Merujuk kepada laporan kajian oleh para saintis di UPM yang bertajuk 'Daun Mengkudu dan Teh Bantu Menghindar Risiko Patah Tulang (Kehilangan Tulang) Selepas Menopaus' memang menarik dikongsikan. Dilaporkan dimana dengan pengambilan daun mengkudu dan teh hitam yang tinggi kandungan flavonoid serta polifenol tertentu dapat mengurangkan risiko kejadian patah tulang pada wanita yang lanjut usia. Penggunaan teh hitam serta daun mengkudu didapati dapat meningkatkan hormon estradiol dalam darah dan menghalang kehilangan ketumpatan tulang dalam tikus yang telah dibuang ovari. Apa pun kekuatan tulang bergantung pada keseimbangan antara penyerapan tulang oleh osteoklast (sel penghakis tulang) dan pembentukan tulang oleh osteoblast (sel pembina tulang). Dengan peningkatan usia, penyakit atau gaya hidup kurang aktif, keseimbangan ini mengarah lebih kepada kehilangan tulang daripada pembinaan tulang, mengakibatkan tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang. Proses Osteoporosis adalah keadaan di mana ketumpatan zat galian tulang (Bone Mineral Density BMD) jauh di bawah paras minima untuk wanita muda normal. Masaalah Osteoporosis menyebabkan lebih 9 juta keretakan tulang setiap tahun, dan menjejaskan lebih daripada 200 juta wanita di seluruh dunia (kira-kira 10% berumur 60, 20% berumur 70, 40% berumur 80 dan 70% berumur 90 tahun). Osteoporosis meningkatkan risiko keretakan tulang dan kecederaan fizikal. Aktiviti fizikal dan pengambilan makanan yang sihat (termasuk kalsium dan vitamin) membantu menghalang osteoporosis. Makanan yang membantu pembentukan tulang dapat mencegah berlakunya osteoporosis. UPM membandingkan keberkesanan dan mekanisma ekstrak daun Mengkudu (Morinda citrifolia), teh hitam dan Black cohosh (Remifemin) terhadap pebinaan tulang dalam model tikus osteoporosis yang kekurangan estrogen. UPMM mendapati daun Mengkudu dan ekstrak teh hitam menggalakkan pertumbuhan tulang di tikus ovariektomi (dibuang ovari). Kajian selama empat bulan menunjukkan pertumbuhan tulang ada kaitan dengan dos yang digunakan. Ekstrak daun mengkudu yang kaya dengan katekin menunjukkan pertumbuhan semula tulang dengan jelas melalui peningkatan (i) saiz dan struktur tulang, (ii) sifat mekanikal tulang (kekuatan dan kelenturan), dan (iii) kandungan zat galian dan ketumpatan tulang. Mekanisme terperinci menunjukan ekstrak daun mengkudu meningkatkan pertumbuhan tulang dan menghindar kehilangan tulang dengan (i) meningkatkan pembiakan dan jangka-hayat kehidupan sel osteoblast, (ii) menghalang pembiakan dan aktiviti osteoklast, (iii) mengurankan keradangan, (iv) meningkatkan sintesis kolagen tulang dan (v) mengimbangi ungkapan ESR1 (estrogen reseptor 1) untuk menaikan keberkesanan fytoestrogen. Isu kekurangan estrogen sering menyebabkan peningkatan berat badan dan kandungan lemak badan, bersama-sama dengan penurunan berat tulang. Ekstrak daun Mengkudu dapat mengurangkan peningkatan berat badan yang disebabkan oleh kekurangan estrogen. Ketumpatan tulang femur yang dipertingkatkan oleh ekstrak daun Mengkudu dan teh Hitam menunjukkan pertumbuhan semula tulang yang aktif mengatasi tikus kawalan yang sihat (Sham). Keputusan ini menunjukkan potensi manfaat memakan daun Mengkudu dan teh hitam untuk wanita tua satelah menopaus. Mengkudu (Morinda citrifolia L.) secara tradisinya digunakan sebagai ubat tulang yang retak atau patah, luka, lebam dan masalah kesihatan yang lain. Ekstrak buah Mengkudu dilaporkan meningkatkan aktiviti osteoblast, penambahan zat galian tulang dan merencatkan aktiviti osteoklast. Bagaimanapun pengambilan ekstrak buah Mengkudu yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati. Ekstrak air daun Mengkudu (atau sebagai sayuran) menggalakkan pembentukan tulang dan matriks zat galian dalam sel ligamen gigi manusia. Selain itu, daun Mengkudu dilaporkan selamat dengan manfaat ubatan dan kesihatan seperti kesan antikanser, anti-bakteria, anti-radang, pengurang kesakitan, bantu menurunkan tekanan darah yang tinggi, serta meningkatkan daya sistem imun badan. Apa pun dilaporkan kekurangan estrogen akan menurunkan keanjalan femur (berbanding makhluk yang sihat) dan kekuatan tulang. Ekstrak air daun Mengkudu dapat membantu meningkatkan kekuatan tulang, kelenturan tulang serta memberi kesannya yang baik terhadap sifat mekanikal tulang.
