Support My Blog

Thursday, July 18, 2024

RACUN PARAQUAT - STATUS TERKINI

RACUN PARAQUAT DICHLORIDE
merupakan sejenis racun  rumpai yang mengandungi bahan ini dimana di Malaysia ia telah diharamkan penggunaannya semenjak 1 Januari 2020 lagi. Perkara ini adalah kerana ia bukan sahaja berbahaya kepada alam sekitar sahaja malah kepada pengguna dan sebagainya.  
Racun paraquat merupakan sejenis racun berbisa yang meluas penggunaannya sebelum proses pengharaman dimulakan semanjak 1996 lagi. Racun ini sangat berkesan dalam mengawal semua jenis rumpai dengan cepat dan sangat berkesan. Ramai petani amat menyukai penggunaan racun ini kerana ia sangat berkesan mengawal rumpai dan harganya amat berpatutan. Beberapa syarikat pengeluar racun paraquat telah mengaut untung semenjak sekian lama sebelum racun paraquat diharamkan untuk digunakan dikawasan kebun di Malaysia. Laporan mendapati banyak negara diseluruh dunia yang telah lama melaksana pengharaman penggunaan racun paraquat ini terutama dinegara-negara maju kerana banyak faktor. Di Malaysia usaha pengharaman racun paraquat dimulakan semenjak Mac 1996 untuk dikuatkuasakan mulai April 1996. Bagaimana pun oleh kerana banyak pertelingkahan pendapat dan juga permohonan daripada banyak pihak maka tarikh perlaksanaan sebenar pengharaman hanya berlaku pada 1 Januari 2020. Persoalan yang sering menyebabkan perkara ini berlanjutan dikatakan kerana ramai pengguna ingin tahu apakah jenis 'racun alternatif' yang setanding dengan racun paraquat. Sebenarnya terdapat beberapa racun alternatif yang boleh digunakan dan diluluskan oleh LRMP (Lembaga Racun Makhluk Perosak). Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas akan status terkini terutama dalam media mengenai racun paraquat yang sudah lama diharamkan sekadar menjadi bahan rujukkan pembaca blog semua.


Racun jenis Paraquat merupakan sejenis racun rumpai paling popular diseluruh dunia. Racun ini mengandungi bahan aktif dikenali sebagai bahan 'Paraquat dichloride 25% w/w' iaitu ada berbagai kelas kepekatan dipasaran. Diantara beberapa jenama racun jenis ini seperti Paraquat, CP Paraquat, Gramoxone PP199, Chemquat, Terquat, Clean-Up. Penggunaan racun paraquat adalah racun jenis sentuh untuk membunuh rumpai daun lebar dan juga rumput. Perlu disembur secara lenjun kepada rumpai untuk mendapat kesan yang lebih baik. Untuk mendapat kawalan yang berkesan ia perlu disembur dengan kerap pada jangkamasa yang pendek. Racun ini juga sesuai dicampur dengan Diuron. Diuron bertindak sebagai agen pracambah. Campuran ini ada di pasaran dengan jenama Paracol. Keberkesanan racun paraquat ini juga adalah lebih baik jika dicampur dengan 3g Ally pada setiap 18 liter air. Ia tidak berkesan jika disembur pada permukaan tanah kerana ia akan diikat oleh liat pada tanah. Sisanya juga tersimpan lama dalam tanah. Racun ini adalah terkawal penjualannya di Malaysia kerana ia mempunyai kesan bahaya kepada manusia (Racun Kelas 1. Racun Paraquat boleh meresap melalui kulit dan mesti dielakkan dari menyedut kabus semasa menyembur dan elakkan dari terkena mata dan kulit. Jika termakan ia boleh merosakkan bahagian usus, paru-paru, hati dan ginjal. LD50 secara oral ialah 150g/kg dan melalui kulit LD50nya ialah 240g/kg.


