Dalam pada itu memang ada beberapa langkah untuk mengelakkan kurangan makanan dimana lazimnya ada negara pengeluar akan memilih untuk melindungi eksport makanan seperti larangan ke atas eksport atau mengenakan cukai eksport yang tinggi atau mengeksport beberapa gred komoditi saja. Jika ini berlaku maka isu bekalan dalam pasaran dunia berkurang walau pun kadar permintaan tetap berterusan. Kini diantara negara yang merancang dan pernah menyekat eksport adalah Vietnam (pengeksport beras kedua terbesar di dunia). Negara Vietnam adalah sumber import utama untuk beras Malaysia. Kazakhstan sebagai salah satu pengeluar gandum menyekat eksport komoditi ini selain bawang, lobak dan ubi kentang. Russia sebagai pengeluar gandum terbesar dunia juga dilapor mungkin melindung industri gandumnya. Amerika Syarikat juga menunjukkan polisi yang tidak menentu kerana konflik perdagangannya dengan China. Melalui pengalaman 2008 juga telah mengajar dunia termasuk di Malaysia apabila ada negara luar mula melindung sektor makanan masing-masing dimana isu harga bukan saja melonjak besar tetapi sangat tidak stabil. Bermakna Malaysia akan mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan dari dunia dan perlu diimport pada paras harga yang tinggi boleh berlaku. Kesan PKP juga mempengaruhi kelicinan perjalanan rantaian bekalan dimasa masaalah logistik dan pengeluaran akan terganggu. Dalam pada itu pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan memerlukan buruh intensif kerana dilaporkan dimana sebahagian besar kebun sayur dan sawah padi di Malaysia menggunakan buruh import. Dalam pada itu dilaporkan apa yang lebih mencabar adalah didakwa masih ada kelemahan Malaysia dalam membangunkan sektor makanannya sendiri walaupun ia memiliki faedah berbanding yang dicemburui oleh negara lain. Malaysia memiliki cahaya matahari serta bekalan air yang banyak serta biodiversiti yang kedua terbesar selepas Brazil dimana isu air dan tanah mencukupi, GDP per kapita yang ketiga tinggi di Asean. Bagaimana pun ada dakwaan dimana sektor makanannya masih mundur dan bergantung kepada import semenjak 1950-an sehingga kini. Berdasrkan kepada Kajian Bank Dunia menunjukkan kemunduran sektor makanan kita mendedahkan kelemahan dalam perancangan negara dan impaknya kepada sektor. Diantaranya seperti kegagalan Malaysia menggemblengkan sumbernya. Maka memang tepat sekali sektor ini harus disuntik dana untuk meremajakan sektor yang mundur ini.
Cadangan nagi mengatasi kelemahan Malaysia Pertama penstrukturan semula dan pengukuhan R&D. Agenda R&D makanan perlu disusun semula dan dipertingkatkan prestasi dan impaknya. Malaysia boleh belajar daripada beberapa negara maju seperti Thailand, Taiwan, China, Belanda mengenai teknologi terkehadapan dalam pengeluaran dan pemasaran. Peruntukan besar perlu diberi kepada aplikasi teknologi termaju dan ICT untuk meningkatkan hasil, pengeluaran maju, cekap dan lestari. Banyak pakej yang boleh dicontohi, cuma perlu diubahsuai mengikut keperluan tempatan. Kedua, seperti di Singapura dimana modal insan adalah kekuatan negara tersebut. Malaysia memerlukan beberapa kolej teknikal dan pusat kecemerlangan tambahan untuk menjanakan pekerja mahir dan teknologi termaju sektor makanan, terutama di negeri Sabah dan Sarawak yang kaya dengan sumber alam. Pendekatan yang ketiga adalah pengukuhan bagi institusi pertanian terutama ke arah mendayaupayakan petani dengan ilmu, teknologi dan keusahawanan. Supaya mereka mampu mengemudikan ladang dan kebun mereka dengan teknologi yang termaju dan memacu sendiri koperasi atau Pertubuhan Peladang dan tidak lagi oleh lantikan politik. Keempat dimana prasarana masih diperlukan terutama di desa dan kawasan pengeluaran. Bukan setakat prasarana fizikal tetapi juga keperluan komunikasi dan internet untuk membantu petani dan peniaga. Pelaburan ke atas sektor makanan tidak pernah merugikan. Malah, ia membawa faedah pelbagai. Selain faedah peluang pekerjaan, pendapatan, makanan diperlukan untuk jaminan bekalan makanan dan nutrisi penduduk. Tanaman makanan juga memperkasakan biodiversiti tempatan. Ia mendinamikkan komuniti desa. Secara kecil-kecilan, ia membantu pemuliharaan alam semula seperti tasik, sungai dan hutan sekeliling kebun.