Dalam portal berita sinarharian.com pula media laporkan dimana 'Mengkudu bukan buah sebarangan walau pun ia masih Kurang dikomersialkan, ramai tidak tahu buah ini mengandungi banyak khasiat' sesuai di tulis semula. Dilaporkan dimana walau pun buah ini dilihat penampilannya pada penulis blog ia kurang 'menggoda', ternyata banyak manfaat buah mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia untuk kesihatan yang mungkin kita tidak pernah tahu. Jika di kampung-kampung selalunya buah ini sering ditanam dan dibiar bergelimpangan membusuk di tanah begitu sahaja. Apa pun mungkin juga buah hijau kekuningan yang eksotik bersaiz kentang itu sendiri tidak menarik perhatian dek mengeluarkan bau yang sedikit tajam. Kesannya, hanya segelintir daripada kita memanfaatkannya dengan menjadikannya jus atau suplemen makanan yang diusahakan oleh pengusaha kecil. Namun tahukah anda, masyarakat Barat sudah banyak menghasilkan ubatan daripada tumbuhan ini bagi tujuan untuk mendapatkan 1,001 manfaatnya. Pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang meneroka khasiat buah mengkudu tidak kurang hebatnya. Ia bermula pada tahun 2008, FRIM telah mengkaji potensi buah mengkudu ini yang dapat menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah. Kemudian pada tahun 2010 FRIM berjaya menyelidiki potensi buah mengkudu di dalam melindungi organ hati atau hepar. Kajian-kajian ini dijalankan bersama dengan ketua projek iaitu Dr Nik Musa’adah Mustapha yang juga merupakan Pegawai Penyelidik Senior dimana hasil kajian oleh team yang dijalankan mendapati kandungan sebatian polisakarida atau serat larut air tinggi di dalam buah mengkudu. Semasa ujian didapati sebatian polisakarida larut air ini diasingkan daripada buah mengkudu dan didapati sangat berpotensi menurunkan kandungan gula atau glukosa dalam darah tikus-tikus makmal yang diaruhkan diabetes ke paras normal dalam tempoh dua minggu rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan tikus-tikus diaruhkan diabetes yang lain. Sebatian polisakarida larut air mengkudu juga didapati berpotensi melindungi organ hati tikus-tikus makmal yang diberi dos berlebihan parasetamol. Juga didapati juga buah mengkudu mengandungi kandungan protein larut air tinggi. Protein ini berjaya diekstrak daripada mengkudu dan diuji potensinya sebagai ejen peningkat tenaga atau prestasi. Melalui ujian renang paksa atau force swim test, tikus makmal yang diberi protein larut air menunjukkan masa atau tempoh renangan lebih panjang berbanding kumpulan tikus yang tidak diberi apa-apa. Polisakarida larut air buah mengkudu juga menunjukkan aktiviti peningkat prestasi setelah ujian renangan paksa dijalankan. Susulan hasil penyelidikan sebatian polisakarida mengkudu sebagai ejen menurunkan kandungan gula dalam darah, pihaknya mempatenkannya dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada 30 Ogos 2010 dengan tajuk A Medicinal Composition. Apa pun kemudian hak untuk menghasilkan sebatian polisakarida pada skala pandu telah diberikan kepada sebuah syarikat di bawah Program FRIM-MTDC. Jenis sebatian polisakarida mengkudu ini juga telah digunakan sebagai bahan utama penghasilan biskut kesihatan jenama Le’Natura di mana produk ini terdapat di pasar raya besar seluruh negara, Adalah disarankan agar buah ini diproses di dalam bentuk jus daripada buah masak yang segar. Kini disebabkan oleh isu rasa dan bau jus buah mengkudu tidak berapa menyenangkan maka diisyorkan agar jus buah mengkudu tersebut dicampurkan bersama jus buah lain yang mempunyai rasa lebih lazat dan bau menyenangkan. Bagaimana pun perlu berjaga-jaga sebab di sebalik tinggi dengan sebatian makanan makronutrien iaitu polisakarida dan protein, buah mengkudu