Support My Blog

Sunday, May 12, 2024

KOSTING TANAMAN KELAPA PANDAN 2023

KOSTING TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Kali ini kosting untuk Kelapa Pandan (CN6). Tanaman Kelapa ini boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu Tanaman Kelapa Tinggi, Tanaman Kelapa Renek, Tanaman Kelapa Pandan dan Tanaman Kelapa Hibrid. Semuanya berbeza dari segi kos benih, kepadatan tanaman sehemtar dan juga aspek lain dalam amalan agronomi tanaman kelapa tersebut. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak Covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada  Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang akan menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan juga mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman Kelapa Pandan (CN6) atau aromatic coconut semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Varieti Kelapa Pandan (CN6) atau dikenali sebagai 'Aromatic Coconut' merupakan sejenis varieti kelapa yang semakin meluas ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Kelapa Pandan yang telah didaftarkan dalam Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod CN6 dilakukan pada tahun 2014. Varieti Kelapa Pandan merupakan varieti kelapa jenis rendah yang mampu menghasilkan banyak buah kelapa di mana airnya berbau pandan. Kelapa ini juga sudah dikenali sebagai 'kelapa wangi' kerana mempunyai isi dan air yang beraroma pandan walau pun ada kalanya baunya akan berkurangan terutama diminum semasa munsim hujan. Walau pun kelapa ini dipercayai berasal daripada negara Thailand tetapi sebenarnya ia telah ditanam di negara kita sejak lama dan berpuloh tahun dahulu dengan pemilihan varieti yang lebih baik (Domesticated variety). Kelebihan kelapa pandan lagi kerana ia jenis kelapa rendah dengan ketinggian optima sekitar 6 meter sahaja dengan tandan dan buahnya berwarna hijau (Seakan menyamai varieti Malaysan Green Dwarf atau MGD). Bentuk buah dan saiz buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Setiap pokok dewasa yang dijaga baik mampu menghasilkan sebanyak 12 tandan setahun dengan purata bilangan buah setandan diantara 10 - 12 biji. Hasil dari penelitian dan tinjauan penulis blog di ladang beberapa Pusat Pertanian Jabatan Pertanian diseluruh negraa dan di kebun-kebun petani ada mendapati kelapa pandan mampu untuk menghasilkan sebanyak 28,000 biji buah sehektar setahun atau purata sebanyak 130 biji sepokok setahun. Apa pun dilaporkan dimana varieti kelapa pandan disyorkan ditanam untuk memenuhi bekalan kelapa muda dalam negara dan sebahagian diekspot kenegara jiran (Singapura, Thailand dan Brunei). Penelitian penulis blog di beberapa rangkaian premis yang menjual Kelapa Pandan Thailand Original (buah yang diimport dari Thailand) ianya dijual dengan harga runcit RM10.00 sebiji. Harga ladang kelapa pandan sekitar dahulu hanya RM 1.00 - RM 1.50 sebiji 10 tahun dahulu tetapi kini ia sudah naik berganda pada tahun 2022 apabila dihidangkan direstoran dan Hotel harganya mencecah RM5.00 - RM6.00 sebiji dan keatas. Anak pokok kelapa pandan tulin boleh dikenali dengan melalui beberapa pemeriksaan bau pada benih yang dikeluarkan dan menepati prosedur Skim Pengesahan Bahan Tanaman yang diperiksa oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Dilaporkan dimana Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia mampu mengeluarkan lebih 50,000 benih kelapa pandan tulin setahun dari ladang benih mereka.



KOSTING TANAMAN KELAPA MATAG (1HEKTAR)

1. Nama Tanaman: Kelapa (Cocos nucifera)

2. Varieti Kelapa Di Tanam  : Kelapa Pandan (CN6)

3. Jarak Tanaman  (meter)   : 6.5 m x 6.5 m 

4. Kepadatan Pokok            : 272 pokok/hektar

5. Jangkahayat Tanaman    : 25 tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

    Nota: Bagi menambahkan pendapatan di syorkan 

    menanam tanaman selingan seperti Pisang, Nanas, 

    Kontan, menternak haiwan dan sebagainya sebelum pokok 

    kelapa Matag ini berbuah dalam masa 3.5 tahun keatas.


