Support My Blog

Showing posts with label MAKANAN POPULAR DI JOHOR. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN POPULAR DI JOHOR. Show all posts

Monday, May 6, 2024

MAKANAN POPULAR DI JOHOR (Part 3)

MAKANAN JOHOR
ada banyak jenis dan pilihan dimana ia kini sudah banyak yang mencapai ke tahap makanan nasional pula. Malaysia memang unik dari segi kuliner dimana ada makanan yang popular di sesebuah negeri sehingga sudah di jadikan sebagai ikon untuk hidangan dalam jamuan rasmi, hidangan istimewa di hotel, hidangan dalam majlis-majlis rasmi dan juga jualan di restoren atau pasar malam. Saya yang berasal dari Johor sudah ujirasa kebanyakkan jenis makanan popular sejak kecil dahulu kerana ia mudah di dapati di persekitaran di kampong Muar sana dan selama bertugas lebih dari 16 tahun di merata daerah di Negeri Johor. Pada penulis blog cara penyediaan makanan orang Johor amat berbeza dengan cara penyediaan makanan orang Melaka sehinggakan ada rakan yang dakwa makanan orang Johor agak manis berbanding dengan masalan orang Melaka. Siapa yang tidak kenal dengan beberapa nama masakan Johor seperti Beriyani Gam, Mee Bandung Muar, Laksa Johor, Mee Rebus Johor, Kacang Pool, Sate Pagi Muar, Asam Pedas Johor, Lontong Johor, Ayam Ungkep, Burasak, Botok-botok, Mee Racun, Mee Siput, Basi Ambeng, Otak-otak Kempas, Pecal atau Pecel, Rojak Petis Muar, Pisang Salai, Soto, Roti Kirai dan banyak lagi. Sama dengan beberapa jenis makanan popular daripada beberapa negeri lain dimana sesiapa yang tinggal di kawasan Lembah Kelang memang amat mudah mendapatkannya dari pelbagai lokasi. Inii kerana jangan terkejut kalau penjual makanan popular Johor ini sudah di masak atau dijual oleh orang atau mereka yang bukan lagi berasal dari Johor atau termasuk dalam kategori 'Bangsa Johor'. Sehinggakan di Melaka penulis blog sering kunjungi restoren yang di tulis dengan nama 'Restoren Selera Johor' dan memang berbaloi menikmati juadahnya. Ada didakwa iaitu nama sejenis makanan untuk sarapan pagi dengan nama 'Murtabak Singapore' yang popular di Johor walau pun ia sebenarnya merupakan sejenis makanan asal Johor. Dalam menilai situasi dimana 'pola pemakanan' rakyat Malaysia (termasuk Bangsa Johor) ini berubah akibat banyaknya jenis makanan dari luar negara sudah di minati ramai namun makanan popular Johor masih terus dapat dinikmati dimana sahaja. Artikel subuh ini sambil melihat ombak laut di Desaru, Kota Tinggi, Johor saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis makanan popular di Johor untuk dijadikan bahan bacaan can rujukkan semua.


(7) KACANG POOL
Makanan popular Johor seperti KACANG POOL Johor Bahru merupakan satu jenis makanan yang istimewa bagi ramai penduduk Johor Bahru yang kini semakin popular di negeri lain. Kuah kacang istimewa yang akan dihidangkan di dalam mangkuk lengkap dengan telur mata separuh masak serta limau kasturi selain dari sekeping roti bakar buatan sendiri pasti membangkitkan selera pada awal pagi. Melihat hidangannya yang ringkas, semua pasti tertanya-tanya apa keistimewaannya sehinggakan ia menjadi buah mulut pelancong yang datang ke Johor Bahru. Di sebalik setiap hida­ngan yang enak pasti punya cerita tersendiri. Salah satu tempat menjual hidangan istimewa ini yang saya pernah kunjungi adalah Kacang Pool Haji yang terletak di Larkin, Johor Bahru. Kini kalau hendak makan kacang pool di tempat tinggal saya di Putrajaya ini anda cuma pergi ke Pasar Tani Mega Putrajaya pada setiap hari Jumaat. Merujuk kepada sejarah mengenai kacang pool ini yang diusahakan Makpol Kairon atau lebih dikenali sebagai Haji Kacang Pool. Makanan kacang pool adalah salah satu hidangan atau menu asal dari negara Arab. Namun kini menu itu sudah diolah bagi tujuan memenuhi cita rasa Melayu dan Jawa dimana ia sekali gus menjadikan Kacang Pool Haji ini digemari ramai termasuklah orang kenamaan dan orang biasa. Makanan ini telah dijadikan satu hidangan istimewa dari Negeri Johor sama seperti Nasi Beriyani Gam, Mee Bandong Muar, Mee Rebus Hj Wahid, Asam Pedas Parit Jawa, Mee Siput dan sebagainya. Penulis blog sesekali akan pekena makanan ini jika tutun keJB untuk yang original,


