(4) MEE BANDUNG
Kuliner atau makanan tradisi iaitu Mee Bandung yang berasal dan amat terkenal di Muar kini sudah terkenal di seluruh Malaysia kerana kehebatan citarasnya. Penulis blog dapati dimana perkataan ‘bandung’ tiada kena mengena dengan Bandar Bandung di Indonesia dimana penulis blog beberapa kali ke sana tetapi tiada kuliner ini disana. Apa pun selalu dilaporkan dimana perkataan bandung bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bahan masakan apabila ianya bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain akan menghasilkan aroma, rasa dan keenakan tersendiri. Penulis blog semasa muda dan hadir majlis rewang pernah bertugas membuat kuliner minuman iaitu 'Sirap Bandung' iaitu campuran minuman susu dan ia bergandingan dengan sirap berperisa ros atau soda sehingga sangat enak dan popular di Muar, Johor. Mee Bandung ialah masakan berasaskan mee kuning berkuah yang mengandungi bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah. Dahulunya Mee Bandung ialah masakan gandingan mee dan telur sahaja disamping ramuan campuran cili dan bawang tumisan atau pun bersama rempah ratus akan tetapi kini ditambah dengan bahan-bahan lain seperti udang, daging, kuah ikan dan juga sayuran. Kini terdapat pes mee bandung terpopular dan ternak di Muar iaitu 'Pes Mee Bandung Makpon'. Pada penulis blog memang sentiasa menyimpan stok pes Makpon untuk dapat di masak bila-bila masa sahaja. Menyediakan kuliner mee bandung dengan pes Makpon sangat mudah dan kuahnya akan dihirup sehingga ke dasar mangkuk tidak tertinggal. Penulis blog sebagai pegawai pertanian daerah dulu pernah menyalurkan bantuan peralatan mesin kepada pengusaha Makpon di peringkat awal mereka mulakan membuat pes ini melalui Pejabat Pertanian Daerah Muar. Makanan ini kini manjdai kegemaran ramai rakyat Malaysia.
(5) LAKSA JOHOR
Makanan popular iaitu Laksa Johor merupakan sejenis makanan berasaskan kepada Laksa yang sangat popular di Negeri Johor. Kini makanan yng menjadi ikon Negeri Johor ini telah pun jadi makanan kebangsaan kerana ia boleh didapati dibeberapa premis lain diseluruh negara. Laksa Johor juga merupakan sebahagian daripada makanan berasaskan nama Laksa selain daripada Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Melaka, Laksa Terengganu, Laksa Kari dan banyak lagi. Apa pun makanan laksa menggabungkan jenis mee, kuah dan juga beberapa ramuan lain yang dimakan sebagai hidangan istimewa. Makanan ini sering dihidangkan kepada ahli keluarga pada waktu tengahari, petang dan malam tetapi jarang dihidangkan pada waktu pagi. Paling ketara adalah jenis laksa ini dihidangkan semasa jamuan seperti rumah terbuka, majlis rasmi dan sebagainya. Laksa Johor memang dipercayai memang berasal dari Negeri Johor semenjak dulu semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar lagi. Ia dimakan oleh semua golongan masyarakat kerana rasanya yang lemak, masam, manis, pedas dan mengenyangkan. Kini Laksa Johor banyak dijual di restoren, pasar malam, gerai-gerai di pusat membeli belah, gerai biasa malahan ada dilaporkan penjaja yang menjual laksa ini. Adalah tidak menjadi kehairanan jika makanan Laksa Johor ini sentiada dhidangkan dibanyak hotel sebagai satu makanan yang istimewa. Penulis blog yang berasal daripada Johor memang meminati makan laksa ini kerana ia menjanjikan kandungan dan kepelbagaian yang ada pada laksa ini dengan banyak jenis sayuran sebagai ramuannya. Jika membeli dipasar malam atau pasar tani lazimya laksa ini disediakan dengan harga amat berpatutan. Bergantung kepada keunikan laksa ini biasanya dijual pada harga serendah RM5.00 satu set kepada RM10.00 satu set.(6) MEE REBUS JOHOR
Makanan popular seterusnya adalah Mee Rebus dimana resei yang paling terkenal di Johor adalah MEE REBUS HAJI WAHID merupakan sejenis hidangan mee rebus yang amat popular berasal daripada Johor Bahru, Johor. Penulis mula 'rasa' menu mee rebus Hj Wahid ini sekitar hujung tahun 1980'an di gerai yang menjual mee ini disebelah KOMTAR Jalan Ah Fook, Johor Bahru. Ia adalah resepi asli mee rebus ini yang sungguh enak dan setanding dengan Mee Bandung Muar. Mee ini agak unik kerana rasanya yang lemak manis, pedas, ada tepung rangup dan juga dicampur masam macam rasa cuka. Kini kita boleh menikmati mee rebus Hj Wahid ini dibanyak lokasi lain terutama di sekitar Johor Bahru, Lembah Kelang dan juga Putrajaya dengan harga berpatutan. Walau pun pada pendapat penulis dari segi rasa memang agak tidak sama dengan yang dijual di Johor Bahru tetapi ia mampu bagi menghilangkan kempunan peminat mee rebus ini. Kalau pada awal-awal populariti mee ini dahulu (1980'an) harga mee ini cuma RM1.50 sepinggan sahaja tetapi kini di Putrajaya ia dijual dengan harga RM5.00 sepinggan (Biasa) dan RM5.50 sepinggan (Special). Kita bagaimana pun boleh membuatnya sendiri untuk dimakan ahli keluarga atau pun untuk menjamu para hadirin yang dijemput semasa kenduri atau membuat rumah terbuka. Hidangan ini simpel dan mudah disediakan dan memerlukan kos yang juga tidak banyak. Ia dimakan oleh semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua yang sudah kurang bilangan giginya. Ia juga sesuai dimakan pada waktu tengahari, petang dan malam hari walau pun agak jarang dihidangkan pada sarapan pagi. Apa pun artikel ini di bahagikan kepada tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

RASANYA ENAK... BERBALOI NIKMATINYA...
BOLEH DI CARI ... DI MANA-MANA SAHAJA...
DIBUAT SENDIRI...MEMBELI MUDAH SAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pantai Desaru, Kota Tinggi,
Johor,
Malaysia.
(23 Syawal 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.