Kaedah menjual 'Keropok lekor pandu lalu' oleh Syarikat Dynar Lekor di Kuala Nerus, Terengganu merupakan cara terbaru bersesuaian dengan zaman endemik covid19. Portal berita daripada hmetro.com.my menyatakan dimana perusahaan ini yang beroperasi di Kampung Buluh Gading mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi premis jualan keropok lekor pertama di negeri ini menyediakan perkhidmatan pandu lalu. Pengusahanya, Dasimah Mohd Dagang berkata dia merancang menyediakan perkhidmatan itu sejak 2017 berikutan permintaan menggalakkan di cawangan pertamanya di Kampung Bukit Tok Beng. Apa pun disebabkan ruang terhad di cawangan Bukit Tok Beng maka ini menyebabkan perkhidmatan itu tidak dapat disediakan. Dia dan suaminya kemudian membuka cawangan Dynar Lekor kedua di Kampung Buluh Gading dengan perkhidmatan pandu lalu. Pembukaan cawangan itu memberi ruang kepadanya merealisasikan hasratnya menyediakan perkhidmatan pandu lalu seperti restoran makanan segera. Dengan adanya cara perkhidmatan ini maka pelanggan tidak perlu beratur panjang di dalam kedai membeli keropok. Mereka boleh terus ke kaunter pandu lalu membuat tempahan dalam proses yang memakan masa antara tiga hingga lima minit (Sila lihat foto disebelah). Dia juga menyediakan perkhidmatan tempahan keropok lekor melalui atas talian dan menguruskan banyak perkhidmatan penghantaran terus kepada pelanggan. Dalam zaman teknologi komunikasi canggih ini dan syarikat perlu memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan yang ada sesuai dengan kehendak pelanggan. Kalangan pelanggan dari dalam dan luar negeri mengharapkan syarikat untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh memudahkan mereka membeli keropok lekor. Pelanggan kini tidak mahu lagi menunggu lama untuk membeli keropok lekor terutama pada musim cuti sekolah. Diharapkan perkhidmatan pandu lalu disediakan itu dimanfaatkan sebaik mungkin pelanggan kerana ia telah pun dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada mereka.
Cerita bagaimana 'Wanita Russia nak beli keropok lekor?' yang berlaku di Butterworth, Pulau Pinang juga menarik untuk penulis blog kongsikan. Dilaporkan seorang guru muzik kerugian RM3,000 akibat ditipu seorang wanita dari Russia yang kononnya ingin membeli keropok lekor dijualnya di Facebook. Mangsa berusia 20-an itu menerima pesanan daripada suspek yang berminat untuk membeli keropok lekor diiklannya di laman sosial pada Jumaat lalu dengan harga RM130. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek kemudian memberitahu kepada mangsa melalui emel bahawa dia sudah membuat bayaran melalui bank Europe Credit Russia. Namun mangsa dikehendaki membuat bayaran balik sebanyak RM1,000 memandangkan suspek memasukkan lebihan bayaran berjumlah RM1,130. Berikutan tidak mengesyaki apa-apa mangsa membuat bayaran balik kepada mangsa, namun dia pula diminta membuat bayaran kedua untuk proses kelulusan pihak bank dan dijanjikan akan mendapat balik wang. Selepas mangsa menjelaskan bayaran maka suspek masih meminta membuat bayaran lagi hingga mangsa sedar dirinya terperangkap dalam sindiket penipuan. Mangsa yang kerugian keseluruhannya sebanyak RM3,000 datang membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Polis tidak menolak kemungkinan perempuan dikatakan dari Russia itu adalah ahli sindiket pembelian dalam talian yang tidak wujud berdasarkan kepada modus operandi digunakan. Keropok lekor pun jadi produk yang digunakan oleh sendikit penipuan... memang pelik bunyinya.
