Support My Blog

Wednesday, May 22, 2024

JENIS TAUHU DAN FAKTA MENARIK

MAKANAN TAUHU
merupakan satu jenis makanan popular di seluruh dunia termasuk di Malaysia dimana ia adalah sejenis produk yang dihasilkan daripada kacang soya dan sangat popular sebagai makanan yang berkhasiat di Malaysia dan Indonesia. Ada yang panggil ia sebagai 'Tahu' sahaja dimana makanan ini merupakan bahan asas penting untuk dijadikan makanan seperti Tahu Goreng, Tahu Bakar, Rojak Tahu, Sayur Tumis, Tahu Sumbat dan banyak lagi resepi yang ia selalu menggunakan tauhu sebagai bahan asasnya. Tauhu apa pun dipercayai merupakan sejenis makanan yang berasal daripada negara China seperti juga Kicap (Soy souce) dimana kini ia merupakan satu bahan makanan sangat digemari oleh pelbagai bangsa di Malaysia. Daripada wikipedia menyatakan yang tahu berasal dari bahasa Hokkien (Tauhu) yang mana ia bermakna 'Kacang Soya yang ditapaikan'. Tahu merupakan makanan yang telah sangat lama dicipta dan dimakan iaitu semenjak 2,200 tahun dahulu semasa pemerintahan Dinastai Han di China. Di negara Jepun pula makanan ini lebih dikenali sebagai 'Tofu' sahaja. Kini 'tahu' telah terkenal diseluruh dunia terutama di kawasan Asia dan juga dimana ada komuniti bangsa China tinggal. Saya pun memang amat suka makan tahu goreng segar yang dicecah dengan sambal kicap. Selain daripada keenakannya, tahu merupakan sejenis makanan yang dapat memberikan khasiat kesihatan yang baik kepada manusia kerana kandungan protin yang tinggi. Artikel pada pagi ini dari Hotel Parkroyal A'Fromosa Resort, Alor Gajah sambil merenung keindahan padang golf saya menulis dalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai jenis-jenis tauhu dan fakta menarik untuk dijadikan bahan rujukkan.


Di Malaysia dilaporkan memang ada banyak jenis tauhu yang boleh didapatkan dan pilihan mana yang di sukai mudah di beli. Ini kerana t
auhu sudah menjadi makanan kegemaran dikalangan ramai orang. Ia diperbuat daripada susu soya yang digumpalkan menjadi blok yang lembut dan serba boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Terdapat pelbagai jenis tauhu yang berbeza dimana penulis blog dapati yang setiap satu mempunyai tekstur dan rasa yang unik, tahap kelembutan berbeza, warna dan juga kegunaan yang tidak sama. Kelainan jenis tauhu ini menjadikannya pilihan yang serba boleh untuk di jadikan pelbagai jenis hidangan mengikut citarasa dan aturcara jamuan. Ada banyak jenis dan cara meneroka jenis-jenis tauhu yang biasa yang ada diluar sana dimana ia dijelaskan bagi memberikan idea untuk bagaimana cara menggunakannya dalam masakan harian. Pertama adalah yang paling mudah di jumpai iaitu Jenis TAUHU PUTIH dimana jenis ini mempunyai tekstur padat dengan pori-pori agak besar. Tauhu putih juga mempunyai pelbagai bentuk dan ukuran bergantung kepada kehendak pembuat dan pasaran (Sila lihat foto disebelah). Tauhu putih amat sesuai dijadikan lauk, hidangan berkuah (sup, sayur kuah), aneka tumis, adunan isian dan sesuai untuk goreng dan kemudian di makan dengan cicah sambal kicap. Kualiti tauhu putih hanya biasanya boleh bertahan selama 2 hari dalam keadaan segar. Kedua adalah Jenis TAUHU KUNING dimana selalunya tahu jenis ini adalah berwarna kuning dengan teksturnya sangat padat, kenyal, berpori halus, lembut dan bentuknya selalu ia seperti kotak segi empat. Apa pun tauhu kuning ini adalah ia sesuai untuk di masak sebagai tumisan, isi sup atau di goreng. Kalau di goreng dimana pada bahagian luar menjadi kering namun tetap lembut pada bahagian dalamnya. Ketiga adalah apa yang di kategorikan sebagai Jenis TAUHU SUTERA (Tofu) dimana jenis tauhu sutera selalu mempunyai tekstur yang sangat halus. Pada umumnya tofu jenis ini adalah ia berwarna putih. Dalam pada itu jenis Tofu ada yang berbentuk selinder dan segi empat. Cara membuatnya adalah dengan mana tofu akan ditambah dengan telur dikenal dengan nama egg tofu dimana kemudian warnanya lebih kuning. Manakala dalam kategori ini ada jenis tofu dengan tambahan udang dipanggil shrimp tofu. Seterusnya yang ke 4 adalah Jenis TAUHU PONG dimana sesuai dengan namanya iaitu pada bahagian tengah tahu ini ada ruang kosong (pong). Tauhu pong mempunyai teksturnya padat dengan pori-pori besar dimana selalunya apabila digoreng maka pada bahagian dalamnya akan terdapat rongga dan kulitnya akan kecoklatan dan sedikit rangup. Jenis tauhu yang ke 5 adalah Jenis TAUHU AIR dimana selalunya ia mempunyai warna putih sama seperti tahu putih akan tetapi teksturnya lebih lembut dan lunak kerana ia dibuat daripada gumpalan susu yang kemudian dipadatkan. Selalunya jenis tauhu air adalah ia sesuai dijadikan pelbagai hidangan makanan. Jenis tauhu yang terakhir adalah TAUHU KULIT dimana dikalangan umum ia d panggil  sebagai kulit tauhu. Kulit tauhu selalu ia akan disediakan dan sedap digoreng atau sesuai di masak tumis air untuk dinikmati. Pengkelasan diatas merupakan kaedah pengkelasas asas beberapa jenis tauhu.


