ancaman pemangsa dikesan datang menghampirinya maka selalunya kongkang akan berhenti bergerak dan statik sehingga ancaman pergi jauh darinya. Selain itu kajian melaporkan dimana kongkang mempunyai gigitan toksik untuk menghalang pemangsa daripada cuba memakannya. Toksik ini terhasil dengan cara menjilat akan rembesan yang terhasil daripada kelenjar pada tangan dan campuran air liur ini mampu mengaktifkan toksik tersebut. Dilaporkan dimana toksik ini secara tidak langsung disapu pada seluruh bahagian bulu badan semasa ia membersihkan dirinya. Belum ada laporan ada yang memelihara haiwan kongkang sebagai haiwan peliharaan kerana ia adalah jenis primat yang dilindungi dibawah akta.
Penulis blog hnya dua kali dapat melihat Kera Hantu lama dahulu semasa bertugas di Sarawak. Namanya sahaja 'hantu' dimana ia memang dilihat memang agak menakutkan didalam kegelapan malam. Apa pun Kera Hantu ini tergolong dalam genus Tarsius dengan lima spesies (Tarsius bancanus, T. syrichta, T. tarsier, T. pumilis dan T. dianae). Penyelidikan yang dilakukan oleh para saintis telah berjaya untuk mengasingkan spesies Kera Hantu yang mana ia ada terdapat di Borneo iaitu T. bancanus kepada genus Cephalopachus. Hasil temuan ini dilaporkan dimana Kera Hantu yang terdapat di Borneo dan Sumatera ini merupakan satu-satunya spesies daripada genus Cephalopachus. Setiap spesies hidup pada geografi yang berbeza di hutan tropika di rantau Asia Tenggara ini dan kebanyakannya adalah endemik kepada geografi masing-masing. Spesies Kera Hantu hanya terdapat di Borneo iaitu di Sabah dan Sarawak, Malaysia. Maklumat terkini mengenai kehidupan haiwan ini adalah amat kurang tetapi ia penting. Kera Hantu mempunyai berat kira-kira 110-150 gram. Ia akan bergerak dari satu pokok ke pokok yang lain dengan lompatan menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya secara serentak tetapi mendarat pada batang pokok dengan kaki dahulu. Oleh yang demikian, habitat semulajadi Kera Hantu adalah di hutan primer dan sekunder yang mempunyai batang pokok kurang daripada lima sentimeter. Kera Hantu merupakan mamalia karnivor dan insektivor. Ia memakan pelbagai jenis serangga (i.e. semut, ulat, riang-riang), kelawar, burung, ketam, udang, ikan, mengkarung, katak dan juga ular. Ia gemar memburu dengan melompat dari satu pokok ke pokok lain antara ketinggian satu hingga tujuh meter dari paras tanah dan menyambar pemangsa secara mengejut lalu menggigitnya. Walaupun Kera Hantu aktif memburu pada waktu malam, ia tidak mempunyai selaput mata tapetum lucidum seperti yang terdapat pada Kongkang. Pada waktu siang dilaporkan Kera Hantu ini lebih cenderung untuk tidur sahaja secara menegak dengan memeluk pada batang pokok secara bersendirian. Ia akan kembali semula ke tempat tidurnya yang sama setiap hari kecuali sekiranya diganggu. Kera Hantu mengamalkan monogami di mana ia hanya mempunyai satu pasangan saja dalam tempoh hidupnya. Tempoh kandungan Kera Hantu adalah antara 150-180 hari dimana ibu Kera Hantu akan membawa anaknya dengan menggunakan mulutnya. Semasa memburu selalunya ia akan meninggalkan anaknya pada dahan pokok. Kera Hantu menanda kawasannya dengan cara kencing atau mencakar pada permukaan pokok dengan kukunya yang tajam. Memang perlu sabar untuk dapat peluang melihat haiwan primat ini.

Dalam pada itu semua suka akan mamalia kecil seperti Kongkang dan Kera Hantu yang dianggap 'comel' oleh kebanyakan orang (Sila lihat foto disebelah). Populasi haiwan ini telah menjadi semakin terancam kerana ramai pemburu haram cuba untuk menangkap haiwan ini untuk dipasarkan sebagai haiwan peliharaan eksotik pada harga yang lumayan. Selain itu, dua hutan yang terpisah dengan jalan raya menyebabkan spesies ini terancam. Hal ini kerana ia perlu merentasi seberang jalan untuk ke hutan sebelah dan kadangkala akan terlanggar oleh kenderaan. Tambahan, ia juga mungkin sesat dan termasuk ke kawasan kediaman manusia dan akhirnya ditangkap sama ada untuk dipelihara atau dijual secara tidak sah di sisi undang-undang. Haiwan-haiwan ini dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 (Sabah), Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Sarawak) dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Semenanjung). Individu yang terlibat dalam pemerdagangan hidupan liar boleh dikenakan tindakan undang-undang dan penalti sekiranya disabit kesalahan. Memang agak tidak banyak maklumat yang dapat dirujuk untuk menjelaskan akan haiwan primat malam yang terdapat di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!,...
20 DIKENALPASTI... ADA DI MALAYSIA...
SIANG TIDUR SAJA... MALAM BERJAGA...
MEMBACA ARTIKEL... MENARIK ISINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Safar 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.