Support My Blog

Monday, October 31, 2022

KACANG MERAH - APA HEBATNYA

KACANG MERAH
(Vigna angularis var angularis) merupakan sejenis kekacang atau bijian daripada keluarga Fabaceae. Kacang ini ada ditanam diseluruh dunia sebagai sumber makanan yang penting menyamai dengan beberapa jenis kekacang lain. Apa pun Kacang Merah ini juga dikenali dengan nama lain sebagai Kacang Azuki (atau adzuki), Kacang Buah Pinggang (Kidney Bean) kerana bentuknya adalah seakan-akan berbentuk buah pinggang manusia. Kacang ini dipercayai berasal daripada negara China dan ditanam untuk dijadikan sebagai makanan penting di rantau Asia dan Eropah. Kacang Buah Pinggang ini dilaporkan adalah merupakan satu daripada varieti kacang yang memang berkhasiat dan banyak manafaat untuk kesihatan. Ada laporan dimana saiz biji kacang merah sebenarnya adalah separuh daripada saiz kacang buah pinggang dengan bentunya yang sedikit membulat. Kacang ini paling sesuai ditanam dikawasan tanah subur kawasan subtropika seperti di di Asia Timur, USA, Eropah dan kawasan sekitar Himalaya. Sebenarnya ada yang ada kala memanggilnya juga sebagai Kacang Mung (mung bean) dengan mempunyai pelbagai jenis warna bijirin walau pun yang paling popular adalah yang berwarna merah. Kacang ini dilaporkan kaya dengan nutrien termasuk bahan serat (fiber), protein dan Manganese. Dari segi penggunaan dimana sejak lama dulu di India dimana kacang jenis ini dibuat didalam masakan kari. Di Mexico pula dilaporkan dimana kacang ini dimakan dengan nasi sebagai makanan utama. Di kawasan selatan Amerika Syarikat pula seperti kawasan terutama New Orleans dan Louisiana dilaporkan dimana kacang merah atau kacang buah pinggang dimakan dengan nasi dan ia dikenali sebagai resepi 'red beans and rice'. Dalam rujukkan lain pula dilaporkan dimana ada varieti kacang merah yang berasal dari Peru dimana ia kemudian diperkenalkan di Eropah dalam abad ke-15 oleh orang Sepanyol. Kemudiannya ia dibawa oleh pedagang Sepanyol dan Portugis ke benua Afrika dan Asia. Disebabkan kacang ini harganya agak murah tetapi ia mengandungi protin yang baik dan berkhasiat maka ia mudah digemari dan dimakan penduduk tempatan dan di seluruh dunia. Antara pengeluar komersial kacang buah pinggang yang sudah kering adalah termasuk Negara India, China, Indonesia, Brazil dan Amerika Syarikat. Penulis blog belum pernah menemui petani yang menanam kacang merah ini secara komersil dan tiada dilaporkan didalam data keluasan tanaman kekacang oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Negara kita merupakan 'net importer' kacang merah dan kacang buah pinggang dalam bentuk yang sudah kering. Walau pun ia berwarna merah gelap tetapi dilihat kacang ini terdapat bahagian belak putih, kelabu dan juga hitam jika diteliti. Artikel petang Ahad ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan maklumat mengenai kacang merah dan kacanh buah pinggang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Penanaman kacang merah atau kacang buah pinggang selalunya sesuai untuk dilakukan secara monokrop atau bersama dengan tanaman lain. Tanaman singkat masa ini (herbaceous plant) yang tumbuh dengan baik pada cuaca panas mempunyai sifat kacuk sendiri (self pollinated plant). Pemilihan biji benih berkualiti dari peringkat awal penanaman adalah penting kerana ada biji yang berwarna merah, hitam, hijau, kelabu, kuning, putih meroon dan juga warna campuran. Ketinggian pokok sekitar 25 - 90 cm dengan varian ada yang lebih tinggi lagi. Ia tumbuh menegak dengan kemampuannya untuk merambat sehingga lengainya matang. Tanag berketinggian diantara 500 - 1,500 meter sesuai untuk pertumbuhan tanaman ini dengan suhu diantara 15 - 30 Celcius. Sesuai tumbuh dengan baik pada tanah dengan pH5.5 - pH6.5 serta ada juga varieti tertentu yang tahan dengan kemarau. Apa pun ia memerlukan sinaran cahaya matahari panjang sekitar 12.5 jam sehari (hours/daylight) untuk aruhan pembungaan. Tanaman ini perluman antara 60 - 190 hari untuk berhasil bergantung kepada varieti dan lokasi. Anggaran hasil adalah sekitar 1.0 - 2.4 metrik tan sehaktar. Beberapa laporan menyatakan hasil di Jepun mencapai1,900 kg/ha, di Taiwan pula sebanyak 1,400 kg/ha, Kenya (700 - 900 kg/ha) dan di New Zealand sebanyak2,240 kg/ha. Sebagaimana tumbuhan keacang lain dimana kacang ini juga mampu mengikat unsur Nitrojen dalam akar di tanah dengan ujud nodule iaitu satu kerjasama bakteria seperti Rhizobium. Amalan agronomi mengesyorkan agar selepas hasil dituai maka sebaiknya tanah digemburkan semula untuk membolehkan akar tumbuhan mereput dan meyuburkan tanaman berikutnya. 
Kacang merah tumbuh dengan baik di tanah yang digunakan kemudian diselang seli dengan timun, tomato atau terung. Kawasan terbaik dalam kekacang seperti untuk tanaman bit, tomato, lobak merah dan jenis timun. Untuk fasa menyediakan tanah semasa menggali disyorkan harus ditambah unsur baja sebatian khas yang terbuat dari ammonium nitrat, bahan kapor dolomit dan kalium klorida. Bagi kawasan tanah seluas sekitar 1 meter persegi perlu diberikan sebanyak 4 kg baja.

Kacang adalah salah satu daripada sumber protein tumbuhan yang berguna untuk tubuh. Sekiranya ada yang membandingkan jenis kacang kini maka jenis kekacang yang paling berharga adalah kacang Azuki atau kacang merah atau pun kacang buah pinggang. Ia digunakan dalam pelbagai jenis diet dengan utama bertujuan menurunkan berat badan. Apa pun dilaporkan dimana lazimnya kacang merah juga mengandungi 3 bahan utama iaitu Protein (serupa dengan apa yang diperoleh seseorang daripada produk daging), Serat (iaitu sumber tenaga yang tidak dapat digantikan) dan juga Karbohidrat Kompleks (bahan yang membolehkan badan kekal tepu untuk jangka masa panjang). Dalam pada itu memang didapati dimana kacang merah kaya akan vitamin dan mineral.Kajian makmal mendapati dimana analisa nilai pemakanan setiap 100 g produk adalah ada 337 kcal mentah dan 94 kcal (jika direbus) dengan sebanyak 2.2 g protein. Apa pun sebilangan besar nutrien dalam kekacang sering ianya ada digunakan dalam amalan rawatan banyak penyakit.
Kelebihan utama kacang merah adalah kepekatan nutrien yang tinggi dalam komposisinya iaitu ia yang tidak hilang setelah dilakukan aktiviti rawatan panas (dimasak). Kacang ini juga mampu memberi manfaat yang tidak ternilai untuk tubuh badan. Produk ini disyorkan untuk kanak-kanak berumur lebih dari tiga tahun dimana ia mampu membantu mengasimilasikan nutrien dan sesuai diambil bersama dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kaedah ini membolehkan tubuh akan menyerap nutrien dalam jumlah maksima dari makanan yang dimakan. Pakar makanan ada menyatakan dimana kacang merah sebenarnya ia digunakan secara aktif untuk melawan berat badan berlebihan. Fakta bahawa ia mengandungi bahan unik yang melambatkan sintesis alpha-milase adalah asasnya. Memakan kacang merah dilaporkan mampu untuk ianya dapat mengurangkan selera makan dan pada masa yang sama akan meningkatkan metabolisme. Ada laporan testimoni dimana jika dimakan selama seminggu dengan diet kacang merah ini dilaporkan seorang wanita akan kehilangan 5 - 7 kilogram. Kelebihan kacang ini yang tidak diragukan lagi apabila setelah dimasak memang ia tidak mempunyai bau dan sesuai dipadangkan dengan makanan lain. Bagaimana pun hasil kajian juga mendapati pengambilan berlebihan akan menyababkan kemudaratan. Sebenarnya ia tidak digalakan diberi kepada ke dalam makanan kanak-kanak di bawah usia tiga tahun. Dilaporkan ada kesan negatif yang menyebabkan bayi menderita kolik dan mengalami masalah lain iaitu dengan pembentukan gas yang menyebabkan kembung perut.

