Support My Blog

Thursday, May 2, 2024

FAKTA PILIH AIR KELAPA TUA ATAU MUDA (Pt 1)

TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) merupakan tanaman pelbagai guna yang meluas di tanam di beberapa negara tropika termasuk di Malaysia. Dilaporkan ada lebih dari 82,000 hektar taaman kelapa di Malaysia mana dahulu tanaman ini telah menjadi salah satu program utama penanaman kelapa oleh kerajaan melalui Jabatan Pertanian Malaysia. Penulis blog masih ingat bagaimana Program Rancangan Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) yang mana menumpukan penanaman kelapa di kawasan penanaman kelapa sedia ada seperti di Johor, Selangor, Perak dan bebeberapa negeri lain dengan varieti Malayan Tall (CN1). Kini jenis kelapa yang di popularkan adalah termasuk Kelapa Hibrid MATAG (CN13, CN14, CN15), Kelapa Pandan (CN6) dan juga beberapa varieti kelapa renek (MRD, MYD dan beberapa lagi). Kelapa di Malaysia ditanam bagi menghasilkan kelapa tua dan juga kelapa muda. Kelapa tua biasanya di tuai apabila umur biji kelapa melebihi 12 bulan (sama ada ia akan gugur sendiri atau di tuai dengan alat khas atau khidmat monyet). Hasila dari Kelapa Muda pula di tuai iaitu buah kelapa sudah berumur 7 bulan dan di turunkan dengan teliti agar tidak pecah. Dari aspek penerimaan pengguna di Malaysia umumnya mereka suka meminum air kelapa muda semasa berbuka puasa atau pun bila kehausan waktu tengahari sudah terbayang akan keenakannya dan juga kesegarannya. Pada penulis blog dimana ramai rakyat atau Malaysia pengguna lebih terdedah untuk membeli air kelapa muda berbanding dengan air kelapa tua. Ini kerana air kelapa tua hanya boleh dikomersialkan oleh pihak pengilang yang ada memproses buah kelapa menjadi santan dan pelbagai produk laian. Pernah membuat tinjauan teknologi kebeberapa buah kilang kelapa yang bersaiz besar dimana mereka menghasilkan minuman air kelapa tua yang sungguh eanak di minum. Sila baca artikel saya berkaitan salah satu produk air kelapa tua yang dipasarkan terutama ke USA dan Eropah (Sila klik disini) dan (Sila Klik Disini). Walau pun pada mulanya semasa saya ujirasa memang kurang suka tetapi lama kelamaan sudah menjadi suka. Apa pun memang a
ir kelapa muda dan air kelapa tua ternyata mempunyai karakteristik dan kandungan gizi yang berbeza. Kelapa muda mempunyai kandungan air lebih banyak dibanding kelapa yang tua. Kanian menunjukkan dimana didalam segelas air kelapa muda terdapat 3 gram serat, 46 kalori, serta kandungan elektrolit tinggi terutama kalium. Dilaporkan juga air kelapa muda juga mengandung zat besi dan vitamin C dimana ada sebanyak 94% dari air kelapa merupakan air dan kandungan lemaknya sangat sedikit. Bagi ciri tersebut ia membuatkan air kelapa sangat baik untuk mengembalikan cairan tubuh selepas beraktiviti sukan. Air kelapa muda baik dalam melancarkan sistem pencernaan dimana hasil kajian menyatakan bahwa air kelapa muda mengandungi bahan antioksidan dan mampu menangani unsur radikal bebas. Bagi minuman air Kelapa Tua masih  tetap mengandung gula, vitamin, mineral, asid amino dan juga fito-hormon. Perbezaan air kelapa muda dengan air kelapa tua terletak pada kandungan gula dan proteinnya. Kandunagan bahan elektrolit di dalam kelapa yang tua adalah cukup tinggi. Artikel pada petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta memilih air kelapa tua atau muda untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Secara umumnya dilaporkan apabila sesiapa minum 
air kelapa muda atau air kelapa tua memiliki manfaatnya masing-masing. Dilapor kandungan mikronutrien dalam air kelapa muda lebih banyak berbanding dengan air kelapa tua akan tetapi isi daging kelapa tua mengandung zat gizi yang tidak kalah dari air kelapa muda. Oleh karena itu secara mudahnya dimana jika ingin memilih sama ada air kelapa muda atau air kelapa tua akan bergantung asas iaitu apakan tujuan meminumnya. Kalau seseorang itu dalam tahap keadaan haus dan perlu cairan tubuh maka minum air kelapa muda sesuai dijadikan pilihan. Ini kerana dilaorkan a[abila meminum air kelapa muda sangat sesuai semasa waktu berbuka puasa setelah kandungan tenaga da;a, badan berkurangan dimana ia akan mengembalikan cairan tubuh semasa berbuka puasa. Sementara itu bagi kelapa tua selain dari airnya diminum p[engambilan isi daging kelapa tua sangat baik untuk diadikan banan asas penting (santan dan kerisek) terutama semasa menyediakan  juadah seperti rendang di Hari Raya. Meminum produk air kelapa tua yang telah di botolkan seperti produk 'Vita Coco' sebagai minuman kesihatan. Bagi pesakit Darah Tinggi dilaporkan berbuka dengan air kelapa tua lebih sesuai berbanding dengan minum air kelapa muda. Ini kerana kandungan potassium dan magnesium lebih tinggi dalam air kelapa tua. Hasil dari kajian menunjukkan diet tinggi ‘potassium’, ‘Magnesium’ dan Fiber dan rendah garam lebih sesuai untuk pesakit darah tinggi.
Menurut kajian yang dilakukan oleuh UPM yang diterbitkan dalam International Journal of Food Properties pada tahun 2018 mendapati kelapa tua lebih tinggi kandungan ‘potassium’ (237 - 361mg /100 mL) berbanding kelapa muda. Dilaporkan dimana memandangkan kandungan potassium juga tinggi dalam air kelapa muda (260 mg/L berbanding air kelapa tua 361mg/L), pesakit Buah Pinggang perlu hadkan pengambilan air kelapa muda atau tua. Kepada pesakot Jantung pula lebih sesuai minum air kelapa muda. Hasil kajian menunjukkan asid amino ‘arginin’ hadir dalam kelapa muda pada kuantiti 300 mg/L dimana bahan ini membantu mengatasi masalah jantung. Kemudian bagi masalah Demam pula minum air kelapa muda lebih sesuai berbanding air kelapa tua. Selain tinggi kandungan vitamin C dimana hasil kajian yang sudah diterbitkan dalam Journal of Intercultural Ethnopharmacology pada 2016 mendapati air kelapa muda boleh mengurangkan demam lebih kuat berbanding air kelapa tua. Justeru itu amalan minum air kelapa muda lebih sesuai untuk atasi masalah demam. Seterusnya bagi pesakit Batu Karang dilaporkan hasil dari kajian menunjukkan meminum air kelapa muda dapat meningkatkan bahan ‘citrate’ dalam air kencing. ‘Citrate’ adalah bahan yang boleh menghalang pembentukan batu karang. Bagaimana pun perlu mendapatkan nasihat pakat perubatan jika ada sebarang komplokasi disebabkan minum air kelapa.