Bagaimana pun dari sumber lain dimana jenis tauhu ini boleh juga di kelaskan mengikut ciri dan aspek lain. Ada jenis tauhu di namakan sebagai TAUHU LEMBUT 
(Silken Tofu) dimana jenis ini merupakan jenis tauhu yang sangat lembut dan berair. Tahu jenis ini apa yang penulis blog tahu adalah ia sering ada digunakan dalam sup, hidangan berkuah dan pencicah kerana teksturnya yang halus (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ia boleh memotongnya dengan lembut dan mencampurkannya ke dalam hidangan seperti sup tomyam atau hidangan Jepun seperti miso sup. Amat sesuai kepada orang tua yang sudah tiada gigi atau bayi yang sudah boleh mula makan pejal. Di hotel berbintang selalunya makanan jenis tauhu lembut di hidangkan kepada tetamu. Kedua adalah jenis TAUHU LEMBIK (Soft Tofu) atau dalam bahasa lain selalu di gelar sebagai 'Tauhu sutera' kerana selalunya ia mempunyai tekstur yang lebih padat daripada tauhu lembut. Ini menjadikannya pilihan yang baik untuk digoreng atau dipanggang disebabkan ia tidak mudah hancur. Peminat makanan ini boleh menggunakan tauhu lembik untuk hidangan seperti tauhu goreng berlada hitam atau tauhu bakar. Makanan ini juga disukai oleh semua golongan masyarakat dimana makanan ini sangat berkhasiat. Penulis blog agak ramai yang biasa mendengar jenis TAUHU KERING (Firm Tofu) dimana jenis tauhu kering adalah jenis tauhu yang paling biasa dan sering digunakan dalam banyak resepi dan hidangan. Ia mempunyai tekstur yang lebih padat daripada tauhu lembik dan sesuai untuk digunakan dalam pelbagai resepi masakan seperti untuk tumisan, rebusan atau dimasak dalam kari. Tauhu kering mampu menyerap perasa dengan baik dimana penulis blog dapati ciri ini menjadikannya pilihan yang hebat untuk hidangan berkuah. Seterusnya ke 4 adalah jenis TAUHU LEMAK (Extra-Firm Tofu) dimana tauhu lemak adalah jenis tauhu yang sangat padat dan memerlukan sedikit tekanan untuk membuang lebihan air. Tauhu jenis ini adalah pilihan terbaik untuk dipotong sehingga ia menjadi kepingan dan sesuai untuk digoreng hingga rangup. Semua orang biasanya boleh menambahkan tauhu lemak ke dalam mi goreng atau hidangan kari yang lebih kering. Kategori ke 5 adalah jenis TAUHU BERPERISA (Flavored Tofu) dimana ia merupakan satu kejayaan inovasi terbaru dalam dunia tauhu. Ia datang dalam pelbagai perasa dan sos seperti rasa BBQ, herba atau pun rasa pedas. Tauhu ini sesuai untuk digunakan dalam pelbagai resepi atau hidangan tanpa perlu lagi untuk menambahkan lebih banyak perasa. Ia adalah jenis tauhu yang sesuai untuk orang yang ingin mempercepatkan proses memasak dengan rasa yang memuaskan. Akhir sekali dalam perbincangan ini adalah jenis TAUHU ORGANIK (Organic Tofu) dimana jenis tauhu organik adalah jenis tauhu yang ditanam dengan menggunakan bahan organik tanpa racun perosak atau bahan kimia. Ia adalah pilihan yang lebih sihat dan mesra alam untuk yang peduli tentang aspek kesihatan dan alam sekitar. Anda boleh menggunakan tauhu organik dalam hidangan apa pun yang memerlukan tauhu. Kefahaman pembaca blog mengenai beberapa jenis tauhu sperti bab diatas adalah baik. Apabila kenal jenis tahu dan dapat disesuaikan dengan resepi masakan akan mejadikan hidang di sukai ramai. Apa pun kreativiti seseorang dengan cara mengkombinasikan jenis-jenis tauhu ini dengan pelbagai bahan dan perasa untuk mencipta hidangan yang sesuai dengan selera ramai. Tauhu adalah sumber protein yang hebat yang akan menjadikannya pilihan yang sihat dan lazat untuk semua hidangan. Dinasihatkan agrar jangan ragu-ragu untuk mencuba jenis tauhu yang berbeza dan menerokai dunia rasa makanan tauhu yang menarik yang ditawarkannya.