Pada penulis blog diantara resepi kegemaran dengan kacang merah atau kacang buah pinggang ini adalah bubur kacang merah (Sila lihat foto disebelah). Menyediakan sendiri bubur ini dirumah amat mudah dan enak dihidangkan untuk jamuan minum petang. Bubur kacang merah juga kini sudah popular dihidangan dalam banyak jamuan kenduri kahein sebagai pencuci mulut. Bagi menyediakan makanan ini perlu disediakan bahan seperti 1
 cawan kacang merah yang dicuci dan direndam dan toskan sebelum dimasak, Air secukupnya untuk merebus kacang dan juga sebanyak 1/2 cawan sagu (yang mesti dicuci dan toskan:. Sebagai panduan dimana jika suka boleh mengurangkan kadar bahan sagu kalau tidak hendak bubu jadi pekat). Bahan lain yang diperlukan termasuk 1 buku gula Melaka, 1 cawan gula pasir (sesuaikan kemanisan ikut sukatan), 1 cawan santan kelapa, 1 helai daun pandan (yang perlu di simpul) serta juga secubit garam. Bahan lain termasuk bahan hiasan yang digunakan sebagai bahan pati santan iaitu 1 cawan santan pekat dan secubit garam. Cara memasak dengan mana awalnya kacang merah ini di rendam hingga kembang selama paling kurang 4 jam. Kemudian dicuci bersih dan rebus bersama air secukupnya hingga ia cukup kembang dan kacang pecah serta agak lembut. Kemudian masukkan sagu dan masak lagi sehingga sagu masah dan jernih. Dalam periuk lain boleh dimasak gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut dan ia kemudian ditapis. Kemudian bahan ini dituangkan gula Melaka kedalam periuk rebusan kacang. Seterunya dimasukkan daun pandan dan gula pasir dan kacau sehingga sebati. Masak lagi hingga gula hancur dan boleh juga ditambahkan santan dan perasakan dengan garam agar terbit rasa lenak manisnya. Sebaiknya bubur merah ini dtrenih sebentar sehingga sebati dan padamkan api. Sedia untuk dimasukkan kedalam mangkut dan dihidangkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KACANG MERAH...MUDAH BELINYA...
KACANG BUAH PINGGANG... SAMA...
DIBUAT BUBUR... ENAK RASANYA...
IA BERKHASIAT... RAMAI SUKANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Air Keroh, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(31 Oktober 2022).

Sunday, October 30, 2022

KENALI VARIETI NANAS JAMBUL MAS A18

VARIETI NANAS JAMBUL MAS A18 (AC15) telah berjaya didaftarkan dibawah senarai Varieti Tanaman Malaysia di Jabatan Pertanian Malaysia pada September 2022. Varieti nanas baharu ini telah didaftarkan dan mendapat nombeor kod rujukkan sebagai AC15 dengan pemilik pendaftar sebagai Syarikat Jambul Mas Trading yang mana sumber asal benih di periksa di Negeri Sembilan. Penulis blog yang mengenalpasti akan keunikan varieti nanas ini yang dilaporkan berasal dari Taiwan dan dibiakbaka di Malaysia pada tahun 2021 dahulu iaitu semasa membuat tinjauan teknologi kebun nanas di Simpang Pertang, Negeri Sembilan. Kali pertama adalah cubaan untuk mrmbuat membuat ujirasa buah nanas belum dikenali ini yang telah masak dan beberapa bulan kemudian baru dapat membuat lawatan kebun nanas untuk meneliti ciri-ciri marfologi tanaman ini. Melihat kali pertama buah nanas Jambul Mas ini seakan hendak ketawa kerana dilihat seakan ia adalah buah nanas yang 'cacat' kerana semuanya tidak mempunyai jambul atau pun hanya ada sedikit jambul diatasnya (Sila lihat foto diatas sekali). Saiz buahnya yang sederhana besar ini pula dilihat mempunyai jambul yang berbentuk 'kon' diatasnya. Penulis blog rasa ini kali pertama melihat buah nanas sepertinya dan teruja untuk membuat ujirasa seterusnya. Setelah dibuang kulitnya dan dipotong maka dibuat ujirasa. Wow!.... sungguh manis rasanya dengan ada aroma enak yang setanding dengan buah nanas MD2 atau malahan ia lebih baik lagi. Beberapa rakan dan ahli keluarga yang turut sama membuat ujirasa juga amat terkejut dengan keenakan nanas Jambul Mas ini. Artikel pada malam Ahad ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan pengalaman pertama mengenalpasti sejenis buah nanas yang baru dimana ia kemudian didaftarkan sebagai varieti Nanas Jambul Mas A18 untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


Artikel ini adalah diantara artikel mengenai varieti nanas baru yang telah didaftarkan sebagai nanas Jambul Mas. Sebelum ini ada penulis blog mengeluarkan info mengenai nanas ini didalam facebook dan juga video yang berkaitan. Apa pun diantara kehebatan nanas varieti Jambu Mas A18 ini adalah dimana ia mempunyai bentuk jambul yang berukuran kecil sahaja dan paling unik adalah ia sering berbentuk seakan kon (cone) sahaja (Sila lihat foto disebelah). Kali pertama buah nanas Jambul Mas ini dilihat agak pelik bentuk jambulnya dan seakan sebagai sebiji buah nanas yang 'cacat' sahaja kelihatannya. Bagaimana pun setelah diperiksa dimana ciri ini merupakan salah satu ciri untuk ianya diperiksa sebelum didaftarkan sebagai varieti baru dibawah Senarai VArieti Umum Tanaman di Malaysia. Penulis blog berusaha bersama beberapa penanam dan pengusaha yang telah ada menanam dan membeli benih nanas ini untuk mendftarkannya. Pada masa artikel ini ini ditulis pokok induk nanas Jambul Mas ini hanya di tanam di Negeri Sembilan, Melaka dan ada sedilit di Selangor. Belum ada banyak benih untuk di hasilkan masa artikel ini ditulis akan tetapi dijangka ia akan mula berada dipasaran sekitar bulan Januari - Mac 2023. Dianggarkan ada sebanyak 150,000 - 200,000 pokok induk Nanas Jambul Mas ini yang didalam proses pengesahan oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia dibawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman Malaysia (SPBT). Sama seperti semasa benih nanas MD2 diperkenalkan dahulu dimana sudah ada ramai pengusaha yang bertanyakan sumber bekalan benih ini dimana berkemungkinan harganya agak tinggi kerana kurang bekalan. 

Mengenai kualiti isi varieti Nanas Jambul Mas pada penulis blog amat hebat sekali dimana pada pendapat penulis blog ia adalah setanding atau lebih baik dari varieti Nanas MD2. Warna isinya yang kuning kuat dilihat amat menarik sekali dihidangkan diatas pinggan sebelum dinikmati. Nanas ini sangat berjus dan paling hebat adalah aromanya dan kemanisannya yang mencecah 16 - 20 darjah Brixs bagi buah masak ranum. Semasa membuat ujirasa dikebun sebaik sahaja memetik buah yang diukur tahap kemanisannya adalah sekitar 14 - 17 darjah Brixs. Apa yang penulis blog paling suka adalah buah nanas ini mempunyai empulur dibahagian tengah yang sangat lembut sehingga seakan menyamai daging isi yang lain. I mudah dikunyah dengan mempunyai serat yang lembut dan aroma yang istimewa. Antara ciri keunikan buah nanas ini adalah dimana bahagian jambul yang berbentuk 'kon' ini juga lembut dan enak dimakan sama seperti bahagian utama isinya. Pada penulis blog ini kali pertama sebagai pakar nanas dapat ujirasa bahagian jambu nanas yang unik ini. Kemudian penulis blog cadangkan nama sesuai untuk nanas ini daripada bahagian jambulnya yang unik dan menggelarkannya sebagai 'Nanas Jambul Mas'. Walau pun ada beberapa nama lain yang rakan-rakan cadangkan akan tetapi cadangan saya juga dengan penjelasan teknikal telah diterima untuk didaftarkan dengan mengisi Borang Pendaftaran Varieti DK-1. Akhirnya ia berjaya didaftarkan pada September 2022 dengan nama varieti diterima adalah 'Nanas Jambul Mas A18'. 