Merujuk kepada laporan liputan6.com bertajuk '
Air Kelapa Muda VS Air Kelapa Tua, Mana yang Lebih Sehat?' agak berkait dengan tajuk kali ini. Dilaporkan dimana air kelapa muda tidak hanya dikenal dengan kesegarannya akan tetapi juga manfaatnya bagi kesihatan. Namun, tahukah pembaca blog bahwa air kelapa tua juga dapat memberikan manfaat yang tidak sedikit jika diminum. Perbezaan kelapa muda dan kelapa tua terdapat pada kandungan air dan ketebalan daging buah di dalamnya. Air kelapa muda pada umumnya lebih banyak diminum berbanding dari air kelapa tua kerana khasiatnya yang dapat mengatasi berbagai gangguan pencernaan termasuk cirit birit. Selalunya pengguna lebih senang untuk membeli air kelapa muda dan lazimnya air kelapa tua kerap dibuang begitu sahaja di rumah kerana pengguna hanya ambil santan kelapa atau kelapa parut sahaja. Dilaporkan air kelapa muda kaya dengan bahan elektrolit seperti kalium, natrium, dan magnesium dimana unsur ini mampu mengatasi dan mencegah masaalah dehidrasi ringan. Air kelapa muda juga mengandung karbohidrat, serat, protein, vitamin C dan bahan antioksidan. Seterusnya bahan kandungan antioksidan dan pelbagai nutrisi tersebut maka air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan tubuh. Antara beberapa dakwaan manaafaat air kelapa muda adalah ia mangawal dan menurunkan masaalah tekanan darah tinggu, menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), mengurangkan risiko terjadinya masaalah penyakit kardiovaskular, meredakan gejala ciriti birit, mencegah terbentuknya batu buah pinggang, menurunkan dan mengawal kandungan gula dalam darah, memperkuatkan lagi imuniti tubuh dan membantu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas. Minum air kelapa muda diamalkan meminum terus dari buah kelapa muda yang baru dipeyik tanpa apa-apa bahan tambahan (pure coconut water). Jika beli di pasar malam atau di mall beli-belah mereka sudah campur dengan gula, air batu dan perasa pandan. Kalau ada lebihan bahan air kelapa ini sebenarnya ia boleh di simpan di peti sejuk dan pastikan diminum dalam masa 48 jam. Air kelapa akan menjadi kurang enak jika disimpan lam kerana berlaku proses lain didalam simpanan. Bagaimana pun produk air kelapa komersial yang di jual didalam kotak tetraprk dan sudah dibuat rawatan lazimnya tahan lama berbulan-bulan sebelaum tamat tempoh sahlaku (expiry date). Minum air kelapa muda yang masih segar adalah jauh lebih baik untuk tujuan kesihatan daripada minum air kelapa muda yang sudah di komersialkan dalam kotak minuman.


