Tanaman cili merupakan sejenis tumbuhan yang mudah diserang perosak dan juga penyakit. Pengurusan penyakit dan perosak cili secara organik perlu disesuaikan dengan amalan pengurusan organik. Di Malaysia disebabkan oleh cuaca yang panas dan persekitaran yang lembap menjadikan keadaan sesuai untuk jangkitan penyakit. Melalui pengenal pastian penyakit yang tepat maka pengurusan penyakit yang efektif dan mesra alam dapat dilakukan. Pengenalpastian simptom dan agen penyebab penyakit adalah penting bagi pengurusan penyakit yang berkesan. Antara penyakit utama cili adalah seperti Penyakit Bintik Berpusar (Antraknos) yang menyerang dan boleh merisakan penghasilan (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu penyakit lain cili adalah Penyakit Hawar Pucuk, Penyakit Bintik daun Cercospora, Penyakit Reput Pangkal, Penyakit Reput Phytophthora, Penyakit Layu Bakteria dan juga Penyakit Layu Fusarium. Bagi pengawalan dan juga cara pengurusan secara Kawalan Kultur sebaiknya menggunakan biji benih bebas penyakit. Dikebun pula boleh dibuang pokok berpenyakit, amalkan pmenanam mengikut jarak tanaman yang disyorkan serta sistem penggiliran tanaman. Perlu juga dipastikan medium penanaman tidak terlalu lembap kerana ia mengundang patogen penyakit. Penggunaan Biopestisida sesuai dilakukan bagi menrawat medium tanaman dengan biofungsida komersial yang mengandungi Trichoderma atau Bacillus yang sesuai disembur pokok dengan cuka kayu, ekstrak minyak bawang putih atau daun semambu. Dalam pada itu penulis blog juga mendapati dimana antara perosak bagi tanaman cili adalah Virus cucumber mosaic, Tomato spotted wilt, Tomato yellow leaf curl dan Tobacco mosaic. Semua ini boleh ikawal dengan Amalan Kultura seperti cara menanam dengan pelapik plastik Silvershine, amalan dan penggunaan tanaman regu yang bersesuaian. Sesuai juga jika dipasangkan perangkap melekit berwarna kuning (Yellow sticker) atau biru (Blue sticker) untuk pemantauan perosak peringkat dewasa. Terkini ada sejenis agen kawalan biologi seperti jenis Kumbang kura-kura, Lalat sirfid atau Lacewing atau agen biologi (parasitoid) seperti Encarsia sp. dan juga Eretmocerus sp yang telah dilaporkan mampu membantu mengawal kehadiran perosak ini.
Penanaman cili organik perlukan cara pengurusan perosak secara bersepadu (Intergrated Pest Management - IPM) yang boleh dipraktikkan melalui integrasi kawalan perosak secara kultur dan biologi. Terdapat hidupan digelar 'sahabat ladang' atau serangga bermanfaat lebih banyak dijumpai di ladang organik kerana dalam persekitaran yang tidak dicemari dengan racun perosak sintetik. Serangga perosak tanaman cili serta cara pengawalannya adalah seperti dalam Lalat putih, Afid, Lalat buah, Ulat ratus, Kutu thrips, Hama dan Ulat pengorek buah. Kawalan secara amalan kultura boleh dilakukan dengan menggunakan sungkupan plastik silvershine atau amalan pengunaan tanaman regu atau selingan yang bersesuaian. Pemasangan plastik lutsinar ini mampu menghindarkan kehadiran perosak dikawasan pokok cili dengan bekesan. Cara lain kawalan adalah dengan memasang perangkap lekit berwarna kuning (yellow sticker) serta mengutip dan juga musnahkan buah yang busuk. Boleh juga menggunakan Alat Perangkap Lalat buah yang dibubuh bahan seperti methyl eugenol. Disyorkan juga menggunakan umpan protein untuk menarik lalat buah jantan dan betina. Bagi cara kawalan dengan bahan biopestisida boleh disediakan daun semambu, minyak bawang putih, cuka kayu atau minyak mineral yang ia disemburkan kepada tanaman cili. Bahan