Support My Blog

Wednesday, December 1, 2021

BENIH PISANG KULTUR TISU - INFO TERKINI

BENIH TANAMAN PISANG
(Musa spp) merupakan antara jenis tanaman yang paling banyak dihasilkan melalui teknologi Kultur Tisu (Tissue Culture atau TC). Terdapat jutaan benih pisang yang dihasilkan setiap bulan melalui kaedah ini terutama jenis pisang makan segar seperti Pisang Cavendish diseluruh dunia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang membangun dimana tanaman pisang mencapai keluasan 26,276 hektar pada tahun 2020 dengan pengeluaran sebanyak 370,060 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Negera China merupakan paling luas menanam pisang diikuti dengan negara India pada masa kini . Bagaimana pun negara Equador merupakan pengeksport pisang terbesar dunia dengan sebanyak 3.99 juta metrik tan setahun diikuti dengan Filipina sebanyak 3.95 juta metrik tan.  Kebanyakan pisang segar ini dieksport kenegara-negara barat dan USA. 
Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ketidakcukupan bekalan bahan mentah disebabkan faktor populasi yang semakin bertambah dan meningkatnya pandemik covid19. Bagi mengatasi masalah bekalan makanan, pelbagai teknologi telah dicipta dan dikembangkan untuk tujuan meningkatkan produktiviti sektor pertanian. Terkini dimana salah satu teknik yang dimanfaatkan adalah bioteknologi dalam bidang pertanian yang berjaya dibangunkan bagi menggandakan tanaman seterusnya meningkatkan produktiviti atau mutu keluaran. Teknik ini adalah pembiakan tanaman secara kultur tisu. 
Teknologi kultur tisu merupakan satu kaedah digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman atau anakbenih yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan seperti batang, daun atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril atau aseptik bagi seterusnya tujuan tumbesaran. Banyak agensi kerajaan dan swasta di Malaysia yang membuat kajian dan pengeluaran berkaitan teknologi kultur tisu terhadap tanaman pisang. Syarikat swasta dan beberapa badan berkanun kini menjadikan pengeluaran benih kultur tisu berkualiti bagi tanaman pisang untuk penanaman secar akomersil pisang di Malaysia. Artikel subuh Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa info terkini pengeluaran benih pisang secara kultur tisu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Pada penulis blog yang terlibat dengan penanaman pisang melalui tinjauan teknologi dan pengembangan pertanian dilapangan mendapati semakin ramai petani yang mendapatkan benih pisang TC. Sebelum teknologi pengeluaran TC ini diperkenalkan dimana benih pisang diperolehi melalui kaedah konvensional dimana setiap pokok pisang dewasa akan hanya mampu menghasilkan sebanyak 5 - 10 sulur sahaja untuk tanaman seterusnya dan mengambil masa pokok induk matang sehingga 9 - 10 bulan untuk dituai. Bergantung kepada varieti pisang dimana kaedah pengambilan sulur benih berbeza kaedahnya (Sila lihat foto disebelah). Kini dengan adanya teknologi kultur tisu dimana setiap sulur pisang telah mampu mengeluarkan sehingga 2,000 anak benih secara berterusan dan mengambil masa yang lebih singkat untuk mendapatkan hasil tuaian. Di negara kita ada empat jenis pokok pisang yang diberi perhatian menggunakan kaedah teknologi kultur tisu ialah pisang tanduk, pisang berangan, pisang emas dan pisang nangka. Bagaimana pun penulis blog mendapati beberapa varieti pisang lain seperti pisang cavendish telah dikomersilkan juga. Kaedah berkenaan sebenarnya telah digunakan dimana dilaporkan lebih 4 juta benih pisang dihasilkan setiap tahun dari pelbagai jenis. Harga benih pisang TC diantara serendah RM1.00 sehingga setinggi RM3.00 mengikut saiz, varieti dan jumlah pengeluaran atau pesanan. Tinjuan mendapati dimana benih TC pisang tanduk diantara yang mendapat nilai pasaran runcit agak tinggi berbanding dengan benih pisang lain.
 