Tanaman nanas varieti Jambu Mas ini pada penulis blog memang lebih mudah diuruskan berbanding dengan tanaman jenis nanas premium MD2 berdasarkan penelitian dibuat semasa membuat tinjauan di lapangan. Hasil dari pemerhatian awal dan juga beberapa sessi temubual dengan beberapa orang penanam yang sudah menghasilkan buah dilaporkan ia merupakan varieti nanas yang lasak. Bagaimana pun terdapat duri-duri keras yang tajam pada bahagian daunnya yang mana ia menyakitkan apabila tercucuk di tangan atau kaki. Penulis blog beberapa kali juga terkena duri di tangan dan kaki semasa membuat tinjauan di kebun. Pokoknya sederhana tinggi dengan daun yang menegak dan melempai dan boleh menuai selepas 12 bulan ditanam. Jika hendak dibandingkan dengan nanas varieti MD2 pada penulis blog ianya adalah lebih berpotensi sebagai nanas premium kerana boleh dikatakan ia lasak dan tiada terkena masaalah 'Heart Rot' atau masaalah serangan reput perdu dimusim hujan. Tanaman nanas baru ini juga lasak dengan kehadiran sedikit rumpai yang ada disekitarnya tidak sama seperti nanas Md2 yang mudah kalah dengan rumpai. Beberapa penanam nanas ini tidak menggunakan plastik silvershine akan tetapi apabila plastik ini digunakan dilihat tanaman pokok nanas lebih subur. Bilangan sulur bagi tanaman nanas dewasa sekitar 3-6 sulur sepokok dan ada yang lebih daripada jumlah tersebut dilaporkan. Kepada pengusaha yang ingin mendpatkan bekalan benih Jambul Mas ini boleh berhubing dengan Syarikat Jambul Mas Sdn Bhd dengan google sahaja. Semuga artikel ini memberi dapat info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!!...
VARIETI BARU... JAMBUL MAS NAMANYA...
KOD AC 18.... UNIK BENTUK JAMBULNYA...
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA JUGA...
SESIAPA BERMINAT... DAPATKAN BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Langit Rimba Eco Resort, Kg Pantai, Seremban,
Negeri Sembilan, 
Malaysia.
Kemaskini di Room 620,
Impiana Hotel, Senai, Johor Bahru.

Saturday, October 29, 2022

GAGAK DAN BERITA ANTARABANGSA

BURUNG GAGAK
(Corvus spp) atau Crows adalah burung yang besar daripada keluarga Corvidae iaitu dalam order Passeriformes dimana ia dikenali sebagai burung yang orang benci. Bandar Kelang di Selangor pernah digelar 'Bandar Gagak Yang Kotor' dulu dimana ada banyaknya burung gagak berterbangan bebas dibandar tersebut mengutip makanan. Gagak hidup dibanyak kawasan diseluruh dunia terutama dikawasan pelabuh-pelabuhan yang banyak sumber makanan gagak. Populasi gagak yang banyak jenis melebihi 27 spesis ini mampu membiak dengan cepat jika tidak dikawal dan terdapat sumber makanan yang lumayan. Gagak yang mempunyai bulu yang berwarna hitam ini mampu terbang dan selalu dilihat akan memakan bangkai haiwan dan juga kekotoran sampah sarap yang terbuang. Gagak jantan biasanya lebih besar dari gagak betina. Gagak menghasilkan bunyi yang kuat terutama apabila berkumpulan dan menemui makanan untuk direbut. Memang sebahagian besar gagak adalah berwarna hitam dengan gloss jernih. Kenapa gagak dengan warna hitam?. Apakah Tuhan menciptakan sesuatu dengan sia-sia?. Warna hitam pada bulu burung gagak ini untuk perlindungan sehingga ia mampu menghilangkan diri dalam kegelapan malam dari musuh-musuhnya seperti burung hantu dan burung helang. Burung hantu adalah aktif di malam hari dan predator lainnya. Gagak memakan hasil pertanian tanaman makanan, buah-buahan, cacing, serangga, siput, telur burung lain, ikan, bangkai binatang yang dibunuhnya di jalanan dan menyimpannya sebagai makanan dan kemudian menyembunyikannya dibawah daun. Ia menyimpan makananya agar tidak diketahui musuh-musuhnya. Gagak merupakan haiwan yang tidak lupa untuk menjaga keselamatan dan kecukupan makanan terhadap anggota keluarganya. Gagak juga tidak membiarkan pelanggaran wilayah kekuasaannya kepada musuh atau mereka yang mendekati sarangnya. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah mengenai burung gagak di luar negara untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Kisah menarik dari Stockholm, Sweden bertajuk 'Sweden latih burung gagak jadi pengutip sampah' merupakan kisah unik dikongsikan. Dilaporkan dimana dis
ebuah bandar di Sweden mereka telah melatih burung gagak untuk memungut puntung rokok dan sampah sarap di sekitar jalanan bagi mengekalkan kebersihan kawasan tersebut. Laporan oleh Media Daily Mail memberitahu dimana burung liar itu dilatih secara berperingkat untuk memungut sampah dan memasukkannya ke dalam mesin yang akan menyalurkan makanan kepada haiwan itu di bandar Södertälje (Sila lihat foto disebelah). Usaha itu merupakan sebahagian projek perintis dikenali sebagai 'Corvid Cleaning' yang dilaksanakan oleh The Keep Sweden Tidy Foundation. Projek itu bertujuan mengurangkan kos pembersihan jalanan di bandar tersebut yang akan dilakukan oleh burung gagak. Bagi pengasas syarikat itu, Christian Günther-Hanssen cuba menganggarkan penggunaan burung gagak boleh menjimatkan sekurang-kurangnya 75 peratus daripada kos pembersihan jalanan di Södertälje. Södertälje ketika ini membelanjakan kira-kira 20 juta kroner Sweden (RM9.07 juta) untuk kos pembersihan di bandar tersebut. Dilaporkan burung gagak akan ‘mengambil bahagian secara sukarela’ dan lebih mudah untuk diajar berbanding spesies burung yang lain. Adalah lebih mudah untuk mengajar burung gagak malah terdapat peluang tinggi haiwan itu mampu belajar sesama mereka. Pada mesin khas itu yang mampu membezakan sampah selain batu dan daun, akan memberi ganjaran dalam bentuk makanan kepada burung gagak.

Kisah dari Tokyo, Jepun dimana 'Gagak atau gorila?' menarik penulis blog untuk dikongsikan dengan pembaca semua. Hasil daripada satu rakaman video yang menunjukkan ada seekor burung gagak berehat seperti gorila telah tular di media sosial baru-baru ini dan menyebabkan pengguna keliru dengan kelakuan haiwan berkenaan. Burung gagak itu dirakamkan berehat di Nagoya, Jepun dengan kepak dikembangkan ke bawah sama seperti gorila meletakkan tangannya di depan. Portal berita Mirror Online melaporkan dimana video yang dirakamkan oleh Keitaro Simpson itu sudah ditonton lebih sembilan juta kali dan mendapat lebih 248,000 `like’ didalam Twitter. Bagaimanapun dari laporan seorang pakar burung iaitu Kaeli Swift berjaya untuk memberi sedikit penjelasan mengenai gelagat luar biasa burung berkenaan. Pakar burung ini mendakwa sebenarnya apa yang dilakukan burung itu lakukan hanyalah satu dari aktiviti berjemur bagi burung gagak tersebut. Apabila burung berjemur maka lazimnya ia akan mengembangkan kedua-dua kepaknya ke bawah daan juga menegakkan bahagia ekornya keatas. Kamera yang mengambil aksi tersebut pada sudut tertentu maka ia akan kelihatan seakan ia menyebabkan kaki dan ekornya seperti hilang dari penglihatan. Menurut pakar tersebut dimana bagi burung biasanya suka berjemur untuk mengurangkan bakteria dan kutu pada bulunya. Bagaimana pun kesabaran pemilik video tersebut dalam mengambil gambar tersebut harus dipuji diatas kreativitinya membuat posting tersebut.

Di USA pila kisah mengenaii gagak dimana 'Pihak berkuasa California mahu guna laser halau burung' juga menarik dikongsikan teknologinya. Kalau percubaan ini berjaya maka beberapa Kerajaan Tempatan (PBT) boleh mula menjalankannya di negara kita Malaysia. Dilaporkan di California dimana pihak berkuasa California merancang untuk menggunakan laser untuk menghalau populasi burung gagak yang semakin meningkat di bandar raya tersebut. Penduduk di Bandar Sunnyvale memaklumkan dimana burung gagak tersebut sering memenuhi kawasan bandar dan mengotorkan kawasan sekitar dengan najis.  Selain itu bunyi bising burung berkenaan turut mengganggu waktu tidur mereka pada waktu malam. Penduduk mengadu cukuplah dengan bunyi yang dikeluarkan dari perkhidmatan Caltrain dan bunyi burung gagak benar-benar mengganggu hidup penduduk dakwa Timbalan Datuk Bandar Sunnyvale, Alysa Cisneros. Terdahulu dilaporkan oleh Datuk Bandar Larry Klein dimana pihak berkuasa Sunnyvale sudah menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalau kesemua burung gagak berkenaan, namun masih gagal.  Sehubungan itu, beliau memaklumkan, pihak berkuasa mungkin menggunakan sinaran laser hijau untuk menghalau kawanan burung tersebut. Kini tindakan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pencinta haiwan yang juga mereka untuk memaklumkan penggunaan laser hanya menyebabkan mata burung gagak menjadi buta. Keadaan itu menyebabkan haiwan tersebut sukar untuk terbang dan mencari makan dimana ia menjadikan akhirnya mati.

