Support My Blog

Friday, December 24, 2021

RESEPI KETAM NIPAH KEGEMARAN

RESEPI KETAM NIPAH
(Scylla serrata) ada banyak jenis yang boleh disediakan didalam pelbagai cara dan memang enak untuk dinikmati. Ketam nipah merupakan sejenis haiwan yang sesuai diternak secara komersial dan ia memberikan keuntungan dan menjana pendapatan. Kini telah ada teknologi ternak ketam nipah yang semakin dipertingkatkan. Pada penulis blog ketam nipah adalah haiwan dari jenis krustacea iaitu bercangkerang seperti udang. Ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut. Menternak ketam menggunakan kolam atau 'membintur' begitu popular terutama di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Lazimnya kolam-kolam dibuat sekitar paya bakau atau berdekatan dengan laut kerana memerlukan air payau atau air masin. Namun teknik ini sebenarnya akan memerlukan kawasan yang luas berbeza dengan teknologi menggunakan bakul plastik yang mana ia lebih mudah diuruskan. Lazimnya teknoligi untuk proses menggemukkan memerlukan bekas khas untuk mengisi benih ketam secara berasingan kerana ketam adalah dari spesies yang ganas, karnivor dan tahan lasak serta akan memakan sesama sendiri apabila lapar. Ketam nipah membiak secara bertelur dan boleh membesar sehingga karapasnya mencapai 20 sentimeter atau lebih iaitu dengan berat badan melebihi satu kg (kilogram) hingga empat kg seekor. Ketam nipah boleh diperolehi dalam tiga warna iaitu hijau, coklat dan merah. Ketam tersebut mempunyai potensi dalam bidang industri perikanan terutamanya kegiatan separa kultur. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa resepi ketam nipah yang menjadi kegemaran penulis blog dan mungkin juga masyarakat tempatan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
 

Terdapat banyak resepi atau kulineri daripada ketam nipah yang boleh disediakan. Antara resepi yang penulis blog suka adalah masakan Ketam Telur Masin (Sila lihat foto disebelah). Makanan ini memang mudah disediakan dirumah. Antara bahan-bahan digunakan adalah 2 ekor ketam, 4 sudu besar mentega, 3 biji bawang putih (dicincang), 6 batang cili padi (dipotong), 1 tangkai daun kari, juga sebanyak 3 biji telur masin direbus (ambil kuningnya sahaja dan 1 biji diambil putihnya dan dihancurkan), 1/2 tin Susu Cair, Sedikit garam jika perlu dan juga Sedikit gula jika perlu. Bahan untuk tujuan menggoreng ketam terdiri dari 2 sudu besar tepung jagung,½ sudu kecil lada sulah dan juga Sedikit garam. Cara-cara menyediakan resepi ini dengan membersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk bahagian sepit yang keras supaya mudah untuk dinikmati. Kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila sudah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. (untuk kekejalan isi ketam dan mengelakkan overcook) dan kemudian dilumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau hingga berbuih. Setelah berbuih dan kemudian dimasukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Apabila kuah sudah pekat, tambah garam, gula dan perasa. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya sebati dengan ketam dan angkat kepada mangkuk untuk dihidangkan dimakan bersama nasi panas.

Resepi kegemaran seterusnya adalah Sup Isi Ketam yang dilaporkan baik untuk menyembuhkan penyakit denggi. Pada penulis blog makanan ini merupakan makanan sihat yang mudah disediakan dan enak dimakan. Bagi menyediakan makanan ini peru disediakan bahan-bahan penting iaitu 3 ulas bawang merah, 2 ulas kecil bawang putih, Sedikit halia, Lada putih atau serbuk lada campuran, Garam, Ajinamoto, Isi ketam, Kiub pati ikan bilis, Daun sup, Bawang goreng, Jagung (tin creamer), Loba (dipotong dadu), Minyak bijan, Tepung jagung dan juga 1 biji telur. Penulis blog dapati memasak sup isi ketam ini mudah dimana pertama sekali di tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga keperangan. Kemudian dimasukkan isi ketam dan gaulkan dan seterusnya dimasukkan jagung dan lobak. Seterusnya di kacau dan gaulkan rata dan masukkan telur. Seterusnya adalah tambahkan air dan untuk pekatkan kuah maka ditambah dengan air tepung jagung. Kemudian boleh ditambahkan lada putih, garam, serbuk perasa, kiub pati ikan bilis dan sedikit minyak bijan. Gaulkan sup se hingga sebati dan perlahankan api sehingga ia menggelegak maka boleh ditutup api. Sup ini boleh dihidangkan bersama daun goreng dan bawang sup. Enak dimakan semasa suap atau bersama nasi panas.