Penulis blog terlibat didalam menyediakan piawaian proses kultur tisu di SIRIM dahulu sehingga ia digunakan. Kaedah kultur tisu bagi pembiakan pokok pisang adalah perlu menerusi beberapa proses iaitu pemilihan tanaman, penyediaan bahan induk, penyediaan kultur disteril, penggandaan tunas, proses pengakaran dan pengalihan ke dalam polibeg sebelum ditanam di ladang. Bahan tanaman pisang iaitu sulur pisang akan diambil daripada ladang dan diproses dalam makmal. Kebiasaannya sulur pedang akan digunakan kerana proses pembiakan dan pertumbuhannya lebih pantas. Setelah itu maka sulur tersebut akan disteril dengan bahan pembasmi kuman dan juga air suling selama 45 minit. Kemudian proses pemotongan eksplan dilakukan dan diletakkan dalam medium pertumbuhan yang mengandungi nutrien serta hormon untuk tujuan pembiakan. Kemudian selepas disimpan selama 45 hari dalam bilik tumbesaran yang bersuhu 24 - 28 darjah selsius maka ia akan menghasilkan akar dan mengeluarkan tunas. Tunas pisang berkenaan kemudiannya akan dipindahkan ke dalam medium baharu bagi tujuan pembiakan seterusnya sebelum melalui proses pengakaran. Lazimnya amalan didalam proses untuk pengakaran dimana setiap tunas atau platlet yang mencapai ketinggian yang telah ditetapkan akan diasingkan dan seterusnya dipindahkan ke dalam polibeg yang mengandungi medium campuran. Selepas 6 - 8 kemudian anak pokok pisang berkenaan akan mencapai ketinggian dan kriteria yang ditetapkan dan ia seterusnya sedia untuk dijual atau pun disusun untuk dipindahkan ke ladang. Perbezaan antara pokok pisang yang dihasilkan secara kultur tisu dengan kaedah konvensional ialah benihnya akan tumbuh seragam atau sekata dan berbuah dalam tempoh yang sama. Perkara ini akan memudahkan petani untuk menuai hasil selain kualiti buah yang lebih terjamin dari segi kualiti dan selamat untuk dimakan. Kelebihannya lagi adalah dimana benih pisang dari kultur t
isu kultur merupakan benih pisang baka terpilih dimana ia adalah bebas jangkitan perosak.

Beberapa makmal Jabatan Pertanian pernah dilaporkan ada membuat anakbenih pisang kultur tisu untuk kegunaan petani bimbingan Jabatan Pertanian. Bagaimana pun kini pengeluaran tersebut masih dibuat dalam skala tidak komersil kerana peranan tersebut telah dijalankan oleh GLC, Syarikat Swasta dan sebagainya. Dalam pada itu penulis blog pernah membuat tinjauan ke Jabatan Pertanian Sarawak penulis dapat membuat tinjauan Pusat
 Pertanian Semenggok dimana mereka berjaya menghasilkan tisu kultur benih pisang baka terpilih yang bebas daripada jangkitan perosak untuk tujuan penanaman komersil. Projek ini merupakan hasil kerjasama antara Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC) dengan Malesiana Tropical Sdn Bhd (Malesiana). Di Sarawak dilaporkan masih berlaku jangkitan tanaman pisang yang dinamakan Panama dan Sigatoka yang mana ia agak biasa menyerang tanaman di Samarahan, Miri dan Bekenu namun masih dalam keadaan terkawal. Terkini dilaporkan Jabatan Pertanian Malaysia dilaporkan masih memfokuskan kepada serangan penyakit ‘Moko’ dan ‘Blood Diseases’ yang terjadi di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dimana kes ini juga tersebar meluas di negara-negara lain. Jabatan Pertanian Sarawak kini mengambil langkah berjaga-jaga daripada terjadinya perkara yang sama dan pihaknya telah mengkultur pokok dari ARC bagi penghasilan kekuatan terhadap serangan penyakit dengan menyebarkan platlet yang lebih berkualiti dan banyak. Lazimnya penanaman pisang komersil menggunakan benih pisang kultur tisu dimana petani tempatan mendapat hasil yang lebih seragam dengan kadar saiz pokok, waktu berbuah dan hasil tuaian yang lebih singkat. Dalam pada itu dilaporkan dimana tanaman pisang yang sudah dijangkiti boleh dikenal pasti apabila terdapat ulat di dalam kon pisang serta daunnya kelihatan kering dan setelah dibelah dahan akan kelihatan keperangan. Biasanya pegawai jabatan akan menjalankan lawatan kerja untuk membuat pemeriksaan dan khidmat nasihat teknikal kepada petani komersil adalah untuk membuat sanitasi dan membersihkan ladang mereka terlebih dahulu. Benih pisang daripada tempat lain tidak digalakkan ditanam bersama dengan kultur tisu atau tanah yang telah disanitasi untuk mengelakkan kawasan tersebut dijangkiti kuman yang cepat merebak ini. Baka benih pisang kultur tisu kini dijual pada anggaran RM2 satu benih mengikut saiz dan baka. Di Bintangor sahaja para pekebun pisang boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 - 4 kontena dengan muatan 20 tan setiap satu dalam tempoh seminggu daripada penanaman kultur tisu benih pisang berkenaan. Selain penghasilan pisang mentah digalakkan agar para petani menghasilkan kerepek pisang. Jenis Pisang Sekaki yang diperkenalkan tiga tahun lepas yang berasal dari Sabah berpotensi besar dijadikan kerepek pisang berbanding kerepek konvensional yang menggunakan pisang kepok. 
Pisang sekaki memberi rasa premium pada kerepek pisang yang dihasilkan dan rasanya lebih enak dan sesuai untuk penghasilan kerepek pisang dalam skala yang besar bagi permintaan pasaran eksport. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BENIH PISANG... BANYAK JENISNYA...
MENGUTIP SULUR... ITU CARA LAMA...
KULTUR TISU... KINI KAEDAH DIGUNA...
BENIH BERKUALITI... SERAGAM CIRINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Rabiulakhir 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...