Support My Blog

Tuesday, January 31, 2023

PELANDUK - FAKTA MENARIK

PELANDUK
(Tragulus spp.) atau Kancil merupakan sejenis haiwan mamalia yang kecil dan banyak diperkatakan didalam cerita dongeng kepandaiannya di zaman kanak-kanak lagi. Cerita 'Sang Kancil' dengan pelbagai variasi kisahnya memang merupakan satu ingatan kepada kita semua. Bagaimana pun setelah dewasa kebanyakan pembaca blog hanya dapat melihatnya semasa melawat di Zoo sahaja. Memang sukar untuk anda berpeluang melihat pelanduk hidup liar di hutan. Pelanduk dilaporkan sejenis haiwan berkaki empat dari rumpun ungulat berjari genap dalam keluarga Tragulidae yang terletak di bawah genus Tragulus. Lazimnya haiwan yang didakwa 'cerdik' ini mempunyai berat sekitar 0.7 - 8.0 kg seekor. Bagi ukuran badannya pla cuma sekitar 40 -75 cm dimana ia dikelaskan sebagai haiwan ungulat yang kecil sekali di dunia. Taburan pelanduk terhad kepada Asia Selatan dari China selatan jauh (Yunnan selatan) hingga Filipina dan Pulau Jawa. Sesetengah spesis pelanduk kurang dikenali akan tetapi semuanya adalah dipercayai bersifat nokturnal (aktif waktu malam) dan makan daun-daun, buah-buahan, rumput dan lain-lain tumbuhan dalam semak hutan yang tebal. Pelanduk dilaporkan hidup secara bersendirian atau ianya berpasangan. Biasanya pelanduk jantan tumbuh gigi taring panjang dimana sama ada [elanduk jantan atau pun betina tidak tumbuh tanduk yang digunakan untuk bertarung. Tidak seperti ahli Tragulidae yang lain dimana lazimnya pelanduk tidak kelihatan belang atau tompok yang jelas pada bahagian belakan. Membuat beberapa rujukkan dimana pelanduk pada asalnya hanya dikenali dua spesis iaitu dalam genus Tragulus iaitu Tragulus napu (Dikenali sebagai Napuh) yang agak besar saiznya dan Tragulus javanicus (di kenali sebagai Kancil atau pelanduk Jawa) yang saiznya agak kecil. Bagaimana pun kemudian pada tahun 2004, genus Tragulus nigricans dan Tragulus versicolor dipecahkan dari Tragulus napu dan Tragulus kanchil dan Tragulus williamsoni dipecahkan dari Tragulus javanicus. Di Malaysia pelanduk adalah haiwan yang dilindungi dibawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 atau P.U. (A) 345 dibawah Jabatan Perhilitan dimana pesalah boleh dihukum. Artikel malam Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai info fakta menarik berkaitan pelanduk untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Fakta menarik yang pertama mengenai bagaimana '
Bekal pelanduk ke seluruh negara' dilaporkan dalam media tempatan. Biasanya seekor pelanduk dewasa mampu mencapai berat sehingga tiga kilogram (Sila lihat foto disebelah). Aktiviti menternak haiwan pelanduk secara liar mampu untuk menjadikan haiwan itu tidak mengalami stres. Fakta bagaimana perkara itu dikongsikan Hairulnizan Ghazali (45 tahun) yang berpengalaman menternak haiwan itu secara komersial sejak lima tahun lalu. Dakwanya pelanduk cukup dikenali sebagai haiwan yang mempunyai karakter pemalu dan sukar mendedahkan diri apabila berada di hutan. Biarpun dipelihara dalam kurungan dengan suasana seperti habitat semula jadi yang dipenuhi dengan pokok amat penting supaya pelanduk selesa dan tidak berasa terancam. Beliau kini mengambil inisiatif sendiri dengan menanam pokok di dalam kurungan untuk mengadaptasikan keadaan seperti di dalam hutan sebenar. Dia berikan makanan asas pelanduk termasuk daun ludai, daun maya dan daun simpoh air yang dicarinya sendiri di hutan. Kemudian dia turut menanam pokok hutan di sekitar kurungan sebagai stok bekalan makanan. Dilaporkan langkah ini sangat penting untuk memastikan pelanduk yang diternak dapat hidup dengan lebih baik selain dapat mengelakkan stres dimana pelanduk memiliki potensi besar untuk berkembang. Keadaan 'stres' boleh berlaku apabila pelanduk berasa terancam selepas melihat individu yang tidak dikenali dan pemangsa seperti burung hantu serta helang. Pelanduk yang stres akan menunjukkan perubahan termasuk dilihat bersendirian, kurang makan dan warna bulu bertukar. Sekiranya dibiarkan berterusan lazimnya maka  pelanduk boleh mati. Pelanduk yang menunjukkan gejala ini akan ditangkap dan dikuarantin selama 10 - 14 hari untuk diberi lebih perhatian. Walau pun menyedari cabaran yang dihadapi, minat mendalam terhadap haiwan liar ini mendorong Hairulnizan menternak pelanduk secara komersial di atas tanah seluas 0.4 hektar di Batu Kurau, Perak. Berbekalkan modal dan pengalaman sendiri kini dia bermula dengan menternak 10 pelanduk (tiga jantan dan tujuh betina) di dalam kurungan untuk proses pembiakan. Dia mengambil masa selama tiga hingga empat tahun untuk membiakkan pelanduk sehingga berjaya memiliki 70 ekor. Awalnya dalam usaha  untuk menangkap pelanduk bagi dijadikan baka induk, dia memohon lesen menangkap haiwan itu daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan kemudian dia memohon lesen untuk menyimpan. Apabila induk sudah stabil maka dia mohon permit pembiakbakaan, lesen menjual hidupan liar dan lesen panel penandaan. Apa pun dilaporkan sehingga kini dia sudah membekalkan pelanduk hidup ke seluruh Semenanjung Malaysia. Perkara yang perlu dititikberatkan dalam menternak pelanduk adalah kebersihan dan pemakanan. Kebersihan di dalam kandang dapat mengelakkan pelanduk terkena jangkitan penyakit yang diakibatkan oleh cacing. Daripada segi pemakanan pula, ia perlu diberikan mengikut waktu ditetapkan, namun pada kuantiti yang tidak terlalu banyak. Pelanduk mempunyai potensi besar untuk berkembang kerana selalu ia mendapat permintaan yang tinggi di negara ini. Kini dia sedang menaik taraf kurungan untuk menambah ternakan bagi memenuhi permintaan pasaran. Dia tidak menolak untuk menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan untuk bersama-sama mengembangkan ternakan pelanduk secara komersial.

Fakta menarik dari Labis, Segamat, Johor bagaimana 'Warga Emas mengisi masa terluang menjinakkan kancil dan kijang' menarik dikongsikan juga. Kisah bagaimana g
olongan muda hari ini bukan sahaja tidak berpeluang menikmati akan keenakannya, malah turut juga tidak berpeluang melihat secara dekat dengan beberapa spesis haiwan liar seperti landak, kancil, kijang dan rusa tempatan yang semakin diancam kepupusan. Namun usaha gigih seorang warga emas di Kampung Tenang, Labis ini untuk menjinak dan menternak beberapa spesis haiwan liar seperti kancil dan kijang patut dipuji kerana usaha tersebut sedikit sebanyak mampu memberi sedikit sinar kepada ramai generasi akan datang agar tidak sekadar mengenali haiwan tersebut melalui penceritaan dan gambar sahaja. Bagi Ali Daud (70 tahun) dimana segalanya bermula pada tahun 2016 apabila permohonannya mendapatkan permit menternak landak diluluskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum diikuti permit menangkap dan memelihara kancil pada awal tahun 2018. Dia yang asalnya bermula dengan beberapa ekor induk landak raya yang diperolehi dari Selangor pada tahun 2016, namun induk landak raya tersebut merupakan baka landak yang mampu dikembangkan di pusat ternakan bukan landak liar yang ditangkap dari hutan. Dia berminat menyimpan dan juga memelihara kancil kerana usaha menjinakkan dan memelihara kancil belum dilakukan oleh orang ramai ketika itu berbanding landak dan rusa. Dia mencuba nasib dengan memohon permit menangkap kancil dengan Perhilitan Melaka dan Pahang pada penghujung tahun 2017 memandangkan tiada permit yang  dikeluarkan untuk menangkap dan memburu haiwan liar di negeri Johor. Permohonannya diluluskan pada Januari 2018 dan dia tidak menoleh ke belakang lalu berusaha memasang perangkap jatuh di kawasan hutan sekitar Felda Selancar yang terletak di negeri Pahang untuk mendapatkan kancil bagi tujuan dijinakkan dan dipelihara. Menurutnya selama lima bulan dia berulang alik menaiki motosikal ke hutan tersebut yang terletak kira-kira 60 kilometer dari rumahnya untuk memasang dan melihat perangkap jatuh yang dipasangnya sama ada mengena atau tidak. Usaha menangkap kancil bukan sesuatu yang mudah dimana sebaliknya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kancil begitu sensitif dengan bau terutama bau manusia dan perangkap yang dipasang selalunya mengambil masa lebih seminggu sebelum dijengguk mangsa. Dalam tempoh tersebut selalunya daun lemaya yang dipasang sebagai umpan akan layu dan tidak lagi mampu menarik perhatian kancil untuk menjamahnya dan terpaksa ditukar dengan daun yang segar. Proses tersebut kena juga dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan dia akan meninggalkan sebarang jejak dan bau yang boleh ianya menghalang kancil mendekati perangkap. Dalam tempoh lima bulan dia berjaya menangkap lima ekor kancil terdiri tiga betina dan dua ekor jantan untuk dijadikan induk. Namun usahanya tidak berakhir disitu sahaja kerana dia perlu sekali lagi memohon permit memelihara daripada Perhilitan sebelum boleh meneruskan hasratnya memelihara haiwan liar tersebut.

