Support My Blog

Sunday, May 26, 2024

KEMAMPANAN TANAMAN KELAPA DI MALAYSIA (Pt 1)

KEMAMPANAN INDUSTRI KELAPA
(Cocos nucifera) di Malaysia adalah satu perkara serius yang perlu di ambil kira didalam mempastikan tanaman ini tidak semakin berkurang dan bekalan tidak mencukupi.
 Tanaman kelapa semakin berkurangan saban tahun di Malaysia daripada lebih 200,000 hektar sekitar tahun 1980'an hanya seluas 84,936 hektar pada tahun 2023 dengan jumlah penghasilan sebanyak 640,200 metrik tan dengan nilai pengeluaran sekitar RM960,391 juta (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan di Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Malaysia masih mengimport diantara 100 - 150 juta biji kelapa setahun daripada Indonesia untuk keperluan pemprosesan di kilang kelapa. Pada penulis blog dimana kelapa adalah komoditi yang terkenal disebabkan permintaannya bagi kegunaan segar dalam industri pemprosesan makanan yang meningkat menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport kelapa dari negara jiran seperti Indonesia. Antara varieti kelapa yang masih berhasil adalah varieti Malayan Tal (Cn1), Matag (CN13,CN14, CN15), Kelapa Pandan (CN5), MRD, MYD dan beberapa lagi. Umum tahu dimana rakyat Malaysia seawal pagi menikmati nasi lemak, tengah hari masak lemak cili api menggunakan santan sehingga ke malam dihidangkan dengan kuih koci (inti kelapa), serawa, bubur kacang durian, kuih tradisional begitu juga makanan pada waktu malam. Ini belum diambil kira semasa hari raya apabila kegunaan kelapa sehingga permintaan kelapa tua untuk dibuat santan pada hari raya Aidilfitri kali ini bukan sahaja meningkat dan bekalannya tidak mencukupi sehingga perlu di import 34% menurut Jabatan Statistik Malaysia DOSM (2020). Penulis blog yang sudah meulis lebih 500 artikel megenai kelapa mendapati memang ada banyak cabaran dihadapi industri kelapa pada masa kini yang menyumbang kepada pengurangan hasil dimana di antaranya produktiviti rendah dan pengurangan keluasan bertanam. Beberapa sumber menyatakan dimana kini Kadar tahap SSL (Self Sufficient Level) semasa kelapa di Malaysia adalah 66.6%. Sebaiknya bagi meningkatkan SSL daripada 66.6% kepada 80% menjelang tahun 2040 dimana kerajaan melalui jabatan dan agensi pertanian perlu melihat polisi guna tanah penanaman bagi menambah kawasan bertanam kelapa sebagai satu strategi yang terbaik. Apa pun keperluan ini adalah bagi memelihara kawasan guna tanah dari sebarang penukaran kepada status aktiviti pembangunan dan aktiviti pertanian lain. Selain itu penggunaan varieti kelapa yang berkualiti dan berhasil tinggi seperti Matag akan dapat meningkatkan pengeluaran kelapa di samping memberi keuntungan kepada pengusaha tambah beliau lagi. Jika ada pun isu-isu seperti penukaran status tanah penanaman kelapa kepada aktiviti lain seperti penanaman kelapa sawit dan juga ancaman pembangunan telah menyebabkan berlakunya penurunan keluasan bertanam kelapa di Malaysia perlu di rancang dengan baik. Artikel pada tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya membincangkan aspek kritikal mengenai isu kemampanan industri tanaman kelapa di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Dalam beberapa rujukkan dilaporkan dimana d
ianggarkan terdapat penurunan keluasan bertanam kelapa sebanyak 22% dari 71,856 ha (2013) kepada 84,942 ha (2020) dan kemudian meningkat semula seluas 87,936 pada tahun 2023. Penurunan dan kenaikan semula keluasan tanaman kelapa ini di kaitkan dengan kesedaran kerajaan dan petani akan keperluan tanaman kelapa ini di usahakan dengan lebih komersial melibatkan pihak swasta, GLC dan pekebun kecil. Apa pun perlu di ingat dimana jika sekiranya trend penurunan ini berterusan dimana ianya akan menjejaskan bekalan kelapa di negara Malaysia dan ini sekali gus menambah lagi masaalahkebergantungan kepada kelapa import. Negara yang membekalkan biji kelapa selam aini yang di benarkan hanyalah dari Indonesia sahaja (dari Sumatera) dan biji kelapa dari negara lain tidak di benarkan sama sekali kecuali benih kelapa untuk penyelidikan sahaja. Negara Indonesia sudah beberapa kali menyatakan kemungkinan untuk tidak mengeksport biji kelapa tua dimana merek apun menghadapi penurunan keluasan tanaman kelapa dan di gantikan dengan kelapa sawit serta permintaan produk asas kelapa domestik yang meningkat. Dahulu tanaman kelapa oleh pekebun kecil telah di laksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dibawah Program Projek Penanaman Semula Kawasan kelapa (RPSKK) tetapi telah di berhentikan pada tahun 1980. In  bermakna tanaman kelapa Malayan Tall yang berbuah sekarang adalah di bawah program ini dimana pokok kelapa sudah tua (senile tree) dan produktivitinya rendah. Walau pun ada program pembangunan kelapa selapas tahun 2006 akan tetapi prestasi dan sambutan terhadap tanaman kelapa kurang berjaya kerana petani ebih suka menanam kelapa sawit sahaja yang di lihat lebih mudah, harga baik dan lebih menguntungkan dalam tempoh tersebut. Insentif dan juga sokongan daripada pelbagai pihak masa ini adalah perlu bagi menggalakkan pembangunan industri kelapa. Ini termasuklah program secara berstruktur, galakan kepada penglibatan agropreneur muda di samping penggunaan teknologi dan juga bekalan benih varieti kelapa berkualiti dan berhasil tinggi bagi menjamin peningkatan pengeluaran kelapa negara. Isu bagaimana bekanan kelapa premium yang tulen (F1 bagi kelapa higrid) dan ada persijilan SPBT (bagi kelapa biasa) dimana benih kelapa berkualiti seperti Matag perlulah dipertingkatkan. Kini kelapa matag hibrid sudah menjangkau RM75 - RM90 sepokok bagi F1 dimana ia tidak mencukupi untuk penanaman secara komersial. Salah satu sebab industri kelapa lambat berkembang kerana pekebun kecil kelapa hanya mahukan benih kelapa Matag sahaja dimana bekalan benih matag tulin jauh daripada keperluan penanaman. Ini kerana sangat sukar untuk menghasilan kelapa matag F1 dari sumber (Sila lihat foto di sebelah). Pokok induk betina iaitu Malayan Red Dwarf (MR) dan Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan baka Tagnanan (debuga Jantan) bagi menghasilkan kelapa hibrid Matag F1 dilihat jauh dari mencukupi.  Walau pun kelapa Matag dilaporkan ia merupakan salah satu varieti kelapa yang berkuali dan berhasil tinggi tetapi sukar mendapatkan benih yang tulin. Tananam varieti matag dilihat cepat membesar dalam tempoh 3 - 4 tahun ia boleh belajar mengeluarkan buah dan pokoknya tidak tinggi. Sebatang pokok Kelapa Matag menghasilkan 60 biji buah dan isinya banyak.