(8) ASAM PEDAS JOHOR
Makanan popular Johor seperti ASAM PEDAS yang mana ia merupakan satu jenis masakan yang popular dikalangan Masyarakat Melayu di Johor dan di Malaysia sebagai sejenis lauk yang dihidangkan bersama nasi. Aapabila disebut sahaja perkataan 'ASAM PEDAS' dalam sektor tanaman, jangan cepat keliru dengan sejenis tumbuhan asam yang rasanya pedas - itu memang tidak ada!. Gelaran Masakan Asam Pedas lebih tepat kerana sememangnya rasa masakan ini adalah kombinasi antara Rasa Masam (Berasaskan Asam) dan juga Pedas (Berasaskan Cili). Penulis blog sejak dulu memang sangat suka makan asam pedas dengan nasi panas dan sayur jenis berdaun seperti Kangkong, Sawi atau Bayam serta kobis yang ditumis kering. Cara menyediakan menu masakan asam pedas juga mudah asalkan ada kepakaran dan pengetahuan tentang memasak. awasan Gerai Makan Tanjung Emas di Muar, di Pengkalan Nelayan Parit Jawa dan banyak disekitar Bandar Melaka contohnya popular dengan masakan asam pedas di Bandar Muar dengan harga yang sangat berpatutan (Mahal pun dikira berpatutan - Ikan Fresh dan segar!). Bagaimana pun penulis blog memang selalu 'pekena' masakan asam pedas Parit Jawa dan Tg Emas semasa bertugas di Muar beberapa tahun dulu sehingga kini tetap berkunjung. Masakan Asam Pedas adalah berasaskan kepada bahan utamanya iaitu IKAN, DAGING, TETEL atau AYAM. Asam Pedas Ikan memang banyak jenis ikan yang sesuai seperti Ikan Parang, Ikan TenggiriIkan Pari, Ikan Kembong, Ikan Tongkol, Ikan Jenahak, Ikan Sembilang, Ikan Merah, Ikan Selar Ikan Cencaru dan banyak lagi yang tidak dapat disebutkan. Pada saya asam pedas Ikan Jenahak, Ikan Merah dan Ikan Pari merupakan pilihan kerana rasa lemaknya yang hebat. Paling penting ikan yang digunakan masih segar dari laut seperti di kawasan pendaratan ikan di Parit Jawa, Muar. Kebanyakan restoran biasa menggunakan ikan kembong atau ikan selar sebagai menu asam pedas kerana senang didapati dan harga yang agak murah. Ikan Parang menjadi kegemaran orang Melaka untuk dimasak asam pedas. Memang ikan parang sedap dimasak asam pedas tetapi masaalahnya adalah banyak duri. Petua orang tua perlu ditarek ekor dengan kuat sebelum ikan parang dipotong untuk meleraikan duri ikan parang.


