Support My Blog

Monday, May 13, 2024

MAS COTEK DAN FAKTA SEKARANG

TANAMAN DAN PRODUK MAS COTEK
atau EMAS COTEK (Ficus deltoidea) dari keluarga Moraceae pernah menjadi tanaman yang sangat popular dan viral di Malaysia dahulu. Bagaimana pun ada tahun 2024 ini amat jarang tanaman dan produk Mas Cotek ini di gilai seperti dahulu. Tanaman Mas Cotek duu pernah di tanam secara komersial oleh ramai pengusaha dimana ia dilihat menjanjikan pulangan terbaik. Penulis blog semasa bertugas di beberapa Pejabat Pertanian Daerah juga ada memberikan bantuan khas didalam usaha memajukan tanaman ini sekitar tahun 2006 - 2008 dari aspek penanaman sehingga kepada menghasilkan produk seperti Teh Mascotek, Minyak Mas Cotek dan banyak produk lain di Johor. Apa pun tumbuhan asal liar ini telah di komersialkan dimana ia 
merupakan sejenis tumbuhan ang natif di Asia Tenggara yang kini digunakan untuk dijadikan bahan makanan kesihatan. Tumbuhan ini juga dipanggil sebagai Serapat, Sempit-sempit dan Agoluran (Sabah) dan telah dikategorikan sebagai tumbuhan ubatan. Tumbuhan ini dulu tumbuh liar dikawasan belukar dan kini telah dikomersilkan merupakan tumbuhan epifit (Ephyphyte) yang hidup menumpang pada tumbuhan lain dan diatas tanah. Kini ia telah ditanam diatas tanah secara komersil dan dijaga rapi untuk menghasilkan pelbagai produk mas cotek apabila ianyaberjaua diproses. Tanaman mas cotek boleh mencapai ketinggian sehingga 2 - 3 meter dan mempunyai banyak ranting, dahan dan daun. Bentuk daun mas cotek agak unik kerana ada berbentuk bulat, bentuk bujur telur , berbentuk lonjong atau pun tidak menentu bentuknya . Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat sementara pada dipermukaan bawah berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam diantara urat daun terutama yang bercabang. Pokok Mas Cotek mempunyai daun yang sering digunakan sebagai 'Teh Mas Cotek' bersama ranting dan dahan kecil. Bunganya dilihat terbentuk dibahagian ketiak tangkai daun sama dimana ianya tunggal (single) atau berpasangan (Paired). Bunganya berwarna hijau muda dan bertukar kepada kuning atau merah apabila matang. Ada banyak dakwaan daun mas cotek yang dikatakan jenis betina berbentuk 'BULAT' sementara daun mas cotek yang jenis Jantan mempunyai daun yang 'KECIL dan TIRUS'. Saya pernah menanam kedua-dua jenis pokok tersebut dalam pasu di rumah dulu untuk mempelajari tanaman ini. Tumbuhan lasak ini sesuai ditanam dikawasan tanah bertekstur ringan serta mempunyai saliran yang baik. Pokok akan rosak jika terendam dalam air akibat banjir. Taburan hujan bulanan dengan kadar 180 - 200 cm sebulan sesuai untuk penanaman mas cotek. Tanah Bris, Tanah Gambut dan tanah mineral sesuai untuk penanaman mas cotek. Saya ada menulis mengenai Mas Cotek ini dalam beberapa artikel sekitar tahun 2010-2013 dan boleh di rujuk dengan pautan (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Artikel pada jam 4.10 subuh pagi ini sambil mendengar bunyi ombak laut di Terengganu saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai tanaman dan produk Mas Cotek untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.