ALIRAN WANG MASUK (25 tahun):

6. Potensi Hasil Pandan : 25,200 kg/ha (1kg = 1 biji)

7. Jumlah Hasil Kelapa  : 894,336 kg

8. Pendapatan Kasar     : RM 1,341,504.00

9. Angaran Pendapatan Bersih - RM 644,972.96 


ALIRAN WANG KELUAR KELAPA PANDAN (25 Tahun):

10. Kos Awal Pembangunan : RM12,520.00/hektar

11. Kos Bahan Input              : RM 268,849.24

12. Kos Tenaga Kerja            : RM 300,800.80

13. Kos Pelbagai                   : RM 45,157.00

14. Kos Luar Jangka (10%)   : RM 51,040.50

15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 696,531.04


ANALISA KEWANGAN KELAPA PANDAN:

16. IRR (Internal rate of Return) : 32% (Paling Tinggi)

17. NPV (Net Present Value)      : RM 155,132.64 (Tertinggi)

18. BC Ratio (Benefit Cost)         : 1.93 (Tertinggi)

      (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.93)

19. Harga Pulang Modal Matag    : RM0.78 

20. Tempoh Pulang Modal Matag : 6 tahun (paling cepat)


Teknologi Pembajaan Kelapa Pandan yang diamalkan diberi untuk kebun ini menggunakan sejenis baja impot (Jenis Yara Mila) yang mana ianya didapati mengandungi unsur NPK 12:11:18S:3 MgO + 85 + TE dan sangat berkesan untuk kesuburan pokok kelapa pandan (Sila lihat foto disebelah). Baja Yara Mila diimpot dan diedar oleh sebuah syarikat di Tangkak, Muar, Johor. Selain itu baja sebatian SOP juga digunakan (NPK15:10:20:2 TE) yang di tabur sebanyak 4 kali setahun pada kadar 200 gram sepokok. Pemerhatian bagi tujuan mempastikan kualiti hasil kelapa seperti dikehendaki iaitu ujudnya kualiti 'Bau Pandan' dan 'Rasa Manis', maka ada teknologi penting membubuh Garam Makan atau Garam Masin di tabur sebanyak 1-2 kg sepokok sebanyak 4 kali setahun pada pangkal pokok kelapa. Baja organik tahi ayam proses juga perlu ditabur sebanyak 300-400 gm sepokok sebanyak 3 kali setahun. Kaedah pembajaan ini sesuai untuk umur pokok 10 tahun dan diberikan di keliling pangkal kanopi pokok. Perlu difahami yang pokok kelapa pandan memang memerlukan baja organik yang banyak untuk menjamin kesuburan pokok. Kalau pokok kelapa pandan tidak dibaja hasil dan kualiti buah kelapa pandan kurang memuaskan. 
Penuaian Kelapa Pandan apa yang saya kaji hendaklah di petik dan dipilih dari kedudukan tandan yang paling bawah sekali dimana terletak pada kedudukan selari dengan tandan buah diatasnya apabila saiz buah itu telah sebesar 'gengaman tangan'. Buah kelapa matang akan di petik dengan cara menggunakan sabit dengan galah aluminium yang tajam. Lazimnya dengan ketinggian sekarang antara 15-20 kaki dari paras tanah, maka satu teknik baru di praktikkan di kebun ini. Sebelum memetik hasil tandan kelapa, pekerja mahir (Indonesian worker) akan memotong dulu satu pelepah daun tua dahulu. Pelepah tersebut akan dijadikan 'laluan turun' bagi tandan buah yang dipotong tadi dengan jatuh melorot pada pelepah tadi dan sampai ketanah agar tidak rosak atau pecah. Kaedah menggunakan tangga dan tali kini sudah tidak praktikal lagi untuk memetik tandan kelapa pandan dikebun Ah Tee kerana ianya adalah lambat dan kurang praktikal. Bagaimana pun tangga masih perlu digunakan jika pokok kelapa pandan tersebut sudah kekurangan pelepah untuk dipotong bagi melorotkan tandan kelapa kebawah. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
INGIN BERTANI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawal 1445H).
Posted from
Room 127, Bidong View Resort,
Batu Rakit, Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...