juga mengandungi sebatian-sebatian antinutrien seperti anthraquinone, iridoid dan sterol tumbuhan. Walaupun kuantiti sebatian ini kecil iaitu kurang satu peratus di dalam buah tersebut, tetapi dikhuatiri sebatian-sebatian antinutrien ini boleh memberi kesan kepada buah pinggang dan organ hati jika ia diambil di dalam kuantiti terlalu tinggi dimana awasadan disarankan penggunaan buah ini tidak diambil pada kuantiti yang terlampau banyak. FRIM laporkan antara 10 jenis anfaat kesihatan jus mengkudu dan mengapa ia baik termasuk merawat artritis, menurunkan risiko gout, membantu meningkatkan tenaga, jaga kelembapkan kulit, melawan isu penuaan, merawat kerengsaan kulit kepala,mengelakkan kes kanser, meningkatkan kekebalan jangkitan, mengurangkan stres serta mampu merawat demam. Jus mengkudu memang ia mempunyai bau tengit dimana mencampurkannya dengan jus nanas atau sesuatu yang kuat untuk menutupi rasa sesuai memudahkan ia untuk diminum.
Dalam portal mingguanwanita.my ada dilaporkan dimana 'Pati Mengkudu Minuman Rahsia Kulit Mulus Dan Atasi Darah Tinggi, Satu Lagi Petua Jimat Duit Dari Beli Vitamin' amat menarik untuk ditulis semula. Buah mengkudu ini sejenis tanaman liar yang banyak manfaatnya. Tapi tak ramai yang explore kebaikannya. Buah ini juga dikenali dengan nama Noni. Buah yang ranum sedikit menyengat baunya. Jus ini disediakan mudah sahaja dengan sediakan bahan-bahan iaitu buah mengkudu dan air sahaja. Caranya pertama muci bersih buah mengkudu dan kemuidan perlu di cincang kisar buahnya. Seterusnya buah ini dikisar dengan air masak dimana kalau hendak rasa manis maka boleh masukkan gula. Bagi mereka yang hendak dapatkan rasa premium pula sebaiknya di perahkan lemon di dalamnya untuk rasa lebih sedap. Bagaimana hendak jus mengkudu yang ramai sukar menerimanya?. Biasanya digalakkan agar membuat banyak kuantitinya dan disiman dalam bekas khas dan dibekukan agar jus ini tahan lama. Ini kerana agak ramai yang masas henda mebuat dengan kerap apalagi kerja menapis jus tersebut untuk membuang hampasnya. Apa pun bagi mereka yang tiada masaalah maka boleh ditelan sahaja jus yang ada bijinya terus tanpa was-was tanpa di tapis dengan khasiat yang lebih hebat. Kadar disyorkan adalah 3 cawan sehari dan ikut kemampuan individu. Rasa airnya juga manis kelat tetapi jika di amalkan selalu ia seaan minum air mineral sahaja. Adalah sukar kepada mereka yang baru kali pertama meminumnya. Kalangan pengamal jus ini dakwa mereka jadi sihat dan tidak berbelanja membeli vitamins berbanding dalulu berbotol-botol vitamins di bei sebulan. Beberapa lapora menyatakan dimaa antara khasiat dan manafaatnya adalah membantu mengilangkan darah tinggi, membantu membersihkan kulit serta menjadikan pengguna akan menjadi lebih sihat dan awet muda. Cara lain membuat Jus Mengkudu adalah dengan memilih buah mengkudu yang matang saja berwarna hijau. Buah ini ia mengandungi bioaktif yang tinggi dan kurang berbau. Pembaca blog anim agro technology boleh juga menambah buah-buahan lain seperti anggur dan epal untuk mengurangkan bau yang kurang enak. Apa pun amalan sebaiknya dimana sepanjang mengambil minum pati mengkudu ini elakkan pengambilan minuman kopi, teh atau minuman beralkohol. Resep hebat adalah dengan membuat Jus Mengkudu Epal atau Jus Mengkudu Anggur dicampur dengan madu lebah. Cara membuatnya adalah dengan mengupas buah mengkudu matang kemudian buang biji. Ia dikisar bersama epal atau anggur dan dikeisar sehingga semuanya sampai halus. Kemudian dituangkan ke dalam gelas dan tambahkan madu lebah dengan menggunakan sudu plastik. Cara minum jus ini sebaiknya dilakukan segera iaitu sebaik sahaja siap dibuat dan diminum dan jangan disimpan kerana ia mudah basi.