(9) TELUR PINDANG
Makanan popular seperti TELUR PINDANG iaitu telur ayam yang direbus bersama-sama dengan pelbagai jenis ramuan termasuk beberapa jenis herba untuk mendapatkan kulit telur berwarna coklat kehitaman yang enak dan pada saya sangat lazat. Telur Pindang ini popular dikalangan orang Johor dan merupakan identiti untuk makanan tradisional bagi Negeri Johor (tempat tumpah tanah airku). Saya memang sangat kenal dengan Telur Pindang ini semenjak kecil lagi kerana memang telah ada pengalaman dan menjadi kebiasaan memakan dan memasak telur pindang. Orang dulu-dulu mungkin menggunakan kaedah ini untuk tujuan penyimpanan telur yang telah direbus dengan ramuan yang baik selepas diberikan kepada tetamu dalam jemputan kenduri majlis perkahwinan, majlis cukur jambul (Pu'putan), Majlis Kenduri Berkhatan atau Majlis-majlis lain dikampong. Artikel subuh Isnin ini saya menulis mengenai Teknologi Penyediaan Telur Pindang dan khasiatnya berdasarkan pengalaman saya dikampong dan pembacaan beberapa buah artikel rakan-rakan lain. Bahan-bahan untuk membuat ramuan memasak telur pindang banyak daripada pelbagai jenis daun dan ramuan lain (Lihat foto) . Apa yang diamalkan secara tradisinya oleh orang Johor akan masukan ramuan seperti Garam, Kicap, Jintan Putih, Jintan Manis, Ketumbar, Asam jawa dan berbagai jenis bahan lain. Bahan tersebut adalah Kulit Bawang Merah, Kulit Bawang Putih, Serai, Daun Serai Wangi, Daun dan isi Lengkuas, Daun Pandan, Daun Senduduk, Daun Salam, Daun Kunyit, Daun Mengkudu, Daun Kunyit, Daun Jambu Batu dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut sama ada di kisar, di potong dan dibasuh dengan bersih akan dimasukkan berlapis-lapis diantara lapisan telur ayam. Telur pindang yang direbus selama 2-3 hari ini akan diangkat keluar dari dalam periok secara berhati-hati agar tidak jatuh dan pecah kedalam bekas. Telur ini akan disejukkan dan ditoskan airnya sehingga benar-benar kering. Bagi tujuan majlis perkahwinan, telur pindang akan di balut dengan kain kasa dan lidi bagi dicucukkan diatas pohor bunga telur. Kepandaian dan kreativiti membungkus telur pindang untuk pohor ini akan menentukan kualiti telur pindang yang di sediakan. Telur pindang ini lazimnya akan diberikan kepada tetamu selepas majlis berinai pengantin dijalankan satu biji seorang. Bagi tetamu lain yang hadir jemputan akan diberikan satu atau dua biji telur pindang yang dimasukan didalam bekas kertas, seramik, bakul kecil dan sebagainya. Apa pun dari pengamatan penulis blog mendapati telur pindang ini tahan disimpan sehingga 10 - 14 hari dan lebih lama lagi jika disimpan dalam peti sejuk. Telur pindang dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang sedap dan enak. 
Artikel ini di bahagikan kepada tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya.Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN JOHOR... BANYAK JENISNYA....
RASANYA ENAK... BERBALOI NIKMATINYA...
BOLEH DI CARI ... DI MANA-MANA SAHAJA...
DIBUAT SENDIRI..,ATAU DIBELI MUDAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pantai Desaru, Kota Tinggi,
Johor, 
Malaysia.
(23 Syawal 1445H).

Sunday, May 5, 2024

MAKANAN POPULAR DI JOHOR (Part 2)

