Terdapat beberapa lokasi menarik eko-pelancongan kelip-kelip yang mesti dikunjungi di Malaysia telah dipromosikan melalui pelbagai cara. Penulis blog membuat beberapa rujukkan dimana ada 8 lokasi pelancongan kelip-kelip yang telah terkenal dimana ia sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong domestik dan antarabangsa. Daripada 8 lokasii tersebut penulis blog sudah pergi 5 lokasi dimana 3 yang belum dikunjungi adalah di Kg Dew, Semanggol, Perak, di Kota Belud dan Kilas Wetland di Sabah. Paling awal penulis blog pergi adalah Kelip-kelip Kg Kuantan, Selangor seawal pertengahan tahun 1980'an lagi. Lokasi ini paling popular kerana hanya sejauh 56 km dari Kuala Lumpur dan kurang 10 km dari bandar Kuala Selangor. Lokasi ke dua adalah Kelip-kelip Kg Yah Yah di Kemaman (ada di tulis dalam bab akhir) dan ketiga adalah Kg Kelip-kelip di Kota Tinggi, Johor. Ia hanya 3 km dari bandar Kota Tinggi dan dikenakan bayaran RM20 seorang dengan naik perahu dan bayaran RM10 jika ingin berjalan kaki sahaja. Paling menarik disini kerana ada sebuah restoren yang menyediakan makanan laut dan pelbagai kulineri menarik boleh menikmati makanannya. Lokasi ke 4 adalah Kelip-kelip Kg Dew, Semanggol di Perak yang dibuka dari jam 7 - 11 malam. Pengunjung akan naiki sampan dan menikmati kilauan kelip-kelip disepanjang pejalanan. Lokasi ke 5 adalah Kg Kelip-kelip Sg Nibong, Pulau Pinang dimana pelancong akan dibawa menaiki perahu disepanjang Sungai Kerian yang ditumbuhi pokok bakau dan lain-lain. Lokasi ke 6 adalah Kelip-kelip Kg Kuala Linggi, Negeri Sembilan dimana disini juga pelbagai pakej pelancongan lain seperti melihat haiwan liar seperti burung, monyet, buaya dimana kini aktiviti seperti memancing udang galah adalah popular. Seterusnya di Sabah yang ke 7 adalah Kelip-kelip Sungai Nanamun, Kota Belud dengan pakej river cruise selama 30 minit. Akhirnya ke 8 adalah lokasi Kelip-kelip Klias Wetland, Sabah iaitu berada di antara bandar Beaufort dengan Kuala Penyu. Lokasi ini sejauh 112 km daripada Kota Kinabalu dimana pengunjung akan dibawa dengan menaiku river cruise dan dapat melihat kelip-kelip diwaktu malam.
Penulis blog sudah 3 kali berkunjung ke lokasi eko-pelancongan Kelip-Kelip Kg. Kuantan, Kuala Selangor. Ini kerana lokasi ini paling popuar dan terkenal dengan kelip-kelip yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban kelip-kelip Pteroptyx tener ini hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dengan banyak dan salah satunya ada di Kampung Kuantan. Pengembaraan ke kawasan kelip-kelip bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor dimana ia telah berkembang dengan pesatnya dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung. Kini aktiviti Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah di serata dunia. Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Spesis jenis 'Pteroptyx tener' adalah spesis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada kelip-kelip ini adalah pada ekornya iaitu yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini dimana cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan akan terus mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan. Pokok Berembang (Sonneratia caseolaris) adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia juga memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu dilaporkan pokok berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan akan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai. Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor. Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat. Kini perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Kuantan hanya mengambil masa selama 45 minit. Terdapat juga beberapa agensi pelancongan mengadakan pakej perjalanan dan lawatan ke Kampung Kuantan serta kawasan pelancongan menarik di persekitaran Kuala Selangor. Pihak pentadbir kawasan kelip-kelip menyediakan kemudahan tempat letak kereta secara percuma, gerai-gerai makan dan gerai cenderahati. Terdapat juga taman permainan khusus untuk mereka yang membawa bersama anak-anak. Menyusuri sungai dengan menggunakan cara tradisional boleh memberi kepuasan kepada pengunjung disamping melihat keindahan Kelip-kelip yang menakjubkan. Penggunaan sampan juga dapat mengelakkan pencemaran bunyi dan asap yang boleh mengganggu habitat Kelip-kelip. Kenaan bayaran perkhidmatan bot untuk masa 15 - 20 minit disungai RM60.00 / bot dengan muatan 4 dewasa dan RM100.00 / bot untuk 4 orang dewasa bagi mereka bukan warganegara.