Penulis blog ingin kongsikan status pengeluaran kelapa dunia dimana ia merupakan satu bidangusaha yang penting kepada sesetengah negara. Ini kerana k
elapa adalah buah yang sangat penting secara ekonomi di banyak negara tropika. Kelapa memberikan hasil minyak, santan, air minuman, isi dan serat dan juga digunakan dalam pelbagai produk iaitu terdiri dari makanan dan minuman hingga produk kosmetik, kesihatan dan biofuel. Penulis blog yang pernah bertugas dengan industri kelapa dulu dan kini selepas bersara pun masih aktif dalam industri ini paparkan akan 10 negara pengeluar utama buah kelapa di dunia. Pertama adalah negara jiran Indonesia yang merukapan negara pengeluar kelapa terbesar di dunia iaitu dengan lebih daripada 18.3 juta tan metrik kelapa dihasilkan setiap tahun berdasarkan data tahun 2019 dari Food and Agriculture Organization (FAO). Pada penulis blog yang banyak kali melawat negara tersebut yang berpulau dengan cukup tenagakerja dan iklim tropika dimana ada tanah subur yang ideal untuk pertumbuhan pokok kelapa, Indonesia mengambil manfaat dengan sebaiknya dari sumber alam semulajadinya. Kedua adalah negara Filipina yang merupakan negara pengeluar kelapa kedua terbesar di dunia, dengan pengeluaran tahunan lebih daripada 15.3 juta tan metrik. Industri kelapa adalah sebahagian penting dari ekonomi Filipina dimana buahnya digunakan dalam pelbagai kegunaan iaitu dari santan dan minyak hingga biofuel dan produk kosmetik. Industri kelapa di sana di terajui oleh Philiphines Coconut Authority (PCA) yang penulis blog ada beberapa kali kesana. Ketiga adalah negara India yang mana ia mampu menghasilkan sebanyak lebih daripada 11.6 juta tan metrik kelapa setiap tahun. Di India, kelapa digunakan dalam pelbagai kegunaan termasuk dalam banyak jenis masakan tradisional, minuman, upacara keagamaan serta ubat-ubatan tradisional Ayurveda. Ke empat adalah negara  Brazil yang mana ia adalah pengeluar kelapa terbesar di Amerika Latin, dengan lebih daripada 2.7 juta tan metrik dikeluarkan setiap tahun. Industri kelapa di Brazil berkembang pesat, dengan produk seperti air kelapa dan minyak kelapa menjadi semakin popular di pasaran global. Seterusnya ke lima adalah negara Sri Lanka iaitu negara pengeluar kelapa kelima terbesar di dunia, dengan lebih daripada 2.5 juta tan metrik dihasilkan setiap tahun. Kelapa adalah tanaman penting di Sri Lanka dimana buah ini digunakan dalam pelbagai kegunaan, dari makanan dan minuman hingga produk kosmetik dan pembuatan tali. 


