Support My Blog

Wednesday, May 15, 2024

KOSTING TANAM DURIAN MUSANG KING 2023

KOSTING TANAMAN DURIAN MUSANG KING (Durio zibethinus) dengan nombor daftar D197 kini boleh di jadikan garispanduan kepada ramai pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan durian paling viral di Malaysia. Tanaman Durian di Malaysia boleh pada tahun 2023 dilaporkan seluas 87,365 hektar dengan hasil sebanyak  4715672 metrik tan. Tanaman durian paling luas adalah di tanam di Johor (19,979 ha) diikuti dengan Pahang (15,894 ha) dan Kelantan 10,556 ha) dimana kebanyakannya adalah untuk jenis pasaran domestik dan sebahagian lagi pasaran eksport  (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja, hormon  dan sebagainya mulai meningkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada  Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman Durian Musang King (D197) semoga ia dapat dijadikan satu panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


DURIAN MUSANG KING atau Varieti Durian Raja Kunyit (Durio ziberthinus Linn.) atau juga dipanggil Durian 'Musang King' telah didaftarkan dengan daftar D197 dalam senarai pendaftaran varieti tanaman Jabatan Pertanian. Durian ini merupakan varieti yang sangat popular dengan banyak di tanam di kawasan Kelantan, Pahang (Daerah Raub), Johor dan juga Perak. Varieti ini telah didaftarkan oleh Encik Wee Chong Beng dari Tanah Merah , Kelantan pada 9 Disember 1993. Semasa didaftarkan nama varieti asal durian ini adalah 'Raja Kunyit' berdasarkan pencirian durian ini yang berbentuk bulat bujur, kulit berwarna hijau muda, isi berwarna sangat kuning, isi tebal, rasa lemak, sangat manis dan sedikit rasa pahit. Masyarakat biasa atau orang tempatan di Malaysia lebih kenal varieti ini dengan panggilan Klon D197. Durian ini mendapat permintaan yang tinggi untuk penanaman semenjak didaftarkan dan merupakan varieti durian yang popular. Pada masa ini kawasan di Bentong , Pahang merupakan kawasan pengeluaran utama durian ini dengan jenama 'Durian Musang King'. Harga durian ini merupakan antara varieti yang paling mahal dan stabil sepanjang tahun. Penulis dapati pada purata harga durian Musang King diantara RM 25.00 - RM40.00 sekilogram yang dijual digerai tepi jalan sekitar Raub dan Bentong. Berbanding dengan durian D24 dan D168 purata harga varieti durian tersebut adalah sekitar RM4.50 - RM10.00 sekilogram sahaja.


KOSTING TANAMAN DURIAN (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman  : DURIAN (Durio zibethinus)

2. Varieti Premium  : Musang King (D197)

3. Jarak Tanaman   : 9.0 m x 9.0 m 

4. Kepadatan pokok: 123 pokok/hektar

5. Jangkahayat pokok          : 25 Tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

  

ALIRAN WANG MASUK (25 tahun):

7. Potensi Kutipan Hasil           :  376,380 kg/ha 

8. Purata bil. buah sepokok      :  10 - 120 biji

9. Anggarah Berat sebiji            :  1.5 kg

10. Purata Harga (RM/kg)         :  RM30.00

11. Pendapatan Kasar                :   RM 11,291,400.00

12. Angaran Pendapatan Bersih :  RM  10,575,760.00 


ALIRAN WANG KELUAR ( 25 Tahun):

11. Kos Awal Pembangunan   : RM 33,170

12. Kos Bahan Input               : RM 244,373

13. Kos Tenaga Kerja             : RM 360,000

14. Kos Pelbagai                    : RM   40,312

15. Kos luarjangka (10%)       : RM   67,785

15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 745,640


ANALISA KEWANGAN DURIAN D197 (25 tahun):

16. iRR (Internal rate of Return)   : 58%

17. NPV (Net Present Value)        : RM 2,384,576

18. BC Ratio (Benefit Cost)          : 15.14

(Bermakna setiap RM1 berikan RM 15.14)