Dia dakwa memang penting mengambil Daun Lemaya yang menjadi kegemaran kancil untuk disediakan (Sila lihat foto disebelah). Pada peringkat awal agak sukar untuk menjinakkan haiwan tersebut sehingga dia terpaksa mengurung kancil liar yang sudah ditangkap dari hutan itu di dalam tempat yang gelap untuk tempoh beberapa minggu bagi membiasakannya dengan persekitaran baharu. Bagaimana pun dilaporkan ketika ini jumlah landak raya serta kancil peliharaanya sudah bertambah kepada 20 ekor landak dan sembilan ekor kancil. Dia perlu dia menghadkan hanya 20 ekor landak dalam satu masa kerana tidak mahu kandang yang disediakannya terlalu sesak yang boleh menyebabkan haiwan tersebut tidak selesa. Selalunya dia akan menjual baka landak sahaja kepada mereka yang berminat untuk menternak landak kerana dia tidak mempunyai lesen untuk tujuan pedaging dan sebaliknya hanya pengembangan baka sahaja. Sementara pelanduk atau kancil pula dia tidak lagi dibenarkan menjual sama ada dalam bentuk baka mahu pun daging untuk tujuan makanan kerana dia hanya mempunyai permit menangkap dan memelihara sahaja setakat ini. Apa pun berbanding landak dimana pembiakan kancil agak lambat kerana haiwan ini lazimnya hanya melahirkan seekor anak dalam satu masa dan secara maksima boleh bunting dua kali setahun. Selain itu penjagaan kancil agak rumit kerana kancil memerlukan suasana kandang yang menyerupai habitat sebenarnya seperti di dalam hutan, jika tidak kancil tidak selesa dan sukar untuk membiak serta mudah dijangkti penyakit. Dia kini sudah membelanjakan lebih RM20,000 wang simpanannya untuk membina kandang landak, kancil dan terbaharu kijang. Berdasarkan komitmen serta minat terhadap haiwan liar maka pihak Perhilitan telah memberi peluang kepadanya untuk mengembangkan usahanya bagi menternak kijang pula sejak dua bulan lalu dengan mana  membekalkan empat ekor baka kijang baka tempatan iaitu tiga betina dan seekor jantan. Usaha menjinakkan kijang lebih sukar berbanding kancil selain perlu menyediakan kandang yang lebih luas dan pagar yang tinggi kerana kijang mampu melompat sehingga tiga meter tinggi. Seperti juga kancil iaitu selain memelukan persekitaran yang menyerupai habitat asal seperti di hutan, kijang juga gemar memakan pucuk daun kayu hutan dan buah-buahan segar yang boleh diperolehi di sekitar kampung sahaja. Dia akan mengumpul buah-buahan serta ubi keledek untuk diberikan kepada haiwan peliharaannya. Dia mengakui sebahagian besar masanya dihabiskan di kandang ternakan untuk memastikan semua haiwan pelharaan sentiasa mendapat penjagaan rapi bagi mengelak dijangkiti sebarang penyakit. Memang dia akan berasa tenang melihat keletah haiwan ini dan puas setiap kali berjaya menjinakkan haiwan liar ini dimana ada yang sudah mula boleh didekati serta makan makanan ditangan. Dia tidak melihat usaha ini dari aspek komersial sangat, sebaliknya sebagai terapi dan hobi selain mampu menyumbang kepada usaha mengelak spesis in pupus sehingga generasi akan datang tidak boleh untuk melihatnya lagi. Dilaporkan dia yang merupakan satu-satunya orang awam yang diberikan permit untuk memelihara kijang oleh Perhilitan di negara ini setakat ini. Menurutnya dia mengamalkan sikap terbuka dan membuka pintu kepada orang ramai terutama golongan muda yang ingin melihat secara dekat haiwan yang dipeliharanya itu. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA PELANDUK... KANCIL SAMA...
HAIWAN KECIL... DILINDUNGI PULA..
HENDAK PELIHATA... PERMIT ADA...
BACA ARTIKEL... MENARIK FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agriculture Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Rejab 1444H).

Monday, January 30, 2023

TEKNOLOGI MODEN NANAS TANAH GAMBUT (Part 2)

TANAMAN NANAS
(Ananas comosus) di Malaysia semakin hebat dengan jumlah keluasan tanaman terus meningkat saban tahun. Pengenalan beberapa varieti nanas premium seperti Nanas varieti MD2 (AC9) dan terbaru varieti Nanas Jambul Mas A18 (AC15) menambah lagi kerancakkan industri nanas negara. Kawasan tanaman nanas paling luas berada ditanah gambut seperti di Johor, Selangor, Sarawak dan di Pahang. Pada tahun 2022 seluas 16,205 hektar nanas di tanam dengan menghasilkan sebanyak 377,300 metrik tan buah nanas untuk pasaran domestik dan eksport (Sumber: Booklet Statistik keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Penulis blog mendapati dimana pengeluaran nanas di tanah mineral dapat dijalankan secara mekanisasi dengan mudah kerana keupayaan galas tanah mineral yang tinggi untuk menampung berat jentera seperti di ladang Rompine di Mersing, Ladang KPF di Ulu Tiram dan Nitar, Mersing, Johor yang penulis blog buat tinjauan. Dilaporkan dimana pihak MARDI telah berjaya dalam usaha membangunkan pakej teknologi untuk mekanisasi ladang lengkap bagi pengeluaran nanas di tanah mineral pada Rancangan Malaysia ke-9 dahulu lagi. Pihak LPNM dan Jabatan Pertanian ada menjadikan teknologi ini didalam pegawai pengembangan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada penanam nanas. Pakej teknologi tersebut terdiri daripada mekanisasi bagi aktiviti penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, pengairan, penuaian dan pengurusan sisa selepas penuaian. Namun begitu dilaorkan dimana teknologi tersebut tidak dapat digunakan bagi aktiviti pengeluaran nanas di tanah gambut kerana keupayaan galas tanah yang rendah iaitu dinilai ia kurang daripada 0.3 MPa di kebanyakan kawasan. Penggunaan mekanisasi di tanah gambut boleh direalisasikan dengan menggunakan penggerak utama khusus yang mempunyai tekanan sentuhan permukaan yang rendah seperti traktor yang mempunyai permukaan roda yang lebar dan juga penggunaan peralatan dan jentera yang ringan. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kisah mengenai pakej teknologi mekanisasi pengeluaran nanas di tanah gambut yang merangkumi penggerak utama, mekanisasi bagi kerja penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, penuaian dan pengurusan sisa tanaman di ladang untuk dijadikan rujukkan berasaskan laporan kajian pihak MARDI.

Amalan agronomi tanaman nanas perlu dilakukan sejak mula menanam sehingga penuaian hasil. Bagi penanam nanas MD2 dimana cabaran paling besar adalah untuk menanam ribuan malahan jutaan sulur anakbenih nanas. Cara penanaman nanas dilakukan secara manual dengan cara meletakkan sulur nanas kedalam setiap lubang satu persatu (Sila anda lihat foto disebelah). Dibeberapa negara lain penanaman sulur nanas terutama di kawasan tanah mineral ada yang menggunakan jentera khas. Dalam pada itu aktiviti penjagaan tanaman nanas sangat penting bagi menjamin mutu dan peningkatan produktiviti pengeluaran nanas di sesuatu kawasan. Amalan agronomi bagi tanaman nanas apa yang penulis blog dapati perlu dijalankan adalah seperti pembajaan cecair dan baja butir, pengawalan rumpai dan semburan bahan aruhan pembungaan atau menghormon nanas. Bagi mekanisasi membaja ada implemen yang sesuai digunakan untuk tujuan menabur baja butir di atas batas tanaman. Pembajaan cecair kini sudah boleh dijalankan secara teknik semburan dengan cara menggunakan implemen penyembur berlengan panjang (boom). Dalam pada itu mekanisasi untuk pembajaan baja butir dijalankan dengan menggunakan implemen penabur baja yang disesuaikan implemennya. Spesifikasi implemen alat penyembur boom mempunyai panjang depangan dua sisi berukuran 10 meter dan tangki berkapasiti 400 liter Implemen penyembur ini dilengkapi dengan 20 muncung semburan dengan jarak 50 cm di antara satu sama lain. Muncung yang digunakan adalah daripada jenis semburan kipas dengan sudut kembangan 110 darjah. Saiz tangki tersebut cukup bagi semburan racun di kawasan seluas 1 hektar untuk kawalan rumpai, perosak serta penyakit. Bagi baja foliar dan hormon pula, semburan perlu mengikut kuantiti air yang disyorkan iaitu lebih kurang 50 mL per pokok. Kebiasaannya, 1 hektar kawasan akan menempatkan 43,500 - 44,000 pokok nanas. Kelajuan traktor yang sesuai bagi kerja semburan ialah 2.7 ke 3.2 km/jam dengan kadar kerja lebih kurang 2.5 hektar/jam. Kecekapan operasi semburan ialah 75 - 80% bergantung kepada reka bentuk ladang. Penggunaan implemen ini sesuai dengan traktor bertrek yang digunakan. Semburan boleh dijalankan terus dari kawasan tanaman atau di jalan yang khusus. Implemen penabur dan merumput yang digunakan dalam operasi menabur baja butir merupakan adaptasi daripada implemen import yang telah ditambah baik dan bersesuaian dengan keadaan setempat. Implemen tersebut menggunakan konsep bajak pepahat di antara batas tanaman. Saya berkunjung ke Miri, Sarawak dimana pengusaha nanas mengimport jentera ini daripada luarnegara (Made in Japan) yang mana digunakan untuk smeburan baja foliar dan juga kerja-kerja menghormon diladang seluas 250 ekar ini (Sila lihat foto paling atas). Ladang nanas ini menerima khidmat nasehat daripada LPNM dan Jabatan Pertanian Sarawak dimana 65% tanahnya adalah tanah gambut dan bakinya tanah mineral. Dilihat mesin ini sangat praktikal digunakan diladang ini. 