Tanaman Mas Cotek adalah sejenis tumbuhan asalnya memang tumbuh meliar yang menumpang atau ada yang mana ia menumpang di atas pokok lain dan biasanya hidup di kawasan perbatuan dan pergunungan tetapi di Malaysia ia banyak dijumpai di kawasan tanah bris seperti di kawasan Terengganu, Pahang dan Kelantan (Pantai Timur Semenanjung). Secara umumnya sejak dahulu dilaporkan ang di kalangan masyarakat tempatan telah lama secara alternatif ada menggunakan pokok ini secara turun-temurun untuk masalah kesihatan seperti masaalah kolesterol, saraf, masalah wanita dan banyak lagi kegunaan termasuklah mencantikkan kulit. Daunnya didapati kaya dengan bahan antioksidan dan bahan seperti vitamin C. Apa pun dilaporkan dimana d
ari sudut rawatan diabetes ada beberapa kajian di makmal yang menguji ekstrak tumbuhan ini ke atas tikus makmal mengatakan mas cotek mampu dalam ia menurunkan paras gula dengan cara meningkatkan rembesan insulin oleh kalenjar pankreas dan menggalakkan proses pengambilan gula oleh sel untuk ditukarkan menjadi tenaga. Apa pun di laporkan juga dimana terdapat juga kajian makmal lain yang menyatakan bahawa ia bertindak dengan cara ia merencatkan penyerapan gula di usus dan juga mengurangkan penghasilan gula oleh hati. Dahulu memang banyak produk Mas Cotek di pasaran dimana ia juga tersedia dalam bentuk kapsul, serbuk, teh, cecair, sapuanuntuk memudahkan pengambilan sebagai produk herba. Selain itu juga dimana ada yang mengambil daunnya yang telah dikeringkan atau meminum air rebusan daunnya sebagai teh minumn berubat. Penulis blog dahulu amat suka minum teh mas cotek dimana rasanya unik, menyegarkan dan baik untuk diamalkan tetapi kini sudah lama tidak mencari produk itu lagi. Mungkin ia semakin kurang di gunakan sama juga dengan isu beberapa produk tempatan berasaskan herba yang lain di pasaran oleh masyarakat tempatan.


Penulis 
blog hendak kongsikan apakah rahsia kelebihan dan khasiat Mas Cotek yang pernah di war-warkan dalam banyak kajian dan penulisan. Mengikut konsep ‘Doctrine of Signature’, bentuk, warna, rasa dan aroma pada mana-mana bahagian tumbuhan boleh memberi gambaran tentang kegunaan herba berkenaan dalam rawatan penyakit. Bagi tumbuhan emas cotek pernah dilaporkan dimana isu ‘Doctrine of Signature’ itu dapat dilihat pada tompok hitam ini mengambarkan organ reproduktif wanita yang terletak di antara dua kaki. berdasarkan konsep ini dimana produk mas cotek dipercayai berkhasiat untuk sistem reproduktif manusia khususnya bagi kaum wanita. Sempit-sempit adalah contoh nama tempatan yang digunakan bagi beberapa suku kaum Sabah juga telah menunjukkan khasiat tumbuhan. Mas cotek lebih khusus untuk kaum wanita kerana ia biasa diamalkan oleh wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim dan kemudian mengembalikan rahim kepada keadaan asal dengan lebih cepat. Mas cotek juga digunakan oleh wanita untuk rawatan beberapa jenis sakit puan. Antaranya ialah rawatan penyakit keputihan dan melawaskan peredaran haid. Sesetengah wanita yang telah mengamalkan minum teh mas cotek sebagai tonik kesihatan untuk mengekalkan keayuan dan awet muda. Kedua-dua daun mas cotek ini juga didapati digunakan sebagai ramuan dalam menyediakan tonik untuk lelaku dan wanita oleh pengamal perubatan tradisional di Terengganu dan Kelantan. Di Indonesia, air rebuusan mas cotek kebanyakkannya digunakan sebagai tonik aprodisiak untuk wanita. Menurut beberapa pengamal perubatan tradisional, emas cotek juga berupaya mencegah dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit lain jika diamalkan dengan betul. Antara penyakit-penyakit tersebut ialah paru-paru berair, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan cirit-birit. Tumbuhan ini juga digunakan untuk melancarkan peredaran darah dan seterusnya sebagai rawatan sakit kulit. Apa pun kaedah dan cara penggunaan mas cotek berbeza mengikut amalan seseorang. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pengamal perubatan tradisional mengesyorkan ia digunakan sebagai minuman teh herba. bagi memastikan khasiat tumbuhan ini terpelihara, beberapa petua penyediaan hendaklah diikuti. Daun segar terlebih dahulu dikeringkan di bawah teduh selama beberapa hari sehingga betul-betul kering supaya dapat disimpan lebih lama. Air rebusan atau rendaman (infusion) menggunakan daun kering di dalam air panas menggunakan bekas yang tertutup dan diminum apabila suam. Sebaik-baiknya, penggunaan bekas besi dielakkan kerana dikhuatiri boleh mengganggu kandungan bahan bioaktif dalam tumbuhan tersebut. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, sebilangan pengamal mengesyorkan supaya daun dan bahagian-bahagian lain seperti akar, batang dan buah daripada sekurang-kurangannya tujuh emas cotek betina dan jantan digunakan dalam sesuatu ramuan ubat. Dalam beberapa laporan kehebatan mas cotek dikaitkan dengan rawatan beberapa penyakit yang dapat dibantu dan diantaranya adalah seperti Mengeluarkan toksin dalam badan, Melancarkan perjalanana darah, Sakit urat saraf, Gout, Kencing manis, Darah tinggi, Membuang kolestrol dan lemak, Buasir, masaalah Migraine atau sakit kepala, Paru-paru barair, Pemulih tenaga batin, Sakit puan, Segugut, Sakit pinggang, isu keletihan, Masalah tidur, Ransangan hormon lelaki, dapat mengecutkan pintu peranakan, Merapatkan pintu rahim, Sakit lutut, Mencantikkan dan juga melincinkan kulit dan merawat demam atau selsema. Semua ini di ttulis sebagai testimoni oleh beberapa laporan.