Berlainan dengan cerita dari Jerantut, Pahang dimana 'Keropok lekor sambal hitam bawa tuah' kepada pelajar Kolej Komuniti Jerantut. Bagi Wan Nor Shafiqah dan Sharifah Nurhan berjaya untuk mereka menghasilkan keropok lekor berintikan sambal hitam Pahang dalam Pertandingan Kemahiran Penghasilan produk kacang soya, keropok lekor dan roti di Kolej tersebut. Keropok lekor sambal hitam mungkin kedengaran agak pelik namun hasil inovasi dua penuntut Kolej Komuniti Jerantut (KKJ) yang menggabungkan makanan tradisi Terengganu dan Pahang itu berjaya mencipta kelainan. Inovasi mereka ternyata berbaloi apabila mereka dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan kategori Keropok Lekor tersebut (Sila lihat foto disebelah). Idea untuk menghasilkan keropok lekor yang berintikan sambal hitam itu timbul secara spontan sebaik pensyarahnya memaklumkan mengenai pertandingan itu. Mereka yang berasal dari Terengganu dakwa keropok lekor bukanlah makanan yang asing namun bagi memberi kelainan terfikir apa salahnya mereka gabungkan dengan sambal hitam. Sambal hitam amat terkenal di Pahang walau pun pada mulanya mereka bimbang hasil gabungan dua makanan itu tidak menjadi namun selepas beberapa kali percubaan mereka berjaya menghasilkan rasa yang enak. Citarasa keropok lekor yang dihasilkan menepati citarasa juri dan orang ramai. Gabungan rasa lemak masin keropok lekor dan masam pedas sambal hitam itu menghasilkan rasa yang begitu enak dan maklum balas yang diterima dari juri serta peserta lain juga turut memberangsangkan. Diharap produk ini dapat dipasarkan sekali gus memberi kelainan dan banyak pilihan kepada penggemar keropok lekor mahupun sambal hitam.
Memang cerita keropok lekor hebat sehingga 'Jual Keropok Lekor Untuk Kumpul Duit Buat Kahwin' menjadi tajuk media tempatan. Disebabkan wabak pandemik Cov1d-19 yang menyerang Malaysia dan seluruh dunia sejak penghujung tahun 2019 telah meninggalkan impak yang bukan calang-calang, terutama daripada segi ekonomi. Sebagai bukti dimana media melaporkan ketika ini ramai yang telah kehilangan sumber mata pencarian dan terpaksa bergelut melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Malah ada yang sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk meraih pendapatan sampingan seperti bagi pemuda bernama Tawfiq Azmi yang berumur 26 tahun ini. Dilaporkan dimana terdahulu ada beberapa gambarnya yang menyarung poster ketika sedang menunggang motosikal menjadi tular selepas dikongsikan netizen di media sosial (Sila lihat foto disebelah). Poster itu yang mempromosikan keropok lekor ‘crispy’ menjadi perhatian ramai kerana ia turut menulis dengan menyelitkan ayat ‘nak cari duit kahwin’. Berkongsi cerita dengan mStar, Tawfiq berkata dia sendiri hanya dapat mengetahui gambarnya tular di media sosial selepas beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan. Tawfiq yang kini berniaga keropok lekor asli dari Terengganu secara sambilan untuk meraih pendapatan sampingan dan mengumpul duit untuk mendirikan rumah tangga. Sebenarnya hampir dua minggu dia berniaga keropok lekor crispy ini dan menyarung poster yang dibuat sendiri. Tapi hanya Isnin lalu saya tahu gambar itu viral. Ia diambil oleh pengguna jalan raya ketika saya berhenti di persimpangan lampu isyarat. Ketika itu dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Bangi, Selangor dan tidak terkejut dengan FB tersebut. Sejak berniaga dia memang menyarungkan poster setiap kali nak ke tempat kerja sebagai strategi pemasarannya dan tidak sangka jadi viral. Dia dakwa keadaan ekonomi ketika ini telah membuatkannya tergerak hati untuk berniaga secara sambilan bagi mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga. Apa pun sejak gambar tersebut viral rezekinya baik dimana dia terima banyak mesej memandangkan pada poster itu memang diselitkan nombor telefon untuk mudahkan orang ramai buat pesanan. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai keropok lekor kepada pembaca blog semua. Wasallam!!!.
DULUU TERENGGANU.. KINI MERATA...
BELI PANDU LALU...KAEDAH BAIKNYA...
PEMUDA VIRAL... BAGI BERUMAHTANGGA....
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(20 Rabiulawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.