Kisah mengenai burung gagak di Perancis menarik apabila '
Burung gagak dilatih jadi tukang kutip sampah di taman tema' menjadi satu lagi inovasi. Dilaporkan dimana sebuah taman tema yang bersejarah di Perancis telah melatih enam ekor (6) burung gagak untuk kerja mengutip puntung rokok dan sampah sarap bagi mengekalkan kebesihan taman tema yang ramai pengunjungnya setiap masa (Pastinya ia dilaporkan sebelum kes pandemik covid19 berlaku). Menurut kenyataan oleh presiden taman tema  Puy De Fou dimana Nicoles de Villiers beritahu kepada orang ramai bagaimana haiwan termasuk burung gagak ini boleh dilatih untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Burung gagak ini diajar cara-cara untuk mengutip sampah terutama puntung rokok dan meletakkannya ditempat khas pula (Sila liht foto disebelah). Walau pun kini ada tahap kesedaran pengunjung ke taman tersebut sealunya tidak banyak yang membuatng sampah merata-rata tetapi memang masih ada segelintir manusia yang masih membuangnya. Beliau dalam kempen kebersihan ditaman tersebut mendakwa kalau haiwan pun boleh diajar untuk mmenjaga ebersihan apalagi kalau manusia bersama untuk menjaga kebersihan kawasan taman. Caranya adalah burung gagak atau burung lain yang meletakkan sampah pada mesin tong khas akan menerima nuget makanan kecil sebagai imbuhannya. Taman tema ini popular kepada pengunjung kerana ia membuat lebih daripada 20 persembahan termasuk beberapa persembahan ole haiwan burung. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BURUNG GAGAK... HITAM WARNANYA...
DILAPOR PENGOTOR... DIMANA-MANA...
MENGUTIP SAMPAH... BANGKAI JUGA...
DIJADIKAN BERGUNA.. DILUAR NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana off  Jalan Istana,
Bukit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(18 Rejab 1443H).

Friday, October 28, 2022

PENOREH GETAH YANG TERTEKAN

TANAMAN GETAH (Hevea brazilliensis) di Malaysia masih lagi merupakan industri yang memang penting selepas dari industri tanaman Kelapa Sawit. Sejarah getah di Malaysia bermula apabila pada tahun 1870'an dimana sebanyak 70,000 biji benih dibawa dari Brazil. Ianya dibawa ke London dan bakinya dibawa ke Ceylon dan akhirnya ke Malaysia (pada ketika itu dikenali sebagai Malaya) serta kawasan Asia Tenggara lain. Penanaman pokok getah berkembang dengan pesat dimana sejumlah besar kawasan hutan ditebang untuk penanaman pokok getah. Keadaan ini berterusan sehingga menjadikan negara Malaysia sebagai diantara kawasan penanaman pokok getah terpenting di dunia. Industri getah memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Sumbangan yang tinggi dalam industri ini memberi kesan kepada perubahan landskap serta corak pertumbuhan ekonomi Malaysia masa itu. Meskipun begitu dimana selepas peralihan fokus ekonomi daripada sektor primer kepada orientasi eksport terutama dalam aktiviti pembuatan, transformasi struktural ini memberi kesan terhadap sektor pertanian termasuklah industri getah. Daripada menjadi pengeluar utama getah asli di dunia pada tahun 1970an sehingga 1980an, Malaysia telah kehilangan kedudukannya dan jatuh dibawah kepada negara jiran yang turut merupakan pesaing pengeluaran getah asli iaitu Thailand dan juga Indonesia. Semenjak dari itu dilaporkan dimana tahap pengeluaran getah negara dilihat lebih kepada corak yang semakin berkurangan. Namun begitu aktiviti pengeluaran getah asli kekal sebagai salah satu komponen dalam ekonomi. Hasil dari perkembangan proses perindustrian maka terkini pengeluaran getah mendapat peranan baru iaitu sebagai menawarkan bahan mentah untuk pengeluaran produk berasaskan getah serta kayu getah. Apa pun pada penulis blog dimana secara ringkasnya, keluasan penanaman pokok getah telah berkurang sebanyak 28.1% daripada tahun 2000 hingga tahun 2010 atau daripada 1.43 juta hektar kepada 1.03 juta hektar. Penurunan yang lebih signifikan ini dilihat dalam sektor ladang atau estet dengan kadar pengurangan sebanyak 49.67 peratus menjadikan keluasan bagi tanaman getah ladang atau estet pada tahun 2010 sahaja dilihat pada paras 61,100 hektar berbanding pada tahun 2000 iaitu pada paras 123,780 hektar. Namun begitu masih tetap berlaku peningkatan eksport getah Malaysia iaitu sebanyak 22.54 peratus daripada 548,235 tan pada tahun 2000 kepada 707,793 tan pada tahun 2010 (Sumber: Lembaga Getah Malaysia, 2011). Penurunan keluasan penanaman pokok getah adalah disebabkan berlakunya minat yang tinggi iaitu dikalangan pekebun kecil dan estet terhadap sektor kelapa sawit yang dianggap memberi pulangan lumayan serta harga pasaran yang tinggi. Keadaan ini secara langsung memberi kesan keatas jumlah keluasan tanah sebelumnya ditanam dengan pokok getah telah beralih kepada aktiviti penanaman kelapa sawit apabila pokok getah dilaporkan mencapai tahap kematangan atau dikategorikan sebagai 'pokok tua'. Artikel pada subuh Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai nasib penoreh getah yang semakin tertekan dalam industri ini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Menarik laporan dari melakaharini.my dengan tajuk 'Rintihan si penoreh getah' yang wajar dijadikan bahan bacaan semua pembaca blog. Kisah dari Air Limau, Melaka ini telah menyatakan dimana akibat dari ketidaktentuan harga getah di pasaran yang disifatkan masih di tahap rendah menjadi dilema buat para penoreh di negeri ini yang tersepit susulan kejatuhan ekonomi negara terutama dalam musim COVID-19 dan era endemik yang melanda dunia. Bagi seorang penoreh dari Kampung Ramuan China Besar, Raub Maakhir (60 tahun) yang ditemui dikebunnya mengakui hilang motivasi untuk keluar bekerja ekoran harga getah yang tidak menunjukkan peningkatan ketara sehingga masa kini. Bagaimana pun disebabkan keluarga dan anak-anak maka dia tetap menggagahkan diri keluar sejak awal pagi dengan bersenjatakan sebilah pisau dan ubat nyamuk meskipun mengetahui pendapatan yang bakal diperolehi tidaklah seberapa. Kalau sebelum ini harga getah memang sangat rendah dimana boleh dikatakan sekilo berada di paras RM1.90 dan ada masanya mencecah RM2.00. Kini barulah dapat harga getah mencapai RM2.50 sekilogram dimana itu pun harganya bila-bila masa boleh berubah. kalau hendah ubah kerja dikampong kampung, apa boleh buat? dimana kalau tidak menoreh bagaimana untuk menyaara keluarga yang membuatkan dia 'tertekan'. Maka dia terima hakikat dimana kalau hanya dapat sikit maka makanlah sikit kata orang. Kini walaupun kehidupan pada keluarganya seakan seperti kais pagi makan pagi dimana ini sahajalah kerja yang boleh dia buat. Memang ramai kata kerja yang dia buat sudah tidak lagi sepadan dengan harga yang kita dapat akan tetapi jika hendak hidup tetap kena terima sahaja. Dia bagaimanapun mengakui pihak kerajaan turut menghulurkan bantuan melalui Lembaga Getah Malaysia yang memberikan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan RISDA yang memberikan bantuan musim tengkujuh. Bantuan itu masih lagi belum mencukupi memandang kos sara hidup yang semakin tinggi dari tahun ke tahun. Dia masih berharap harga getah ini dapatlah dinaikkan kerana ia akan membantu ekonominya. Dia juga sedsr dimana masih ramai kalangan rakan-rakan penoreh getah diseluruh negara (mungkin dinegara yang ada tanaman getah didunia) yang tertekan dengan situasi sukar sepertinya. 

Dalam pada itu rakannya iaitu seora
ng lagi penoreh di Kampung Solok Batang Tua, Masjid Tanah, Melaka iaitu G. Tamilselvi (51 tahun) dari sumber sama menyatakan dia memperolehi pendapatan sekitar RM600 sebulan sebagai seorang penoreh getah.  Dia yang sudah menoreh selama lebih 30 tahun mengakui pendapatan sebagai penoreh tidak padan dengan keringat yang dicurahkan selama ini. Apa pun jumlah pendapatan yang diperoleh sebagai penoreh dalam tempoh sebulan hanyalah sekitar RM600 sahaja yang mana itulah yang digunakan untuk menyara hidupnya sekeluarganya selama ini. Harga getah dakwanya memang rendah. Kalau ikutkan memang tidak berbaloi dengan harga diana walau pun agak penat akan tetapi harga yang ditetapkan tidak betul. Apa pun disebabkan perlu makan dan mahu menyuapkan sesuatu dalam mulut maka walau tertekan mahu atau tidak dia kena terima sahaja kerja sebagai penoreh getah. Dia juga mengakui apabila pendapatan yang tidak menentu membuatkan ramai orang lain juga sepertinya kini mula beralih kepada bidang-bidang lain. Seorang penoreh getah dari kampong sama bernama Azmi Abdul Manan (51 tahun) pula dilaporkan ada mendakwa iaitu disebabkan pendapatan bulanan yang rendah maka dia terpaksa juga mengusahakan tanaman-tanaman lain seperti sawit dan lain-lain untuk dapat menyara hidup keluarga dan lima orang anaknya yang masih bersekolah. Dalam keadaan sekarang apabila harga getah tidak menentu memang terjejas jugalah dari segi perbelanjaan harian. Kalau harga getah tinggi barulah semua penoreh ada semangat untuk keluar menoreh. Dakwanya kalau harga jatuh seperti sebelum ini maka baginya memang sukar baginya untuk menyara keluarganya dan dia memang amat sering rasa 'tertekan'. Dia sebagai penoreh dia sangat berharap kerajaan agar dapat mengawal harga bagi memudahkan nasib orang-orang kampung yang bergantung harap kepada pendapatan ini untuk menyara keluarga.