Menarik dalam utusansarwak.com artikel bertajuk 'Pokok Mengkudu Tiggi Nilainya' dimana ia ada fakta sesuai dirujuk. Apa pundilaporkan pokok Mengkudu tinggi nilainya I negara ini, pokok Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda citrifolia boleh ditemui di mana-mana. Mungkin disebabkan ia mudah tumbuh dan cuaca tropika memang sesuai untuk pertumbuhannya dimana didakwa yang tumbuhan ini boleh bertapak di mana sahaja bijinya untuk jatuh. Walau pun banyak buahnya da seaenang dijumpai akan tetapi dilaporkan yang sedikit orang yang tahu khasiatnya dan tida akan memberi perhatian kepada pokok dan buah mengkudu. Dari segi rasa dilaporkan yang buah ini memang tidak begitu enak, selain mempunyai bau yang juga kurang menyenangkan serta banyak biji. Namun selepas khasiat mengkudu didedahkan secara meluas beberapa tahun dulu dilaporkan buah mengkudu mula mendapat perhatian dan di seluruh dunia. Dilihat dimana buahnya pokok ditanam dan mula dikomersialkan sebagai makanan dan minuman kesihatan. Justeru buahnya boleh ditemui sudah pun ia dijual di pasar-pasar dijadkan bahan minuman kesihatan pelbagai jenama dijual secara meluas di mana-mana. Dalam kalangan suri rumah tempatan pula dilaorkan buah mengkudu memang banyak kegunaannya terutama untuk menyedapkan masakan mereka. Daunnya biasa juga ia digunakan untuk membungkus makanan bagi menyediakan botok ikan atau daun mudanya dijadikan ulam-ulaman, manakala buah mengkudu juga digunakan sebagai penyedap hidangan tertentu. Justeru ramai yang sudah mula menanam mengkudu di halaman rumah bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan buah mengkudu atau daunnya. Cara menanamnya juga mudah iaitu dengan cara hanya menggunakan biji dari buah yang sudah matang. Menariknya iaitu dalam tempoh selepas enam bulan ditanam maka selalunya pokok mengkudu sudah mengeluarkan buah meskipun tanpa jagaan rapi. Selain tahan lasak dilaporkan pokok mengkudu boleh berbuah sepanjang tahun dan terus produktif sehingga 10 tahun lamanya atau lebih daripada itu. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pernah melakukan penyelidikan terhadap khasiat buah mengkudu dan hasilnya memberi perspektif baharu untuk tanaman ini. Antara hasil kajian tersebut adalah mengkudu adalah boleh dapat menurunkan kadar gula di dalam darah dan melindungi organ seperti hati. Di peringkat antarabangsa pula, pelbagai penyelidikan juga membuktikan betapa berkhasiatnya buah mengkudu sehingga tanaman ini mula dieksploitasi sebagai jus dan suplemen kesihatan. Dikatakan bahawa buah dan pokok mengkudu telah digunakan sebagai ubat tradisional sejak ribuan tahun dahulu oleh masyarakat dunia bagi menangani gejala-gejala seperti selesema, diabetes, kemurungan, tekanan darah tinggi, jangkitan bakteria, cirit, penyakit mata, batuk, asma, luka-luka, patah tulang, mengandungi anti oksida yang tinggi dan banyak lagi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MUDAH DI TANAM... SENANG POKOK DIJAGA...
DIJADIKAN JUS... KAPSUL DAN LAIN ADA...
SEMAKIN DILUPAKAN... PEMBACA SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 126, Bidong Villa Resort,
Batu Rakit, Terengganu,
Malaysia.
(4 Zulkaedah 1445H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.