Bagaimana hendak mendapatkan produk berasaskan Mas Cotek sekarang ini bukan menjadi satu masaalah lagi. kalau masa dulu sesiapa pengguna yang hendak mendapatkan produk herba atau produk lokal mereka perlu mencarinya di beberapa kedai atau premis yang ada menjual di mana-mana sahaja. Akan tetapi di zaman inii memang amat mudah untuk mendapatkan semua benda asalkan ada duit dan handphone HP) atau laptop sahaja. Ini kerana industri jualan terus secara atas talian (on-line) memang amat mudah di lakukan dimana produk yang hendak di bei akan terus dihantar kerumah dan kadang-kadang ia jauh lebih murah daripada membelinya di premis. Beberapa syarikat seperti Lazada, Shopee dan sebagainya ada menyediakan talian diimana pembaca blog boleh mencari aplikasi ini dengan mudah. Bagi produk berasaskan mas cotek juga amat mudah di cari dalam aplikasi tersebut dimana kaedah ini memudahkan perniaga (pengeluar) serta pengguna atau pembeli. Melihat foto diatas ada pelbagai jenis produk berasaskan mas cotel daripada prodk teh untuk minuman dan pelbagai produk lain. Shopee Malaysia menawarkan 30 paket teh mas cotek dalam uncang dengan harga RM28.00 sahaja yang bermakna harganya jatuh kepada RM kurang seringgit. Disebelahnya terdalam juga iklan produk teh Mas Cotek jenama Herba Ethano sebanyak 30 uncang dengan harga RM30 sahaja. Pihak Shopee ada juga iklankan produk Serbuk Mas Cotek Asli dalam botl 25 gram dengan harag cuma RM10.00 sahaja. Dalam pada itu produk Mas Cotek 250mg dalam bentuk tablet 60S dijual oleh aplikasi Lazada Malaysia dengan harga RM76.70 dimana produk ini memang dipercayai mengandungi sebanyak 60 biji tablets. Uniknya dimana ada di Lazada Malaysia iklankan 100% Mas Cotek Original dengan harga RM1.00 sebiji sahaja. Apa pun kebanyakan iklan ini menyatakan dimana tidak ada dikenakan caj untuk kos penghantaran di Malaysia. Kini di Malaysia memang mudah untuk mendapatkan produk berasaskan produk Mas Cotek secara on-line ini. Bagaimana pun pengguna perlu juga waspada dan berhati-hati didalam pengambilan produk herba seperti ini kerana jaminan kualiti dan keaslian produk perlu di pastikan dahulu sebelum mengambilnya. Apa pun sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk seperti ini dan merujuk kepada pakar perubatan jika ada apa-apa masaalah kesihatan yang timbul setelah mengambil produk ini. 
Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anm agro technology kali ini. Wasallam!...
NAMA MAS COTEK... SEJENIS HERBA...
BANYAK KHASIAT... POPULAR DULUNYA...
RAMAI YANG MINAT... KINI SUDAH LUPA...
DI TULIS ARTIKEL...IMBAS SATU ANALISA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 127, Villa Bidong Resort,
Batu Rakit, Kuala Terengganu,
Terengganu,
Malaysia.
(4 Zulkaedah 1445H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...