MAKANAN JOHOR
ada banyak jenis dan pilihan dimana ia kini sudah banyak yang mencapai ke tahap makanan nasional pula. Malaysia memang unik dari segi kuliner dimana ada makanan yang popular di sesebuah negeri sehingga sudah di jadikan sebagai ikon untuk hidangan dalam jamuan rasmi, hidangan istimewa di hotel, hidangan dalam majlis-majlis rasmi dan juga jualan di restoren atau pasar malam. Saya yang berasal dari Johor sudah ujirasa kebanyakkan jenis makanan popular sejak kecil dahulu kerana ia mudah di dapati di persekitaran di kampong Muar sana dan selama bertugas lebih dari 16 tahun di merata daerah di Negeri Johor. Pada penulis blog cara penyediaan makanan orang Johor amat berbeza dengan cara penyediaan makanan orang Melaka sehinggakan ada rakan yang dakwa makanan orang Johor agak manis berbanding dengan masalan orang Melaka. Siapa yang tidak kenal dengan beberapa nama masakan Johor seperti Beriyani Gam, Mee Bandung Muar, Laksa Johor, Mee Rebus Johor, Kacang Pool, Sate Pagi Muar, Asam Pedas Johor, Lontong Johor, Ayam Ungkep, Burasak, Botok-botok, Mee Racun, Mee Siput, Basi Ambeng, Otak-otak Kempas, Pecal atau Pecel, Rojak Petis Muar, Pisang Salai, Soto, Roti Kirai dan banyak lagi. Sama dengan beberapa jenis makanan popular daripada beberapa negeri lain dimana sesiapa yang tinggal di kawasan Lembah Kelang memang amat mudah mendapatkannya dari pelbagai lokasi. Inii kerana jangan terkejut kalau penjual makanan popular Johor ini sudah di masak atau dijual oleh orang atau mereka yang bukan lagi berasal dari Johor atau termasuk dalam kategori 'Bangsa Johor'. Sehinggakan di Melaka penulis blog sering kunjungi restoren yang di tulis dengan nama 'Restoren Selera Johor' dan memang berbaloi menikmati juadahnya. Ada didakwa iaitu nama sejenis makanan untuk sarapan pagi dengan nama 'Murtabak Singapore' yang popular di Johor walau pun ia sebenarnya merupakan sejenis makanan asal Johor. Dalam menilai situasi dimana 'pola pemakanan' rakyat Malaysia (termasuk Bangsa Johor) ini berubah akibat banyaknya jenis makanan dari luar negara sudah di minati ramai namun makanan popular Johor masih terus dapat dinikmati dimana sahaja. Artikel subuh ini sambil melihat ombak laut di Desaru, Kota Tinggi, Johor saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis makanan popular di Johor untuk dijadikan bahan bacaan can rujukkan semua.


(4) MEE BANDUNG
Kuliner atau makanan tradisi iaitu Mee Bandung yang berasal dan amat terkenal di Muar kini sudah terkenal di seluruh Malaysia kerana kehebatan citarasnya. Penulis blog dapati dimana perkataan ‘bandung’ tiada kena mengena dengan Bandar Bandung di Indonesia dimana penulis blog beberapa kali ke sana tetapi tiada kuliner ini disana. Apa pun selalu dilaporkan dimana perkataan bandung bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bahan masakan apabila ianya bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain akan menghasilkan aroma, rasa dan keenakan tersendiri. Penulis blog semasa muda dan hadir majlis rewang pernah bertugas membuat kuliner minuman iaitu 'Sirap Bandung' iaitu campuran minuman susu dan ia bergandingan dengan sirap berperisa ros atau soda sehingga sangat enak dan popular di Muar, Johor. 
Mee Bandung ialah masakan berasaskan mee kuning berkuah yang mengandungi bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah. Dahulunya Mee Bandung ialah masakan gandingan mee dan telur sahaja disamping ramuan campuran cili dan bawang tumisan atau pun bersama rempah ratus akan tetapi kini ditambah dengan bahan-bahan lain seperti udang, daging, kuah ikan dan juga sayuran. Kini terdapat pes mee bandung terpopular dan ternak di Muar iaitu 'Pes Mee Bandung Makpon'. Pada penulis blog memang sentiasa menyimpan stok pes Makpon untuk dapat di masak bila-bila masa sahaja. Menyediakan kuliner mee bandung dengan pes Makpon sangat mudah dan kuahnya akan dihirup sehingga ke dasar mangkuk tidak tertinggal. Penulis blog sebagai pegawai pertanian daerah dulu pernah menyalurkan bantuan peralatan mesin kepada pengusaha Makpon di peringkat awal mereka mulakan membuat pes ini melalui Pejabat Pertanian Daerah Muar. Makanan ini kini manjdai kegemaran ramai rakyat Malaysia.


