ISU KENAIKAN HARGA barang makanan di Malaysia pada penggal ke empat 2021 menjadi berita hangat dibincangkan dalam media tempatan. Sejak isu kenaikan harga barang terutamanya bahan mentah termasuk ayam, sayur dan telur ayam sekali gus menjadi antara topik yang agak hangat diperkatakan di media sosial. Kenaikan harga barang keperluan utama dapur ini sememangnya memeranjatkan pengguna kerana harga barang yang dijual ketika ini selalunya berlaku pada musim perayaan sahaja. Antara yang sering diketengahkan adalah mengenai kenaikan harga daging ayam yang ketara dipasar disebabkan bekalan daging ayam tidak mencukupi di pasaran sehingga penjual dikatakan terpaksa ‘berebut’ sesama sendiri hanya untuk mendapatkan bekalan sehingga terpaksa menjual dengan harga mahal. Dilaporkan akibat dari bekalan ayam tidak mencukupi sehinggakan ada sebahagian daripada mereka terpaksa tidak berniaga kerana tidak ada ‘barang’ hendak dijual. Media laporkan bahawa harga dedak yang mahal menyebabkan kenaikan harga daging ayam itu. Pengguna sudah faham dimana ada skrip sama setiap tahun sehingga peniaga juga boleh mengagak jawapan daripada pembekal. Kenaikan harga barang mentah juga membebankan peniaga makanan atau pemilik restoren yang terpaksa menaikkan harga makanan disebabkan oleh kos meningkat dan mereka tidak mahu terus menanggung rugi. Terdapat beberapa peniaga kedai makan mengakui kenaikan bahan mentah boleh dikatakan hampir setiap bulan berlaku dan situasi ini secara langsung memberi kesan kepada mereka yang setiap hari memerlukan bahan mentah berkenaan apa lagi semasa pandemik covid19 ini. Peniaga dalam dilema kerana jika mereka menaikkan harga makanan dimana ramai pengguna akan terbeban dan tidak mahu membelinya. Namun jika mereka masih mengekalkan harga lama memang dikhuatiri perniagaan makanan mereka pula akan terjejas. Mungkin pihak berkenaan boleh melakukan satu kaji selidik dengan pihak berkaitan bagaimana cara untuk mengatasi masalah harga dan bukannya setakat memberi jawapan sama setiap kali isu kenaikan harga barang berlaku saban tahun. Pihak KPDNHEP sentiasa memantau harga barang mentah dilapangan secara pantas memberi maklum balas perlu diteruskan dengan sistematik. Kerajaann telah nyatakan dimana kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran, berpunca dari peningkatan kos operasi syarikat penternakan, kos import, kenaikan harga baja dan racun yang menyumbang kepada kenaikan harga produk itu di pasaran ketika ini. Pihak KPDNHEP akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam usaha untuk mengawal harga jualan serta harga runcit khususnya di peringkat pengeluaran. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai isu kenaikan harga barang makanan di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.
Dalam dunia lazimnya situasi turun naik harga makanan adalah norma pasaran dimana sebenarnya ia merupakan senario atau hakikat ini diterima oleh pengguna dan rakyat jelata. Dari segi ekonomi dilaporkan dipasaran ia perlukan harga turun dan naik untuk membolehkan masalah lebihan atau kurangan produk di atasi. Sering kita mendengar dimana ada berlaku isu lambakan seperti kes lambakkan buah durian dimana buah tersebut dijual pada harga yang rendah terutama jika buah durian keluar dengan banyak dan serentak dimusim utama. Bagi nangka pula ia akan banyak keluar pada bulan Disember- Januari yang menjejaskan harga ladang (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun boleh berlaku jika ada simpanan atau stok yang berlebihan dimana ia boleh dijual dimana harga akan ditentukan bergantung kepada bekalan dan permintaan dipasaran. Bagaimana pun jika kenaikan harga adalah melebihi daripada paras “normal” atau berlaku situasi dimana harga meningkat “berlebihan” maka gejala ini sukar diterima terutama oleh pengguna terutama mereka yang berpendapatan rendah. Penulis blog yang terlibat dengan sektor pertanian di Malaysia lebih 40 tahun mendapati dimana petani tidak menikmati kenaikan harga produk pertanian dipasaran sebaliknya menerika pendapatan yang sama. Apa yang selalu berlaku harga input pertanian memang jelas meningkat akan tetapi harga ladang kalau ada kenaikan pun adalah sangat kecil nilainya. Pada tahun 2021 pihak MAFI sendiri menyatakan kenaikan harga baja kimia dan racun kimia naik sehingga 57% dri beberapa tahun sebelumnya. Bagi pengguna pula mereka gelisah apabila harga barang mentah makanan naik tidak selaras dengan pendapatan. Media sosial banyak menyalahkan kerajaan apabila berlaku dimana peratus peningkatan adalah lebih tinggi daripada yang ditunjukkan sebelum ini.