Portal utusan.com.my dalam satu laporan bertajuk '
Kalau Hujan Tak Tahu Nak Bagi Anak Isteri Makan Apa dimana sudah 9 Tahun, Harga Getah Tak Pernαh Naik' amat menyentuh perasaan penulis blog. Begitulah keluhan seorang pe­noreh getah Orang Asli di Langkap, Perak iaitu Seman Chuon (51 tahun) yang dilaporkan media dimana apabila setiap kali hujan dia memang ti­dak dapat mencari rezeki dise­babkan pokok getah basah. Perkara ini juga yang merupakan diantara kesu­karan yang dihadapinya sebagai penoreh selain berdepan harga getah yang tidak pernah naik sudah menjadi tekanan dalam hidupnya di kampung tersebut. Dakwa beliau dimana dengan harga getah sekerap hanya RM2.50 sekilogram maka dia sering memikirkan apa yang hendak diberi makan kepada anak isterinya sedangkan harga bahan asas makanan dan keperluan harian terus naik. Dia yang mana ada mempunyai kebun getah seluas dua hektar namun dikongsi perlu pula dikongsi dengan lima beradiknya yang lain. Dia dakwa dengan harga getah beku RM2.80 sekilogram dan juga kadar harga getah kering RM3.60 sekilogram manakala harga getah susu RM3 sekilogram dan RM5 sekilogram kini masih terus ianya membelenggu pendapatannya sebagai kerja penoreh getah. Sepanjang tahun 2021 dan 2022 pula dia dakwa memang lebih banyak tidak menoreh kerana memang kadar curahan hujan yang amat kerap berlaku (Kesan La Nina). Harga getah tidak banyak berubah sejak dia mula menoreh sembilan tahun lalu seakan seperti tidak berbaloi lagi menoreh getah sebagai sumber pendapatannya dan penoreh getah lain. Setiap hari dia akan keluar dari rumah seawal pukul 5 pagi untuk pergi menoreh dan selesai pada pukul 11 pagi dan selalu berjaya menghasilkan kira-kira 50 kilogram getah. Dia menambah fakta apabila selama enam jam di kebun getah dimana setelah ditolak semua seperti kandungan air dalam getah dan hasilnya dibahagi sama rata dengan adik-beradik yang lain akhirnya dia cuma dapat kira-kira RM40 sehari sahaja. Kalau hanya cuma RM40 sahaja dia dakwa macam mana hendak beri anak isteri makan dimana keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan berterusan kerana tidak boleh menoreh dimana ini sudah tentu membimbangkan dan memberi tekanan kepadanya. Sebagai penoreh dimana nasibnya seakan memang tidak nampak ada perubahan terutama bila harga getah sudah lama tidak pernah naik sedangkan kos hidup terus naik. Seman me­rayu kerajaan mengkaji jalan agar harga getah dinaikkan. Apa pun dia ada mendakwa keadaan itu su­dah berlarutan sejak sekian lama tanpa ada pembelaan untuk golongan sepertinya. Kini sudah sembilan tahun harga getah tidak naik yang mana isu ini telah menyebabkan kehidupan penoreh getah sepertinya sudah semakin terhimpit. Apa pun untuk menambahkan lagi sumber pendapatan dimana dia ada menanam pokok kopi di celah-celah pokok getahnya sebagai satu usaha. Dia juga turut menyatakan kebimbangan kerana pokok getah di kebunnya semakin tua dan hasilnya kini semakin berkurangan. Rasa tertekan ini pada fikirannya entah bila akan berakhir. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NASIB PENOREH... BAGAIMANA...
HARGA RENDAH... HUJAN PULA...
MEREKA TERTEKAN...DIBICARA...
PERANAN SEMUA... DIAMBILKIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1444H).
Posted from Room 620,
Impiana Hotel, Senai, Johor Bahru.

Thursday, October 27, 2022

CENDAWAN - KISAH DAN POTENSINYA

TANAMAN CENDAWAN atau KULAT merupakan sejenis hidupan yang tumbuh atau boleh diusahakan daripada kumpulan 'Fungi'. Penulis blog agak pasti ramai diantara pembaca blog ini yang suka makan makanan berasaskan cendawan atau pun makanan yang berasaskan cendawan seperti sup, cendawan goreng dan sebagainya. Mungkin ada diantara pembaca jugaa yang masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau batang kayu atau media penanamannya (jerami, habuk kayu, kapas dan sebagainya) dijadikan sebagai salah satu  dari sumber protin sebagai nutrien pentingnya. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh usahawan sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan. Cendawan kini telah pun turut diiktiraf sebagai kumpulan herba yang berguna kepada manusia terutama untuk dijadikan produk kesihatan atau makanan kesihatan. Antara jenis cendawan yang popular dikomersilkan pada masa ini adalah jenis Cendawan Tiram Kelabu (Pleorotus pulminarius atau dulu dipanggil sebagai Pleurotus cajor-saju). Cendawan ini ditanam dikawasan bangsal atau rumah cendawan menggunakan media habuk kayu getah dan mengikuti proses yang agak rumit. Kawasan utama pengeluaran cendawan tiram kelabu di Malaysia adalah di sekitar Muar (Johor), Sepang (Selangor), Pahang, Melaka dan beberapa negari lain. Penulis blog sendiri yang mana telah mempunyai pengalaman luas dalam memberi latihan berkaitan cendawan dahulu telah memberi khidmat kepakaran teknikal dan bersama-sama membangunkan projek cendawan di Daerah Muar selama 6 tahun. Syarikat C&C Mushroom Sdn Bhd di Pekan Gerisek di Tangkak, Johor sehingga kini masih mampu menjadi salah satu pengeluar cendawan di Selatan tanah Air ini untuk pasaran domestik dan eksport. Artikel petang Jumaat ini saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai beberapa kisah dari media tempatan berkaitan industri tanaman cendawan untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.

Dalam satu media dimana tajuknya adalah 'Industri Cendawan terus Berkembang' wajar dirujuk. Kisah dari Kuala Lumpur melaporkan dimana kini i
ndustri cendawan di negara melangkah ke era yang memberangsangkan apabila ia diusahakan secara komersial oleh usahawan tani menggunakan kaedah bioteknologi. Pengurus Pusat Perintis Agro-Tech Centre dikenali Hilmy Hamzah ada menyatakan dimana bagi meningkatkan lagi bilangan mereka yang terbabit dalam pertanian ini pihaknya bertanggungjawab menyalurkan ilmu serta kemahiran yang diperlukan. Sebagai pusat yang akan bertanggungjawab dimana dapati berlaku perkembangan industri cendawan begitu positif dan semakin membanggakan. Saban masa semakin ramai yang berminat menceburi industri ini apabila ia diusahakan secara lebih skala komersial. Syarikatnya mengutamakan penerapan kemahiran sebenar kepada individu supaya setiap pengusaha cendawan yang dilahirkan adalah berkualiti dan berdaya saing selaras dengan hasrat untuk menjadikan sektor pertanian sebagai perniagaan. Kadar permintaan terhadap hasil pertanian kini agak besar dan untuk itu lebih ramai pengusaha cendawan perlu dilahirkan setiap tahun bagi menampung keperluan yang sentiasa meningkat. Perkembangan positif sektor pertanian perlu diperluaskan supaya lebih ramai anggota masyarakat menikmati hasil lumayan dari bidang pertanian umumnya dan industri cendawan khasnya. Kursus penanaman cendawan teknik terkini dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta bagi menjamin pengeluaran cendawan negara akan berterusan.