Berlainan dengan Kelip-kelip Kampung Yak Yah destinasi kunang-kunang yang terletak di sebelah Taman Rekreasi Mini Zoo Bukit Takal, Kemaman, Terengganu. Dilaporkan ia juga menawarkan produk pelancongan baru kepada pelancong iaitu kunang-kunang atau kelip-kelip. Kawasan sepanjang sungai kampung itu yang merupakan habitat kunang-kunang terbesar di Malaysia, dan ia juga ada mempamerkan panorama menakjubkan pada waktu malam dengan kehadiran puluhan ribu kunang-kunang. Sungai Yak Yah kini menjadi tumpuan pelancong, khususnya di kalangan peminat kunang-kunang aberlainan dari Kg Kuantan iaitu nama saintifiknya Panthera tigris Jacksoni. Mereka yang berpeluang menyusuri Sungai Yak Yah di kawasan sepanjang 13 kilometer dan pasti akan terpukau dan teruja dengan keindahan kerlipan cahaya dari haiwan kecil yang didakwa memang amat mengasyikkan itu. Sebaik saja bot dinaiki bergerak, pelancong akan terpesona apabila melihat begitu banyak kelip-kelip mengerumuni pokok-pokok Berembang, Putat dan Bebaru yang tumbuh subur sepanjang perjalanan mereka menyusuri sungai tersebut. Dengan menaiki bot berenjin bateri tanpa gangguan bunyi, pastinya akan memberi pengalaman baru yang amat berharga kepada pengunjung, khususnya mereka yang gemar menikmati anugerah alam semulajadi. Terdapat puluhan ribu cahaya kunang-kunang menghiasi pokok-pokok di sepanjang sungai tersebut seolah-olah terdapat pesta lampu yang bergermerlapan di situ. Kini di Kampung Yak Yah bukan saja dilawati pelancong dari negeri-negeri lain di Malaysia, tetapi ia turut menjadi tumpuan pelancong dari Jepun, Singapura, China, Taiwan dan Hong Kong. Beberapa pelancong dari Belanda melawat kawasan itu apabila mendapat maklumat mengenai keunikan aktiviti melihat kunang-kunang di sepanjang Sungai Yak Yah dari agen-agen pelancongan yang turut membantu mempromosi aktiviti berkenaan. Terdapat empat spesies kunang-kunang di Sungai Yak Yah di mana haiwan kecil yang unik itu dikatakan membiak dengan begitu banyak dari bulan Julai hingga Oktober pada setiap tahun. Keadaan ini agak berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia yang juga terdapat kunang-kunang, tetapi hanya melibatkan satu spesies sahaja. Bagi memudahkan pengunjung berkunjung ke kawasan berkenaan, terdapat dua pengusaha bot yang menyediakan perkhidmatan menyusuri Sungai Yak Yah dengan bayaran amat berpatutan. Bagi memastikan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong, kerajaan negeri kini mengadakan promosi dan menyediakan kemudahan asas untuk kemudahan pelawat ke kawasan berkenaan. Bagi penduduk Kampung Yak Yah dan kawasan sekitar pula, kehadiran kunang-kunang di kawasan tersebut membawa seribu rahmat kerana ia menambah peluang pekerjaan kepada mereka. Pembaca blog pernah dijemput berkunjung ke Sungai Yak Yah bagi mengalami sendiri pengalaman menyaksikan kelip-kelip yang amat jarang ditemui di tempat lain kerana kunjungan anda dan keluarga ke sini pasti berbaloi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
KELIP-KELIP... 8 LOKASI PERTAMA...
KG KUANTAN... PALING POPULARNYA...
ADA MASA.. BERKUNJUNGLAH ANDA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist, Putrajaya,
Senior Agronomist, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(30 Rabiulakhir 1443H).
Posted from:
Room 1503, Felda Residence Kuala Terengganu,
Jalan Hiliran, Kuala Terengganu,
Terengganu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.