1. Nama Tanaman : KUNYIT (Cucuma domestica)
2. Varieti Ditanam : KUNYIT TEMPATAN
3. Kepadatan Pokok : 55,000 pokok/hektar
4. Jarak Tanaman : 0.4 m x 0.6 m
5. Jangkahayat : 10 bulan
6. Intensiti tanaman setahun : 1 kali (10 bulan)
ALIRAN WANG MASUK (Semusim / 3 tahun):
SEMUSIM 3 TAHUN
7. Hasil Tanaman (Kg/ha) 25,000 75,000
8. Harga Ladang (RM/kg) 3.00 3.00
9. Pendapatan Kasar (RM) 75,000 225,000
10. Pendapatan Bersih (RM) 9,827.55 46,765.55
ALIRAN WANG KELUAR (Semusim / 3 tahun):
SEMUSIM 3 TAHUN
11. Kos Pembangunan (RM) 20,720 0
12. Kos Bahan Input (RM) 31.685 54,735
13. Kos Tenaga Kerja (RM) 28,800 86,400
14. Kos Pelbagai (RM) 1,820 10,600
15. Kos Luar Jangka (10%) 3,103.45 8,487.35
16. Jumlah Kos Pengeluaran 65,172.35 178,234.35
ANALISA KEWANGAN (UNTUK 5 TAHUN):
17. IRR (Internal rate of Return) : 70%
18. NPV (Net Present Value) : RM 33,421.60
19. BC Ratio (Benefit Cost) : 1.26
20. Titik Pulang Modal : RM 2.38
21. Tempoh Pulang Modal : Tahun ke 2
Ramai pembaca blog ini kurang pasti dimana khasiat Kunyit Segar atau Kunyit Serbuk (poedwer) yang mana lebih baik untuk digunakan. Kunyit adalah salah satu rempah atau bumbu masakan di dapur yang banyak digunakan dalam berbagai jenis masakan di Malaysia. Kunyit boleh ia dapat digunakan secara langsung dalam bentuk kunyit segar atau boleh di beli dalam bentuk serbuk (powder) yang mudah digunakan serta ia banyak dijual di banyak rangkaian presmis. Kunyit serbuk menjadi selalunya lebih banyak menjadi pilihan ramai tukang masak dan dijadikan bahan alternatif sebab ia lebih cepat di gunakan semasa memasak. Meski pun begitu dilaporkan dimana kunyit segar atau kunyit mentah memiliki rasa dan aroma yang lebih kuat dalam meningkatkan cita rasa makanan yang dihasilkan. Selain itu penulis blog tahu dimana memang ada terdapat perbezaan lain antara keduanya iaitu khususnya dalam bidang nutrisi dan kesihatan dimana aspek ini ada sesekali di bincangkan sehingga menjadi pertimbangan untuk mendapatkan manfaat yang diinginkan. Asasnya dimana ada beberapa aspek perbandingan antara kunyit mentah dan serbuk yang boleh di ambilkira. Pertama dimana ada kajian menndapatu dimana kandungan bahan curcumin dalam kunyit segar atau mentah mengandungi kandungan kepekatan bahan cucurmin yang lebih tinggi daripada kunyit serbuk. Ia disebabkan dimana kunyit serbuk sudah melalui beberapa proses yang membuatkan kadar cucurminnya kemungkinan akan berkurang dimana secara langsung maka manfaat kunyit bagi darikunyit mentah pastinya lebih tinggi dan lebih berkhasiat. Kedua dimana kandungan nutrisi lain seperti bahan mineral dan vitamin dalam kunyit mentah juga lebih kaya dibandingkan kunyit serbuk. Memproses kunyit menjadi serbuk boleh menyebabkan hilangnya sejumlah zat volatile sehingga mengurangkan kandungan nutrisinya secara langsung. Ketiga dimana kandungan minyak esensial dalam kunyit adalah baik untuk terapuetik atau aromaterapi dimana minyak esensial inidikenali sebagai turmerone dan atlantone. Minyak esensial yang terkandung dalam kunyit mentah lebih banyak daripada kunyit yang berbentuk serbuk. Minyak ini akan berkurangan atau hilang sepenohnya apabila di proses menjadi kunyit serbuk. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.