 Aktiviti Aruhan Pembungaan atau pun menghormon nanas merupakan proses bagi mempercepatkan pengeluaran bunga nanas. Aktiviti ini juga dilakukan bagi menjadualkan pengeluaran buah nanas mengikut matrik pasaran yang dirancang berperingkat. Lazimnya menghormon akan menjadikan pengeluaran bunga dapat diselaraskan dimana secara tidak langsung pengeluaran buah dapat diseragamkan juga. Pada penulis blog yang melihat dimana operasi dilakuan bagi aruhan pembungaan dengan konvensional adalah gunakan pam penyembur. Nagaimana pun kini sudah ada alatann khas yang menggunakan implemen penyembur berlengan seperti yang digunakan dalam operasi semburan baja cecair tadi. Mengikut amalan agronomi masa terbaik menajankan semburan perlu dilakukan sama ada sebelum jam 9.00 pagi atau selepas jam 4.00 petang kerana pokok nanas akan aktif pada malam hari. Alatan implemen penyembur berlengan juga boleh juga ianya digunakan dalam operasi mengawal rumpai di plot tanaman atau meracun rumpai semasa peringkat awal penanaman. Kawalan rumpai hanya dilakukan pada peringkat pracambah (selepas penanaman) dan juga selepas cambah bagi kawasan rumpai yang luas dan kawasan rumpai bertompok lebih sesuai menggunakan mesin semburan galas. Tanaman nanas yang sudah mencapai 6-7 bulan tidak perlu mengawal rumpai kerana kanopi daun nanas sudah bercantum dan mengurangkan pertumbuhan rumpai. Penulis blog lihat dikalangan pekebun kecil nanas di tanah gambut mereka akan mengawal rumpai secara manual sahaja.

Aktiviti paling utama diladang nanas tentunya semasa menuai buah nanas. Pada penulis blog dimana penuaian buah nanas akan dilakukan pada tahap kematangan buah dengan berpandukan indeks warna yang tertentu dari satu hingga enam (ranum). Bagi pasaran eksport dipetik indeks 3 dan pasaran tempatan pada indeks 4 bergantung kepada jenis nanas. Tempoh kematangan buah nanas bergantung kepada varieti nanas. Bagi nanas Moris dipetik pada (125 - 139 hari), Nanas Sarawak (160 - 170 hari), Nanas Josapine (115 - 117 hari), Nanas Gandul (145 - 150 hari) dan Nanas MD2 (140 - 145 hari) selepas proses aruhan pembungaan. Tempoh ini dikira dari hari pertama aruhan pembungaan sehingga buah nanas masak pada indeks 1 atau 2 dimana jika berlaku kegagalan menuai pada peringkat kematangan atau indeks yang sesuai akan menurunkan gred buah nanas yang ingin dipasarkan. Dikawasan tanah gambut petani kecil di Johor sering menggunakan 'Cikiteng' yang dibuat oleh mekanik tempatan. Penulis blog ada melawat pembuat cikiteng ini di Air Hitam, Muar, Johor yang mana ia digunakan untuk mengangkut buah nanas dan paling sesuai tandan kelapa sawit juga di kawasan tanah gambut (Sila lihat foto paling bawah). MARDI dilaporkan ada menyelidik alat seperti ini dengan gunakan traktor trek dan treler gantung digunakan untuk bantuan aktiviti penuaian nanas di tanah gambut seperti yang digunakan untuk mengangkut sulur dalam aktiviti penanaman. Penggunaan kaedah ini dapat meringankan beban pekerja untuk mengangkut buah nanas yang telah dituai. Selain itu dilaporkan juga akan penggunaan pengangkut bertrek penjalan kaki juga sesuai untuk bantuan penuaian nanas di tanah gambut. Mesin ini dilaporkan boleh dikendali oleh seorang pekerja walau pun penulis blog belum pernah melihatnya dilapangan. Jentera ciptaan seperti cikiteng ini ada ditulis dalam blog ini dengan pautan berikut untuk dibaca (Sila klik disini).  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM NANAS... BANYAK POKOKNYA...
DITANAH GAMBUT... PERLU JENTERA...
BEBERAPA JENIS... SUDAH DICERITA...
NAMUN PETANI.. RAMAI BELUM ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rejab 1444H). 

Sunday, January 29, 2023

TEKNOLOGI MODEN NANAS TANAH GAMBUT (Part 1)

TANAMAN NANAS
(Ananas comosus) di Malaysia semakin hebat dengan jumlah keluasan tanaman terus meningkat saban tahun. Pengenalan beberapa varieti nanas premium seperti MD2 (AC9) dan terbaru varieti Jambul Mas A18 (AC15) menambah lagi kerancakkan industri nanas negara. Kawasan tanaman nanas paling luas berada ditanah gambut seperti di Johor, Selangor, Sarawak dan di Pahang. Pada tahun 2022 seluas 16,205 hektar nanas di tanam dengan menghasilkan sebanyak 377,300 metrik tan buah nanas untuk pasaran domestik dan eksport (Sumber: Booklet Statistik keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2022). Penulis blog mendapati dimana pengeluaran nanas di tanah mineral dapat dijalankan secara mekanisasi dengan mudah kerana keupayaan galas tanah mineral yang tinggi untuk menampung berat jentera seperti di ladang Rompine di Mersing, Ladang KPF di Ulu Tiram dan Nitar, Mersing, Johor yang penulis blog buat tinjauan. Dilaporkan dimana pihak MARDI telah berjaya membangunkan pakej teknologi untuk mekanisasi ladang lengkap bagi pengeluaran nanas di tanah mineral pada Rancangan Malaysia ke-9 dahulu lagi. Pihak LPNM dan Jabatan Pertanian ada menjadikan teknologi ini didalam pegawai pengembangan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada penanam nanas. Pakej teknologi tersebut terdiri daripada mekanisasi bagi aktiviti penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, pengairan, penuaian dan pengurusan sisa selepas penuaian. Namun begitu dilaorkan dimana teknologi tersebut tidak dapat digunakan bagi aktiviti pengeluaran nanas di tanah gambut kerana keupayaan galas tanah yang rendah iaitu dinilai ia kurang daripada 0.3 MPa di kebanyakan kawasan. Penggunaan mekanisasi di tanah gambut boleh direalisasikan dengan menggunakan penggerak utama khusus yang mempunyai tekanan sentuhan permukaan yang rendah seperti traktor yang mempunyai permukaan roda yang lebar dan juga penggunaan peralatan dan jentera yang ringan Seperti jentera diatas (Sila lihat foto diatas). Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan kes mengenai teknologi mekanisasi pengeluaran nanas di tanah gambut yang merangkumi penggerak utama, mekanisasi bagi kerja penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, penuaian dan pengurusan sisa tanaman di ladang untuk dijadikan rujukkan berasaskan laporan kajian pihak MARDI. 

