Support My Blog

Thursday, May 9, 2024

KENALI HALIA - APA HEBATNYA?

HALIA (GINGER) atau di panggil Jahe (Indonesia) dengan nama saintifiknya Zingiber officinale roscoe adalah tumbuhan yang tergolong dalam famili Zingiberaceae yang mempunyai nilai perubatan dan merupakan sejenis herba berizom yang digunakan secara meluas dalam masakan penduduk Asia termsuk di Malaysia dimana memang sesuai digunakan sebagai rempah-ratus dan ramuan perubatan tradisional serta moden. Halia telah digunakan sebagai ramuan dalam ubat tradisional dan masakan dalam kalangan orang Melayu, India dan Cina. Tanaman ini berasal daripada Amerika Selatan dan juga merupakan tanaman asal di kebanyakan kawasan sekitar di tropika Asia dan kemudian diperkenalkan di seluruh dunia dimana ada beberapa negara sebagai tanaman komersial dan ada negara sebagai pengimport. Di Malaysia apa yang penulis blog tahu dimana selalunya halia ditanam secara komersial di kawasan Bentong, Pahang, Keningau dan Tambunan, Sabah dan di Bau, Sarawak. Jenis Halia Bentong merupakan varieti premium dimana ia kebanyakannya halia ini ditanam secara konvensional di lereng-lereng bukit seperti di Janda Baik dan Bukit Tinggi, Bentong, Pahang terutama kalangan komuniti Cina untuk pasaran domestik dan eksport. Permintaan halia Malaysia bagi pasaran domestik dan antarabangsa adalah sangat tinggi terutamanya bagi varieti Halia Bentong yang mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan permintaan pasaran yang baik berbanding varieti halia lain. Singapura merupakan pasaran eksport terbesar halia Bentong sejak dahulu kerana ia digunakan sebagai bahan makanan dan perubatan. Bagi meningkatkan lagi kadar peratus kecukupan halia (% SSR) halia dan mengurangkan kebergantungan import serta dapat menjamin sekuriti makanan negara dalam jangka masa panjang apa yang penulis blog tahu ada teknologi penanaman halia menggunakan sistem fertigasi telah diperkenalkan dan diperluaskan pada masa kini. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai penanaman haia secara fertigasi sebelum ni dengan boleh dibaca dengan pautan (Sila Klik Disini), (Sila klik disini), (Sila Klik Disini) dan (Sila klik disini) serta ada beberapa artikel lagi. Artikel subuh 7 Ramadan ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan apakan dia kehebatan halia sehingga menjadi tanaman pilihan ramai petani sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Terkini dimana sistem fertigasi ini adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja (fertilizer) yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan baja dan disalurkan kepada zon akar melalui sistem pengairan (irrigation). Kaedah fertigasi ini biasa digunakan untuk pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran seperti cili dan buah-buahan seperti melon wangi. Kaedah ini merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah penyakit bawaan tanah dan juga mengatasi masalah kesuburan tanah yang rendah yang merupakan masalah utama pengeluaran halia komersial di dunia. Kaedah fertigasi ini terbukti berkesan dan lebih efisien untuk meningkatkan pengeluaran tanaman berbanding kaedah konvensional. Bagi penanaman sistem fertigasi dimana komponen utama sistem pengairan fertigasi halia ialah tangki air baja 900 atau 600 gelen, tong stok baja, pam air berkuasa 2 hp, pengatur masa digital, penapis, injap dan sistem paip yang membawa larutan nutrien ke setiap beg tanaman. Sistem paip terbahagi kepada paip utama (polipipe HDPE) 32 mm, paip sekunder (polipipe HDPE) 32 mm, paip pembahagi (polipipe LDPE) 16 mm atau 20 mm dan tiub mikro 1.0 mm berserta penitis panah. Pengusaha halia ini juga perlu mendapatkan alat pengukur konduktiviti elektrik (EC) untuk menentukan kepekatan baja dan pH meter untuk mengukur nilai pH air. Sebaiknya bagi penanaman halia secara fertigasi dimana jenis polibeg tegak boleh digunakan. Polibeg berwarna hitam bersaiz 24’’ x 16’’ adalah disyorkan. Medium tanaman yang disyorkan bagi halia ialah 100% coco peat. Apa yang penulis blog tinjau dimana penggunaan polibeg hitam sesuai bagi tanaman halia dan dapat meningkatkan hasil rizom bagi setiap meter persegi. Sebiknya juga pemberian air baja boleh dikawal secara manual atau menggunakan pengatur masa automatik. Sistem fertigasi perlu dipasang sebelum halia ditanam ke dalam polibeg. Jarak di antara polibeg yang disyorkan ialah 1’, manakala jarak di antara barisan tanaman ialah 5’. Penanaman halia fertigasi boleh dilakukan disekeliling rumah dengan menggunakan pakej amalan dari Jabatan Pertanian yang disediakan.