Menarik di kongsikan info dari hmetro.com bertajuk '
Pelbagai faedah makan tauhu' dimana ada foto resepi dari tauhu yang semasa pana sjika dimakan akan bantu menurangkan risiko kanser payudara.  Tauhu adalah makanan popular yang dihasilkan daripada soya. Ia dibuat melalui proses penapaian susu soya segar, menekannya menjadi blok pepejal dan kemudian menyejukkannya. Bahan ruji dalam masakan Jepun dan Cina dimana ia boleh dimasak dengan cara yang berbeza untuk mengubah teksturnya daripada lembut hinggalah rangup. Apa pun sama seperti kebanyakan jenis makanan berasaskan soya dimana tauhu berasal dari China. Legenda mengatakan bahawa ia ditemui kira-kira 2,000 tahun lalu oleh seorang tukang masak Cina yang secara tidak sengaja menapai susu soya apabila dia menambah rumpai laut nigari. Diperkenalkan ke Jepun pada abad kelapan dimana makanan tauhu pada asalnya dipanggil 'okabe' dan nama modennya dikatakan tidak digunakan sehingga sekitar tahun 1400. Menjelang 1960-an ada timbul minat dalam pemakanan sihat membawa tauhu kepada negara Barat. Sejak itu dimana ada banyak penyelidikan yang menunjukkan pelbagai faedah yang boleh diperoleh daripada soya dan tauhu. Tauhu adalah sumber protein yang baik dan dianalisa ia mengandungi semua lapan asid amino penting. Ia juga adalah salah satu sumber besi dan kalsium yang sangat baik dan mineral mangan, selenium dan fosforus. Di samping itu, tauhu adalah sumber magnesium, tembaga, zink dan vitamin B1 yang baik. Tauhu adalah makanan yang sangat baik daripada perspektif pemakanan dan kesihatan, malah ia turut dianggap memberikan perlindungan yang sama terhadap kanser dan penyakit jantung seperti kacang soya. Protein soya dipercayai membantu mengurangkan paras kolesterol tepu (LDL) yang tidak baik untuk badan. Tauhu mengandungi fitoestrogen yang dipanggil isoflavon iaitu sekumpulan bahan kimia yang ada terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan.Ia didakwa  mempunyai struktur yang serupa dengan estrogen hormon wanita dan oleh itu meniru tindakan estrogen yang dihasilkan oleh badan. Ia secara semula jadi mengikat ke reseptor estrogen dalam sel manusia termasuk sel payudara iaitu bahan yang berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara. Disebabkan akan kandungan fitoestrogen soya kin sudah ramai wanita memutuskan untuk memasukkan makanan berasaskan soya seperti tauhu dalam diet mereka apabila memasuki usia menopaus. Dalam pada itu dilaporkan semasa menopaus, pengeluaran semula jadi estrogen berhenti dan menimbulkan pelbagai gejala yang kurang menyenangkan wanita. Ketika fitoestrogen bertindak sebagai estrogen yang lemah, ia boleh membantu melegakan gejala dengan meningkatkan tahapnya sedikit dan mengurangkan rasa panas di sesetengah wanita. Cara memasak hidangan sup tauhu ala Korea yang kurang lemak dan berkhasiat untuk seisi keluarga boleh di buat sendiri dengan menyediakan bahan-bahan terdiri dari 3 keping tauhu yang dihiris, bawang putih, bawang merah, kobis cina, sedikit suhun, segenggam cili yang dipotong kasar, sedikit cili padi (mengikut tahap pedas disukai) dan bahan garam dan gula secukup rasa. Cara bagaimana menyediakannya juga mudah sama dengan memasak sup ala korea yang lain dan makanan ini enak dimakan terus atau bersama nasi putih. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN TAUHU... ENAK RASANYA...
PELBAGAI JENIS... MUDAH BELINYA...
PELBAGAI RESEPI... BERLAINAN RASA...
MEMBACA ARTIKEL... TURUT GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3043, Aras 3,
Parkroyal A' Formosa Resort,
Alor Gajah, 
Melaka,
Malaysia.
(12 Zalkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...