Mekanisasi di ladang luas lazimnya menggunakan trektor yang amat berat bagi mempercepatkan aktiviti amalan agronomi diladang. Bagaimana pun jentera ini pada penulis blog memang tidak bermasaalah jika digunakan dtanah mineral tetapi tidak untuk ladang nanas atau ladang sawit di tanah gambut. Sebuah traktor berjenama Kubota model L3800 dengan spesifikasi yang dinyatakan dimana ia telah diubah suai keempat-empat rodanya kepada trek getah yang berkelebaran 350 mm dan gandar yang lebih tinggi berjaya menjadikan permukaan sentuh tanah berkeluasan 2.36 m2 dan menghasilkan tekanan sentuh permukaan serendah 0.0075 MPa bagi berat kering traktor 1,805 kg (berat tanpa muatan). Bagi traktor yang sama iaitu menggunakan roda standard, tekanan sentuh permukaannya ialah 0.08 MPa dengan luas permukaan sentuh tanah dan berat keringnya masing-masing ialah 0.142 m2 dan 1,125 kg. Gandar traktor diubah suai untuk mendapatkan kelegaan yang tinggi iaitu lebih kurang 80 cm. Ketinggian kelegaan ini membolehkan traktor digunakan di kawasan penanaman nanas. Gandar belakang traktor diubah suai dengan menggunakan sistem rantai dan gegancu manakala gandar hadapan pula selalu mengguna pakai kaedah aci dan kotak gear bersudut untuk membolehkan sistem stereng berfungsi. Bagaimana pun aspek dalam menentukan reka bentuk ladang untuk penggunaan mekanisasi perlu disesuaikan dengan alatan jentera. Ini kerana penggunaan mekanisasi bagi pengeluaran nanas perlu disertakan dengan sistem ladang khusus bagi membolehkan mekanisasi jentera dan implemen dapat digunakan secara lancar dan cekap. Sebagai contoh apa yang penulis blog pernah lihat di Ladang Nanas Rompine berada di Pahang, Ladang Nanas Peninsular di Simpang Rengam, Johor serta Ladang Nanas KOSAS, di Selangor dimana rekabentuk ladang sudah disedia untuk menggunakan cara mekanisasi. Antaranya jentera traktor Kubota L3800 dengan ukuran panjang 3 meter memerlukan sekurang-kurangnya 5 meter ruang untuk memudahkan pusingan balik dalam kebun dibuat. Bagi aktiviti pengangkutan dan pemindahan input pertanian pula diladang tersebut dibina banyak jalan ladang yang khusus seperti jalan tambakan tanah mineral dan batu boleh disediakan dengan kelebaran sekurang-kurangnya 2.5 meter. Berlainan dengan cara menanam nanas cara konvensional dimana sebaiknya perlu dijarakkan tanaman nanas diatas tanah gambut dengan penggunaan traktor yang telah diubah suai.


Penanaman nanas memerlukan kerja penyediaan tanah selepas pokok berbuah setiap tahun. Bagi tanah gambut secara konvesional mereka akan meracun pokok tua dan kemudian membakarnya sahaja. Tetapi kini racun paraquat sudah lama ia diharamkan diladang nanas dan aktiviti pembakaran dihalang oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Bagaimana pun mekanisasi penyediaan tanah gammbut untuk pengeluaran nanas adalah minimum iaitu hanya membersihkan permukaan tanah atau melakukan pembajakan dengan bajak putar sehingga tidak melebihi kedalaman 5 cm. Ini penting bagi memastikan lapisan keras tanah tidak pecah. Ada lapisan keras berada pada kedalaman 5 - 20 cm dari permukaan tanah gambut dan diperlukan untuk membolehkan traktor bergerak tanpa jerlus dengan penggunaan trek. Di kawasan penanaman semula lazimnya sisa pokok nanas dimusnahkan terlebih dahulu menggunakan implemen penghancur pokok nanas. Didakwa cara penggunaan implemen penghancur dapat mengurangkan pencemaran alam dengan pengurangan penggunaan racun dan pembakaran terbuka. Implemen ini direka khas dengan ada dua aci putar untuk mencepatkan proses menghancur pokok serta mempunyai kelegaan lebih kurang 2 cm di antara bilah ke permukaan tanah untuk mengurangkan kerosakan tanah gambut. Implemen ini sesuai digunakan bersama traktor Kubota L3800 bertrek dengan kadar kerja 0.25 ha/jam. Penulis blog masih belum melihat pengusaha nanas menggunakan jentera ini lagi dilapangan. Dalam pada itu sudah dibuat kajian dalam alat mekanisasi bantuan penanaman oleh MARDI. Selalunya apa yang penulis blog tinjau dimana biasanya aktiviti penanaman nanas di tanah gambut masih perlu dijalankan secara manual semasa penanaman. Petani akan membuat lubang dengan jarak sesuai dan sulur benih akan dimasukkan setiap lubang dengan mengambil masa lama untuk menanam sebanyak 12 - 15 ribu pokok sehektar. Bagaimana pun kini aktiviti ini dimudahkan dengan bantuan treler pengangkut sulur anak benih nanas. Penggunaan treler dilapokan mampu untuk membawa muatan lebih 2,000 batang sulur dalam satu masa berbanding dengan penggunaan kereta sorong yang hanya boleh memuatkan 200 batang sulur sahaja. Penggunaan treler ini dapat mencepatkan aktiviti penanaman di ladang ditanam gambut dan tanah mineral.


Selalunya selepas penuaian buah nanas dan benih nanas maka sisa pokok nanas memang banyak untuk diuruskan. Amalan biasa dimana selepas penuaian maka pokok nanas akan dicantas iaiyu pada ketinggian tertentu untuk menggalakkan pertumbuhan sulur yang akan dijadikan anakbenih. Sulur yang tumbuh apa yang penulis selalu lihat terbahagi kepada dua jenis iaitu Sulur Tanah (ground sucker) dan Sulur Angin (Aerial sucker). Sulur tanah tumbuh di atas tanah manakala sulur angin tumbuh di celah daun pokok induk. Dalam aktiviti mencantas pokok nanas sebuah implemen telah dibangunkan untuk mempercepatkan operasi mencantas yang dikenali sebagai implemen pencantas pokok nanas. Implemen ini dilaporkan perlu menggunakan dua bilah gergaji bulat bergaris pusat 400 mm. Kelajuan traktor yang sesuai ialah 0.1 - 0.3 km/jam dengan perlahan. Aktiviti penuaian sulur nanas boleh dilakukan dengan menggunakan implemen bantuan penuaian yang sama seperti dalam aktiviti penuaian buah. Dari laporan kajian dilaporkan dimana dengan cara ini maka kerja-kerja penuaian dapat dipercepatkan dan aktiviti menuai menjadi lebih mudah. Setelah penuaian sulur dijalankan maka sebaiknya pokok nanas asal akan dimusnahkan untuk penyediaan tanah dan penanaman musim seterusnya. Apa pun dengan adanya m
ekanisasi ladang pengeluaran nanas bagi kawasan di tanah gambut seperti penggerak utama, implemen bantuan penanaman, implemen merumput di antara baris merangkap mesin membaja, implemen semburan, treler bantuan penuaian dan implemen pengurusan sisa selepas penuaian. Pakej ini dapat membantu pengusaha di peringkat ladang dan juga petani kecil (skim mekanisasi kontrak). Pakej mekanisasi ini bukan sahaja dapat membantu meringankan beban kerja petani malah menjadikan kerja-kerja ladang lebih menarik dan senang dilaksanakan. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dibuat, pakej mekanisasi ini sangat membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran nanas.  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAM NANAS... BANYAK POKOKNYA...
DITANAH GAMBUT... PERLU JENTERA...
BEBERAPA JENIS... SUDAH DICERITA...
NAMUN PETANI.. RAMAI BELUM ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rejab 1444H). 

