Support My Blog

Saturday, May 11, 2024

KOSTING TANAMAN KELAPA RENEK 2023

KOSTING TANAMAN KELAPA
(Cocos nucifera
kini boleh di jadikan garispanduan kepada pembaca dan petani untuk membuat anggaran kos pengeluaran dan aliran tunai pendapatan. Kini di bentangkan kosting bagi Kelapa Renek Malayan Red Dwarf (MRD) dan Malayan Yellow Dwarf (MYD) untuk di jadikan rujukkan. Tanaman Kelapa ini boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu Tanaman Kelapa Tinggi, Tanaman Kelapa Renek, Tanaman Kelapa Pandan dan Tanaman Kelapa Hibrid. Semuanya berbeza dari segi kos benih, kepadatan tanaman sehemtar dan juga aspek lain dalam amalan agronomi tanaman kelapa tersebut. Analisa kos pengeluaran di lihat banyak berubah sejak tahun 2020 hingga 2022 apabila kos bahan input pertanian seperti benih, racun kimia, baja dan sebagainya mulai menigkat selepas pasca berlakunya wabak covid-19, perang Rusia-Ukraine, Perang Israel-Palestin dan juga isu global warming serta bencana alam. Penulis blog merujuk kepada Buku Aliran Kewangan Tanaman Jabatan Pertanian yang mana ia diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada petani, Syarikat Swasta dan semua pihak yang terlibat atau berkepentingan dalam industri pertanian. Maklumat analisis kewangan merupakan satu daripada komponen yang perlu dipertimbangkan selain daripada maklumat kesesuaian tanah dan kajian pasaran bagi menentukan daya maju sesuatu projek tanaman yang ingin dilaksanakan. Artikel ini penulis blog sesuaikan semula dimana ia mengandungi maklumat berkaitan aliran kewangan bagi tanaman makanan dan tanaman bukan makanan. Ia mengandungi maklumat penting atau ringkasan mengenai aliran wang masuk, aliran wang keluar dan analisis kewangan. Bagi tujuan pengiraan aliran wang masuk, pengeluaran hasil dan harga jualan ladang adalah faktor yang akan menentukan pendapatan kasar. Aliran wang keluar terdiri daripada kos pembangunan kawasan, kos bahan input, kos tenaga kerja dan kos pelbagai yang akan menentukan jumlah kos pengeluaran. Analisis kewangan menentukan pendapatan bersih serta lain-lain analisis berkaitan. Maklumat aliran kewangan ini telah dikemaskini bersesuaian dengan penggunaan sesuatu teknologi, jenis varieti, faktor turun naik harga input dan kos tenaga kerja di Malaysia. Jenama input yang dipaparkan adalah sekadar contoh dan bukan sebagai satu pengesyoran. Penyelarasan harga input dan kos tenaman kerja di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada harga semasa pada tahun 2021 dan 2022. Pengiraan kos pengeluaran dan pendapatan setiap kategori tanaman adalah berdasarkan kepada andaian-andaian yang disertakan. Aliran kewangan yang telah disediakan adalah anggaran pengiraan untuk panduan dan rujukan sahaja. Nilai sebenar dilapangan mungkin berbeza bergantung kepada jenis tanah, pengurusan tanaman dan harga semasa. Bagi rujukan terperinci, adalah dinasihatkan supaya merujuk Buku Pakej Teknologi Tanaman, Manual Kerja Pengembangan serta pelbagai risalah atau panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" ini saya kupas kostig tanaman KELAPA RENEK MRD (CN4) dan MYD (CN5) semoga ia dapat dijadikan panduan dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam tanaman yang dipilih semua pembaca.

Kelapa Renek ada beberapa varieti yang disyorkan di tanam di Malaysia. Antara kelepa renek yang terdapat di Malaysia adalah Kelapa Renek Malayan Red Dwarf (MRD) dengan nombor daftar CN4, Kelapa renek Malayan Yellow Dwarf (MYD) dengan nombor daftar CN5, Kelapa Renek Hijau (Malaysan Green Dwarf (MGD) tiada nombor daftar, Kelapa Renek Gadong Hijau (CN26), Kelapa Renek Gadong Coklat (CN28) dan beberapa lagi. 
Pokok Kelapa Renek MRD/MYD ini tumbuh menegak dengan ketinggian antara 25-50 kaki pada keadaan biasa. Bentuk kanopi pokok sama dengan kelapa lain iaitu menegak dan berdaun dibahagian pucuk. Ia mempunyai kadar pertumbuhan secara sederhana. Kelapa ini mempunyai susunan pengeluaran daun yang berputar (Spiral) dengan jenis daun kompoun pinat. Uniknya kelapa MRD/MYD ini adalah kerana ia mempunyai warna daun hijau kekuningan, warna pelepah kining kehijauan dan buah yang berwarna kuning pekat kemerahan. Panjang setiap helai daun sekitar 16 -18 inci dengan susunan daun bertentangan pada bahagian pelepahnya. Selain buah MRD/MYD warna kuning pekat kemerahan kadang-kadang ia bercampur dengan warna seperti kekuningan sedikit. Kelapa MRD mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan yang keluar secara spiral mengikut susunan sekali sebulan. Ia menjalankan kaedah pendebungaan berbantu atau oleh agen semulajadi eperti serangga, lebah madu, kumbang dan juga angin. Oleh kerana ia jenis 'pure line' maka buah kelapa yang dihasilkan oleh pokok MRD/MYD dalam keadaan terkawal boleh dijadikan benih (walau pun diperingkat semaian kita boleh melalkukan penakaian benih yang tidak sesuai). Pemilihan pokok yang subur dengan buar lebih 80 biji sepokok setahun dimana ini membolehkan ia amat sesuai untuk di kolersilkan.