biopestisida yang berasaskan mikrob seperti Bacillus thuringiensis atau pun jenis biopestisida yang berasaskan virus serangga seperti virus nuclear boleh diamalkan. Agen kawalan biologi seperti bahan parasitoid seperti Encarsia sp., Eretmocerus sp, green lacewings, kumbang kura-kura, lalat sirfid, Trichogrammar chiloni, Fopius arisanus dan Diachasmimorpha longicaudata boleh digunakan dalam tanaman cili organik. Penting juga difikirkan bagaimana amalan kejuruteraan ekologi dalam penanaman cili organik dapat dilakukan. Ia akan melibatkan pengurusan tanaman dan manipulasi habitat untuk kawalan serangga perosak secara biologi atau semula jadi. Serangga bermanfaat yang bertindak sebagai agen kawalan biologi terdiri daripada musuh semula jadi serangga perosak seperti pemangsa (predator) dan parasitoid. Pemangsa seperti labah-labah dan kumbang kura-kura lazimnya akan membunuh mangsa dengan memakan atau menyedut cecair daripada badan mangsa (serangga perosak). Parasitoid akan bertelur di dalam badan mangsa bagi meneruskan kehidupan generasinya. Cara diamalkan termasuk dengan melibatkan penanaman bunga-bungaan di persempadanan (border) dan kawasan tanaman sayuran. Ia akan dapat mewujudkan zon perlindungan bagi meningkatkan kepelbagaian dan fungi serangga bermanfaat. Ini dilaporkan akan menjadikan satu ekosistem pertanian yang stabil dan tidak mudah diserang perosak. Tanaman sempadan seperti bunga Turnera subulata dan Bunga Tahi Ayam (Lantana camara) dipilih sebagai tanaman sempadan kepada cili kerana ia berbunga secara prolifik, mempunyai ketahanan yang tinggi, tumbuh dengan cepat serta hanya memerlukan penjagaan yang minimum.
Dalam aspek penuaian dan pengendalian lepas tuai cili organik yang penting juga adalah termasuk bagaimana cara untuk memelihara kualiti cili supaya kekal segar, aktiviti pengendalian lepas tuai dijalankan bermula dari peringkat ladang sehingga kepada pengguna. Hasil cili yang dituai dimasukkan ke dalam bakul dan dikumpulkan di bawah teduhan sebelum dihantar ke rumah pembungkusan. Di rumah pembungkusan aktiviti pra-penyejukan dilakukan dengan menyejukkan cili pada kapasiti tinggi yang bertujuan mengeluarkan haba ladang. Haba ladang yang tinggi boleh menyebabkan cili cepat bertukar warna, layu dan rosak. Prapenyejukan untuk cili dilakukan dengan kapasiti penyejukan yang cepat bagi mencapai suhu penyimpanan optimum iaitu 10 °C selama 1.5 - 2.5 jam. Bagi proses pemilihan dan penggredan, cili diasingkan daripada daun, cili yang rosak, berpenyakit, terlalu muda, terlalu masak dan cacat bentuk. Rawatan penyahhijauan dijalankan bagi mendapatkan warna buah yang seragam menggunakan gas etilena (500 bsj) selama 24 jam. Bahan pembungkusan, bekas penyimpanan serta kotak yang mengandungi bahan racun kulat, bahan pengawet, bahan fumigasi sintetik atau bekas yang telah bersentuhan dengan bahan larangan adalah tidak dibenarkan. Cili pada indeks kematangan berbeza mempunyai hayat simpanan yang berbeza (Sila lihat foto disebelah). Cili pada indeks 5 - 6 mempunyai hayat simpanan 2 - 3 minggu di dalam bilik sejuk (8 - 10 °C) dan 4 - 8 hari pada suhu bilik. Manakala cili pada indeks 2 - 3, mempunyai hayat simpanan 4 - 6 minggu di dalam bilik sejuk (8 - 10°C) dan 9 - 13 hari pada suhu bilik. Cili yang tidak matang (indeks 1) mudah menjadi perang serta kecut dan cili yang terlalu matang (indeks 6) mudah rosak dan berpenyakit. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 untuk dibaca bersama. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.