Dalam pada itu dilaporkan 'Projek tanaman cendawan mampu melahirkan usawan berjaya' wajar dikongsikan. Apa pun dulu pernah dinyatakan dimana p
eluang perniagaan dalam projek penanaman cendawan yang digariskan di bawah projek permulaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membantu lebih ramai pengusaha mengembangkan perusahaan mereka dimana selain itu berkaya melahirkan usahawan baru dalam sektor itu.  Kenyataan dari Pengurus Fatisha Agro Farm iaitu Rusila Yusof (29 tahun) dimana selain daripada bantuan geran permulaan dimana pihak kerajaan juga pernah membantu mempromosikan hasil pertanian dan produk cendawan supaya dapat dihantar ke pasaran luar negara. Masalah besar yang dihadapi ramai pengusaha cendawan adalah kurangnya promosi sebagai satu masaalah bagi kalangan pengusaha sama ada yang sedia ada atau baru mula berjinak-jinak dalam bidang ini. Kalangan mereka ada yang mempunyai cadangan dan perancangan besar dalam bidang ini dan berharap dapat berkembang kerana permintaan bagi tanaman ini dari seluruh negara sangat menggalakkan. Beliau yang sudah berjaya untuk mengusahakan ladang cendawan tiram kelabu dengan menggunakan kaedah penghasilan benih melalui tisu kultur di kawasan seluas 0.8 ekar di Kemaman, Terengganu lebih tiga tahun masih menghasilkan cendawan segar untuk pasaran domestik.

Portal berita hmetro.com melaporkan dimana usahawan yang berjaya 'Raih hampir RM10,000 sebulan jual cendawan tiram' wajar dikongsikan. Kisah dipetik daripada 
Kuala Krai, Kelantan apabila tiga beradik dari Kampung Desa Kasih telah mampu meraih keuntungan yangg mencecah hampir RM10,000 sebulan hasil jualan cendawan tiram yang diusahakan mereka sejak setahun lepas (2021). Bagi Muhamad Lokman Hakim Md Sabri (25 tahun) mendakwa pada peringkat permulaan dimana tanaman yang diusahakan itu adalah sekadar untuk mengisi masa lapang sahaja memandangkan beliau mempunyai banyak waktu terluang kerana bekerja sebagai juruteknik. Apa pun kemudian melihat potensi cendawan tiram ini maka dua lagi adik saya iaitu Puteri Nurin Darwisyah (23 tahun) dan Puteri Nurin Sabirah (20 tahun) telah membantunya untuk bersama-sama mengusahakan tanaman ini sebagai satu hasil pendapatan sampingan. Mereka mula membeli bongkah cendawan tiram dengan harga RM1.60 seunit sedikit demi sedikit untuk diletakkan di tepi rumah dan sehingga kini kami memiliki 3,000 bongkah. Mereka kini sudah tidak menang tangan kerana cendawan tiram mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat dan peniaga di sekitar Kuala Krai dengan hampir 30 kilogram sehari. Mereka memang  tidak sangka sambutan jualan cendawan tiram ini sangat menggalakkan kerana selain mempunyai pelanggan tetap, kami turut menjualnya secara dalam talian dengan menggunakan platform media sosial untuk menambah pendapatan. Kini bagi mendapat hasil maksimum dan lebih berkualiti, tanaman itu perlu berada dalam keadaan yang lembap selain persekitarannya juga perlu sentiasa bersih dimana lazimnya mereka akan mengutip hasil cendawan tiram dua kali sehari iaitu pada pagi dan malam. Dia berharap agar usahanya akan dibantu oleh agensi berkaitan kerana beliau berhasrat untuk menjual bongkah cendawan tiram bagi membantu mana-mana individu yang berminat untuk mereka mengusahakan tanaman berkenaan. Bagi menghasilkan bongkah cendawan tiram, kami perlu tiga bahan iaitu habuk kayu getah, dedak padi dan kapur pertanian yang semuanya digaul dan disebatikan dengan menggunakan mesin. Bahan tersebut dikukus selama enam jam di dalam tong dan akan disejukkan selama 24 jam sebelum disimpan pada suhu yang lembap. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
TANAM CENDAWAN...TIRAM KELABU...

DALAM BANGSAL.. BONGKAH BERIBU...
BONGKAH DIISIKAN... DIMASAK DULU...
DISUNTIK BENIH... TERUS MENUNGGU...

By,
M Anem,
Projek Kelompok Cendawan,
Kg Sungai Terap, Muar,
Johor, Malaysia.
(29 Safar 1435H)

Wednesday, October 26, 2022

CIRI KHAS POKOK KELAPA PANDAN

VARIETI POKOK KELAPA PANDAN (Cocos nucifera) atau dikenali sebagai 'Aromatic Coconut' merupakan sejenis varieti kelapa yang semakin meluas ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan eksport. Kelapa Pandan yang telah didaftarkan dalam Senarai Pendaftaran Varieti Tanaman di Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod CN6 dilakukan pada tahun 2014. Varieti Kelapa Pandan merupakan varieti kelapa jenis rendah yang mampu menghasilkan banyak buah kelapa di mana airnya berbau pandan. Kelapa ini juga sudah dikenali sebagai 'kelapa wangi' kerana mempunyai isi dan air yang beraroma pandan walau pun ada kalanya baunya akan berkurangan terutama diminum semasa munsim hujan. Walau pun kelapa ini dipercayai berasal daripada negara Thailand tetapi sebenarnya ia telah ditanam di negara kita sejak lama dan berpuloh tahun dahulu dengan pemilihan varieti yang lebih baik (Domesticated variety). Kelebihan kelapa pandan lagi kerana ia jenis kelapa rendah dengan ketinggian optima sekitar 6 meter sahaja dengan tandan dan buahnya berwarna hijau (Seakan menyamai varieti Malaysan Green Dwarf atau MGD). Bentuk buah dan saiz buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Setiap pokok dewasa yang dijaga baik mampu menghasilkan sebanyak 12 tandan setahun dengan purata bilangan buah setandan diantara 10 - 12 biji. Hasil dari penelitian dan tinjauan penulis blog di ladang beberapa Pusat Pertanian Jabatan Pertanian diseluruh negraa dan di kebun-kebun petani ada mendapati kelapa pandan mampu untuk menghasilkan sebanyak 28,000 biji buah sehektar setahun atau purata sebanyak 130 biji sepokok setahun. Apa pun dilaporkan dimana varieti kelapa pandan disyorkan ditanam untuk memenuhi bekalan kelapa muda dalam negara dan sebahagian diekspot kenegara jiran (Singapura, Thailand dan Brunei). Penelitian penulis blog di beberapa rangkaian premis yang menjual Kelapa Pandan Thailand Original (buah yang diimport dari Thailand) ianya dijual dengan harga runcit RM10.00 sebiji. Harga ladang kelapa pandan sekitar dahulu hanya RM 1.00 - RM 1.50 sebiji 10 tahun dahulu tetapi kini ia sudah naik berganda pada tahun 2022 apabila dihidangkan direstoran dan Hotel harganya mencecah RM5.00 - RM6.00 sebiji dan keatas. Anak pokok kelapa pandan tulin boleh dikenali dengan melalui beberapa pemeriksaan bau pada benih yang dikeluarkan dan menepati prosedur Skim Pengesahan Bahan Tanaman yang diperiksa oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Dilaporkan dimana Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia mampu mengeluarkan lebih 50,000 benih kelapa pandan tulin setahun dari ladang benih mereka. Artikel malam ini dari tingkat 6 Hotel Impiana, Senai, Johor saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai ciri khas pokok kelapa pandan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Pokok kelapa pandan kini sudah ditanam diseluruh negara dengan rancaknya terutama melalui program galakan khusus dimana petani akan menerima bantuan subsidi daripada kerajaan melalui Jabatan Pertanian atau pun oleh usahawan secara penanaman komersil dan juga oleh pihak swasta. Cirii khas yang boleh menentukan ia adalah varieti kelapa pandan dimana pokok kelapa pandan yang sudah mula berbunga dan berbuah akan dilihat mempunyai struktur seapan 'Kepak' pada pelepahnya yang ada mayang atau bunga atau putik buah (Sila pembaca lihat foto disebelah). Struktur kepak ini seakan serabut berjaring yang berwarna coklat ini seakan berbentuk tigasegi dengan hujung yang tirus menghala kebahagian pucuk daun. Ia boleh ada disebelah pelepah atau dikedua belah kepaknya bergantung kepada beberpa faktur. Ciri seperti ini agak unik dilihat pada pelepah pokok kelapa pandan yang tiada pada kebanyakan varieti kelapa yang lain. Hasil daripada penelitian penulis blog juga mendapati pokok kelapa pandan yang tulin ini mempunyai saiz perdu batang pokok yang menegak (tiada tapak kaki gajah) dan ianya menepati atau menyamai dengan ciri bentuk batang pokok kelapa renek yang lain. Kepada pemilik pokok kelapa pandan boleh memeriksa ciri ini untuk mempastikan ia memang pokok kelapa pandan tulin yang benihnya boleh dijadikan anakbenih setelah membuat pemilihan yang disesuaikan dengan prosedur. Lazimnya beniih kelapa pandan yang tulin boleh dijual diantara RM6.00 sehingga RM15.000 sepokok. 