Saturday, January 28, 2023

ISU SIMPANAN STOK MANANAN NEGARA

ISU STOK BEKALAN MAKANAN NEGARA
kini 
semakin dilihat satu isu yang semakin mendapat perhatian semua pihak daripada kerajaan sehingga kepada pihak pengguna di Malaysia. Ada beberapa isu dalam berita yang menyatakan dimana stok bekalan makanan negara adalah pada tahap membimbangkan dan ada juga berita yang melaporkan dimana stok bekalan makanan negara adalah stabil. Pernah penulis blog membaca isu bagaimana stok bekalan makanan ruji negara pada masa itu hanya mampu bertahan untuk tempoh empat hingga enam bulan sahaja dimana ia sekali gus ia boleh menyebabkan kestabilan bekalan makanan negara berada pada tahap membimbangkan. Menurut pakar sekuriti makanan negara daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) masa itu iaitu Profesor Datuk Dr Abdul Shukor Juraimi yang penulis blog beberapa kli jumpa ada menyatakan dimana perkara berlaku disebabkan oleh Malaysia terlalu bergantung kepada sumber bekalan makanan import yang menyebabkan kadar sara diri bagi makanan negara adalah bersifat stagnant (di takuk sama). Beliau nyatakan dimana stok penimbal makanan perlu ditambah supaya tahap sekuriti bekalan makanan negara mampu bertahan bagi tempoh lebih panjang selain penumpuan pelaburan tidak sewajarnya ditumpukan semata-mata kepada komoditi seperti kelapa sawit. Dilaporkan dimana dari segi jangka masa panjang iaitu negara bakal berhadapan dengan pertambahan populasi penduduk dengan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia menjangkakan kadar populasi rakyat Malaysia menjangkau sehingga 40 juta tidak lama lagi. Sebagai panduan dimana ketika ini kalau kita ambil contoh kadar sara diri pengeluaran padi tempatan adalah sebanyak 70 peratus untuk keperluan 32.7 juta rakyat maka kadar itu dijangka menurun sekiranya bilangan rakyat meningkat 40 juta. Kadar Sara Diri bagi setiap produk makanan penting negara tidak boleh terus 'stagnant'. Dlam pada itu sebaiknya kerajaan perlu menambah keluasan tanaman pertanian kritikal selain menumpukan kepada penggunaan teknologi terkini serta sistem pertanian efisien. Sebagai strategi dimana perlu ditekankan akan kepentingan kerajaan mewartakan setiap kawasan pertanian yang mana akan menyumbang kepada sekuriti makanan negara sebagai zon sekuriti makanan negara yang tidak boleh ditebus guna bagi tujuan lain. Ini kerana sekiranya jumlah keluasan kawasan pertanian semakin berkurang akibat aktiviti tebus guna maka dibimbangi kelak tahap sara diri bagi setiap bekalan makanan ruji akan menjadi semakin rendah. Contoh yang berlaku dimana dilaporkan ada seluas 8,000 hektar kawasan pertanian padi milik Lembaga Pertanian Kemajuan Muda (MADA) di Kedah yang sudah ditebus guna untuk kegunaan pembangunan dan pertanian lain dalam setahun. Bagi penulis bloh senario sebegini memang tidak sihat untuk kelangsungan tahap sekuriti makanan negara dan ia ditambah pula jumlah keseluruhan 300,000 hektar sawah di Malaysia hanya mencukupi untuk pengeluaran 70 peratus daripada keperluan beras negara sahaja. Adalah wajar agar kerajaan tidak boleh berterusan menganaktirikan sektor pertanian yang menyumbang sekuriti makanan negara berbanding sektor pertanian komoditi bernilai tinggi seperti kelapa sawit dan getah. Sepatutnya kerajaan dan pihak lain kena lebih proaktif dalam memastikan kerajaan tidak mengambil jalan mudah dengan melambakkan produk import makanan atas alasan menstabilkan harga kerana senario itu akan memberi mudarat besar kepada golongan petani dan tahap sekuriti makanan negara untuk jangka masa panjang. Artikel pagi Jumaat Rejab 1444 hijrah ini dalam blog "Anim Agro Technology'' saya gembira kongsikan mengenai simpanan stok makanan negara untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Isu bagaimana s
impanan stok makanan mesti ditambah agar tahan hingga setahun adalah pwelu dilakukan di Malaysia. Adalah penting isu untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan sebenarnya memang perlu bermula sejak awal lagi sewaktu negara dalam keadaan aman dan produktif. Adalah masih belum terlambat untuk kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) melakukan tindakan segera bagi menangani kejadian yang tidak diingini akibat daripada krisis bekalan makanan ketika pandemik dan ketidakstabilan ekonomi seperti ini. Beberapa siu dunia seperti pandemij covid-19, perang Rusia-Ukraine, kenaikan harga minyak, perubahan cuaca dunia dan kenaikan harga bahan input menyebabkan isu stok bekalan makanan turut terjejas. Dilaporkan dimana sudah ada  beberapa negara telah melaksanakan tindakan melindungi keterjaminan bekalan makanan dalam negara masing-masing dengan melaksanakan arahan pemberhentian eksport untuk sementara iaitu Vietnam (beras), Khazakhstan (tepung gandum) dan Serbia (minyak masak dan barangan keperluan harian). Tidak lama dulu Rusia juga sedang dalam usaha bagi mempertimbangkan larangan eksport bergantung kepada perkembangan semasa. Merujuk keada sejarah penulis blog ingat dimana kejadian krisis bekalan beras dunia pada tahun 1974 dan 2008 mempunyai punca yang sama iaitu negara pengeluar mengenakan larangan eksport kerana berlaku kekurangan pengeluaran akibat cuaca dan spekulasi harga. Lazimnya semasa keadaan krisis dimana bekalan simpanan stok beras negara dan bekalan beras di pasaran seharusnya dapat bertahan selama tiga bulan kerana teorinya ia adalah  memadai untuk tempoh krisis. Bagaimana pun di Malaysia jika didapati jumlah sebenar stok tidak mencukupi atau krisis ini yang lebih berpanjangan maka sebaiknya pihak kerajaan mesti segera melaksanakan misi membawa masuk bekalan beras melalui saluran kerajaan kepada kerajaan untuk melangkau larangan eksport atau membawa masuk bekalan dari negara lain. DI Malaysia dilaporkan oleh kementerian poertanian dimana seorang rakyat unakan 80kg beras setahun. Malaysia tidak boleh terlalu bergantung kepada pihak swasta kerana pengalaman krisis bekalan beras tahun 2008 membuktikan kelemahan pihak swasta untuk mewakili kerajaan dalam rundingan membawa masuk bekalan beras, menyebabkan kerajaan perlu masuk campur pada saat akhir dan menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit. Sebaiknya strategi menentukan jumlah simpanan stok beras ditambah agar dapat bertahan selama enam bulan hingga setahun lebih-lebih lagi dengan ramalan kemelesetan ekonomi dan krisis makanan berlaku diseluruh dunia. Faktor lain yang menjamin jaminan bekalan makanan kepada semua rakyat adalah pengedaran dan logistik beras yang adil. Biasanya harga beras tempatan perlu dikekalkan sebanyak RM2.60 sekilogram iaitu paras yang masih memadai melainkan jika ekonomi keluarga didapati benar-benar teruk terjejas. Sasaran SSL beras diletakkan pada 75 - 80 peratus bagi membuka ruang pertukaran perdagangan komoditi dengan kelapa sawit dan lain-lain.

Beberapa kali dinyatakan dalam media agar negara disyorkan untuk laksanakan dasar stok penimbal tangani krisis sekuriti makanan. Kerajaan perlu melaksanakan dasar stok penimbal bagi menangani krisis sekuriti makanan dengan segera terutama dalam keadaan dunia menghadapi pelbagai kemelut dan kejutan ketika ini. Dasar stok penimbal memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk menggunakan peruntukan membeli serta menyimpan secara pukal bekalan makanan selain keperluan utama rakyat termasuk petrol dan diesel. Dilaporkan dimana kini simpanan pukal stok penimbal akan digunakan dengan disuntik ke pasaran apabila ada gangguan bekalan yang menyebabkan kenaikan harga mendadak. Stok penimbal boleh mengurangkan kesan kekurangan bekalan mendadak dan membolehkan kerajaan mengawal kenaikan harga barang makanan serta keperluan asas. Ada pelbagai cara dan instrumen kewangan yang boleh digunakan untuk membina stok penimbal negara. Ia termasuklah menggunakan kawalan nilai atau kontrak pembelian masa depan. Suruhanjaya itu boleh diletakkan di bawah Parlimen dan dipantau tegas untuk mengelakkan peruntukan bagi stok penimbal disalah guna seperti unsur rasuah, akan bertanggungjawab membina stok penimbal bagi tujuan mengurangkan risiko kekurangan bekalan dan kenaikan mendadak harga makanan. Adalah digesa agar kerajaan membuat pelarasan dan penggabungan kementerian serta agensi bagi mengelak kerenah birokrasi, manakala kelemahan pelaksanaan dasar berhubung dengan kelangsungan makanan serta kos sara hidup perlu dirombak. Sebaiknya kuasa dan tanggungjawab menggubal, melaksana, menyelia dan menguatkuasakan dasar serta undang-undang membabitkan keseluruhan rantaian bekalan makanan perlu berpusat pada satu kementerian sahaja. Ini membolehkan perancangan menyeluruh bagi seluruh rantaian bekalan makanan dilaksanakan lebih berkesan apabila pertindihan kuasa seperti sekarang dihapuskan. Sekarang, kuasa dan tanggungjawab keseluruhan rantaian makanan dibahagikan kepada beberapa kementerian dan agensi di bawahnya. Apa pun dilaporkan diantara kementerian itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Dalam satu forum dimana isu s
tok makanan hanya boleh bertahan 45 hari amat relevan ada dibincangkan yang diadakan di Universiti Pertanian Malaysia menarik dikongsikan. Ia berkait dengan isu bila makanan hanya mampu bertahan untuk tempoh 45 hari sahaja maka sekali gus boleh menyebabkan kestabilan bekalan makanan negara berada pada tahap membimbangkan disebabkan kebergantungan terlalu tinggi terhadap sumber import. Mmenurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM masa itu dimana stok penimbal makanan perlu ditambah supaya mampu bertahan bagi tempoh lebih panjang, manakala penumpuan pelaburan tidak harus semata-mata terhadap sektor komoditi tetapi juga sektor pertanian makanan. Walau pun kini ada laporkan ia stabil akan tetapi kestabilannya rapuh sebab kita banyak bergantung kepada import dan ini adalah isu yang membimbangkan. Dalam program itu yang dianjurkan Majlis Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama Utusan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan UPM. Dua lagi anggota panel program berkenaan ialah Naib Canselor UPM, Datin Paduka Dr. Aini Ideris,dan Ketua Kluster Pertanian dan Makanan MPN, Prof Dr. Ghizan Saleh. Dilaporkan dimana kadar import (net import) makanan negara pada tahun lalu meningkat kepada RM18.1 bilion iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding RM1.1 bilion pada 1990. Jika situasi kebergantungan yang tinggi kepada import tidak dikawal maka ia boleh mengundang berlakunya krisis makanan jika hasil di negara pengeksport terjejas atau negara terbabit apabila ia menghentikan eksportnya seperti Vietnam menghentikan eksport berasnnya pada tahun 2008 maka ia akan menjadi huruhara. Kajian saintis menunjukkan sekiranya makanan tidak mencukupi selama empat hari sahaja mana kesannya ia boleh menimbulkan ketidakstabilan dan huruhara. Para pemain industri pertanian harus mengambil kira pulangan sosial iaitu kestabilan serta kemananan negara dan tidak pulangan ekonomi semata-mata ketika membuat pelaburan bagi memastikan kestabilan terus kekal. Tatkala pelabur menumpukan kepada sektor komoditi atau perladangan sebaiknya mereka juga tidak harus mengabaikan sektor pertanian makanan dengan membiarkan sektor itu diusahakan oleh petani kecil sahaja. Pulangan daripada sekuriti makanan adalah kestabilan dan keamanan negara merupakan satu tanggungjawab semua. Takrif sekuriti makanan membabitkan faktor kecukupan yang merangkumi kesediaan, kecapaian atau ‘affordability’ terhadap bahan makanan. Sebaiknya sektor industri asas tani mesti terus diperkasakan untuk melahirkan lebih ramai usahawan tani. Kerajaan perlu meningkatkan keluasan tanah untuk pertanian makanan bagi meningkatkan tahap kestabilan bekalan kerana 1 juta hektar yang digunakan untuk pertanian sekarang ini adalah terlalu kecil dibandingkan dengan keluasan 5.5 juta hektar untuk aktiviti perladangan dan komoditi terutama penanaman kelapa sawit.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
STOK BEKALAN MAKANAN....ISU BAGAIMANA ...
MAKANAN RUJI... IAITU BERAS DI UTAMA....
KURANGKAN IMPORT... APAKAH CARANYA...
LUASKAN KAWASAN... PERTANIAN NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1444H).

