Kisah mengenai menternak landak menarik dikongsikan dimana 'Ternak Landak untung RM150 sekilogram dengan ikuti SOP penternakannya' didalam artikel ini. Dilaporkan dimana teknik penternakan landak raya atau Hystrix brachyura memerlukan modal besar dan kesabaran tinggi kerana ia tidak seperti ternakan lain yang cepat memberikan hasil. Malahan didakwa landak mempunyai pasaran dan nilai komersial yang tinggi untuk tujuan pasaran tempatan serta luar negara. Maka memang tidak hairanlah harga pasaran landak boleh mencecah antara RM120 hingga RM150 sekilogram dan mungkin ramai beranggapan daging landak raya adalah terlalu mahal untuk dijadikan hidangan kepada orang biasa. Biasanya cara pemeliharaannya hanya perlu menyediakan kandang khas secara berasingan untuk setiap keluarga landak dan memberi makan sekali sehari. Sebaiknya bagi memulakan penternakan landak ini perlulah membeli induk dan beberapa pasangan baka landak yang sesuai. Bagaimana pun apa yang penting kepada mereka yang ingin menternak landak perlu mendapatkan lesen memelihara dan menjual landak daripada PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara kerana landak merupakan haiwan eksotik. Jika sesiapa yang tidak ada lesen ini boleh dibawa kes kemahkamah dan jika bersalah akan dihukum. Dilaporkan dimana tempoh masa pembiakan landak memakan masa tempoh dua tahun dan dapat menghasilkan 200 landak dengan benih landak 25-30 ekor. Landak boleh dijual apabila ianya sudah mencecah usia lapan bulan ke atas. Daging landak dijual pada RM120 tetapi boleh mencapai RM150 untuk sekilogram sementara induknya boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan umur. Seekor landak seberat 15 hingga 20 kilogram (kg) bersama induknya boleh dijual pada harga RM3,500 hingga RM5,000 bergantung harga pasaran. Kepada mereka yang teringin mencuba boleh cari teknologi penternakan landak boleh dicari di internet dan bertanyakan terus dengan jabatan PERHILITAN.
Portal hmetro.com pula melaporkan dimana 'Lebih untung daripada ternak kambing' amat menarik kepada mereka yang ingin mencubanya. Dilaporkan masih tidak ramai yang berminat menternak landak kerana spesies yang termasuk dalam kategori haiwan eksotik itu diakui lambat memberikan pulangan lumayan berbanding kambing dan lembu. Bagaimana pun kini penternakan landak raya atau Hystrix brachyura memerlukan modal besar dan kesabaran tinggi kerana ia tidak seperti ternakan lain yang cepat memberikan hasil. Memeliharanya pula sangat mudah dimana anda hanya perlu menyediakan kandang khas secara berasingan untuk setiap keluarga landak dan memberi makan sekali sehari. Faktor ini mendorong Mohammad Fauzan Mansor (35 tahun) menceburi bidang ternakan landak secara komersial sejak tiga tahun lalu. Dia yang menjalankan perusahaan itu di belakang rumah bapanya di Kampung Tanggol, Hulu Terengganu, Terengganu dan ketika ini landak ternakannya sudah membiak hingga 66 ekor semuanya (Sila lihat foto disebelah). Dia mulanya membeli induk dan baka landak sebanyak tujuh ekor dengan harga RM4,000. Pada 2016 dimana jumlah ternakan ini ditambah 20 ekor lagi melalui perjanjian pindah milik daripada pengusaha yang juga rakan baik di Banting, Selangor yang sudah tidak berminat meneruskan perusahaan menternak landak. Dia yang sudah membelanjakan hampir RM10,000 untuk tujuan membina kandang menggunakan peruntukan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tapi sebelum memulakan proses menternak, saya lebih dulu mendapatkan lesen memelihara dan menjual landak daripada PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Dia yang menyasarkan untuk membekalkan daging landak dalam tempoh dua tahun lagi amat yakin dengan usahanya. Setakat ini sudah ramai pengusaha restoran dari seluruh Terengganu memintanya membekalkan daging landak untuk mereka. Apa pun pada masa ini jumlah yang ada tidak dapat memenuhi permintaan apatah lagi landak agak lambat membiak, tidak seperti ternakan lain. Dalam tempoh dua tahun lagi dia jangkakan jumlah ternakan mencecah 200 ekor sekali gus membolehkan saya membekalkannya secara terus-menerus. Permintaan tinggi ini menambah keyakinan saya untuk meneruskan perusahaan ini malah rasanya ia lebih menguntungkan berbanding penternakan kambing yang saya lakukan sebelum ini. Dakwanya dimana landak boleh dijual apabila mencecah usia lapan bulan ke atas. Biasanya daging landak dijual pada RM120 tetapi boleh mencapai RM150 untuk sekilogram sementara induknya boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan umur. Landak mempunyai peminat tersendiri sama ada untuk dijadikan makanan atau peliharaan. Asalnya dia pun pernah memelihara seekor landak yang dijadikan haiwan kesayangan dan ia memang manja serta suka mengekori kita. Haiwan landak juga adalah amat unik, mudah diuruskan, jinak dan manja.