Dalam tinjauan penulis blog ke GS Estate yang menanam beratus-ratus kelapa pandan di Ulu Bernam, Selangor mendapati syarikat ini sudah mula menuai kelapa pandan untuk dipasarkan ke Kuala Lumpur. Pokok kelapa pandan yang ditanam 3-3.5 tahun dahulu sudah mula memberikan hasil dengan amalan penjagaan agronomi yang mengikuti Pakej Amalan Teknologi Tanaman Kelapa. Penulis bloh beberapa kali ada ke lokasi ini untuk memberikan khhidmat nasehat teknikal dan kepakaran didalam tanaman kelapa di estet ini. Pembajaaan yang mengikut jadual berjaya menghasilkan buah kelapa pandan yang dipetik setiap minggu sebanyak 1,000 - 3,000 seminggu walau pun hanya 15% sahaja pokok kelapa pandan yang baru belajar berbuah. Setiap tandan kelapa pandan ini akan dipotong tandannya dengan teliti agar tidak jatuh ketanah. Walau pun tandan buah masih rendah akan tetapi pengendalian kelapa ini dilakukan dengan teliti sehingga tiba ke pusat pengumpulan hasil. Di pusat ini kelapa ini akan dibersihkan, digredkan dan juga di buang sebahagian kulitnya sebelum dihantar ke premis pasaran runcit diKuala Lumpur dan Shah Alam. Permintaan untuk buah kelapa pandan segar bagi tujuan sebagai minuman yang enak dan berkhasiat semakin popular di Malaysia terutama pada musim panas dan cuaca kering. 

Penanaman kelapa lazimnya perlu dilakukan dengan betul dimana lubang penanaman berukuran 0.45mx 0.45m x 0.45m digali dan dimasukkan 200 gram baja fosfat bersama-sama tanah. Selepas 2 minggu anak benih pokok kelapa pandan boleh ditanam dalam lubang tersebut. Siram anak pokok kelapa terlebih dahulu sebelum ditanam. Letakkan anak pokok secara menegak atau membaring bergantung kepada pertumbuhan tunas kelapa. Kemudian timbus dengan tanah bagi menutupi buah kelapa dan dipastikan agar pada bahagian pangkal tunas berada diatas permukaan tanah bagi mengelakkan serangan kulat. Pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 pada tahun 1,2 dan ke 3 diberikan disekeliling pokok dengan kadar 0.5 kg/pk/tahun (1st), 1.0 kg/pk/tahun (2nd) dan 1.5 kg/pokok/ tahun (3rd) dipecahkan kepada 3 kali aplikasi setahun. Pada tahun ke 4 dan seterusnya diberikan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 2.0 kg/ pk/ tahun pada tahun ke 4 dan sebanyak 3.0 kg /pk/ tahun pada tahun ke- 5 keatas dengan aplikasi juga 3 kali setahun. Kawasan serangan perosak dan penyakit dilakukan dengan Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) secara biologi, kimia, kultura dan mekanikal. Sering juga penulis blog mendapati ancaman serangan oleh Kumbang Tanduk dan Kumbang Red Palm Weevil (RPW) yang perlu dilakukan pemeriksaan berjadual dan dilakukan kawalan. Serangan perosak kepada pokok kelapa pandan yang boleh dikawal dengan cara menyembur daripada peringkat anakbenih dibahagian pucuk dengan racun cypermethrin setiap dua minggu selepas ditanam. Dalam pada itu dimana kawalan dengan memasang perangkap feromon, perangkap lampu dan perangkap batang kelapa organik juga berkesan. Potensi tanaman kelapa pandan di Malaysia adalah cerah dan boleh diperluaskan untuk pasaran domestik dan eksport. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

KELAPA PANDAN... ADA CIRI KHASNYA...
STRUKTUR 'KEPAK'....BOLEH DI PERIKSA...
TANAM BENIH TULIN... CARI BENIHNYA...
MEMBACA ARTIKEL... RUJUKKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 620, Hotel Impiana, Senai,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(25 Oktober 2022).

Tuesday, October 25, 2022

BATU KAPOR - JENIS DAN GUNANYA

BATU KAPOR
(Limestone) merupakan sejenis bahan atau material yang berasal dari batuan sedimen berwarna putih halus diman aia lazimnya akan mengandung mineral kalsium. Penulis blog belajar mengenai batu kapor semasa disekolah dahulu dan pertama sekali melihatnya dikawasan tidak jauh dari rumah. Biasanya ada tuga unsur (senyawa) utama yang mewujudkan kapur adalah Kalsium karbonat, Kalsium oksida dan Kalsium hidroksida. Kapur juga ada kalanya akan dapat bercampur dengan mineral magnesium yang dikenali sebagai Dolomite. Anda boleh membaca beberapa artikel mengenai dolomite dalam blog ini dengan membuat pautan seperti berikut (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Pembentukan batu kapur terjadi pada laut ketika organisma laut purba yang memiliki cangkang berkalsium mati. Proses luluhawa menjadikan ia bertumpuk dan dengan perlahan kemudian membentuk lapisan mendapan iaitu berlaku setelah berjuta tahun lapisan ini menjadi batuan melalui proses geologi. Kapur adalah satu bahan yang sangat berguna dalam segala bentuk aktiviti manusia dengan harga yang relatif lebih murah dan penting didalam sektor pertanian juga sebagai bahan meneutralkan dan menyuburkan tanah. Penggunaan batu kapor dalam pelbagai bentuk juga memang banyak digunakan dalam bidang bangunan. Kapur juga adalah satu bahan penting didalam industri membuat simen sebagai bahan campuran sebanya ia memmpunyai sifat melekatkan dan mengubah bahan campuran menyimen sehingga menjadi keras dan kukuh. Memang pembaca blog saya fikir biasa mendengar kapor sebagai salah satu keperluan sektor pertanian terutama penggunaanya di sawah padi dan tanaman makanan lain. Kapurpertanian amat berguna dalam usaha petani untuk mereka menyediakan unsur Kalsium (Ca) dan memperbaiki tahap keasidan tanah. 
Kapor pertanian adalah merupakan sejenis bahan mineral yang didakwa menyuburkan tanah selain daripada baja. Kebanyakan petani akan cuba menggunakan kapor jenis seperti Cristmas Island Rock Phosphate (CIRP) atau pun Ground Mangnesium Limestone (GML) dimana jenis bahan yang terbaik kini adalah Dolomite. Dolomite adalah merujuk kepada batu mineral yang mana ia mengandungi unsur bahan Magnesium (MgO) dimana kehadirannya adalah melebihi 18%. Apa yang penulis blog hendak kongsi info dimana dolomite juga bahan yang mengandungi bahan Kalsium (Ca). Artikel pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai jenis batu kapor dan kegunaanya sebagai bahan rujukkan kepada pembaca semua.

Dalam proses pembelajaran semasa di universiti dan sering juga hadir kursus mengenai bagaimana berlaku proses t
erbentuknya Batu Kapur masih kuat dalam ingatan. Sebenarnya batu kapur menjadi dua kategori iaitu jenis batu kapur non-klastik dan batu kapur klastik. Batu Kapur non-Klastik merupakan jeni syang berasaskan dari haiwan dalam laut terutama terumbu dan coral yang merupakan hidupan jenis Coelenterata dimana ia didapati tidak menunjukkan lapisan yang baik dan belum banyak mengalami kekotoran dengan mineral lain. Dalam pada itu dari segi lain Batu Kapur Klastik merupakan hasil rombakan jenis batu kapur non-klastik yang telah berlaku. Batu Kapur yang komponennya berasal dari bahan terumbu karang disebabkan oleh proses fragmentasi mekanikal kemudian mengalami transportasi dan mendap kembali sebagai partikel padat diklasifikasikan sebagai batu kapur (limestone). Dalam pada itu ada juga dikenali sebagai 'Batu Kapur Bangunan' dimana ia ditakrifkan sebagai sejenis kapur  dan ia adalah salah satu bahan bangunan yang selalu dijumpai dan digunakan. Tapi proses bagaimana bermulanya kapur jenis ini terbentuk  adalah berlainan. Dia boleh diambil dari lombong batu kapor sedia ada dan di pecahkan dengan ukuran tidak terlalu besar agar ia lebih mudah didalam proses pembakaran selanjutnya. Proses pembakaran kapur untuk bangunan ini harus terbakar seluruhnya. Proses pembakaran dikerjakan oleh kilang-kilang kapur tradisional atau omersil dimana ia sering berada dengan kawasan yang ada sumber kapur mentah. Laporan rasmi juga menyatakan dimana kilang ini berada dalam kawasan ini dekat dengan kawasan hutan atau bukit batu kapur. Industri dalam proses pembakaran kapur sendiri termasuk industri yang memerlukan banyak tenaga dan bahan bakar sehinggakan kos tertinggi pastinya untuk bahan bakar dan tenaga.  Proses untuk memecah batu kapur dengan ukuran lebih kecil bermaksud saiz permukaan batu lebih banyak sehingga panas akan lebih cepat berlaku dimana batu menjadi matang. Proses pembakaran sendiri biasa menggunakan bahan bakar dari kayu bakar atau pun bahan api lain yang sesuai. Proses berikutnya adalah proses pendinginan dimana batu kapur yang telah matang kemudian disiram dengan air. Batu yang pada mulanya sebagai tekstur keras kemudian dilihat akan menjadi serbuk kapur (powder). Dikilang industri yang membuat kapur selalunya produk akhir yang sesuai dipasarkan adalah beruba serbuk kecil atau debu batu kapur dimana ada juga produk masih berbentuk bongkah. Adalah baik untuk kenal beberapa jenis kapur bagi dijadikan bahan bangunan. Pertama adalah jenis Kapur Tohor yang terhasil dari proses pembakaran batu kapur asli dimana komposisinya sebahagian besar merupakan Kalsium Karbonat (CaCO3) pada suhu sehingga 900 Celcius keatas. Semasa proses pembakaran terjadi berlaku tindakbalas dikenali sebagai 'proses kalsinasi' dengan pelepasan gas CO2 sehingga terjadi bahan sisa padat CaO atau boleh juga disebut sebagai Quicklime.