KOSTING KELAPA RENEK MYD/MRD (1HEKTAR)

1. Nama Tanaman: Kelapa (Cocos nucifera)

2. Varieti Kelapa : Kelapa MRD (CN4), MYD (CN5) dll

3. Jarak Tanaman : 6.5m x 6.5 m 

4.  Jumlah Kepadatan: 272 pokok/hektar

5. Jangkahayat Tanaman: 25 tahun

6. Kaedah Sistem Tanaman : Monocrop

    Nota: Bagi menambahkan pendapatan di syorkan 

    menanam tanaman selingan seperti Pisang, Nanas, 

    Kontan, menternak haiwan dan sebagainya sebelum pokok 

    kelapa Matag ini berbuah dalam masa 3.5 tahun keatas.


ALIRAN WANG MASUK KELAPA RENEK (25 tahun):

7. Potensi Hasil Renek - 25,200 kg/ha (1biji < 1 kg)

8. Jumlah Hasil Kelapa - 894,336 kg

9. Pendapatan Kasar    - RM 830,361.600

10. Angaran Pendapatan Bersih - RM 133,830.56

    Nota: Berdasarkan kepada harga ladang sahaja. 


ALIRAN WANG KELUAR KELAPA RENEK (25 Tahun):

11. Kos Awal Pembangunan - RM12,520.00/hektar

12. Kos Bahan Input  - RM 268,849.24

13. Kos Tenaga Kerja - RM 300,800.00

14. Kos Pelbagai        - RM 51,040.00

15. Kos Luar Jangka (10%)  - RM 45,157.50

16. Jumlah Kos Pengeluaran - RM 696,531.04


ANALISA KEWANGAN KELAPA RENEK:

17. iRR (Internal rate of Return) - 12%

18. NPV (Net Present Value)     - RM 8,001.02

19. BC Ratio (Benefit Cost)       - 1.19

      (Bermakna setiap RM1 berikan RM1.19)

20. Harga Pulang Modal Matag - RM0.78 

21. Tempoh Pulang Modal Matag - 11 tahun


Menjelaskan lanjut akan kehebatan kelapa renek atau kelapa genjah ini dimana ditakrifkan sebagai tanaman kelapa yang berbuah dalam waktu singkat dan pokok yang agak rendah. Tanaman kelapa renek ini sebenarnya sudah ada sejak lama ditanam dikawasan kampong dan keliling rumah juga. Pokok kelapa renek ini memiliki karakteristik morfologi yang batang lebih kecil ukurlilitnya dan rendah berbanding dengan jenis kelapa tinggi (Sila lihat foto disebelah). Saiz batang kelapa renek agak kecil dan tidak memiliki tapak gajah pada pangkal batang yang dekat dengan tanah. Jarak antara bekas daun atau 'leaf scars' juga lebih rapat dibandingkan kelapa tinggi. Perkara inilah yang membuatkan pokok kelapa renek ini boleh tumbuh tinggi dengan lama dan lambat. Panjang daun tanaman ini juga relatif pendek iaitu berukuran sekitar dibawah 4 meter. Dengan demikian lazimnya ciri pokok kelapa renek ini sesuai untuk ditanam dengan jarak tanam yang rapat (sekitar 7.5 x 7.5 m). Jika dilihat dari potensi buahnya dimana penulis blog dapati iaitu kelapa ini berusia pendek ini memiliki potensi buah yang menjanjikan. Kelapa renek ini diketahui mampu untuk ia menghasilkan buah purata di atas 120 biji sepokok setahun. Secara umumnya buah kelapa renek lebih sesuai dan banyak digunakan sebagai kelapa muda untuk di minum airnya. Di negara Thailand dimana kelapa pandan (jenis kelapa renek) kini sudah dikomersilkan untuk pasaran domestik dan eksport keseluruh dunia. Pada penulis blog boleh mengatakan dimana kehebatan kelapa renek menjadi komoditi tanaman yang banyak diminati petani sebab ia juga memiliki banyak keunggulan. Antara beberapa kelebihannya adalah ia mempunyai saiz batang pendek dan pertumbuhan tinggi yang lambat. Umur berbunga relatif singkat iaitu hanya sekitar 2.5 - 3.5 tahun saja untuk berbuah. Kelapa renek juga dilaporkan lebih cepat disadap untuk menghasilkan air nira yang boleh dijadikan pelbagai produk berasaskan kelapa. Boleh juga ditanam dengan jarak rapat sehingga lebih efisien dalam hal penggunaan kebun dan kawasan keliling rumah. Walau pun kelapa renek ini memiliki beberapa ciri keunggulan, namun untuk mendapatkan produkvititi terbaik dan optima maka pakej amalan teknologi dan penjagaannya mesti diikuti. 
Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
INGIN BERTANI...ILMU DI PERLUKAN...
MODAL DISEDIA...KENA CUKUPKAN....
BERAPA JUMLAH... IKUT ANGGARAN...
UNTUNG RUGI... SEBAGAI PANDUAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Syawal 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...