Isu kenaikan harga barang makanan perlu dilihat dalam banyak sudut seperti sesiapa yang meneliti perkara ini apabila melihat trend harga dalam akhbar atau kaca TV perlu berhati-hati menilainya. Akan dilihat dimana didalam rajah harga turun naik itu sama ada isu tersebut terkait dengan perkara trend jangka panjang, kitaran, musiman dan kejutan jangka pendek. Semua perkara ini mempunyai sebab tersendiri mempengaruhi terhadap harga bagi produk hasil pertanian di pasaran. Secara teorinya dimana kenaikan harga akan berlaku kerana jangkapanjang jumlah penduduk atau pengguna akan bertambah dan kos teknologi juga akan meningkat. Penduduk duna bertambah dengan cepat apabila tahap kesihatan juga meningkat. Kalau dahulu petani hanya menggunakan amalan agronomi yang murah akan tetapi kini mereka amalkan teknologi tinggi seperti sistem fertigasi, sistem pengairan, imput yang mahal serta upah kerja berbayar untuk meningkatkan produktiviti. Penanam sayur yang dulu hanya mampu menghasilkan sayur buah 30 metrik tan sehektar kini mampu menghasilkan lebih 60 metrik tan sehktar dengan teknologi dan amalan agronomi moden. Isu lambakan durian merupakan kes bermusim kerana penghasilan durian terkait dengan faktor cuaca dan penghasilan binneal (2-3 tahun sekali) akan ada berlaku penghasilan buah bermusim yang banyak. Pakar ekonomi mendapati dimana peningkatan ini disebabkan oleh ketidakimbangan situasi penawaran dan permintaan (demand and supply) atau disebabkan oleh orang tengah atau peniaga yang mereka sengaja mahu menangguk keuntungan di dalam situasi pasaran yang menunjukkan trend harga menaik. Sering dinyatakan kalangan tertentu akan menuding kepada orang tengah sudah menjadi jalan mudah untuk mencari jawapan. Penganalisa pamerkan data jurang harga diladang dengan harga di peringkat borong dan harga runcit dipasar yang amat jauh julatnya. Tetapi jika diteliti banyak faktor yang menentukan harga ini dinaikkan oleh orang tengah kerana produk pertanian segar adalah tidak tahan lama (perishable), perlukan kemudahan pengangkutan yang khusus, penyimpanan bilik sejuk dan rantaian supply chain yang panjang. Tidak semua hasil pertanian yang diambil dikebun akan terjual kerana sebahagian akan rosak dan turun gred kualiti dalam sistem pemasaran.