19. Titik Pulang Modal Musang King : RM 1.98 

20. Tempoh Pulang Modal                 : Tahun ke 6


Dalam akhbar hmetro.com dilaporkan bagaimana industri 'Musang King yang 'lahir' di Malaysia mahal ada banyak sebab' wajar dikongsikan. Kenyataan viral yang berkaitan dengan durian ini adalahh 'Ia lahir di Malaysia dan dibesarkan di Malaysia akan tetapi harga 'Yahudi' (harga mahal)'. Itu kritikan peminat atau penggemar durian jenis D197 atau lebih popular sebagai Musang King yang mempertikaikan harga buah tempatan itu yang terlalu mahal. Harga buah berkenaan dijual di pasaran antara RM40 hingga RM80 satu kilogram (kg) bergantung kepada gred. Bagi Md Mujahit Rahmat (53) iaitu seorang pengusaha Dusun Tok Bak di Jalan Kempas Lama, Johor Bahru mendakwa dimana harga Musang King mahal disebabkan penjagaannya yang rumit dan namanya yang sudah komersial. Dia tahu kritikan berkenaan (harga mahal) namun tidak ambil pusing perkara itu. Penjagaannya terlalu rumit dan tidak boleh terlebih atau kurang air. Ketika tanaman (pokok Musang King) masih kecil dimana ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Oleh kerana itu maka pekebun akan meletakkan jaring sebagai pelindung dan cuaca memainkan peranan penting. Ini kerana baja akan ditabur pada musim hujan dan kemudian memerlukan tujuh hingga 10 hari berterusan tanpa hujan. Namun dalam cuaca terkini yang tidak menentu dan sejak kebelakangan ini pula kerap hujan jadi penghasilan buah berkurangan seterusnya menyebabkannya dijual pada harga mahal. Perkara itu turut diakui rakannya iaitu Mohd Nor Hisham yang kini ada juga mengusahakan kebun buah-buahan di Pasir Mas, Kelantan. Jika hendak dibanding dengan jenis durian lain, Musang King lebih sukar ditanam kerana pekebun perlu memastikan baja digunakan bersesuaian dan pengairan cukup serta tidak berlebihan untuk kesuburan pokok. Ia belum termasuk kos perlu dibelanjakan untuk membeli racun dan memagar kawasan tanaman bagi mengelaknya diserang haiwan seperti monyet atau babi hutan. Sejak popular di Malaysia dimana selalunya permintaan Musang King memang tinggi kerana namanya juga sudah popular dalam kalangan penggemar durian. Disebabkan itu juga maka harganya sedikit mahal tetapi cara penjagaannya juga rumit kerana memerlukan perhatian berikutan sifat pokok berkenaan yang 'manja' dan memerlukan 'kasih sayang'. Selalunya pokoknya memerlukan air yang banyak pada musim kemarau dan baja organik sesuai untuk kesuburannya. Ini kerana jika tidak subur, pokok itu lambat berbuah dan berkemungkinan mati. Bakal penanam durian ini perlu tahu dimana kos penanaman pokok Musang King memerlukan belanja besar dan lebih sukar jika pekebun menanamnya dari kecil. Ini kerana sejak di peringkat anak beni yang baru di tanam dimana penjagaannya sudah remeh dan disebabkan itu patut harganya mahal kerana agak lama bagi mendapatkan hasil buah durian Musang King iaitu tahun ke 4 baru belajr berbuah. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk tanaman membesar menjadi pokok penanti sebelum 'dikahwinkan' dengan jenis durian dimahukan. Dalam pada itu proses penjagaan di nurseri agak mudah kerana pokok di dalam 'polibag' dan masih bersaiz kecil jadi hanya perlu diletakkan baja organik serta disiram setiap hari. Berbeza buat pekebun durian lain kerana cabaran dihadapi mereka bergantung kepada saiz kerana pokok setinggi 0.3 meter lebih sukar (dijaga) berbanding lebih besar dan tanaman itu perlu mengambil kira faktor tanah, air dan sukatan baja. 
Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!... 
MUSANG KING...RAMAI SUKA MAKAN...
MENANAM POKOK...RUMIT PENJAGAAN...
HARGANYA MAHAL...IA DIJANGKAKAN...
KIRA UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(6 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...