Makanan Ketam Nipah Masak Black Pepper merupakan diantara makanan yang paling popular dikalangan ramar peminat makanan seafood. Makanan ini juga ada disediakan di banyak restoren seafood yang dihidangkan diserata pelusuk tanahair. Menydiakan makanan ini memang mudah dengan menyediakan bahan-bahan terdiri dari Ketam nipah (perliu dibersihkan), Kicap manis, Kicap pekat, 1 sudu sos tiram, Taucu (optional), 2 bawang besar, 8 ulas bawang putih (dicincang), Daun kari, Cili padi, 3 sudu serbuk lada hitam dan lada putih serta juga 1/2 cawan air. Penulis blog dapati cara menyediakan makanan ini perlu dilakukan dengan teliti untuk citrasa yang maksima. Cara-cara memasak dengan mengisar lada hitam dan kemudian ia perlu disangai dengan lada putih sebentar. Seterusnya ditumis bawang besar, bawang putih dan cili padi (boleh pilih menggunakan minyak atau marjerin). Kemudian setelah bawang layu maka boleh di masukkan daun kari dan gaulkan. Masukkan taucu dan gaulkan. Kemudian dimasukkan lada putih dan hitam yang disangai. Masukkan kicap manis dan sos tiram dan boleh ditambahkan kicap pedas dan gaul sebati. Sebaiknya perlahankan api dan masukkan ketam. Gaul sebati dn  kemudian dimasukkan air untuk masak ketam. Tutup kuali dan tunggu sehingga kuah pekat dan ketam masak dengan sempurna dalam 5 minit dan boleh ditambah bahan perasa dengan gula dan garam. Angkat dan disediakan untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Kalangan masyarakat tempatan yang suka mengunjungi restoren seafood pastinya kenal dengan hidangan makanan Ketam Kam Heong. Ketam Kam Heong merupakan salah satu masakan Cina yang sangat popular dan enak. Ianya mempunya rasa berempah dan pedas yang secukup rasa, enak dimakan bersama nasi putih panas. Bagi menyediakan resepi ini maka disediakan bahan-bahan iaitu 3 - 4 ekor ketam, 1 biji bawang besar (dihiris), 3 ulas bawang putih (diketuk), 3 tangkai daun kari, 5 tangkai cili padi merah, 2 sudu makan rempah kari, Sedikit udang kering (ditumbuk), 2-3 sudu besar sos tiram, 2-3 sudu besar kicap manis, Garam dan gula secukup rasa, Sedikit air dan Minyak untuk menumis. Cara-cara menyediakan makanan ini dengan menggoreng ketam separuh masak dahulu dan asingkan. Setersunya ditumis  bawang besar, bawang putih, cili dan daun kari hingga baik bau. Seterusnya dimasukkan bancuhan rempah kari dan udang kering. Tumis lagi sehingga pecah minyak. Kemudian dimasukkan kicap dan sos tiram. Tambah sedikit air untuk lebihkan kuah dan perasakan dengan garam dan juga gula. Bila kuah dah sedap maka boleh dimasukkan ketam dan gaul rata dengan kuah. Biarkan sampai ketam masak sepenuhnya dan matikan api. Boleh diangkat untuk dihidangkan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
RESEPI KETAM NIPAH... ENAKNYA...
MASAK SENDIRI...MUDAH DISEDIA...
RESTOREN SEAFOOD... SELALU ADA...
KEPADA PEMBACA... BOLEH MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Jamadilawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...