Bagi memahami akan tanaman halia dimana sebenarnya halia merupakan tumbuhan herba jenis umbisi yang boleh tumbuh dengan ketinggian antara 30- 100 cm. Tanaman ini mempunyai pucuk dan daun yang tersusun berdekatan di antara satu sama lain. Morfologi tanaman halia yang ia mempunyai jenis batang tidak berkayu, batang berdaun pelepah, tumbuh menegak, tidak bercabang. Daun berwarna hijau tua, licin pada permukaan atas daun dan sedikit kasar di bahagian bawahnya yang ditutupi dengan bulu yang sangat halus. Panjang daun lebih kurang 5 - 30 cm panjang dan 8 - 20 cm lebar Pelepah daun berbentuk linear dan lanseolat, apeks akuminat dengan urat selari yang halus (tidak ketara). mnya (akar berubi) bercabang dan berkedudukan secara mendatar berdekatan dengan permukaan tanah. Isi rizom halia bersifat keras dan tebal dan mempunyai cabang berbentuk jari. Ukuran garis pusat antara 1.5 - 2.5 cm. Lapisan luar rizom muda dan belum matang berwarna kuning pudar dan rizom yang matang berwarna kelabu manakala lapisan dalam rizom berwarna kuning cerah dan beraroma/bau.. Bunga halia mempunyai jambak bunga yang berukuran 4-7 cm panjang, 1.5- 2.5 cm lebar, berbentuk bujur telur, bewarna hijau kekuning-kuningan dan korolanya berwarna kuning pudar. Komposisi Fitokimia Halia mempunyai kandungan nutrien makanan yang tinggi dan banyak digunakan dalam masakan, makanan, minuman dan perubatan. Rizom halia mengandungi komponen biokimia seperti gingerol, paradol, shogaol, zingibain dan zingiberol. Komponen biokimia utama (bahan aktif) dalam tanaman halia adalah gingerol. Dua bahan biokiomia iaitu gingerol dan shogaol merupakan bahan aktif yang memberikan rasa pedas pada halia. Halia muda mempunyai kandungan gingerol yang lebih tinggi. Manakala halia tua mempunyai kandungan shogaol yang lebih tinggi berbanding halia muda. Halia muda biasanya mengandungi banyak air dan sedikit rasa pedas manakala halia tua lebih berserat (fiber), kering dan lebih pedas. Kajian menunjukkan sebatian gingerol di dalam rizom halia akan menurun selepas bulan keenam sehingga sembilan bulan. Ini kerana kandungan sebatian gingerol ini berubah kepada sebatian shogaol apabila usia rizom semakin meningkat. Bagi penulis blog memang disyorkan rizom halia dituai pada usia enam bulan bagi mendapatkan hasil sebatian gingerol yang tertinggi. Walaubagaimanapun kajian mendapati dimana kandungan nutrien halia lazimnya adalah berbeza-beza kerana faktor berlainan varieti, keadaan ekologi, amalan agronomi dan juga amalan lepas tuai. Kajian menunjukkan kandungan gingerol dan shogaol dalam halia segar dan kering Zingiber officinale roscoe dan Zingiber officinale var. rubrum yang ditanam di dua lokasi berlainan adalah berbeza mengikut tempoh umur halia semasa penuaian. Pada umur penuaian 6 bulan halia didapati mengandungi kandungan bahan aktif gingerol dan shogaol yang paling tinggi berbanding umur 3, 8, 9 dan 12 bulan umur tuaian.


Halia sering dikaitkan dengan perubatan tradisional untuk melegakan kembung perut dan ketidakhadaman. Ia juga boleh diambil sebagai air rebusan untuk dapat melegakan sakit perut dan untuk wanita selepas bersalin. Pada penulis blog minuman air halia sama ada halia susu atau air halia biasa menjdi kegemaran sejak lama dulu (Sila lihat foto disebelah). Ada jenis ubat-ubatan daripada sumber halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak nafas. Halia sedap dimakan segar sama ada muda atau tua. Halia banyak digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam pelbagai bentuk seperti halia segar, halia kering, pati halia (ekstrak), jus halia, halia bergula (halwan). Halia juga boleh diproses menjadi serbuk halia, minyak halia, jeruk halia dan digunakan sebagai bahan perasa untuk minuman dan makanan seperti sos, konfeksionari dan bakeri. Dalam kes k
egunaan bagi farmaseutikal dimana produk minyak daripada halia banyak dijadikan bahan utama dalam bahan makanan kesihatan, bahan kosmetik, perubatan, bahan rawatan penjagaan diri seperti syampu rambut, sabun, aromaterapi dan produk penjagaan kulit. Minyak Halia mengandungi lebih daripada 50 sebatian diantaranya alfa-farnesen, alfa pinen, alfa-ter pinil asetat, alfa-zingiberen, ar-kurkumen, beta-bisabolen, beta-elemen, betafelandren, beta-seskuifelandren, beta-zingiberen, bornil asetat, kamfen, 1-8 cineol, sintral, sitronelol, borneol, kamfen, dekstrokamfen, geranial, limonene, linalil asetat, linalool, neral, felandren, zingeron dan zingiberene. Bahan aktif dalam halia iaitu gingerol didapati berpotensi sebagai analgesik (ubat penahan sakit) yang membantu mengurangkan keradangan. Ciri sebagai bahan anti bakteria yang ada pada daun dan rizom halia dilaporkan ia mempunyai aktiviti antibakteria yang dapat melawan bakteria gram positif seperti Bacillus licheniformis, Bacillus spizizenii, Staphylococcus aureus dan bakteria gram negatif seperti Escherichia coli, , Klebsiella pneumoniae dan Pseudomonas stutzeri. Dilaporkan dimana halia mengandungi aktiviti gastroprotektif yang mana ia merupakan bahan utama dalam mengubati masalah gastrik dan ulser. Halia selalu juga digunakan secara meluas sebagai agen anti keradangan otot. Halia dilaporkan ia menunjukkan kesan hipoalgesik yang dapat membantu dalam meredakan keradangan otot. Apa pun terakhir hebatnya halia dimana ia menjadi sebagai bahan anti diabetik yang lebih tinggi berbanding di dalam bawang putih. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HALIA SEGAR... BANYAK GUNANYA....
HALIA BENTONG... JENIS LAIN JUGA...
TANAM FERTIGASI... ADA CARANYA...
BACA  ARTIKEL... INGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Ramadan 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...