Friday, January 27, 2023

MENANAM TEBU DI TEPI BIBIR

Peribahasa MENANAM TEBU DI TEPI BIBIR adalah satu peribahasa Melayu yang berkaitan dengan pertanian iaitu tanaman tebu. Orang Melayu dulu-dulu memang mahir dalam pertanian sehinggakan mampu mencipta peribahasa ini yang libatkan tanaman tebu dan bibir manusia yang membawa maksud sebagai 'Mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya'. Pada penulis blog memang sangat mendalam maksud peribahasa ini dikalangan masyarakat Melayu sejak dahulu. Pada penulis blog yang menulis lebih dari 7,400 artikel dalam blog ini mendapati dimana tanaman t
ebu atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil sugarcane (Saccharum officinarum) merupakan ia dari keluarga rumput iaitu Poaceae (dulu Graminae) yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya dan dari cecair ini gula yang berbentuk Kristal dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Dikatakan kewujudan gula yang dikristalkan ini telah dilaporkan semenjak 2,500 tahun dahulu di India. Penanaman tebu memerlukan cuaca tropika atau separa tropika, dengan hujan minima 600 mm setahun. Ia merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan dalam alam tumbuhan, mampu menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada biojisim. Tebu ditanam dari keratan batang berbanding biji benih, walaupun sesetengah jenis tebu masih mampu menghasilkan biji benih, kaedah moden melalui potongan batang telah menjadi kaedah utama pembiakan. Setiap potongan mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu kudup dan potongan batang ini biasanya ditanam menggunakan tangan. Selepas ditanam, jambakan batang tebu boleh dituai beberapa kali setiap kali selepas tuaian, batang asal akan mengeluarkan pucuk baru yang dikenali sebagai ratoons. Bergantung kepada amalan penanaman, tuaian antara 2 hingga 10 kali boleh dilakukan antara setiap penanaman. Biasanya, setiap tuaian yang berikut memberikan hasil semakin berkurangan,dan memerlukan penanaman semula dilakukan. Tanaman tebu boleh menghasilkan diantara 60 - 70 m/ton sehektar namun jumlah ini boleh meningkat bergantung kepada penjagaan dan pengurusan ladang yang baik. Dalam penanaman tebu secara komersil, tuaian dibuat menggunakan tangan dan ini diamalkan oleh kebanyakkan dari pengeluaran tebu dunia. 
Tebu-tebu yang telah cukup matang akan dibakar apabila daun-daunnya akan cepat dimakan api dengan meninggalkan batang-batang tebu yang tinggi kandungan airnya dan penuaian menggunakan parang mudah dilakukan. Pemprosesan tebu untuk pengeluaran gula dilakukan di kilang-kilang bagi mendapatkan gula mentah berwarna kuning hingga gula perang. Namun bagi penanaman tebu secara kecil-kecilan hasilan tebu dipasarkan di pasaran tempatan untuk pengeluaran air tebu secara segar. Batang tebu boleh dimakan terus dengan memamah bagi tujuan mengeluarkan airnya dan hampas diludah keluar. Air tebu yang dihasilkan melalui tangan, atau mesin eletrik dangan sedikit campuran limau nipis dan air batu menghasilkan minuman yang enak dan sangat digemari ramai. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan peribahasa menanam tebu ditepi bibir dalam konteks pertanian untuk dijadikan bahan bacaan semua.

Pada penulis blog tanaman tebu kini merupakan sejenis tanaman yang cukup terkenal sebagai sumber utama dalam penghasilan gula. Dilaporkan dimana air tebu mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti karbohidrat, protein dan mineral seperti kalsium, zat besi, kalium dan fostor di dalamnya. Bukan itu sahaja kerana tebu juga sering diproses menjadi jus atau air tebu yang mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa lain. Memang air tebu dikatakan lebih sihat berbanding mengambil gula kerana gula yang diekstrak daripada air tebu hanya mengandungi 15 kalori. Tebu didakwa mempunyai pelbagai khasiat yang mungkin ramai tidak tahu. Pun begitu rasa manis semula jadi yang terdapat pada tebu serta khasiatnya bukan bererti ia boleh diambil secara berlebihan sebaliknya ia perlu dikawal agar tidak mengundang bahaya kepada kesihatan. Dalam pada itu rasa tebu bukan sahaja manis dan enak akan tetapi ia juga terbukti mempunyai pelbagai manfaat seperti meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser dan juga beberapa penyakit lain. Antara manfaat tebu yang ramai tidak tahu adalah ia boleh merawat luka, menguatkan tulang, menurunkan kadar kolestrol, mengawal tekanan, menjaga paru-paru dan menambah tenaga. Air tebu juga cukup baik untuk ibu hamil kerana sifatnya yang meningkatkan proses metabolisme, melancarkan penghadaman serta mampu mengurangkan gejala 'morning sickness'. Air tebu sangat enak diminum dimana ia juga dapat memberikan tenaga kepada ibu mengandung kerana indeks glisemik yang rendah. Air tebu juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh ibu hamil secara semula jadi daripada bergantung kepada ubat-ubatan atau antibiotik. Ia juga membantu meredakan masalah sembelit yang sering dialami oleh wanita mengandung. Apa pun jika minum air tebu boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala dan mual sekiranya ia diambil secara berlebihan. Jika ingin mendapatkan manfaat sepenuhnya daripada air tebu, sebaik-baiknya hanya minum segelas sehari sudah memadai. Memanag kena dengan peribahasa yang dijadikan tajuk artikel ini mengenai kemanisan air tebu.

Menanam tebu mampu memberikan pulangan baik kepada pengusahanya dimana kisah '
Tuai hasil tebu telur' dam hmetro.com sesuai dikongsikan. Walau pun suianya baru sahaja 29 tahun namun mempunyai pengetahuan luas dan minat mendalam terhadap bidang pertanian. Dilaporkan melihat potensi luas dalam bidang itu maka Abdul Hakim Abu Bakar mengusahakan penanaman tebu telur secara sepenuh masa di Kampung Pulau Raja, Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan. Tanaman tebu diusahakan di ladang kelapa yang sudah dijalankan selepas menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Hasil daripada jualan santan itu, dijadikan modal untuk memulakan penanaman tebu telur. Dia memilih untuk serius dengan penanaman tebu telur selepas tanaman ini memiliki pasaran yang luas kerana mendapat permintaan tinggi sehingga ke Singapura namun masih tidak mencukupi. Dia yang terbabit secara serius dengan penanaman tebu telur bersama ayah dan adik di atas tanah seluas 1.2 hektar. Kini selepas sembilan bulan sudah mula menuai hasil sehingga 10 tan jumlahnya. Asalnya dia tidak memiliki latar belakang dalam bidang pertanian tetapi berani menongkah arus untuk menjadikan bidang itu sebagai sumber pendapatan bagi menyara keluarga. Bermula dengan menyertai kursus mengenai tanaman ini anjuran Koperasi Pembangunan Usahawan Bestari Johor Berhad di Pahang dia diajar pelbagai perkara mengenai proses penanaman sehingga proses selepas tuaian tebu telur. Kini dia gunakan dua sistem iaitu lubang dan parit untuk menanam. Tanaman tebu memerlukan penjagaan konsisten termasuk pemberian baja, racun serangga dan air. Kini selepas sembilan bulan ke atas ditanam, tebu yang sudah mencapai ketinggian 2.1 meter ke atas boleh dituai. Tebu ini keluarkan 'anaknya' yang boleh dituai dalam tempoh tiga bulan selepas 'ibunya' dituai. Proses ini akan berterusan dalam tempoh tiga hingga empat tahun. Dakwanya penanaman tebu telur ini sangat mudah namun memerlukan penjagaan rapi supaya pertumbuhan tidak terbantut. Pada usia tiga hingga empat bulan, apabila daunnya terbuka sendiri, petani perlu cabut daun untuk elakkan serangan ulat. Kes serangan ulat pengorek batang boleh mengakibatkan pertumbuhan tebu terbantut, sekali gus menurunkan kualitinya. Pengawalan rumpai juga perlu dilakukan untuk elakkan kehadiran ular dan tikus yang boleh membahayakan keselamatan pekerja. Ada juga cabaran musim kemarau kerana tanah tidak dapat menyimpan air dalam tempoh lama untuk dibekalkan kepada tanamannya. Kini dia memasang sistem pengairan sebagai persediaan untuk hadapi musim kemarau. Tebu telur memiliki kelebihan tersendiri berbanding tebu lain sehingga ia mendapat permintaan tinggi. Tekstur kulit dan isinya lebih rapuh dan lembut. Selain itu dilaporkan aroma air tebu ini lebih wangi serta warnanya lebih terang.