Menarik bagaimana media tempatan melaporkan 'Haramkan terus racun paraquat' sepert di hmetro.com beberapa tahun dahulu. Dilaporkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Mac 2019 melalui Unit Serbuan Bahagian Kawalan Racun dan Baja akan melakukan penguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara bagi mengelak racun paraquat haram diseludup masuk. Jabatan Pertanian Malaysia akan menguatkuasakan pengharaman penggunaan racun paraquat dalam pertanian bermula awal Januari tahun 2020. Apa pun penggunaan racun tidak berdaftar itu bukan saja ianya akan menyebabkan keselamatan makanan negara terancam malah ia turut membahayakan kesihatan masyarakat dan juga  merosakkan alam sekitar. Penggunaan racun itu hanya terhad kepada empat jenis tanaman sahaja iaitu kelapa sawit berusia bawah dua tahun, getah, padi bukit dan kegunaan membunuh tunggul tanaman nanas yang dipantau mengikut Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Racun Makhluk Perosak Amat Berbisa) 1996. Racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan itu dijual pada harga lebih murah berbanding racun berdaftar sekali gus menyebabkan golongan petani memilih jalan mudah untuk penjimatan. Racun paraquat dipercayai mengandungi perawis aktif yang menyebabkan sifat membunuh kepada rumpai apabila terkena pada bahagian tumbuhan dan bertindak cepat serta tahan siraman hujan walaupun dalam masa singkat selepas kerja semburan dilaksanakan. Bagi mengatasi masalah lambakan racun makhluk perosak tidak berdaftar ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Unit Serbuan Bahagian Kawalan Racun dan Baja akan melakukan penguatkuasaan lebih kerap terutamanya membabitkan kawasan panas dan di pintu masuk sempadan negara. Pengguna dan petani dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan sindiket yang menjual racun makhluk perosak tidak berdaftar itu dan apabila dikuatkuasakan, pengguna ingkar boleh dikenakan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama dan RM50,000 bagi kesalahan kedua mengikut Akta Racun 1952. Sebelum ini ada cadangan pengharaman paraquat diusulkan Kementerian Kesihatan pada 1985 dan pada masa sama, Jabatan Pertanian Malaysia melalui Lembaga Racun Makhluk Perosak mengambil pendekatan berhemah semenjak 2006 dalam menuju pengharaman racun berkenaan. Racun berkenaan tiada antidot dan tidak mudah terurai dalam tanah serta mendatangkan kesan buruk jangka panjang seperti dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan pernafasan, kanser kulit, parkinson, ketidaksuburan, keguguran dan kecacatan bayi.


Beberapa portal berita termasuk portal  malaysiagazette.com ada melaporkan bagaimana 'Lebih 17 tan racun paraquat dichloride dirampas' pada April 2021. Berita dari Kepala Batas, Pulau Pinang ini menyatakan tindakan pengimport racun makhluk perosak yang tidak berdaftar menggunakan nama pengimport baja untuk menyeludup masuk jenis racun paraquat dichloride dari China berjaya dibongkarkan. Kegiatan mereka terbongkar selepas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang memeriksa sebuah kontena yang dibawa masuk menerusi Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT). Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Mohd Nasir Warris dapati hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 80 tong berisi racun paraquat dichloride seberat 17,600 kilogram yang dianggarkan bernilai RM171,212. Konsignan itu diimport dari syarikat berpangkalan di Wilayah Anhui, China dan pengimport telah cuba mengaburi pihak penguat kuasa dengan mengisytiharkan ia sebagai baja Syarikat Aygio Enterprise. Rampasan itu merupakan kali pertama melibatkan pengimportan racun makhluk perosak tidak berdaftar sekali gus rampasan terbesar bagi tahun 2021. Apa pun racun yang dirampas itu juga merupakan racun makhluk perosak teknikal gred digunakan bagi pengilangan menghasilkan produk racun untuk dijual di pasaran. Bahan itu jika dikilangkan boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 3,000 tong racun paraquat dichloride sebanyak 13 peratus yang dianggarkan bernilai RM450,000. Mengulas mengenai racun paraquat dichloride di tegaskan racun yang mana ia mengandungi bahan ini telah diharamkan penggunaannya di negara ini sejak 1 Januari 2020 kerana ia bukan sahaja berbahaya kepada alam sekitar, malah kepada pengguna itu sendiri. Racun paraquat dipercayai mengandungi perawis aktif yang menyebabkan sifat membunuh kepada rumpai apabila terkena pada bahagian tumbuhan dan bertindak cepat serta tahan siraman hujan walaupun dalam masa singkat selepas kerja semburan dilaksanakan. Kini bagi mengatasi masalah lambakan racun makhluk perosak tidak berdaftar ini maka kerajaan melalui Unit Serbuan Bahagian Kawalan Racun dan Baja akan melakukan penguatkuasaan lebih kerap. Pengguna dan petani dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan sindiket yang menjual racun makhluk perosak tidak berdaftar itu dan apabila dikuatkuasakan, pengguna ingkar boleh dikenakan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama dan RM50,000 bagi kesalahan kedua mengikut Akta Racun 1952. Kes ini disiasat di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 mengikut Seksyen 13 (1) iaitu mengimport racun makhluk perosak tidak berdaftar. Untuk rekod, racun berkenaan tiada antidot dan tidak mudah terurai dalam tanah serta boleh mendatangkan kesan buruk jangka panjang seperti dermatitis, kegagalan buah pinggang, kegagalan pernafasan, kanser kulit, parkinson, ketidaksuburan, keguguran dan kecacatan bayi. Semuga artikel ini memberi info semasa berguna kepada pembaca blog anim agro kali ini. Wasallam!!!..
RACUN PARAQUAT... LAMA DI HARAMKAN....
SANGAT MERBAHAYA... TIADA ANTIDOT KAN...
GUNAKAN RACAN ALTERNATIF...DOPASARAN...
ADA TANGKAPAN... AKTIVITI PENYELUDUPAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
10 Safar 1445H).
Posted from,
Room 5014, 
Savanna Hill Hotel,
Sg Tiram, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...