Jenis kapor yang sering penulis blog kenali adalah jenis K
apur Pertanian yang mana antara yang popular adalah CIRP dan GML. Dalam memperbaiki kesuburan tanah lazimnya aktiviti pengapuran akan membolehkan tanah sesuai untuk ditanam. Amalan agronomi pengapuran juga merupakan kegiatan untuk menaikkan pH tanah agar pH tanah menjadi neutral. Sebahagian besar tanaman kurang toleran dengan tanah yang reaksinya masam atau berasid. Ini disebabkan tanah masam menyebabkan larutan mineral seperti unsur Aluminium (AI), Manganese (Mn) dan Besi (Fe) menjadi tinggi. Pemberian kapur pertanian semasa proses penyediaan tanah pertanian perlu dilakukan dan penting untuk disebabkan sebahagian besar keadaan tanah di Malaysia sedia ada atau dikebun sering mempunyai kecenderungan untuk menjadi lebih masam atau berasid oleh pelbagai faktor. Antaranya termasuk aktiviti curahan hujan tinggi yang mana ia mengakibatkan unsur nutrien dalam tanah akan terhakis dimana ini kemudian akan memberikan implikasi pada terbentuknya tanah jadi masam. Paling mudah terlihat dimana keadaan air yang bertakung atau tergenang secara terus menerus dikawasan kebun kerana keadaan sistem salira kurang baik menyebabkan tanah berasid. Proses pengkomposan sisa dan bahan organik yang berterusan akan mengeluarkan kalsium dari tanah. Faktur seterusnya yang sering dilaporakan adalah berpunca daripada penggunaan baja kimia yang berlebihan. Secara umum tanah dengan pH rendah merupakan antara jenis tanah dengan kekurangan unsur Kalsium (Ca) dan Magnesium (Mg). Oleh itu pemberian unsur tersebut dengan aktiviti pengaporan amat perlu dilakukan bagi meningkatkan unsur Ca dan Mg dalam tanah sebelum penanaman dijalankan atau untuk tingkatkan pH tanah bagi pokok matang. Penggunaan baja kapor seperti CIRP, GML dan Dolomite merupakan antara teknik yang paling popular dilakukan. Kini dipasaran ada banyak produk berasaskan kapor termasuk kapor pertanian jenis cecair yang lebih efektif digunakan apa lagi jika di kombinasikan dengan bahan mineral lain yang bermanafaat.

Batu Kapor mempunyai beberapa ciri khusus dan fungsi yang tersendiri dalam banyak industri. Lazimnya bahan seperti p
lastis yang merupakan bahan yang akan dapat mengeras dengan cepat sehingga memberi kekuatan pengikat. Ciri ini membolehkan ia mudah dikerjakan tanpa melalui proses rumit dikilang dan akan menghasilkan hasilan lekatan yang amat bagus untuk dijadikan bahan plastering. Dalam industri bangunan dan sebagainya kapor berfungsi sebagai Bahan Perekat (Simen, Bahan Mortar, Plastering), Hidrolisis (Industri Sabun),
Bahan Penyerap (Bahan Pemutih), bahan Pelarut (Cat Casein), Bahan Pengeringan atau dehidrasi (Pengering Udara), Bahan Flokulan (Gula), Bahan Fluk (digunakan dalam proses pembuatan ceramik), Bahan Pelumas (dalam industri membuat kawat), Bahan Kaustik (pulp sulfat), Bahan  Neutralisasi (pemurnian kualiti air) dan Bahan Penstabil Tanah (untuk pertanian) dan sebagainya. Bagaimana pun pembaca blog juga perlu ada ilmu pengetahuan atau perlu waspada  kerana ada kes-kes dimana dikilang memproses batu kapor mereka akan mencampurkan bahan asas batu kapor berkualiti dengan bahan lain sebagai pemutih atau bahan tertentu yang tidak perlu sehingga kualitinya menjadi kurang baik. Apa pun dasarnya bagi tujuan mendapatkan bahan kapur berkualiti sebagai bahan bangunan atau pun pertanian sebiknya pastikan dimana ia menggunakan kapur tohor. Apa pun amalan bertaian dari segi teknikalnya dimana Kapor Dolomite dan kapor Kalsite sesuai dipilih dan dibeli oleh petani dan pesawah untuk menyuburkan tanah. Ini kerana kedua-dua jenis kapor tersebut adalah dari batu asli yang dilombong dan dipiawaikan.

Apa yang harus difahami tentang kapur pertanian yang beredar di pasaran adalah mestinya “jaminan kandungan bahan kimia” dalam bahan kapurnya. Biasanya hanya disebutkan kadar Kalsium (Ca) dan juga kadar unsur magnesium (Mg) yang terkandung di dalamnya. Produk Kapor disebelah menunjukkan terkandung sebanyak 15-20% unsur MgO dan 31-32% unsur CaO dertulis pada labelnya. Maklumat ini akan menjadi penting jika dihubungkan dengan penanaman sayuran pada musim tertentu. Sebagai contoh dimana jika penanaman sayuran dijalankan pada musim hujan selalunya berkalu keadaan dimana tanaman sayuran ini akan hanya memperolehi penyinaran matahari yang rendah. Akibatnya adalah dimana proses fotosintesis berlaku dengan lambat. Oleh itu bagi tujuan untuk meningkatkan proses fotosintesis pada musim hujan sebaiknya diusahakan dengan cara bagi meningkatkan jumlah butir klorofil di dalam daun. Teknik sesuai adalah dengan pemberian kapur pertanian yang kandungan magnesiumnya tinggi yang merupakan satu cara yang paling tepat dilakukan. Cara ini disebeban unsur zat Magnesium (Mg) dalam kapor (dolomite) adalah merupakan komponen penting dalam pembentukan butiran klorofil. Perkara lain yang harus diperhatikan tentang kapur pertanian yang berada di pasaran adalah “jaminan kehalusan partikel” bahan kapurnya. Jaminan kehalusan bahan kapur biasanya dinyatakan dalam sukatan atau nilaian unit “Mesh”. Misalnya ukuran kehalusan bagi 10 mesh bermakna bahan batu kapor yang dihancurkan dan ditapis akan melepasi saringan yang memiliki lubang sebanyak 10x10 dalam 1 inci persegi. Biasanya semakin tinggi ukuran mesh maka semakin halus ukiran hablur bahan kapurnya. Semakin halus bahan kapur maka akan semakin cepat bertindakbalas dengan akar tumbuhan di dalam tanah. Adalah disyorkan agar dilihat akan piawaian kehalusan bahan kapur yang dijual untuk tanaman sayuran adalah diatas 60 mesh sesuai dengan tahap umur sebagai tanaman yang relatif umurnya pendek. Penggunaan kapur pertanian yang paling berkesan dengan menaburkan secara merata ke seluruh permukaan tanah sebelum kerja penyediaan tanah. Ini akan membolehkan kapur akan boleh bertindakbalas di lapisan ppembajakan tanah sehingga pada paras kedalaman 20 cm iaiatu diseluruh kawasan zon ada perakaran tanaman. Sebaiknya bahan kapur akan cepat bertindakbalas di dalam tanah adalah tanah yang dalam keadaan lembab. Jika keadaan tanahnya kering dimana perlu ingin segera aktiviti penanaman dimulakan sebaiknya perlu dilakukan penyiraman air ke seluruh permukaan tanah setelah selesai kerja penyediaan tanah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BATU KAPOR... PELBAGAI KISAHNYA...
INDUSTRI BANGUNAN... ADA DIGUNA...
KAPOR PERTANIAN... DIBUBUH JUGA...
TANAMAN SUBUR... SETELAH DIBAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 MMuharram 1444H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...