(5) LAKSA JOHOR
Makanan popular iaitu Laksa Johor merupakan sejenis makanan berasaskan kepada Laksa yang sangat popular di Negeri Johor. Kini makanan yng menjadi ikon Negeri Johor ini telah pun jadi makanan kebangsaan kerana ia boleh didapati dibeberapa premis lain diseluruh negara. Laksa Johor juga merupakan sebahagian daripada makanan berasaskan nama Laksa selain daripada Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Melaka, Laksa Terengganu, Laksa Kari dan banyak lagi. Apa pun makanan laksa menggabungkan jenis mee, kuah dan juga beberapa ramuan lain yang dimakan sebagai hidangan istimewa. Makanan ini sering dihidangkan kepada ahli keluarga pada waktu tengahari, petang dan malam tetapi jarang dihidangkan pada waktu pagi. Paling ketara adalah jenis laksa ini dihidangkan semasa jamuan seperti rumah terbuka, majlis rasmi dan sebagainya. Laksa Johor memang dipercayai memang berasal dari Negeri Johor semenjak dulu semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar lagi. Ia dimakan oleh semua golongan masyarakat kerana rasanya yang lemak, masam, manis, pedas dan mengenyangkan. Kini Laksa Johor banyak dijual di restoren, pasar malam, gerai-gerai di pusat membeli belah, gerai biasa malahan ada dilaporkan penjaja yang menjual laksa ini. Adalah tidak menjadi kehairanan jika makanan Laksa Johor ini sentiada dhidangkan dibanyak hotel sebagai satu makanan yang istimewa. Penulis blog yang berasal daripada Johor memang meminati makan laksa ini kerana ia menjanjikan kandungan dan kepelbagaian yang ada pada laksa ini dengan banyak jenis sayuran sebagai ramuannya. Jika membeli dipasar malam atau pasar tani lazimya laksa ini disediakan dengan harga amat berpatutan. Bergantung kepada keunikan laksa ini biasanya dijual pada harga serendah RM5.00 satu set kepada RM10.00 satu set.


(6) MEE REBUS JOHOR
Makanan popular seterusnya adalah Mee Rebus dimana resei yang paling terkenal di Johor adalah MEE REBUS HAJI WAHID merupakan sejenis hidangan mee rebus yang amat popular berasal daripada Johor Bahru, Johor. Penulis mula 'rasa' menu mee rebus Hj Wahid ini sekitar hujung tahun 1980'an di gerai yang menjual mee ini disebelah KOMTAR Jalan Ah Fook, Johor Bahru. Ia adalah resepi asli mee rebus ini yang sungguh enak dan setanding dengan Mee Bandung Muar. Mee ini agak unik kerana rasanya yang lemak manis, pedas, ada tepung rangup dan juga dicampur masam macam rasa cuka. Kini kita boleh menikmati mee rebus Hj Wahid ini dibanyak lokasi lain terutama di sekitar Johor Bahru, Lembah Kelang dan juga Putrajaya dengan harga berpatutan. Walau pun pada pendapat penulis dari segi rasa memang agak tidak sama dengan yang dijual di Johor Bahru tetapi ia mampu bagi menghilangkan kempunan peminat mee rebus ini. Kalau pada awal-awal populariti mee ini dahulu (1980'an) harga mee ini cuma RM1.50 sepinggan sahaja tetapi kini di Putrajaya ia dijual dengan harga RM5.00 sepinggan (Biasa) dan RM5.50 sepinggan (Special). Kita bagaimana pun boleh membuatnya sendiri untuk dimakan ahli keluarga atau pun untuk menjamu para hadirin yang dijemput semasa kenduri atau membuat rumah terbuka. Hidangan ini simpel dan mudah disediakan dan memerlukan kos yang juga tidak banyak. Ia dimakan oleh semua golongan masyarakat daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua yang sudah kurang bilangan giginya. Ia juga sesuai dimakan pada waktu tengahari, petang dan malam hari walau pun agak jarang dihidangkan pada sarapan pagi. Apa pun a
rtikel ini di bahagikan kepada tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN JOHOR... BANYAK JENISNYA....
RASANYA ENAK... BERBALOI NIKMATINYA...
BOLEH DI CARI ... DI MANA-MANA SAHAJA...
DIBUAT SENDIRI...MEMBELI MUDAH SAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pantai Desaru, Kota Tinggi,
Johor, 
Malaysia.
(23 Syawal 1445H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...