Support My Blog

Monday, May 20, 2024

KOSTING TANAMAN BETIK 2023

KOSTING TANAMAN BETIK (Carica papaya) kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Tanaman Betik di Malaysia boleh pada tahun 2023 dilaporkan seluas 2,536 hektar dengan hasil sebanyak 55,958 metrik tan. Tanaman betik paling luas di tanam di Johor (1,295 ha) diikuti dengan Pahang (267 ha) dan Sabah (258 ha) dimana kebanyakannya adalah untuk pasaran domestik dan sebahagian lagi pasaran eksport (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Buah Betik juga dikenali juga sebagai 'paw-paw', Gandul (Indonesia), Papaya (English) dan pelbagai lagi iaitu merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup sederhana singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico. Betik mengandungi banyak vitamin, zat-zat galian dan dapat membentu dalam mencernakan serta mwngelakan kejadian sembelit. Dalam memulakan usaha baru penanaman betik perlu dibuat bajet dimana semuanya berbeza dari segi kos benih, kepadatan tanaman sehemtar dan juga aspek lain dalam amalan agronomi tanaman kelapa tersebut. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas berlakuna wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada  Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting ata rngkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kosting tanaman Betik semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.


Di Malaysia terdapat beberapa jenis betik yang dibiakbaka secara tempatan dan juga beberapa jenis yang diimpot dari luar negeri. Betik tempatan diperolehi dari pemilihan beberapa varieti jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan mempunyai isi yang berwarna merah. Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri mempunyai isi berwarna kuning dan diantaranya termasuk varieti Sunrise Solo, Callina dan Honey Dew. MARDI telah mengeluarkan Betik Eksotika 1 dan Eksotika 2 dan merupakan jenis kacukan yang mempunyai kualiti buah-buahan yang baik. Jenis betik Piola merupakan betik yang berasaskan dari betik Eksotika 3 yang di promosikan oleh MAFC untuk tujuan domestik dan ekspot yang banyak ditanam di kawasan Lanchang. Pahang. Betik adalah tanaman singkat masa sederhana yang hidup antara 1-4 tahun bergantung kepada pengurusan yang dijalankan. Pokok betik mempunyai batang menegak dan mampu hidup sehingga 5m dengan daun berwarna hijau. Buah betik berbentuk lonjong (Buah Hemaprodite) dan agak Bulat (Buah Betik Betina). Buah hemaprodite mempunyai rasa yang lebih baik dan harga lebih tinggi dari betik betina. Pokok betik ada yang di panggil sebagai ‘Pokok Jantan’ dimana hanya bunga sahaja dikeluarkan dan tidak ada buah. Betik mempunyai masaalah serangan penyakit dan perosak dalam pengendaliannya. Antara penyakit yang serious adalah Papaya Ringspot Virus (PSRV) dan Penyakit Papaya Dieback. Kedua-dua penyakit ini di gazetkan dibawah Akta Perlindungan Tanaman 1974 yang mana pokok betik yang dijangkiti perlu dimusnahkan segera. Industri betik Negara terjejas teruk dengan serangan kedua-dua penyakit ini sejak 10 tahun dahulu yang menyebabkan kerugian berjut ringgit setiap tahun. Penulis blog mempunyai pengalaman dalam operasi membenteras kedua-dua penyakit ini diseluruh negara dahulu.



KOSTING TANAMAN BETIK (1 HEKTAR)

1. Nama Tanaman  : BETIK (Carica papaya)

2. Varieti Betik        : Betik Sekaki, 

3. Jarak Tanaman   : 2.0 m x 3.0 m 

4. Kepadatan          : 1,650 pokok/hektar

5. Jangkahayat pokok          : 3 Tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

  

ALIRAN WANG MASUK (3 tahun):

7. Potensi Hasil Betik   :  185,6250 kg/ha 

8. Purata berat sebiji    :  1.5 kg

9. Pendapatan Kasar   : RM 278,437.50

10. Angaran Pendapatan Bersih - RM 96,765.25 


ALIRAN WANG KELUAR ( 3 Tahun):

11. Kos Awal Pembangunan  : RM 26,500.00

12. Kos Bahan Input               : RM 96,149.30

13. Kos Tenaga Kerja             : RM 43,200.00

14. Kos Pelbagai                    : RM 5,060.00

15. Jumlah Kos Pengeluaran : RM 181,672.25


ANALISA KEWANGAN KELAPA MATAG:

16. iRR (Internal rate of Return)   : 130%

17. NPV (Net Present Value)        : RM 76,311.00

18. BC Ratio (Benefit Cost)          : 1.53

      (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.53)

19. Titik Pulang Modal Betik         : RM0.99 

20. Tempoh Pulang Modal Betik   : Tahun ke 2


Dalam portal sinarharian.com dilaporkan bagaimana 'Hobi tanam betik jana pendapatan RM20,000 sebulan' menarik di rujuk. Bapa kepada tujuh orang anak di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh, Kelantan tidak pernah menjangkakan tanaman betik yang diusahakannya sebagai hobi mampu memberikan pulang lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan. Bagi Mohamed Omar (66) yang mendakwa dia mula menanam betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 bagi dapat mengisi masa di waktu lapang. Dia terkejut apabila betik yang mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai. Situasi itu menyebabkan dia tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan, Betik ini memang ia mempunyai isi tebal, berwarna merah dan berbau harum ini mendapat permintaan tinggi apabila ia mula dijual kepada orang ramai. Ia berpotensi serta permintaan tinggi dia memberanikan diri dengan mengusahakan tanaman tersebut secara komersial. Bermula daripada hanya 30 pokok, kini dia memiliki lebih 2,500 yang ditanam di tanah seluas 1.6 hektar dan akan tambah luas kawasan lain. Dakwanya setakat ini permintaan terhadap buah betik sangat tinggi namun bekalannya terhad dimana walaupun dia sudah berjaya mengeluarkan 1,000 kilogram (kg) sehari namun ia masih belum dapat memenuhi pasaran tempatan. Dia memiliki gerai khas yang terletak berhampiran kebunnya di Kampung Lepah, Selising, Pasir Puteh dan menjual pada harga RM10 bagi 3kg betik. Permintaan tinggi disebabkan oleh tiada persaingan daripada pihak yang mengusahakan betik secara komersial. Kini dia sendiri memiliki gerai khas yang terletak berhampiran kebunnya dan menjual pada harga RM10 bagi 3kg betik. Apa pun dengan mengusahakan tanaman betik bukanlah perkara sukar namun memerlukan ilmu kerana ia sering berdepan dengan risiko penyakit terutama semasa musim tengkujuh atau hujan lebat. Jika cuaca panas dan kering, isi serta kualiti buah akan menjadi lebih baik akan tetapi pokok betik tetap memerlukan air yang cukup. Isu hujan akan menyebabkan buah betik cepat rosak apa lagi kalai tanaman ditenggelami air. Penanaman betik jenis Callina sebanyak 30 pokok pada 2019 lalu bagi mengisi masa di waktu lapang dimana pokok betik boleh bertahan sehingga tiga tahun serta boleh selalu ia diremajakan semula. Ia ia sesuai ditanam di semua jenis tanah kecuali berpasir dan sebatang pokok boleh dijaga baik bagi menghasilkan sekitar 40 biji buah dalam satu masa. Apa pun disepanjang tahun sebatang pokok boleh mengeluarkan buah sekitar 120 biji. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
..
INGIN BERTANI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,

M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...