Memang agak jarang dapat membaca artikel mengenai m
anfaat Air Kelapa Tua untuk kebaikan dan kesihatan. Ini kerana di rumah kelapa tua selalunya di gunakan hanya sebiji dua dalam seminggu akan tetapi bagi kilang memproses santan mereka akan memecahkan ribian biji kelapa tua untuk diambil isi dagingnya dan diperah menjadi santan kelapa dan produk-produk lain. Hanya beberapa orang sahaja yang akan mabil air kelapa tua di rumah dan meminumnya tanpa apa-apa bahan tambahan. Apa pun secara dasarnya dilaporkan dimana kandungan nutrisi air kelapa tua dan air kelapa muda tidak jauh berbeza. Kajian mendapati dimana dalam air kelapa tua ia juga memang ada mengandungi asid amino dan berbagai jenis mineral lain seperti Sodium, Selenium, Posforan, Kalium dan junga unsur Zink. Perkara inilah yang telah membuatkan sebenarnya dimana air kelapa tua memiliki banyak khasiat untuk kesihatan setanding dengan air kelapa muda malahan dalam aspek bahan mineral ia lebih hebat lagi. Bagaimana pun kalau membaca kajian saintis mengenai kandungan unsur P dan K didalam air kelapa tua di laporkan ia sangat tinggi. Ada beberapa kajian dan terstimoni yang menyatakan minum air kelapa tua akan meneningkatkan daya tahan tubuh seseorang dan mampu menjaga saluran pencernaan. Ia juga dilaporkan mampu menurunkan dan mengawl kadar gula dalam darah serta mempu mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas. Apa amalan terbaik bagi mendpatkan kehebatan khasiat air kelapa tua sebailnya meminumnya semasa baru sahaja di belah terus diminum atau disimpan dalam peti sejuk seketika untuk lebih enak lagi. Kalangan orang tertetu mereka akan memasukkan ketulan air batu dan menamban sedikit gula agar rasanya lebih hebat lagi. Kini dilaporkan air kelapa tua juga dijual dalam kemasan dan kerap dijadikan sebagai 'Minuman Isotonik' dengan menambahkan beberapa  dan campuran bahan minuman termasuk Vitamin E, Vitamin C dan produk Nata de coco agar lebih memberikan citrasa air kelapa lebih enak dan mengenyangkan. Beberqpa produk air kelapa tua yang komersial sebenarnya sudah ada banyak dipasaran untuk dinikmati. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog ani agro technology kali ini..... Wasallam!!!...
AIR KELAPA...KINI MENJADI MINUMAN...
KELAPA MUDA... SERING JADI JUALAN...
AIR KELAPA TUA... RAMAI KENA UJIKAN...
APA YANG PASTI...MINUMAN KESIHATAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...