DURIAN DURI HITAM (D200) atau 'Black Thorn' atau ada yang memanggilnya sebagai 'Durian Ochee' atau 'Hei Tze' dimana ia merupakan satu varieti yang kini semakin hebat di tanam di Malaysia. Durian Duri Hitam mempunyai rasa berlemak manis, berkrim dengan sedikit pahit (kurang pahit jika dibandingkan dengan Durian XO). Isinya agak tebal walaupun tidak setebal Durian Musang King serta lebih ringan dari segi tekstur (Sila lihat foto diatas). Rasanya pada penulis loga mendapati ia boleh digambarkan seperti di antara Durian Musang King dan Durian XO. Dilaporkan kini telah ramai yang menyukai rasa Durian Duri Hitam kerana teksturnya yang lembut dan tidak mengenyangkan seperti Musang King. Aromanya yang unik, wangi dan tidak tajam menjadikannya sesuai bagi santapan mereka yang pertama kali ingin mencuba rasa durian. Bentuk buah durian ini lazimnya mempunyai saiz berbeza-beza tetapi mudah dikenalpasti kerana berbentuk seperti labu di mana ia berbeza dengan jenis durian yang lain. Ia mempunyai tangkai yang agak pendek dan kontot dengan warna kulit durian pada lazimnya adalah berwarna hijau kelabu. Dari segi bentuk dan warna duri ada ramai yang beranggapan bahawa durian ini mempunyai duri berwarna hitam tetapi sebenarnya kurang tepat. Durian Duri Hitam mempunyai warna duri yang sama seperti durian yang lain iaitu hijau. Pada hujung duri tersebut dilihat akan terdapat warna perang gelap di mana terdapat teori yang mengatakan bahawa ciri tersebutlah yang menjadi ilham bagi nama durian ini. Pada bahagian bawah durian selelunya dilihat berwarna perang gelap dan tanpa sebarang duri di kawasan tersebut. Terdapat satu tangkai berwarna hitam bahagian tengah di mana ia dikatakan sebab durian ini diberi jolokan Durian Duri Hitam. Garisan berwarna perang gelap juga kelihatan bersambung dengan bahagian bawah di mana ia boleh digunakan sebagai penanda bagi mengopek durian jenis ini. Tinjauan penulis blog di Pahang dan Negeri Sembilan dilihat dimana ramai penanam durian yang sudah menanam varieti durian duri hitam ini kerana pengaruh harganya yang dua kali ganda daripada harga durian Musang King (D197). Mereka membuat cantuman dewasa pada pokok durian sedia ada kerana cara ini akan mempercepatkan jangkamasa dan proses penghasilan dan jaminan ketulenan kualiti. Artikel pagi Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa laporan media berkaitan dengan kehebatan durian varieti Duri Hitam untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Dari segi sejarah dimana dilaporkan pemenang Anugerah Durian Terbaik Pulau Pinang bagi tahun 2011 dan 2012 adalah varieti Durian Duri Hitam (D200). Kini nama durian ini sudah tidak asing di kalangan penggemar durian tempatan kerana keunikan rasanya yang dikatakan mampu menandingi keenakan Durian Musang King dan Udang Merah. Terdapat beberapa teori bagaimana durian ini mendapat nama Durian Duri Hitam yang juga dikenali sebagai Durian Ochee mempunyai rasa lemak, manis dan berkrim serta meninggalkan sedikit rasa pahit selepas memakannya. Selain itu juga dilaporkan dimana ia tidak mengeluarkan bau aroma yang kuat. Isinya berbentuk lebih bulat jika dibandingkan dengan durian lain dan biasanya mempunyai warna kuning keemasan. Pokok induk Durian Duri Hitam berasal dari Kampung Lima Kongsi yang berhampiran Sungai Bakap yang terletak di selatan jambatan kedua Pulau Pinang. Pokok tersebut telah dirahsiakan bertahun-tahun lamanya walaupun mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pengusaha durian tempatan kerana pemilik asal iaitu 'Bagi Kau' yang mana dia enggan untuk menjual benih pokok Durian Duri Hitam. Baginya yang telah menjumpai benih asal pokok tersebut ketika berada di negara Thailand namun sehingga kini dia tidak mengetahui secara mendalam asal-usul pokok tersebut. Pada pertengahan tahun 1980-an pemilik pokok asal telah memberi keizinan kepada rakannya iaitu Leow Cheok Keong untuk menanam benih tersebut di ladangnya di Nibong Tebal yang menjadi kebun Durian Duri Hitam komersial yang pertama. Namun begitu apabila pokok-pokok pertama mula mengeluarkan buah berkualiti kemudian itu hasilnya tidak memberangsangkan di mana ia mempunyai rasa yang manis dan isinya tidak mempunyai struktur lemak berkrim serta rasa yang agak memabukkan. En Leow telah mengambil keputusan untuk membiarkan pokok tersebut tetapi tidak melaburkan modal untuk seterusnya membesarkan perusahaan tersebut. Setelah beberapa tahun membuat pemilihan dan penjagaan akhirnya ia menjadi buah yang sangat berkualiti dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian sebagai buah durian premium (D200).