Kisah bagaimana kenaikan mendadak harga tebu pada setiap kali bulan Ramadan di Kuantan, Pahang memang meresahkan peniaga minuman tersebut. Dawa seorang peniaga air tebu Syazwab (27 tahun) dimana pada hari biasa harga tebu dijual tidak menentu sekitar 80 sen sebatang ke atas tetapi pada bulan Ramadan tebu dijual pada harga RM2.50 sebatang. Dia yang berniaga air tebu dakwa kenaikan harga tebu adalah begitu mendadak. Dia yang berniaga minuman itu sejak berusia 15 tahun nyatakan agak hairan kenapa setiap kali bulan Ramadan harga tebu menjadi tidak terkawal dan dianggapnya sebagai melampau. Dahulu dalam tiga ke empat tahun lalu dimana harga tebu tidak lebih 80 sen sebatang yang mana jika dijual pada berkenaan ketika itu maka ia sudah terlalu mahal. Walau pun dia berniaga bukan pada bulan puasa sahaja dimana kerjaya harian yang mana sejak berusia 15 tahun lagi dia membantu arwah ayah menjual air balang. Kini harga tebu terlalu mahal dan melampau RM2.50 sebatang dan dia perlu bergantung pada air balang lain. Jika tidak ia sukar baginya ditambah dengan sewa tapak bazar yang meningkat. Dulu sewa tapak hanya RM550 sahaja tetapi kini meningkat kepada RM950. Bagi seorang peniaga air tebu lain setiap kali bulan Ramadan  Ahmad Faisha nyatakan harga tebu kali ini disifatkannya sebagai tidak masuk akal. Dia yang juga peniaga roti canai kini mengambil keputusan untuk tidak berniaga minuman air tebu pada Ramadan kali ini. Kalau mahu beli tebu pun modal perlu besar kerana harganya mahal ketika ini, lebih RM2 sebatang dan tidak mahu berniaga air tebu lagi.  


Menarik juga kisah '
Tanam tebu depan rumah isi masa tiga bulan bercuti’ di Pasir Gudang, Johor untuk dikongsikan. Bagi usahawan Anuar Mohd (44 tahun) yang bertugas sebagai operator kren dengan sebuah syarikat di negara itu tidak mahu terus berpeluk tubuh dimana dia sebaliknya melihat sebidang tanah di hadapan rumahnya sebagai peluang untuk melakukan sesuatu. Idea ketika melayari video mengenai proses menanam tebu yang dilihatnya ketika sedang berehat di pelantar minyak beberapa ketika dahulu diterjemahkan sebaiknya setelah dia pulang ke tanah air, sekitar Februari lalu. Dia yang sampai di Malaysia sebelum Hari Raya Aidilfitri lagi akan tetapi sehingga sekarang belum dapat panggilan daripada majikan untuk kembali bekerja semula di Nigeria.  Jadi bagi menampung perbelanjaan keluarga, saya menanam tebu di kawasan lapang hadapan rumah di samping menjual makanan juga di depan rumah. Usaha memulakan tanaman tebu itu sebenarnya bermula secara kecil-kecilan ketika balik bercuti sementara sebelum dipanggil bekerja semula tidak lama selepas itu. Dia yang kembali semula ke Nigeria untuk bertugas terpaksa menyerahkan kerja-kerja penanaman tebu yang baru diusahakan kepada keluarganya. Akibat pandemik Covid-19 melanda dimana dia kembali semula ke Malaysia hingga kini yang secara tidak langsung menyambung semula tugasan sebagai pekebun secara serius selepas belum ada apa-apa panggilan daripada majikan. Kini kebun tebu yang diusahakan di tanah kosong ini mempunyai kira-kira 600 batang dengan keluasan satu ekar setengah merangkumi tebu jenis tebu telor, tebu hitam kapur, tebu buluh dan tebu ragnar. Apa pun setelah enam bulan maka pokok tebunya sudah mula mendatangkan hasil dan dia juga telah membuat jus tebu yang dibotolkan untuk jualan kepada orang ramai. Dia berharap pihak berkuasa tempatan dapat benarkan saya terus tanam tebu di tanah ini buat masa ini yang dahulunya merupakan semak samun yang terbiar. Saya turut berharap mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian dan Peladang bagi tujuan mengusahakan tanaman ini dengan lebih baik. Walaupun tanah itu adalah rizab kerajaan dia berharap kawasan itu dapat dijadikan sumber rezeki kepada penduduk yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dengan mengusahakan pelbagai tanaman. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjana pendapatan dengan hasil jualan air tebu dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembac ablog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MENANAM TEBU... DITEPI BIBIR...
PERIBAHASA LAMA... IA DIFIKIR...
ADA USAHAWAN... TIDAK FAKIR...
RASA MANIS... MINUM SEBUTIR...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rejab 1444H).

Thursday, January 26, 2023

CILI API CENTIL - BAGAIMANA KISAHNYA?

TANAMAN CILI API CENTIL
(Capsicum frutescens Linn.) adalah satu jenis tanaman dari kumpulan cili padi yang masih popular diusahakan petani tempatan. Cili merupakan tanaman penting di Malaysia dari keluarga Solanaceae walau pun ianya diusahakan secara tradisional dahulu tetapi kini sudah banyak dikomersilkan. Kini tanaman cili api menjadi satu lagi pilihan petani terutama oleh mereka yang menggunakan Sistem Penanaman Cara Fertigasi kerana ia lebih produktif dan moden. Rekod rasmi menyatakan seluas 3,420 hektar cili besar ditanam di Malaysia pada tahun 2022 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 30,365 metrik tan (Sumber: Boklet Statistik Keluasan Tanaman akanan, Jabatan Pertanian Maaysia 2022). Dilaporkan juga pada 2022 terdapat seluas 807 hektar tanaman cili padi (termasuk cili centil) yang di tanam pada tahun 2022 dengan penghasilan sebanyak 2,213 metrik tan. Analisa penuis blog mendapati dimana data menunjukkan purata pengeluaran cili api di Malaysia adalah sebanyak 6 -15 mt sehektar sedangkan ada kajian yang kata potensi pengeluaran cili api mampu capai sehingga 30 mt/ha. Kawasan utama penanaman cili api adalah di Negeri Johor diikuti Negeri Sarawak dan Kelantan. Negeri lain yang luas menanam cili padi adalah Negeri Sembilan, Sabah dan Selangor pada tahun yang sama. Kebanyakkan penanaman cili padi adalah diatas tanah kebun biasa atau keliling rumah dan ada sebahagian lagi sudah menanam secara Sistem Fertigasi. Cili Api jenis CENTIL adalah merupakan sejenis cili api seperti cili api kampong hasil penyelidikan yang disyorkan untuk ditanam dalam Sistem Fertigasi. Penulis blog banyak kali membuat tinjauan projek penanaman cili api Centil sama aa dikebun individu atau pun yang ditanam di dalam Projek TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan). Tanaman yang diusahakan di TKPM juga ada yang dibawah struktur SPH dimana ia dilihat lebih produktif  dari segi hasil seperti di TKPM Pulau Gadong, Melaka dan TKPM Rampangi, Kuching, Sarawak. Benih Cili Api Centil di beli dari pembekal di kedai pertanian dengan harga RM 60 - R80 satu paket kecil. Dalam satu tinjauan di salah satu lokasi seorang pengusaha yang ada 10 unit SPH dan satu unit sedang mengeluarkan hasil cili api Centil menyeronokkan. Petani tersebut adalah En Izuan di TKPM Pulau Gadong ada menuai sebanyak 200 kg seminggu dan hingga kini telah menuai sebanyak 700 kg cili centil setiap minggu. Harga jualan ladang ialah RM 15.00 sekilogram. Katanya kos pengeluaran cili api Centil adalah RM 3.00 - RM5.00 sekilogram dalam sistem fertigasi dan tidak termasuk kos upah memetik hasil. Upah memetik cili padi lingkungan RM 1.50 -RM 2.50 sekilogram menjadikan kos pengeluaran sebanyak RM 4.50 - RM 5.50 sekilogram. Dari kenyataan dimana jangkamasa memetik hasil selama lingkungan 5 - 6 bulan. Penggunaan baja semburan foliar didakwa dapat membantu meningkatkan pengeluaran hasil dimana ia boleh mengelakkan kejadian penyakit daun kerinting. 
Artikel petang Ahad ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa teknologi dan cerita penanaman cili api varieti Cili Centil untuk dijadkan bahan rujukkan semua.