Pengguna diseluruh dunia kini mempunyai citarasa yang berbeza mengikut peredaran zaman dan status pendapatan mereka. Bagaimana pun dipasaran apabila berlaku keadaan permintaan mengejar penawaran maka kesannya harga akan meningkat. Dan sebaliknya apabila penawaran melebihi permintaan maka harga akan jatuh sebagai karma atau hukum pasaran bebas. Dalam pada itu di Malaysia berlaku peningkatan taraf hidup dimana ramai golongan menengah yang berkemampuan untuk membeli makanan yang lebih berkualiti. Di kalangan pengguna berpendapatan tinggi pula, permintaan ke atas makanan yang “berkualiti”, “berkhasiat” dan “segera” telah meningkat. Ini termasuk ayam daging, produk tenusu, sayur segar dan buah-buahan temperate, daging lembu dan juga kambing import dan makanan proses. Mereka kini akan berkunjung ke premis makanan antarabangsa yang mahal seperti Starbuck, KFC, Nandos, McDonalds, Korean Food, Daging Wagyu yang dahulu bukan makanan asasi mereka pun. Kini jumlah penduduk Malaysia bertambah termasuk ada 2 juta lebih terdiri dari pendatang asing yang memerlukan makanan. Apa yang nyata adalah berkaitan perubahan gaya hidup yang berbeza dan pola pemakanan yang berubah. Di era pandemik covid19 ini lebih canggih apabila apa sahaja kita hendak makan boleh mendapatkannya secara on-line melalui perkhidmatan Grabfood, Food Panda dan sebagainya walau pun sebenarnya kos makanan tersebut sememangnya tinggi. Mereka masih mampu membelinya walau pun jika dilihat komen didalam FB atau Instagram akan menyatakan tidak puas hati harga barang mentah dipasaran meningkat. Isu ini agak berlainan di kalangan pengguna berpendapatan rendah seperti jumlah permintaan ke atas beras meningkat dan makanan harian yang lain seperti sayur, buah, ikan dan ayam daging adalah keperluan asas. Data menunjukkan bahawa pengeluaran makanan di Malaysia masih bergerak dalam kadar perlahan dan pergantungan kepada import masih lagi serius. Sektor pengeluaran masih di takuk lama terutama dari segi teknologi (pengeluaran dan lepas tuai) sehingga kepada bekalannya sering tidak stabil. Masih diperkatakan sesetengah pihak dimana petani masih amalkan teknologi yang kurang sesuai, pengeluaran tidak dapat mengawal kualiti prosuk disebabkan serangan penyakit atau produktiviti rendah serta kerugian lepas-tuai tinggi dan tidak dapat menangani masalah cabaran cuaca.
Dilihat dari sudut lain dimana kini tahap pengeluaran makanan di Malaysia tidak memiliki kapasiti bertahan kerana sangat sensitif kepada gejala alam dan perubahan pasaran. Teknologi serta inovasi yang ada dilaporkan sesetengah pihak masih tidak mencukupi untuk membendung masalah ini. Walau pun jumlah import makanan negara nampaknya mewah dimana bekalannya terjamin dan boleh diperolehi dari sumber daripada pelbagai negara pengeluar. Ketersediaan import secara tidak langsung tidak dapat membantu untuk sektor makanan negara untuk menjanakan pembaharuan seperti negara maju. Apa yang penulis blog lihat dimana sektor pertanian di Malaysia banyak bergantung kepada penggunaan buruh murah daripada luar negara untuk bekerja dalam kebun sayur atau juga sektor perladangan. Kini akibat pandemik covid19 dan sekatan diantara negara menyebabkan kekurangan pekerja pertanian yang menjejaskan pengeluaran dan menyebabkan bekalan berkurang dan kesannya adalah kenaikan harga dipasaran. daripada meningkatkan kecekapan dan produktiviti tanah, buruh dan modal. Ia mengatasi masalah kurangan buruh dalam jangka pendek tetapi tidak meningkatkan produktiviti dalam jangka masa panjang. Dalam tinjauan penulis bog kebeberapa ladang nenas, kebun sayur dan buah-buhan komersil di beberapa negeri mendapati kini ramai pengusaha pertanian mengeluh kerana kekurangan pekerja asing yang sudah balik seberang dan tidak dapat masuk semula. Dalam kes lain dilaporkan dimana berlaku kenaikan harga makanan yang berpunca dari kenaikan dalam harga input seperti baja, bahan kimia, tanah, buruh dan mesin. Walaupun kerajaan melindungi harga petrol dan diesel namun harga baja telah meningkat 70% dalam dua tahun yang lepas dan tahap upah juga meningkat. Penulis blog ingat bagaimana berlaku krisis makanan pada tahun 2008 dimana kejutan krisis tersebut telah mendedahkan daya tahan sektor makanan negara yang tipis sehingga menggugat sekuriti makanan. Kini kerajaan menyusun strategi jangka masa pendek adalah termasuk mengimport produk dan komoditi makanan seperti kebenaran import daging ayam pada awal Disember 2021. Bagi strategi jangkapanjang kerajaan perlu rancang pertanian lestari dan berkekalan yang dinamik dan sistemtik agar mampu dalam memajukan sektor pertanian yang mampan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KESAN COVID19...ADAKAH PUNCA?....
BANYAK FAKTOR.. SUDAH BICARA...
BACA ARTIKEL... FIKIRKAN USAHA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(1 Jamadilawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.