Media tempatan termasuk laporan oleh utusan.com.my nyatakan dimana 'Durian duri hitam RM400 jadi rebutan ahli perniagaan' yang nyatak simana petani durian Tan Chee Keat gembira hasil duran duri hitam dikebunnya di dusunnya di Titi Serong, Balik Pulau, Pulau Pinang. Dinyatakan utusan dimana adakah anda sanggup berbelanja sehingga RM400 hanya untuk sebiji durian Black Thorn atau lebih popular dikenali sebagai duri hitam atau ‘ochee’ yang beratnya tiga kilogram (kg) lebih?. Harga bagi durian Gred A yang boleh disifatkan bertaraf kayangan tersebut langsung tidak menggerunkan peminat tegarnya yang sanggup menghabiskan duit semata-mata mahu menikmati buah bermusim ini. Seorang peniaga durian di Batu Maung iaitu Nicholas Chang dakwa dimana pelanggan terutama ahli perniagaan dan pengurus syarikat sanggup membeli buah durian jenis duri hitam itu dengan harga mencecah RM100 sekilogram. Durian duri hitam dari dusun di Balik Pulau, Pulau Pinang ketika ini antara yang termahal iaitu dijual pada harga RM800 hanya untuk dua biji namun tetap diburu pelanggan khususnya ahli perniagaan. Dilaporkan buah gred A dari pokok berusia lebih 10 tahun itu dikatakan lebih berkualiti dan bernilai harganya buat para pekebun di Balik Pulau. Harga durian duri hitam kini antara yang termahal dijual iaitu RM100 sekilogram berbanding Tupai King berharga RM90 sekilogram. Pengeluaran buah itu yang kurang tahun ini disebabkan faktor cuaca menjadikan harga jualannya tinggi ekoran mendapat permintaan luas dari China setiap tahun. Durian duri hitam kini menjadi pujaan dalam kalangan pelanggan di Kuala Lumpur terutama ahli perniagaan. Pengusaha ini pernah membawa kira-kira 10 hingga 15 biji duri hitam dengan berat lebih tiga kilogram sebiji ke Kuala Lumpur dan habis dijual sekelip mata. Walau pun dulu di Pulau Pinang durian duri hitam agak kurang mendapat sambutan dalam kalangan peminatnya disebabkan ramai yang mula memilih akan kenikmatan durian Tupai King tetapi kini sudah berubah. Rasa durian Tupai King yang pahit, manis dan lemak berjaya menarik pilihan pelanggan sehinggakan buah itu yang belum luruh dari pokok pun sudah ada tempahan daripada pelanggan. Selain durian duri hitam dan Tupai King didakwa varieti durian jenis Ah Heng dan Hor Lor juga antara yang menjadi pilihan pelanggan namun harganya sedikit murah. Bagi seorang pemilik kebun Black Thorn di Titi Serong, Balik Pulau dikenali sebagai Tan Chee Keat (30 tahun) pula dakwa sebanyak 1,500 batang pokok buah itu yang ditanam di kawasan puncak bukit berkeluasan 20 hektar dimana ia sudah mengeluarkan hasilnya pada pertengahan Jun. Hanya lima peratus buah itu yang sudah dipasarkan di negara ini dan selebihnya dijadual akan dieksport ke China dan Hong Kong. Dia dakwa sehingga kini juga lebih 15 tan durian duri hitam telah ditempah pelanggan dari dua negara berkenaan manakala di negara ini, tempahan dibuka dan dijual kepada pemborong atau peraih pada harga RM78 sekilogram.
Berita lain merujuk di Kosmo.com dimana 'Durian duri hitam paling mahal' menarik dikongsikan. Berita dipetik dari Raub, Pahang pada Jun 2021 dimana meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun harga durian tidak terjejas malah terus naik dengan menyaksikan durian duri hitam (black thorn) merekodkan harga paling tinggi. Laporan dari FAMA dan Jabatan Pertanian dakwa pada masa ini harga runcit purata durian duri hitam adalah RM86 sekilogram diikuti durian durian musang king dengan harga RM61.65 sekilogram. Berdasarkan harga purata menyaksikan durian duri hitam naik kepada RM86 pada Jun 2021 berbanding RM68 pada Jun 2020 dengan harga ini tiga biji durian duri hitam yang berat sebiji dua kilogram mencecah lebih RM500.
Antara faktor durian itu harganya tinggi adalah kerana tidak banyak pengeluaran di mana kebun besar yang menghasilkan durian duri hitam iaitu pada masa ini hanyalah di Kulim Bandar Baharu di Kedah yang menyebabkan ramai peminat durian tempatan yang ingin mencubanya. Berdasarkan dari apa yang penulis blog membuat tinjauan dimana bentuk buah durian duri hitam yang sempurna membuatkan buah berkenaan nampak cantik dan menjadi pilihan orang ramai. Durian Musang King pula yang berada di tempat kedua merekodkan harga purata RM61.65 sekilogram pada Jun 2021 berbanding RM46 pada Jun 2020. Sehingga Jun 2021 durian udang merah berada di tempat ketiga dengan harga purata RM40.50 sekilogram diikuti durian IOI (RM33.95), durian D24 (RM32.80) dan durian kampung dengan harga purata sekitar RM17.60 sekilogram. Dilaporkan dimana harga raja buah itu juga bergantung kepada pengeluaran di satu-satu kawasan yang menyaksikan harga akan turun sekiranya berada di puncak pengeluaran. Meskipun berlaku kenaikan harga berbanding tahun 2020 namun harga raja buah itu dilihat masih belum mencapai tahap maksimum dan permintaan terus meningkat dari semasa ke semasa. Di Raub pula dilihat harga buah durian musang king tidaklah tinggi sangat apabila dijual dengan harga RM35 sekilogram dimana ia mungkin di sesetengah tempat yang tidak banyak durian ini harganya akan tinggi. Sebagai pengguna kita perlu bijak memilih membeli buah durian yang ditawarkan dengan harga berpatutan. Semuga artikel ini membei info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KALAHKAN MUSANG KING... JAUHNYA...
DI BURU PEMINAT... DIMANA SAHAJA...
BANYAK DILAPORKAN... DI MEDIA SANA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Rabiulakhir 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.