Dalam satu tinjauan lain penanaman 'Cili Api Centil Lumayan' di Parit Raja Batu Pahat, Johor dimana ia sesuai untuk dikongsikan. 
Sebut sahaja cili padi pada penulis blog tentu ia cukup sinonim bagi masyarakat negara ini kerana merupakan salah satu bahan penting atau 'wajib' dalam masakan khususnya kaum Melayu. Memang tidak kira orang utara, Pantai Timur malah selatan tanah air dimana ia boleh dikatakan setiap menu masakan memang tidak sempurna jika tanpa cili padi. Menyedari cili mendapat permintaan yang tinggi dan bekalannya tidak pernah mencukupi apabila seorang usahawan Sheikh Mohd. Noh sudah membuat keputusan mengusahakan tanaman cili jenis 'cintil' secara sambilan sejak September 2008 sehingga kini. Walau pun diperingkat awal dia hanya mengusahakan 600 pokok cili 'centil' akan tetapi kini ia semakin dibanyakkan. Apa pun memandangkan hasil dan sambutan yang menggalakkan lebih 2,000 pokok berhasil setiap pusingan tanaman. Asasnya adalah dimana selain dari permintaan tinggi dan harga stabil dimana potensi tinggi tanaman cili centil ini mengambil satu keputusan berhenti bekerja kilang pada 2009 untuk mereka mengusahakan tanaman cili 'cintil' secara sepenuh masa. Bantuan awal dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Parit Raja dan khidmat nasehat teknikal dari pegawai di Jabatan Pertanian membantu usaha beliau. Pernah dianugerahkan sebagai Peladang Jaya pada 2010 kemudian PPK Parit Raja meluluskan peruntukan RM200,000 bagi mengembangkan tanaman itu dengan 3,500 pokok di kawasan seluas 0.4 hektar iaitu di Kampong Kota Dalam, Parit Raja. Kini dengan jumlah keluasan kebun tersebut dia mampu mengeluarkan 120 kilogram (kg) cili 'centil' sehari dan jumlah itu sebenarnya hanya dapat memenuhi permintaan dua daripada 84 kedai yang ada di Pasar Borong Batu Pahat berbanding keperluan kira-kira 500 kg sehari. Memang menanam cili api centil mampu menjana pendapatan dengan baik.


Dari segi ciri cili api centil didakwa dimana 
harga cili padi jenis ini cukup baik berbanding cili Siam iaitu RM15 kg bagi harga borong dan RM20 kg untuk harga runcit manakala dari segi kepedasan ia lebih pedas daripada cili Siam. Didakwa juga dimana cili jenis centil ini amat digemari pelanggan dan seorang pekedai runcit memaklumkan kalau jumllah 10 kg cili centil boleh dijual sehari berbanding sekilogram cili api Siam yang mengambil masa seminggu untuk habis terjual. Daripada segi pendapatan pula kini hasil jualan cili padinya mampu mencecah sehingga RM6,000 sebulan. Kerja memetik cili 'cintil' dilakukan oleh 10 penduduk tempatan yang diberi upah purata RM2 setiap sekilogram. Dalam pada itu dilaporkan dimana ada beberapa usahawan cili centil lain daripada peserta PPK Parit Raja yang berjaya memulakan untuk menanam 6,400 pokok cili dengan 50 pokok setiap seorang. Menerusi 128 usahawan dan 6,400 pokok cili maka kini mereka mampu menghasilkan 5,120 kg cili centil semusim. Projek ini dilaporkan berjalan lancar projek yang menjadikan daerah ini sebagai hab pengeluaran cili api 'centil' terbesar di selatan tanah air. Benih Cili Centil dilaporkan ia  keluarkan oleh syarikat Known You Seeds dari luar negara dengan jenama 'Cili Centil' dan mudah didapatkan dipremis kedai pertanian (Sila lihat foto disebelah). Penanaman cili api secara ini dilaporkan memang ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan jumlah cili padi import yang sebahagian besarnya dibawa masuk dari Thailand dan Indonesia. Apa pun jika ramai usahawan menanam cili berkemungkinan kelak Malaysia pula mampu mengeksport cili ke negara-negara lain bagi memenuhi keperluan mereka. Semakin ramai yang sudah turut berjinak-jinak menanam cili 'centil' kerana yakin dengan potensinya yang boleh memberikan pulangan lumayan. Contohnya Hashim yang pada mulanya cuma menanam 600 pokok di sekeliling rumah tetapi kini dengan keluasan tambahan tanah yang ada sudah menambah 400 pokok menjadikan 1,000 pokok.  

Dalam tinjauan lain oleh hmetro.com dimana 'Abdul Razak Ubah Nasib' mengenai tanaman cili centil dilaporkan ia amat berjaya. Keputusannya berhenti kerja dibuat sejak setahun 2020 lalu tidak pernah dikesali, bahkan dengan bantuan mentor yang berpengalaman dalam bidang pertanian memberi peluang besar kepada bekas juruteknik sebuah syarikat automobil menceburi bidang menguntungkan itu. Percaya akan rezeki Allah kepada yang berusaha, Abdul Razak Abdul Rahman (38 tahun) yang tidak menoleh ke belakang dan dia sebaliknya membulatkan tekad menanam cili centil yang sentiasa mendapat sambutan tinggi di pasaran tempatan. Menyedari kelebihan budaya makan sambal kicap dalam kalangan penduduk di Johor, pasaran cili centil terbuka luas untuk diteroka, apatah lagi harga apabila ditawarkan sangat mengujakan hingga mencecah RM24 sekilogram ketika ini. Dia yang berkongsi kisah kerjaya barunya bagi Abd Razak yang berkhidmat lebih 17 tahun bekerja kilang mengakui terpaksa berfikir panjang kerana keputusan memulakan bidang baru bukan mudah lantaran membabitkan ekonomi dan sumber kewangan keluarga. Jika tidak diatur sebaik mungkin pastinya jendela perubahan tidak terbuka dan sebaliknya kegagalan menanti dan akhirnya impian sekadar angan-angan Mat Jenin. Atas dorongan isterinya yang sentiasa berdiri teguh di belakangnya kemudian dia membulatkan tekad dirinya untuk pulang ke negeri kelahirannya dan sudah pun mengusahakan ladang cili centil di Kampung Kota Dalam, Ayer Hitam, Johor. Dia amat bertuah memiliki isteri yang memahami iaitu tanpa semangatnya sudah pasti kekuatan itu tidak hadir lebih-lebih lagi keputusan berhenti kerja membabitkan masa depan keluarga. Beliau juga mahu melihat saya berdikari dan tidak hanya bergantung kepada makan gaji serta hidup selesa dengan apa yang ada. Dia juga bertuah kerana mendapat bimbingan daripada rakan sekampung yang juga ikon pertanian berjaya iaitu Sheikh Mohd Noh Sheikh Hassan yang mana selain sanggup untuk berkongsi petua dalam sektor baru diceburinya itu. Selaku ‘mentee’ dimana bimbingan berterusan daripada mentor pertanian yang juga jiran sekampung memudahkannya dalam mengusahakan tanaman cili centil dari peringkat awal hingga tuaian dan pemasaran. Apa pun pembabitan lama mentor kira-kira 12 tahun banyak membantu dalam menyalurkan ilmu pertanian malah sikapnya yang mahu berkongsi ilmu sangat terpuji. Dia masih ingat kata-katanya iaitu ‘kalau kita ada ilmu, mengapa perlu disimpan’. Nabi Muhammad SAW juga katanya menggalakkan ilmu bermanfaat disebar-sebarkan dan mengakui niat baik mentornya yang mahu berkongsi kejayaan itu bersama-sama. Dilaporkan dengan wang simpanan sepanjang bekerja maka dia mengusahakan tanaman cili centil berkeluasan 0.2 hektar.  Projek pertama selama enam bulan diusahakan kini sudah pun menampakkan pulangan memberangsangkan hingga mengeluarkan hasil mencecah satu tan cili centil. Kini fasa kedua bermula dengan hasil  pengeluaran hasil dijangka meningkat dan kini tempoh penanamannya berada di penghujung. Dakwanya kos bagi setiap pokok juga tinggi mencecah RM27 sepokok termasuk kos pokok lada, alat drip, polibeg dan sabut kelapa. Pokok lada pula ‘kalah’ dengan hujan apa lagi jika terkena hujan asid yang menyebabkan pengusaha perlu lebih berhati-hati. Selain itu perlu meletakkan racun kulat mengikut sukatan dibenarkan. Jiran sekampung dari kalangan suri rumah yang mahu bekerja sambilan memetik buah itu dengan kadar upah RM2.50 sekilogram. Ini juga cara dia berkongsi rezeki lebih-lebih lagi tugas memetik cili centil memerlukan kemahiran dan kesabaran bagi mengelak pokok cilinya rosak. Dia kini sudah mempunyai pemborong serta pembeli individu yang datang ke kebunnya bagi mendapatkan cili berkenaan dengan tawaran harga bergantung kepada pasaran semasa dan juga harga borong. Kebanyakan para pelanggannya dalam kalangan peniaga di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat. Berkongsi kelebihan berstatus petani memang ada banyak masa boleh ditumpukan kepada keluarga selain lebih bebas mengatur jadual harian sendiri berbanding makan gaji. Itulah kelebihan yang saya nampak dan jika mahu gaji lebih, maka kita perlu lebih berusaha. Untuk perancangan masa depan dia juga mahu meluaskan projek tanaman cili centil di tanah kebun milik keluarganya dengan memohon bantuan Jabatan Pertanian. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
CILI CENTIL...NAMA JENISNYA...
BENIH DIJUAL... ADA JENAMA...
HARGA MAHAL... HARGA ADA...
BERMINAT... BOLEHLAH CUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(17 Jamadilakhir 1444H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...