Salah satu portal berita yang dirujuk iaitu sinarharian.my juga melaporkan dimana 'Ternakan landak raya beri pulangan lumayan' wajar dijadikan rujukkan. Kisah dari ALor Setar, Kedah melaporkan seorang penternak landak raya dari Kampung Tala di daerah Sik meraih pendapatan lumayan selepas hasil ternakannya berjaya dipasarkan di pasaran tempatan dan luar negara. Bagi Mahadzir Abd Hamid (45 tahun) yang juga seorang pengusaha Pusat Santuari dan Pembiakan Landak Raya mendakwa landak raya atau nama saintifiknya ‘Hystrix brachyura’ mudah untuk diternak dan cepat membiak selain mempunyai nilai komersial yang tinggi. Kisah ini semuanya bermula pada tahun 2013 yang mana ketika itu dia hanya membela tiga ekor landak raya sebagai hobi. Kemudiannya dia nampak ia ada potensi yang baik untuk dikembangkan dan dari situ saya telah menjalankan proses pembiakan awal dengan landak sedia ada. Sehingga kini beliau mempunyai 150 ekor landak raya yang ditempatkan di dalam 30 unit kandang khas dan turut mempunyai lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Haiwan landak mudah dijaga kerana selalunya ia susah untuk sakit manakala dari segi pemakanan diberi makan labu, ubi kayu, jagung dan kelapa yang berkualiti tinggi. Dalam sebulan dianggarkan sebanyak RM3,000 modal diperlukan untuk menampung kos makanan bagi kesemua landak yang diternak. Hanya makanan yang berkualiti tinggi diberi kepada landak ternakannya. Ternakan landak dilapor mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha kerana saiz perniagaan itu dapat diperluaskan. Contohnya benih induk dapat dijual yang mana bagi sepasang landak raya ia dijual dengan harga antara RM4,000 hingga RM5,000. Selain itu, daging landak juga mendapat permintaan yang tinggi dan ia dijual dengan harga pasaran RM120 sekilogram tetapi buat masa ini bekalan daging landak adalah terhad. Kini daging landak ini boleh dimasak dengan pelbagai cara tetapi kebiasaannya ia akan dimasak sebagai rendang, masak kicap atau digoreng. Landak raya ini juga dapat digunakan untuk tujuan perubatan seperti merawat penyakit penat, masalah urat saraf, menyembuhkan sengatan haiwan berbisa selain dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Menyedari manfaat perubatan yang dapat diperoleh dari landak itu, bersama bersama lapan pekerja di situ turut menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan menghasilkan minyak landak raya yang dijual dengan harga antara RM20 hingga RM80 sebotol. Bagi perancangan masa hadapan dia berharap dapat bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk membuat kajian mengenai khasiat landak raya ini selain ingin membiak dan melahirkan landak spesis berdaging. Kini dia sudah membuka pusat santuarinya kepada orang ramai secara percuma setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang sebagai usaha untuk memberi pendidikan awal mengenai landak raya ini. Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
BANYAK KISAH... PERLU KETAHUI....
HARGA MAHAL.... MAMPUKAH BELI...
MENGUNTUNGKAN...TERNAK SENDIRI...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
MAlaysia.
(16 Jamadilawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.