Keenam adalah negara jiran iaitu negara 
Thailand yang menghasilkan lebih daripada 1.7 juta tan metrik kelapa setiap tahun. Industri kelapa di Thailand adalah sebahagian penting dari ekonomi negara, dengan produk seperti air kelapa dan santan menjadi semakin popular di pasaran global. Mengikut FAO dilaporkan ke tujuh adalah negara Vietnam yang  menghasilkan lebih daripada 1.5 juta tan metrik kelapa setiap tahun. Dengan iklim tropika dan tanah subur yang ideal untuk pertumbuhan pokok kelapa, Vietnam telah memanfaatkan kekayaan alam ini untuk mengeksport kelapa dan produk kelapa ke seluruh dunia. Dalam pada itu ke lapan adalah negara Papua New Guinea yang menghhasilkan lebih daripada 1.3 juta tan metrik kelapa setiap tahun. Industri kelapa merupakan salah satu pendorong utama ekonomi negara ini, dengan produk kelapa seperti minyak kelapa dan santan dieksport ke seluruh dunia. Urutan ke sembilan adalah negara Mexico yang mampu untuk menghasilkan lebih daripada 1.1 juta tan metrik kelapa setiap tahun. Industri kelapa di Mexico telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan minyak kelapa dan air kelapa menjadi produk popular yang dieksport. Akhirnya maka ada negara Malaysia menduduki tangga ke 10 dengan jumlah  pengeluaran lebih dari 645,000 tan metrik setiap tahun dan masih menjadi salah satu negara pengeluar kelapa terbesar di dunia. Di Malaysia dimana buah kelapa digunakan dalam berbagai kegunaan termasuk dalam masakan tradisional dan produk kosmetik. Pada penulis blog percaya dimana kelapa adalah tanaman penting yang memang ia memberikan manfaat ekonomi kepada banyak negara di seluruh dunia. Dengan permintaan global untuk produk kelapa seperti minyak kelapa, air kelapa, dan santan terus meningkat, tidak diragukan lagi bahawa kelapa akan terus menjadi tanaman penting di masa depan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
INDUSTRI KELAPA... BAGAIMANA DI MALAYSIA...
LUASNYA MENURUN...PERMINTAAN TETAP ADA...
DI GUNAKAN HARIAN... MAKANAN BERSANTAN...
INDUSTRI KELAPA ....IA PERLU DIBANGUNKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...