Buah Tembikai atau Buah Semangka merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Cucurbitaceae yang sangat popular diseluruh dunia sebagai jenis buah yang diminati oleh semua golongan masyarakat. Buah Tembikai berasal daripada kawasan benua Afrika sebelum diperluaskan penanamannya di kawasan Meditrenean dan kini di kawasan Asia serta seluruh dunia. Maklumat tersebut juga menunjukkan kadar pengeluaran hasil tembikai di Malaysia adalah sebanyak 18 - 20 metrik tan sehektar. Tembikai yang ditanam di Malaysia adalkah untuk pasaran domestik dan juga pasaran ekspot. Antara destinasi ekspot tembikai dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, China, Jepun dan sediki ke Negara Timur Tengah. Terdapat berpuloh-puloh malahan mungkin beratus-ratus varieti tembikai yang ada diselurh dunia. Kebanyakan benih tembikai yang di tanam di Malaysia adalah jenis Hybrid yang mana hampir 100% benih tersebut adalah diimpot daripada luar negara. Antara varieti ISI MERAH adalah seperti New Dragon 117, Semangka 144, Sky Light 162, New Grand Baby N123, Summer Delicious 174, Hi-U 168, Bow Long 288, Big Mel 202, Taipan 275, Hitam Manis S 108, Golden Crown 167, Diana, China Boy, Pearl 275, King Black Gold 7733 dan Super Sweet Black Lady. Varieti Isi Kuning pula seperti Golden Delight 363, Bow Fong 272, Yellow Baby, New Orchid, New Sweet Baby, Jingga Manis 383, Orange Beauty dan Yellow Beauty 262. Sementara itu Varieti Tanpa Biji adalah seperti Red Victor 226, Red Star 1818, Quality 126, Fengshan 106, Pure Luck 128, Unique 129, Sin Fon dan Seedless 200. Nama-nama varieti ini ditentukan oleh banyak pengeluar dan pengedar benih tembikai dengan sistem mereka tersendiri dengan kesemuanya adalah diimport dari luar negara (Sila lihat foto diatas). Malaysia masih belum lagi mampu untuk menghasilkan benih tembikai sendiri dan terus bergantung kepada pengimpotan walau pun dari segi buah tembikai segar banyak di eksport.
1. Nama Tanaman : TEMBIKAI (Citrullus lunatus)
2. Varieti Tembikai : TEMBIKAI MERAH
3. Kepadatan Pokok : 2,000 pokok/hektar
4. Jarak Tanaman : 2.0 m x 2.5 m
5. Jangkahayat : 3 bulan
6. Intensiti tanaman setahun : 3 kali
ALIRAN WANG MASUK (Semusim/ Setahun):
SEMUSIM SETAHUN
7. Hasil Tembikai (Kg/ha) 30,000 90,000
8. Harga Ladang (RM/kg) 1.50 1.50
9. Pendapatan Kasar (RM) 45,000,00 135,000
10. Pendapatan Bersih (RM) 26,071.65 86,908.65
ALIRAN WANG KELUAR (Semusim/Setahun):
SEMUSIM SETAHUN
11. Kos Pembangunan (RM) 15,570 Tiada
12. Kos Bahan Input (RM) 11,547 29,721
13. Kos Tenaga Kerja (RM) 4,800 14,400
14. Kos Pelbagai (RM) 1,680 0
15. Kos Luar Jangka (10%) 9011.35 32,290.05
16. Jumlah Kos Pengeluaran 18,928.35 48,091.35
ANALISA KEWANGAN (UNTUK 5 TAHUN):
17. IRR (Internal rate of Return) : 532%
18. NPV (Net Present Value) : RM 313,685.57
19. BC Ratio (Benefit Cost) : 2.64
20. Titik Pulang Modal : RM 9.57
21. Tempoh Pulang Modal : Tahun 1
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.