Media melaporkan dimana 'Purata penggunaan air di Malaysia tinggi' seperti dilaporkan oleh Persatuan Pengguna Malaysia baru-baru ini. Purata penggunaan air per kapita harian oleh rakyat Malaysia lebih tinggi daripada yang disarankan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia, Datuk Dr Marimuthu dakwa PBB telah menetapkan keperluan air sebanyak 165 liter seorang pada setiap hari. Berdasarkan statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dimana rakyat Malaysia menggunakan purata 201 liter air setiap orang sehari bersamaan dengan 134 botol (kapasiti 1.5 liter setiap satu). Masyarakat perlu diberikan kesedaran dan mengetahui kepentingan sumber air dan kesan negatif jika terus mencemarkannya. Kerajaan berhasrat mengurangkan penggunaan air hingga 180 liter setiap orang sehari pada tahun 2025. Penggunaan air rakyat Malaysia tinggi iaitu sebanyak 219 liter setiap orang setiap hari berbanding kadar 160 liter sehari yang disyorkan. Tahap kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia memainkan peranan penting bagi mengurangkan penggunaan air kerana mereka (rakyat) merasa selesa dan menganggap negara kita mempunyai sumber air yang banyak. Pada 22 Mac 2021 diseluruh dunia mengadakan sambutan Hari Air Sedunia secara dalam talian (online) kerana norma sosial baru untuk membendung wabak Covid-19. Hari Air Sedunia berkaitan dengan sambutan air dan memberikan kesedaran mengenai krisis air secara global dan fokus utama untuk menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 6: air dan sanitasi untuk semua pada tahun 2030. Tema Hari Air Sedunia 2021 adalah menghargai air. Nilai air lebih banyak daripada harganya dan air mempunyai nilai yang sangat kompleks dan besar untuk isi rumah, makanan, budaya, kesihatan, tahap pendidikan, ekonomi dan integriti persekitaran semula jadi. Sebaiknya jangan terlepas pandang mana-mana nilai-nilai ini jika cara pengurusan yang salah untuk sumber yang terbatas dan tidak terganti ini akan memberi kesan yang besar kepada manusia. SDG 6 adalah untuk memastikan air dan sanitasi untuk semua. Masalah kekurangan bekalan air dan sumber air bersih tidak dapat dielakkan, jika tiada tindakan sewajarnya diambil dengan segera. Jika tanpa ada pemahaman secara menyeluruh mengenai nilai pelbagai dimensi ini maka rakyat Malaysia tidak akan dapat melindungi sumber yang kritikal ini untuk kepentingan semua orang. Walaupun Malaysia dilimpahi dengan sumber air yang melimpah, negara ini mengalami peningkatan permintaan bekalan air yang membimbangkan dalam beberapa tahun ini. Ramai yang beranggapan sumber semula jadi ini sesuatu yang biasa dan menganggap bekalan air bersih adalah mudah dan murah. Masalah kekurangan bekalan air dan sumber air bersih tidak dapat dielakkan dimana jika tiada tindakan sewajarnya diambil dengan segera. Malaysia dilaporkan masih ada banyak permintaan untuk bekalan air dan perlu memberi tekanan pada kelestarian sumber air negara ini. Dengan pengurusan air yang tepat, penyusunan strategi yang baik, perundangan yang efektif, penyelenggaraan sumber air yang tepat dapat diwujudkan. Sebaiknya masalah yang berkaitan dengan air mesti ditangani segera dan untuk jangka masa panjang bagi memastikan ketersediaan dan kelestarian sumber air. Jika sekiranya gagal maka negara kita tidak akan dapat mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) 2030 dikatakan dalam memastikan semua pihak mendapat air bersih dan sanitasi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
AIR MINUMAN... KITA BANYAK GUNA....
MANJAMIN MAKANAN...STRATEGI ADA...
WALAU PKP... BEKALAN TERSEDIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Rabiulawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.